ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, February 24, 2014

Ujian Memandu Di Mansuhkan, Pemanduan Setahun Dinilai Sebelum Diberi Lesen



Saya tertarik dengan tulisan Cikgu Haniza dan berterima kasih pada pada beliau kerana memberi saya pemahaman apa itu PBS. Lebih terpuji lagi apabila cara beliau mengkritik adalah cara yang paling betul, membina, bertamadun serta menggambarkan etika yang betul dalam mengkritik. Tidak perlulah berdemo, kata-kata kesat, menyerang individu, mempolitikkan dan sebagainya yang lebih banyak kehancuran dari pembinaan.

PBS adalah sistem Pentaksiran/Penilaian Berasaskan Sekolah untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan Guru punya tanggungjawab untuk menilai pelajar mengikut kriteria yang ditetapkan dan pelajar tidak perlu menduduki ujian dan peperiksaan lagi.

Pendapat Guru terbabit wajar diberi perhatian seperti Sistem yang lambat, penggunaan kertas yang banyak justeru menyumbang kepada lebih banyak pokok yang ditebang, kos tambahan yang terpaksa ditanggung Guru, Sekolah dan Ibu bapa, serta lebih kritikal sekali sejauh mana sistem tersebut berjaya memajukan Pelajar kurang pandai dan menggilap bakat pelajar cemerlang?

Jika Kementerian bercadang mengenakan tindakan tatatertib keatas Cikgu Haniza tindakan yang paling sesuai dikenakan adalah kenaikan pangkat dan gaji kerana beliau menjunjung prinsip dan semangat pendidikan iaitu untuk melahirkan pelajar cemerlang disamping memberi pendidikan pada pelajar ketinggalan.

Bayangkan, ujian memandu JPJ tidak lagi menggunakan sistem ujian sebaliknya penilaian keatas pemandu yang membawa kereta sepanjang tahun di jalan utama.

Bukan tujuan artikel mengatakan sistem ini tidak bagus tapi masyarakat kita masih belum bersedia untuk penilaian yang tidak berasaskan peperiksaan ataupun ujian.Pernah rakan saya bertanya, mengapa kerajaan tidak mewujudkan Tram atau Keretapi kecil di tengah jalan sepanjang Lebuh Raya Persekutuan
(Federal Highway) dari Klang ke Shah Alam, melintas Petaling Jaya terus ke Kuala Lumpur. Saya katakan Kerajaan tidak mempunyai masalah tapi masyarakat kita masih belum bersedia. Kita masih belum punya pemikiran sivik, logika, serta pertimbangan yang seimbang antara keperluan dan kehendak.  

Dikhuatiri jika Tram dibina maka jalan makin sesak kerana rakyat Malaysia akan menaiki Tram ditengah jalan, meletak kereka disepanjang Federal Highway kerana malas berjalan ke Stesyen, kereta akan melintas kekanan kiri atau U-Turn di landasan Tram, belum dikira penunggang motor yang akan gunakan landasan Tram itu.

Lihat sahaja Pasar Keramat yang moden lagi bersih tapi pengunjung perlu jalan jauh sekaligus menyisihkan masyarakat kita yang lebih gemar meletak kereta dihadapan kedai ataupun gerai tersebut. Mangsanya peniaga di Pasar Keramat dan duit rakyat selepas Pasar Keramat menjadi Gajah Putih.

Sama seperti PBS. Apakah masyarakat kita sudah bersedia untuk menerima anaknya yang pandai, sekelas dengan rakan yang sosial dan kurang pandai. Bagaimana pengaruh rakan sebaya keatas anaknya? Apatah lagi apabila menerima keputusan anaknya yang bijak, tapi kurang cemerlang berbanding pelajar yang kurang pandai dalam PBS.

Yang dapat diperhatikan, masyarakat Cina semakin menjauhi Sekolah kebangsaan kerana PBS. Ini kerana Sistem Pendidikan Cina sudah berusia beribu tahun tapi masih gah dan akan terus gah menggunakan sistem ujian dan peperiksaan bagi menggilap kemahiran pelajar pandai dan mencari keistimewaan pelajar kurang pandai.

Dalam segala upaya saya berfikir dan menilai PBS terpaksalah saya bersetuju dengan Cikgu tersebut bahawa PBS membawa maksud Pelajar Pandai Bodoh Sama sahaja dimana selepas PBS pelajar tersebut akan diletak dalam Kelas yang sama. Kita bukan menyisih atau menghina pelajar bodoh kerana kita semua tahu orang paling kaya dalam dunia dan disetiap Negara bukanlah pelajar paling pandai, tapi adalah penting untuk mengasingkan pelajar agar tumpuan dapat diberikan mengikut keperluan pelajar tersebut.

Sebagai pengkritik, kita berusaha menjadi pengkritik yang baik agar lebih banyak kebinaan dari kemusnahan susulan pendedahan Cikgu Haniza oleh Kementerian, Menteri dan Kerajaan. Fikirkan semula, kerana rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap itu jauh sekali bersedia.

Tuesday, February 18, 2014

Onederful Cina




Orang Cina Malaysia memang baik hati dan rajin, dan hakikatnya mereka baik dan rajin kerana pengaruh bergaul dengan masyarakat Melayu yang kurang mengejar dunia dan sangat baik hati. Sebab orang Melayu “keduakan duniawi”, maka orang Cina mengambil inisiatif sebagai “pendatang baru” untuk menggantikan apa yang orang Melayu tidak lakukan. Juga disebabkan orang Melayu baik hati, maka orang Cina terpaksa memilih amal sikap baik hati agar diterima oleh orang Melayu yang lebih dahulu menjadi “pendatang senior” di bumi bertuah ini.

Cuba lihat orang Cina di Negara China, majoriti mereka tidak serajin Cina Perantau dan sudah tentu tidak sebaik macam orang Melayu dalam menerima “pendatang baru”.

Di Malaysia, Onederful Cina menerbitkan video pendek bertajuk Onederful Malaysia dengan mengejek perkara keselamatan Negara dan Perdana Menteri Melayu sempena Tahun Baru Cina. Yang diajar oleh emak Cina saya, Cina baik hati dan menyambut tahun baharu dengan azam meninggalkan apa yang buruk pada tahun lalu. Pada perayaan tahun baharu mereka akan berpakaian baru, memulakan tahun baharu dengan perkara yang baik-baik, pakaian merah-merah, melupakan apa yang lalu dan memulakan yang baharu dengan tenaga positif semata.

Onederful Malaysia hanya menyerlahkan sebab kenapa orang Eropah khususnya Amerika amat sukar menerima Bangsa Cina. Sehingga kini, orang Cina masih dianggap Rakyat Kelas Rendah di Negara berkenaan walaupun sudah bertapak disana beratus tahun. 

Onederful Cina lupa mereka bebas mengendalikan Sekolah Aliran Cina tidak seperti di Thailand, Indonesia, malah Singapura.

Onederful Cina lupa mereka dibenarkan bertutur dalam Bahasa Cina walaupun rakan mereka tidak faham tidak seperti di Indonesia dan Thailand.

Onederful Cina lupa jika mereka dakwa Melayu tidak akan berjaya membangunkan Malaysia tanpa Cina maka Cina juga tidak akan berjaya tanpa Melayu.

Onederful Cina lupa mereka kaya kerana kebanyakan pekerja mereka adalah orang Melayu yang mereka tidak perlu bayar gaji yang tinggi.

Onederful Cina lupa kedudukan mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin adalah hasil dari undian orang Melayu yang baik hati.

Onederful Cina lupa permohonan mereka untuk kembali ke Negara China ditolak oleh Presiden China,  Mao Ze Dong.

Onederful Cina lupa Perdana Menteri Melayu merahsiakan hal tersebut pada masa itu dan memberikan kerakyatan kepada mereka dalam skala gergasi yang bebas.

Malah Onederful Cina juga lupa berterima kasih pada Tunku Abdul Rahman, seorang Melayu yang memberikan Temasek pada orang Cina tanpa sebarang tindakan ketenteraan dan syarat tambahan, jika tidak bukan sahaja Singapura terus mundur, tapi mungkin masih bermandi darah seperti di Wilayah bergolak lain.

Onederful Cina lupa Buddha menekankan tidak mungkin membina kebahagiaan diri sendiri dengan merampas kebahagiaan orang lain.

Maka jelaslah, bukan Melayu sahaja mudah lupa, orang Cina juga mudah lupa.

Sebenarnya bukan sukar mahu membezakan orang Cina Malaysia dengan yang “bukan Malaysia” walaupun ada MyKad. Orang Cina Malaysia akan menghormati hak kaum Melayu kerana nama Negara Malaysia sendiri jika ditukar pada bahasa Melayu adalah Melayusia.

Onederful Cina kini mahukan kuasa politik selepas kuasa ekonomi dikuasai mereka.

