ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, November 19, 2013

Terkini: PM LANTIK TUN DR MAHATHIR SEBAGAI MENTERI KANAN

Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN kerana “chest infection”.  Berita ini menangkap emosi dan sebak lebih 28 juta Rakyat, mengembirakan amat sedikit bilangannya. Jasa beliau pada Malaysia tidak tertanding oleh sesiapapun.

Dari ramai yang khuatir akan kesihatannya, ada yang kerana kasih yang tidak terucap padanya, ada kerana sayang yang tidak tergambar padanya, ada yang kerana kagum padanya, ada yang malu padanya, ada yang terhutang padanya, tapi ramai yang khuatir kerana apa akan jadi pada Malaysia jika Tun Dr Mahathir tiada.

Bukan untuk memperkecilkan keupayaan pemimpin masa kini samada dari PR atau BN, tapi tiada siapa yang mempunyai pengalaman mentadbir Malaysia selama 22 tahun. 

Jika dalam industri, seorang Presiden Syarikat selama 22 tahun bersara, beliau pasti diberi jawatan Penasihat, Ahli Lembaga Pengarah, Pengerusi, dan paling kurang pun Pakar Perunding dengan Kontrak puluhan tahun. Ini merupakan perkara wajib kerana jika Syarikat itu tidak berbuat demikian maka Syarikat Pesaing pasti amat berminat dengan pengalaman Bekas Presiden Syarikat Lawan.

Umum maklum Tun Dr Mahathir pernah menolak jawatan Penasihat atau Menteri Kanan yang ditawarkan pada beliau beberapa kali.

Sebagai individu yang pernah berpeluang bersemuka dengan beliau, dapat saya simpulkan Tun Dr Mahathir seorang yang amat sukar diselam dadanya. Dalamnya, sedalam jasa dan pengetahuannya.

Hakikinya, Negara masih memerlukan khidmat seorang hamba yang mempunyai pengalaman 22 tahun mentadbir Malaysia. Kerajaan memerlukan seorang “Government Servant” yang pengalamannya tiada perbandingan.

Jelaslah satu usaha untuk memujuk Tun Dr Mahathir sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia perlu dilakukan secepat mungkin.

Bukan sebagai penasihat BN, UMNO mahupun politik tetapi beliau perlu dilantik sebagai Menteri Kanan yang melapor kepada Rakyat bukan kepada Perdana Menteri, kerana Rakyat yang memilih Parti yang memerintah Kerajaan tapi Parti yang memilih Presiden merangkumi Perdana Menteri.

Ia secara tidak langsung akan dapat mendidik Rakyat agar memahami dan memisahkan Kerajaan dengan Parti Pemerintah. Ia sama tapi tidak serupa malah amat berbeza.

Sebagai Menteri Kanan yang melapor kepada Rakyat, Tun Dr Mahathir wajar diberikan akses kepada dasar Kerajaan, maklumat serta rancangan Kerajaan. Dengan kebebasan penuh atau “ultimate freedom”, Tun Dr Mahathir bebas memberi nasihat kepada Kerajaan tanpa ditapis dan disekat. Dan sebagai Parti Pemerintah, UMNO bebas untuk menerima atau menolak nasihat Tun Dr Mahathir kerana ia hanya merupakan nasihat dan bukan arahan.

Medium pilihan Menteri Kanan ini samada secara terbuka di media, atau secara tertutup untuk memberi nasihat adalah terpulang kepadanya.

Sebagai Perdana Menteri yang membangunkan Malaysia selama 22 tahun tidak diterima oleh akal mana-mana manusia yang beliau akan menghancurkan Malaysia dengan maklumat sulit kerajaan dan kuasa nasihat yang ada padanya. Beliau boleh menghancurkan Malaysia semasa kuasa penuh pemerintahan berada ditangannya dan tidak perlu tunggu hingga kini kerana ia mustahil dilakukan.

Pelantikan Tun Dr Mahathir pasti akan mendapat perhatian dari musuh-musuh Malaysia dalam dan khususnya luar Negara kerana Tun Dr Mahathir merupakan musuh mereka selama 22 tahun. Musuh lama lebih memahami  sesama mereka.

Saya pasti jika Parti Pemerintah yang diberi mandat oleh Rakyat berusaha memujuk beliau menjadi Penasihat Kerajaan berstatus Menteri Kanan yang tugasnya menasihatkan Kerajaan dan bukan Parti Pemerintah, dengan kebebasan penuh, pasti Tun Dr Mahathir bersedia menimbangkannya.


Menteri Kanan yang memberi nasihat pada Kerajaan tidak langsung menyerupai Menteri Kanan Singapura yang semua Menteri harus melapor padanya. Lebih lagi, Menteri Kanan atau Penasihat Kerajaan biasanya melapor kepada Kerajaan tetapi bukan Menteri Kanan Malaysia. After all, an advisor duty is only give advice.

No comments: