Dari satu sudut kehidpan, seronok melanggan yang haram (tidak percaya boleh tanya penjudi, kaki botol, kaki pelacur, perogol, peliwat, penagih dadah dsb), tetapi untuk mengatakan yang haram itu bagus, itu amat dangkal.
Tanyalah semua penagih dadah, pasti mereka jawab dadah tidak bagus sambil mereka hisap dadah, sekurangnya mereka tidak dibutakan atau diperhiaskan oleh Syaitan supaya yang buruk itu jadi baik dan mereka sedar dan akui benda itu buruk lagi haram!
Begitu juga untuk mengatakan menonton filem online 123movie itu halal, 456 download torrent movie itu tidak berdosa, 789 guna perisian cetak rompak itu "trend", guna printer dan kemudahan pejabat untuk peribadi itu perkara mulia, ber"WA" peribadi semasa waktu kerja itu di sarankan dan terpuji adalah naif.
Saya bukan Ulama, jauh sekali ahli agama tetapi saya hanya manusia yang berusaha sedaya mungkin mengutamakan akhirat dari dunia dan amat inginkan mati jika ia membawa saya ke Syurga.
Ya! Tidak dinafikan Grabcar dan Uber adalah applikasi paling canggih, selamat, efisien, dan memudahkan tetapi apakah jika saintis berjaya menjadikan babi bersih dari sebarang kuman, canggih, efisien dan mudah kita boleh makan babi?(Saya pasti ada akan jawab ya!)
Perjanjian adalah amat penting dalam Islam, dan bilakah kita berjanji kita tidak akan melanggan Uber/Grabcar?
Sebagai Warganegara Malaysia kita memohon Kad Pengenalan Malaysia pada umur 12 tahun dan menukarnya pada umur 18 tahun sebagai persetujuan menerima perjanjian menjadi Warganegara Malaysia.
Apakah janji kita sebagai rakyat Malaysia, dan kita berjanji beratus kali;
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar(berjanji) akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
- Kepercayaan Kepada Tuhan(Allah kata jangan rampas hak orang lain)
- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara(setia pada Negara ialah 'sumbang' hasil negara dan menghormati hak rakyat lain yang diiktiraf perlembagaan)
- Keluhuran Perlembagaan(Uber/Grab belum masuk dalam perlembagaan)
- Kedaulatan Undang-undang(Uber/Grab guna cukai persendirian bukan cukai komersil langgar undang-undang)
- Kesopanan dan Kesusilaan
Bila kita menggunakan atau memandu Uber/Grabcar kita secara tidak langsung menafikan hak beribu pemandu teksi yang mencari rezeki halal dengan taat pada Raja dan Negara dan terus membayar permit teksi setiap hari.
Kita juga melanggar keluhuran perlembagaan kerana Uber/Grab tidak dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia atas sebab yang kurang jelas.
Kita juga melanggar undang-undang kerana kita melanggan kereta yang menggunakan cukai persendirian bukan cukai komersil dimana perjanjian jual beli kereta itu sendiri menyebut dengan jelas "KERETA INI ADALAH UNTUK KEGUNAAN PERSENDIRIAN SAHAJA".
Maka secara automatik kita melanggar janji kita sebagai rakyat Malaysia yang disarankan Allah untuk kita patuh dalam AlQuran.
Katakanlah semua yang saya kata tidak benar, dan tidak masuk akal maka fikirkan pula ini.
Jika ketika ini seorang Pakcik Tua berumur 60 tahun sedang membawa teksi dan berbisik dalam hatinya "Ya Allah kenapa mereka(pemandu/penumpang) Uber/Grabcar merampas hak aku sedangkan aku mengikut undang-undang perjanjianku sebagai warganegara dan taat pada Ulil Amri seperti yang Engkau perintahkan?" Apa jawapan Allah? Antara ayat yang paling banyak diulang dalam AlQuran ialah "amat sedikit manusia yang masuk syurga dan amat sedikit itu ini".
Jika dihadapan Allah kelak, seorang pemandu teksi berdiri dihadapan Allah dan berkata, "Ya Allah, kerjaku membawa teksi dengan jujur, amanah serta beriman dengan hasil RM 5000 sebulan tetapi selepas ada Uber/Grab pendapatan aku hanya RM 500 sebulan, hinggakan anakku mati kelaparan(sadis sikit), dimanakah hak aku sedangkan aku percaya/yakin pada janjiMU ya Allah?"
Agak-agak apa jawapan Allah dan bagaimana Allah yang adil akan mengadili?
Untunglah jika ketika dipanggil Allah kita sedang berada dalam neraka kerana kita dapat berehat sekejap, tetapi jika kita sedang berada di syurga?
Penyelesaian: Kerajaan perlu legalise Uber/Grabcar dalam Perlembagaan dan Undang-undang barulah saya mahu memandu Uber/Grab atau jadi Rider.:). Tepuk dada tanya usaha mahu syurga ke mahu neraka!
Tak sabar mahu tunggu babi yang disembelih, dibunuh segala kuman dengan teknologi canggih, diberi makanan sunnah, direndam dengan air zamzam, dibacakan ayat AlQuran, apakah manusia akan semakin gila menikmati yang haram atas nama kemodenan dan teknologi tanpa sedar dan biar diri terus jahil!