Onederful Cina kini mahukan senioriti seperti yang mereka idamkan di China, Taiwan dan Hong Kong.

Onederful Cina mahukan bukan sahaja seluruh Laut China Selatan tapi juga seluruh Negara di Laut China Selatan.

Apakah Onederful Cina menggambarkan sikap dan sifat orang Cina sebenar jika mereka diberikan kuasa mutlak pemerintahan?

Apakah Onederful Cina hanya sikap segelintir atau benar ia mengandungi harapan majoriti orang Cina di Malaysia. Sepanjang pengetahuan saya berkawan, bersaudara dan bergaul di Kedai Kopi mereka, suara majority mereka mahukan kuasa politik selepas berjaya merajai kuasa ekonomi.

Onederful Cina disarankan agar berhati-hati kerana selain tahun ini Tahun Kuda Air, Islam bukan semudah itu diperangi. Orang Islam mempunyai sentimen yang bercampur terhadap orang Cina dan walaupun Onederful Cina boleh berjaya dengan kerjasama orang Islam yang memiliki tujuan yang sama dalam politik, namun dikhuatiri keikhlasan golongan kopiah ini. Mungkin sejarah Michael Collins, Wira Ireland boleh dihayati kerana selepas diberi kemerdekaan oleh Britain, pihak yang berpakat pula bergaduh merebut kuasa dan wang.
 
Onederful Cina tidak salah dan berdosa untuk mengimpikan jawatan Perdana Menteri kerana mereka adalah rakyat Negara ini dan mempunyai hak yang sama dengan sesiapapun untuk menjadi Perdana Menteri.
Namun, Onederful Cina perlu bijak dalam mengurus perjuangan agar tidak dibakar hangus jambatan perpaduan antara kaum di Malaysia. 

Onederful Cina juga lebih "wonderful" jika dapat menghayati dan belajar berterima kasih pada orang Melayu dan Islam yang telah memberi anda ruang yang luas seluas-luasnya selama seratus tahun ini.

Apa-apa pun, Malaysia amat besar untuk rakyatnya kerana Malaysia tiada Gunung Berapi, Gempa Bumi dan sebagainya, Jadi adalah molek dan cantik jika Onederful Cina tidak terburu-buru dan gelojoh dalam mengejar tiket ke Putrajaya. Jika ditakdirkan harinya tiba dan menjadi milik kalian, ia pasti akan terjadi jua. Tidak perlulah menghina sesiapa apatah lagi melalui Video sempena Tahun Baru Cina yang megah.

Orang Cina seluruh dunia boleh memarahi saya tapi semua tahu saya tujukan artikel ini khusus kepada Cina Malaysia kerana sejahat-jahat Cina di China atau di Amerika, mereka tetap tidak akan menjenakakan dan mencemari  Perayaan Tahun Baru Cina mereka sendiri.

Saturday, February 15, 2014

Merintis Harapan Hudud di Malaysia - Kerjasama Syariah dan Sivil



Objektif dan matlamat undang-undang adalah memberi kesenangan dan keselamatan sejagat kepada semua orang melalui kaedah keadilan kepada semua. Samada Sains di Hospital mahupun ilmu perubatan di bawah pokok semuanya adalah ilmu Allah. Begitu juga undang-undang, tidak kira samada undang-undang Sivil,Syariah, ataupun persendirian, selagi ia menjunjung matlamat keadilan, ia adalah undang-undang Allah.


Malangya, kita sering disempitkan dengan istilah Arab termasuk hudud yang juga bermaksud undang-undang(hukum) Allah. Kita disempitkan dengan istilah ayat Al-Quran itu adalah penawar segala penyakit, sedangkan ilmu kedoktoran itu juga adalah ilmu Allah. Sepertimana seorang Bomoh Terkenal Malaysia yang mana orang Melayu kalau sakit sikit sehingga ke sakit serius pun pergi jumpa beliau untuk dirawati menggunakan ayat Al-Quran, kini Bomoh tersebut memilih menggunakan khidmat Doktor untuk jantungnya dan bukan ayat Al-Quran semata.


Kekeliruan memisahkan sebarang ilmu waima sebesar hama dengan ilmu Allah semakin parah apabila dengan mudah beberapa ibu bapa memilih untuk melahirkan anak secara semulajadi kerana dikatakan lebih dekat, tawakal dan tawaduk pada Allah, sedangkan, ilmu kebidanan Doktor yang terperinci itu juga datangya dari Allah Yang Maha Bijaksana.


Hudud, selama ini telah menjadi alat pada ramai dan berjaya memberi manfaat kepada golongan pemuka dan cedera kepada golongan bukan berpendidikan Arab. Sedangkan, hudud adalah hukum yang diajar oleh Allah melalui Al-Quran dengan teras dan objektif menawarkan keadilan dan keamanan. Haji tetap sah walaupun kita pergi menaiki Kapal Terbang yang tidak disebut Al-Quran sama sahnya dengan menaiki Unta, Lembu mahupun jalan kaki seperti Baginda Rasulullah.


Hari ini selepas lebih 50 tahun Malaysia ditubuhkan dengan menjunjung perlembagaan Sivil dan Syariah, semangat undang-undang mencari keadilan seperti yang di perintah Allah tidak pernah padam diperjuangkan oleh kita semua.


Hudud(baca hukum Allah) ada dalam Perlembagaan Sivil dan seperti Perlembagaan Syariah masih terlalu banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki demi keadilan.


Hudud(baca hukum Allah) perlu dilaksanakan di Malaysia mengikut corak Malaysia dan bukan Arab.


Tolonglah sama-sama jadikan hudud satu realiti dan bukan mitos dengan tidak menyempitkan pemikiran kita terhadap undang-undang, perubatan, pendidikan malah kebaikan barat yang sebenarnya ia tetap datang dari Allah SWT, Tuhan semua makhluk dan benda.


Di Malaysia, antara hukuman yang boleh diperbaiki demi mencapai objektif hudud(baca hukum Allah) dengan mengambil kira faktor persekitaran, tahap pengetahuan, kesedaran dan lain-lain adalah hukuman yang diulang oleh pelaku yang sama untuk kali yang keempat.


Bayangkan, hukum sivil hanya mampu memenjarakan pesalah tanpa mengubah dirinya. Pesalah ini sepatutnya menginsafi perbuatan pertamanya dan berusaha untuk berubah, tapi ada yang sudah ditangkap dan dibebaskan untuk kali kesepuluh, ia tetap melakukan jenayah tersebut.


Hukum sivil yang “adil” hanya mampu memberikan “keadilan” pada seorang pencuri susu untuk memberi bayinya yang kelaparan dengan memenjarakannya selama setahun, dan hukum Syariah yang “adil” hanya mampu merotan mangsa rogol yang kekurangan bukti atau 4 saksi dan banyak lagi.


Banyak yang boleh diperbaiki dengan menggabungkan hukum sivil dengan hukum syariah.


Kedua jenis hukuman ini tidak perlu bersaing dan mengelirukan orang ramai sedangkan keduanya selagi menjunjung keadilan ia adalah hukum Allah(baca hudud). Samada menggunakan 4 saksi yang muktabar mahupun rakaman video, DNA atau cap jari ia adalah ilmu Allah.


Sebaliknya, Mahkamah Syariah dan Sivil perlu duduk berbincang dan bekerjasama dalam memberi keadilan dan mendidik pesalah dan “bakal pesalah” dengan kaedah yang lebih efesien.


Malaysia semakin parah, dan semakin tidak selamat dari hati manusia yang dikawal Iblis dan Syaitan. Hukuman sedia ada tidak lagi mampu memberi didikan dan pengajaran kepada penjenayah sebelum dan selepas melakukannya agar tidak melakukannya jauh sekali tidak mengulanginya.


Marilah kita sama-sama memperjuangkan hukum Allah di Malaysia dengan beransur-ansur agar memberi keadilan kepada semua tanpa mengira agama, kerana semuanya hamba Allah Yang Satu.


Semoga satu hari nanti hudud(hukum Allah), dan sivil yang adil(hukum Allah) yang digabungkan akan menjadi hukum Allah yang diredhaiNYA dan menjadi ikutan Negara lain seluruh dunia. Insya-Allah.



Sunday, February 9, 2014

Selangor Juara 32 Kali! Tak Gaduh Pun!


Saya berada di Stadium semasa Selangor tersingkir ke Divisyen 2 dan kereta Presiden FAS di terbalikkan. Saya berada di Stadium semasa Selangor kalah pada Perak 4-2 pada Final Piala FA walaupun mendahului 2-0. Saya berada di Stadium semasa Selangor tewas pada zaman kegemilangan Kuala Lumpur dan Kedah. Saya berada di Stadium semasa Selangor kalah pada Kelantan di awal kebangkitan bola sepak Kelantan di Bukit Jalil. Dan sudah tentu saya dan penyokong Selangor yang lain berada di Stadium untuk perlawanan-perlawanan biasa.

