ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, November 19, 2009

KAHWIN: TERPAKSA ATAU DIPAKSA

Pemodenan jelas mengevolusikan pemikiran. Malangya, setiap sesuatu benda (selain yang datang dari Allah) tidak sempurna dan ada baik dan buruk. Begitu juga dengan pemodenan ada baik dan ada buruk. Jika dahulu seorang perempuan jodohnya ditentukan oleh ibu bapa, kini mereka bebas mencari dan memperjuangkan jodoh mereka. Jika dahulu pemegang wasiat adalah orang yang jujur, tetapi kini duit haji pun orang curi. Pokoknya, hukum Allah yang jelas dalam Al-Quran seperti hukum faraid, hukum kahwin lebih dari satu, proses penceraian dan sistem syariah ammnya, dan banyak lagi tidak lagi relevan. Ia tidak relevan bukan kerana agama Islam tetapi kerana umat Islam.

Sistem dan hukum Allah dalam Al-Quran tiada cacat celanya lagi, tetapi manusia yang menjalankan hukum ini tidak lagi seperti dahulu yang jujur, amanah, berani, kuat iman, tetapi kaki penipu, penindas kaum wanita dan sebagainya.

Saya ingin berkongsi kesedihan sahabat saya yang mahu dikahwinkan atas pilihan keluarga. Saya ingin ucapkan tahniah dan saya rela kehilangan sahabat, atau kekasih dari melihat dunia kehilangan seorang anak yang baik. Dalam satu Riwayat, Nabi Muhammad SAW bersabda, Allah berfirman, 1) Jika "AKU" tidak Restu, tetapi ibu bapa kamu restu, maka "AKU" restu, 2) Jika "AKU" suka, tetapi ibu bapa kamu tidak suka, maka "AKU" tidak suka! Ayat ini sebenarnya menggambarkan betapa pentingnya restu ibu bapa apatah lagi yang membabitkan jodoh.

Sebenarnya, masih ramai rakan-rakan saya yang kahwin atas pilihan keluarga didalam dunia yang moden ini. Banyak alasan tetapi yang selalu di dengar ialah kerana kasih dan taat pada ibu bapa. Pada saya, syurga adalah ganjaran bagi mereka yang kahwin atas pilihan ibu bapa. MASALAHNYA, ia tidak semudah itu. YA! Syurga tidak pernah mudah untuk sesiapa. Bukanlah salah ibubapa memilih, tetapi salah si lelaki yang tidak amanah, tidak jujur dan tidak "Islam".

Kenapa saya rujuk pada lelaki sedangkan permasalahan ini mungkin datang dari perempuan. Ia amat mudah kerana lelaki adalah Khalifah yang menentukan jatuh naik sebuah hubungan malah lelaki memegang kata veto iaitu cerai. Mana mungkin seorang perempuan menceraikan seorang lelaki. Malah akad nikah, ijab kabuk sebenarnya adalah penyerahan amanah Allah(anak perempuan) dari seorang Bapa kepada seorang lelaki lain yang bergelar suami. Maka Isteri ialah amanah Allah pada suami yang diserahkan oleh bapa perempuan. Jadi, mana mungkin kegagalan perkahwinan samada berasaskan cinta, dipaksa dan terpaksa adalah salah perempuan. Ia 100% salah lelaki.

Kegagalan perkahwinan yang diatur ibu bapa adalah salah lelaki iaitu suami. Namun, bukan semua suami sedar akan permasalahan ini, jadi, isteri kena memainkan peranan dengan berkesan bagi mempertahankan mahligai indah. Isteri kena banyak bersabar(sabar tahap dewa), "understanding", bijaksana dan lembut.

Oleh itu, jika kegagalan perkahwinan adalah 100% salah lelaki, tetapi "survival", kebahagian dan kejayaan perkahwinan adalah tanggungjawab suami dan isteri. ADA masa 30%, ada masa 50%, ada masa 80% usaha perlu datang dari kedua belah pihak apatah lagi ia perkahwinan yang diatur.

Pada sahabat saya, setengah kaki anda sudah berada di Syurga, setengah lagi berada pada bakal suami anda. Dan Syurga yang penuh itu hanya dapat anda dan suami anda capai dengan toleransi, sabar dan kegigihan. Yang pasti ia amat sukar dan kerana syurga tidak pernah mudah.

Selamat Bertunang, Berkahwin dan Berbahgia.

Assalamualaikum wbt.

-Mustaqim Abdul Rahman

1 comment:

Anonymous said...

Sy lelaki, masalah skrg, sy dh lama berkawan dgn teman wanita, hubungan kami terjalin kerana dia amat syg kan sy, sy cuma syg dia ibarat 80% kasihan 20% kerana dia kehilangan arwah abahnya. Keluarga kami saling mengenali sejak sy kecil, mslhnya tmn wanita selalu memaksa sy berjumpa dgnnya dan kami selalu terjebak maksiat sehingga skrg dia sudah hamil 2 bulan. Ini bkn kehendak sy, sy masih belum berkerja, hanya dpt upah tolong org tua berniaga, dia memaksa sy dari segala aspek hingga sy tak mau seks, dia akan mengamuk hingga sy buat perkara terkutuk itu. Skrg fmly dia dah tau psl kehamilan ni dan sy dipaksa nikah sedangkan sy tak pernah bersedia dan tak mampu lagi utk menanggung anak org. Satu lagi, ayah dan mak sy tidak restu hubungan kami. Apa yang patut sy buat Ustaz? HELP ME