PS: Anda tidak perlu bersetuju atau jawab saya, tetapi anda perlu ada jawapan dengan Allah bila pemandu teksi mengadu pada Allah haknya dirampas pemandu/penumpang Uber/Grabcar dan Allah tanya pada anda!
Sepandai mana anda menjawab saat ini, tidaklah semudah itu dihadapan Allah.
Kalau sudah ada jawapan dan yakin, baguslah, teruskan! Jangan khuatir kerana Allah itu adil. Mungkin PakCik itu ke neraka dan Uber/Grab yang tiada dalam perlembagaan dan langgar undang-undang perjanjian persendirian ke Syurga. Yang pasti baik Uber/Grab/Teksi dan pembaca kita semua yakin Allah itu adil!
PS2: Harapan saya supaya janganlah jauhi atau musuhi saya jika pandangan kita berbeza kerana niat saya baik dimana Kerajaan perlu bertindak pantas mengesahkan secara perlembagaan dan undang-undang perkhidmatan Uber/Grabcar dan Kerajaan juga perlu menghapuskan bayaran permit teksi. Kelewatan tindakan Kerajaan mengesahkan Uber/Grabcar dalam perlembagaan juga akan akibatkan sikap tidak apa langgar undang-undang dalam "nilai" masyarakat Malaysia selain tidak melindungi pemandu/penumpang Uber dari tuntutan insurans kecelakaan.
Kesian abang teksi yang jujur yang terpaksa bawa uber/grabcar demi hidup di dunia tetapi lagi kesian pada PakCik tua yang jujur bawak teksi beratur untuk RM 25 sehari kerana mahu cari rezeki yang diberkati. Kasihan dunia, atau kasihan akhirat, pilihlah dengan bijak!
Jangan pula esok ada yang naik teksi bernasib malang atau ada yang berhenti bawa uber jadi miskin salahkan saya pula, itu hak anda untuk pilih utamakan dunia atau akhirat!
TERBAYANG, jika esok teknologi biosense dicipta dimana kita dapat merasai sentuhan manusia secara maya dimana applikasi ala Uber dilancarkan dan semua Doktor di India bisa melayani pesakit di Malaysia tanpa beza Doktor di Malaysia. Kemudian semua pesakit guna khidmat Doktor di India kerana murah, ubat farmasi murah, maka semua pesakit melanggannya walaupun khidmat tersebut belum sah dalam perlembagaan dan melanggar peraturan MMA.
Jangan pula esok ada yang naik teksi bernasib malang atau ada yang berhenti bawa uber jadi miskin salahkan saya pula, itu hak anda untuk pilih utamakan dunia atau akhirat!
TERBAYANG, jika esok teknologi biosense dicipta dimana kita dapat merasai sentuhan manusia secara maya dimana applikasi ala Uber dilancarkan dan semua Doktor di India bisa melayani pesakit di Malaysia tanpa beza Doktor di Malaysia. Kemudian semua pesakit guna khidmat Doktor di India kerana murah, ubat farmasi murah, maka semua pesakit melanggannya walaupun khidmat tersebut belum sah dalam perlembagaan dan melanggar peraturan MMA.
PS: Anda tidak perlu bersetuju atau jawab saya, tetapi anda perlu ada jawapan dengan Allah bila pemandu teksi mengadu pada Allah haknya dirampas pemandu/penumpang Uber/Grabcar dan Allah tanya pada anda!
Sepandai mana anda menjawab saat ini, tidaklah semudah itu dihadapan Allah.
Kalau sudah ada jawapan dan yakin, baguslah, teruskan! Jangan khuatir kerana Allah itu adil. Mungkin PakCik itu ke neraka dan Uber/Grab yang tiada dalam perlembagaan dan langgar undang-undang perjanjian persendirian ke Syurga. Yang pasti baik Uber/Grab/Teksi dan pembaca kita semua yakin Allah itu adil!
PS2: Harapan saya supaya janganlah jauhi atau musuhi saya jika pandangan kita berbeza kerana niat saya baik dimana Kerajaan perlu bertindak pantas mengesahkan secara perlembagaan dan undang-undang perkhidmatan Uber/Grabcar dan Kerajaan juga perlu menghapuskan bayaran permit teksi. Kelewatan tindakan Kerajaan mengesahkan Uber/Grabcar dalam perlembagaan juga akan akibatkan sikap tidak apa langgar undang-undang dalam "nilai" masyarakat Malaysia selain tidak melindungi pemandu/penumpang Uber dari tuntutan insurans kecelakaan.
1 comment:
Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH SWT dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel yang AKI berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar-benar tembus. dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan-utan saya yang ada pada teman teman dan juga di BANK BRI bukan hanya itu AKI. insya allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..sekali lagi makasih banyak ya AKI. bagi saudara yang suka main togel yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no [ 0823 1366 9888 ] insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 jt, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan sendiri.
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
ATAU
Guru
Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP/HKG/MALAYSIA /TOTO MAGNUM/dijamin
100% jebol Apabila ada waktu silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [ 0823 1366 9888 ]
atau klik langsung di
angka GHOIB: singapur/ 2D/3D/4D/5D/6D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/5D/6D
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Post a Comment