Dari Stadium Merdeka, ke Stadium Shah Alam tidak pernah seingat saya penyokong Selangor bergaduh besar sehingga membabitkan penglibatan polis. Yang ada pun bergaduh sesama mereka kerana hal-hal luar antara Budak Gombak dengan Budak Subang di Pintu 30. Gaduh pun bukan pasal bola atau apa yang terjadi di padang mahupun sebab Selangor kalah tapi gaduh sebab perkara biasa yang orang kita suka gaduh seperti merebut teman wanita, masalah parking, dan kadang-kadang pasal ekzos motor yang bising.

Dalam perihal bola sepak adalah wajar semua pasukan mencontohi Selangor samada pemain, pengurusan mahupun penyokong. Apa yang terjadi dalam padang, ditinggalkan di Padang dan tidak dibawa melintasi garisan putih kedalam terowong. Jika ada pun, tidak melarat sehingga ke campur tangan pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat kebanyakan yang tidak berkaitan.

Selangor adalah Juara Piala Malaysia 32 kali, Piala FA 5 kali, 8 Piala Sumbangsih dan banyak lagi. Selangor memiliki berpuluh zaman kegemilangan yang disertai kejatuhan. Tapi pasukan dan penyokong Selangor tetap kekal rasional dan profesional.

Jika dikaji, ia mungkin disebabkan semangat kenegerian orang Selangor yang menduduki tempat tercorot berbanding Negeri lain seperti Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu, dan Sabah. Sebagai bukti lihat sahaja politik di Selangor, pemimpin dari luar dibenar menjawat jawatan tertinggi di Selangor.

Untuk mengatasi masalah kenegerian yang tinggi ini adalah wajar FAM memperkenalkan peraturan baru yang melarang pasukan menggunakan bendera Negeri. Penyokong juga dilarang membawa bendera Negeri apatah lagi politik kedalam Stadium. Semua pasukan harus mempunyai bendera Pasukan yang tidak boleh sama dengan bendera Negeri.

Sebagai penyokong bola sepak Selangor, saya sarankan pada semua agar buang yang keruh dan ambil yang jernih. Pada pasukan dan pemain yang terlibat tidak perlulah “propa” lebih sangat, buktikan melalui keputusan perlawanan. Buktikan dengan permainan berkualiti tinggi dan peningkatan mutu. Buktikan dengan pencapaian dan menjulang piala.



Langkah menyamakan peminat Malaysia dengan fanatik bola sepak yang merngorbankan nyawa di England tidak tepat kerana kebanyakan provokasi dan pergaduhan disana bermula di Kelab Malam selepas permainan yang menyaksikan alkohol adalah penyebab kepada pergaduhan. 

Bayangkan, jika di sana mabuk dikatakan penyebab manusia bertindak luar kawalan, kita orang Melayu yang tidak mabuk tapi sedar diri masih memilih untuk berkelahi kerana bola sepak. Ia memang teruk dan ada kemungkinan jika Negeri terbabit tidak tertakluk kepada undang-undang Persekutuan di bawah Perdana Menteri, sudah pasti kerana bola sepak Negeri-negeri ini akan berperang, tentera terlibat, kematian orang awam terjadi dan sebagainya.

Perlu diingatkan, Bola Sepak bukan permainan Lelaki sejati seperi Ragbi atau Hoki Ais. Bola Sepak adalah permainan kepura-puraan, strategi, kemahiran, berpasukan dan sedikit nasib. Itulah peraturannya, dan jika berpegang kepada sifat jujur dalam agama, maka bola sepak Malaysia boleh menggunakan ulangan video seperti dalam permainan Tenis.

Provokasi adalah perkara biasa dalam bola sepak. Kalau tidak mahu di provokasi dan tidak tahan maki, jangan ke Stadium, tapi pergilah ke Masjid atau Perpustakaan ia jauh lebih baik.

Akhir sekali, kalau nak gaduh, jadilah anak jantan, jangan gaduh sesama bangsa dan agama. Boleh ke Syria ataupun Palestin. Barulah anak jantan Ayah.

Kalau hendak mati atau bunuh orang dengan ucap skrip “Biar Mati”, “Hentam Sampai Mati”, “Mati Pun Tidak Apa”,  biarlah mati syahid atau dipenjarakan kerana mempertahankan Keluarga, bangsa dan agama dan bukan mati pasal sebiji bola.