Datuk saya Wong Kim Lin adalah salah seorang pemohon kewarganegaraan Malaysia pada 1960. Dia memohon untuk dirinya yang lahir di Guangdon, China dan untuk emak saya yang lahir di Selayang.
Semasa orang India dan Cina memohon taraf kewarganegaraan, Masjid, Solat Jumaat dan Azan sudah lama berkumandang dan mereka semua "aware dan setuju" dengan apa yang menanti mereka jika diiktiraf sebagai rakyat Malaysia yang sah.
Justeru, tidak wajar timbul persoalan Azan terlalu bising, Solat Jumaat menganggu lalulintas dan Masjid menyakitkan hati sesiapa kerana semuanya sudah ada lama sebelum merdeka.
Isu ini boleh dibataskan kepada pra pilihan jika nenek moyang kita tidak suka akan perkara diatas, sudah pasti mereka tidak akan memohon untuk menjadi Warganegara Malaysia, terus, jika anak cucu dan cicit mereka tidak suka, dengan segala hormatnya mereka dipersilakan kembali ke Negara asal nenek moyang mereka.
Malaysia adalah sebuah Negara yang unik dan rakyatnya berfungsi mengikut kadar dan peranan meeka dengan sederhana.
Dari mana sifat sederhana ini datang?
Ya! Dari orang Melayu!!!
Atas sebab sederhana ini Malaysia mampu capai pelbagai kejayaan dalam masa singkat jika tidak kerana budaya rasuah yang diajar oleh orang Cina pada orang Melayu!
Kontrak sosial antara kaum di Malaysia sebenarnya bukanlah satu kontrak hitam putih yang ditandatangani, sebaliknya, ia lebih bersifat bebas, demokratik didorong empati agama.
Sebagai contoh, Islam adalah agama awal di Malaysia dalam sejarah moden Malaysia dan kedatangan agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian di terima baik dan sopan oleh orang Islam.
Semasa Tokong dan Kuil pertama didirikan di Malayis dan semasa upacara agama pertama mereka dijalankan (ie Thaipusam, arakan kematian ke kubur, khemah atas jalan depan rumah, Pesta Hantu dll), tiada orang Islam datang mendekati dan menasihati jauh sekali melarang walaupun upacara itu dalam kepercayaan Islam adalah sesat lagi salah!
Sifat sederhana Islam wajar dihargai bukan diambil alih oleh "human nature law" seperti yang saya pernah tulis sebelum ini dimana, majority akan dibuli oleh minoriti jika majority tidak membuli minoriti.
Sungguhpun dibuli begitu, orang Islam kekal sederhana, jauh sekali mahu membuli, jauh sekali mahu menjentik agama lain di Malaysia.
Apakah sifat orang Islam ini dihargai???
Jawapannya ada pada insiden di Taman Austin JB dimana orang bukan Islam membunyikan hon panjang kerana laluannya terhalang oleh kereta jemaah orang Islam!
Sebenarnya, Sidharta Gauthama Buddha ajar pengikutnya melepaskan kebahagian diri demi kebahagian orang lain namun ia tidak dilakukan langsung malah mereka secara beramai-ramai membuli Islam dalam page "Malaysiakini" di Facebook.
Kita tidak boleh salahkan orang Cina 100% dalam hal ini kerana orang Islam yakni Orang Melayu Liberal khususnya, menjadi penyebab kenapa penganut agama lain sering "mengacah-acah" agama Islam!
Mereka hanya perlu "acah-acah" orang Islam sesaat dan orang Islam ini akan bergaduh selama setahun (ada hingga "berbunuhan") untuk satu isu kecil sekecil doa qunut.
Saya sendiri yang dikandung dalam perut orang Cina bersama babi dalam perutnya(sebelum masuk Islam di makan babi) selama 9 bulan 10 hari pun menggeleng kepala melihat keliberalan orang Melayu terhadap Islam.
Hakikinya, tidak salah menjadi liberal, yang salah adalah bila kita fikir semua orang perlu jadi macam kita dan perlu setuju dengan kita!
Sebagai contoh, saya sendiri tiada masalah untuk menyentuh anjing malah dulu saya sering memandikan mereka, tetapi perbuatan itu tidak pernah sekalipun diceritakan saya pada sesiapa kerana ada banyak beza antara orang mencuri tanpa diketahui, dan orang mencuri dengan memberitahu semua orang. Jauh sekali saya mahu buat kempen "Jom kita sentuh anjing ramai-ramai".
Sentuh anjing tidak salah, malah membela dan memilikinya juga tidak salah.
Solat sebaris antara bercampur lelaki dan perempuan juga tidak salah.
Apa yang salah?
Tiada yang salah melainkan pendapat mereka(liberal melampau) sahaja yang betul.
Sebenarnya, jawapannya ada pada Imam Syafie. Berbeza dengan Imam sebelumnya malah berbeza dengan gurunya sendiri, Imam Syafie sebenarnya menggariskan hukum yang terperinci hingga perkara kecil kerana ia boleh menjuruskan kita pada perkara besar, dan tiadalah yang lebih zalim pada Allah selain dari orang yang tidak tahu dia sedang menzalimi dirinya sendiri.
Imam Syafie sebenarnya didorong oleh konteks masyarakat pada zamannya menggunakan konsep yang sama iaitu Garisan Halus antara agama.
Dan di Malaysia, garisan halus ini semakin lama semakin hilang.
Bila kita bela anjing, atau kita dukung babi ia tidak salah tetapi kita tidak boleh menhebahkan pada orang ramai dengan bangga kerana kita sedang menghapuskan garisan halus itu. Kita mungkin Graduan Universiti yang bijak pandai dengan CGPA hebat, tetapi orang yang akan meniru perbuatan kita mungkin hanya SPM sahaja.
Kita bela anjing, dukung babi, lama-lama orang Islam yang ikut kita jual Nasi Lemak rendang babi dan jual babi.
Kita biarkan orang hon panjang ketika orang Islam solat Jumaat tanpa sebarang tindakan, lama-lama mereka bakar Masjid kita dan rosakkan Surau kita.
Kita biarkan orang marah Azan bising menganggu tidur kerana tidur kita pun terganggu, lama-lama azan terus diharamkan dan kerana semua orang sudah memiliki Smart Phone dan boleh dengar dari Smart Phone, yang tinggal berkumandang adalah suara "tok tok tok" pada waktu petang.
Kita biarkan orang perempuan sebaris dengan orang lelaki dalam saf Solat kerana tiada dalam Quran Allah melarang, lama-lama orang perempuan akan jadi Imam dan lelaki jadi makmum dan ini jelas tidak boleh dalam Quran kerana ada ayat yang jelas tentang lelaki ditinggikan darjat dari perempuan.
Sebenarnya, perbuatan kita mungkin bersebab, mungkin, tapi lebih banyak kita sebenarnya buat tanpa sebab kerana hanya mengikut orang lain dan pengaruh media serta terpengaruh dengan dakyah menjadi liberal, global dan moden.
Soal agama, adalah soal kita, dan soal antara agama, adalah soal kita semua rakyat Malaysia
Akhirnya, adalah merupakan satu kesilapan jika kita biarkan "invisible line" ini dialihkan walau seinci waima 1mm sekalipun, kerana sesukat boleh jadi segantang dan segenggam boleh jadi segunung dalam konteks kehilangan bukan pemilikan!
Orang Bukan Islam perlu sedar nenek moyang anda dan saya memohon kewarganegaraan Malaysia dalam keadaan semua diatas sudah berkumandang di Malaysia dan;
Orang Islam juga perlu sedar akan konsep "nature law" dimana majoriti adalah yang kuat, dan yang kuat memerintah, tetapi jika yang kuat lemah, maka yang lemah akan buli dan perintah yang kuat, dan minoriti akan buli majoriti dan ini 0.1mm pun tidak dibenarkan berlaku di China, India, Thailand, Myanmar, Singapore, Indonesia, Amerika, Britain dan dimana-mana pun melainkan di Malaysia.
Ini masa untuk kita bersyukur atau ini masa untuk kita bersatu atau ini masa untuk kita bersyukur dengan bersatu!
PS: Jika tidak ada apa yang baik boleh dikatakan, lebih baik diam kerana perkataan yang baik umpama sebatang pokok yang subur dan gaya hidup liberal yang moden lagi canggih kita tidak semestiinya baik untuk semua orang. Mahu buat, mahu bela anjing, mahu duduk serumah dengan bukan muhrim, jangan heboh-heboh, buat diam-diam tiada siapa mahu panggil anda pencuri selagi anda tidak ditangkap mencuri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment