Sejak 1511, inilah peluang paling besar untuk menyatukan hingga 90% orang Melayu dan Islam.
Sejak Empayar Melayu Melaka runtuh, orang Melayu terus dirundung malang perpecahan.
Perjanjian Inggeris Belanda pula bukanlah untuk ekonomi sebaliknya untuk memecahbelahkan kuasa agama Islam sepertimana mereka lakukan terhadap Pakistan dan Bangladesh!
Perebutan tahkta Istana Melaka membawa perpecahan yang teruk hingga hari ini.
Pasca kemodenan, Temenggung Ibrahim tidak mendapat pengiktirafan oleh waris Sultan Melaka justeru Baginda mendapatkan pengiktirafan dari British dan dikenali sebagai Sultan Sir Ibrahim.Untuk rekod, pada zaman feudal 7 Raja Melayu hanya boleh disahkan takhta dan daulat oleh 2 Raja Melayu yang disifatkan sebagai waris Sultan Melaka(betulkan saya jika saya salah).
Penjajahan Portugis, British, Jepun dengan taktik "divide and rule" memburukkan perpecahan orang Melayu Islam. Taktik ini pula diteruskan oleh Parti Perikatan dan masih menjadi tunjang utama kekuasaan semua pemimpin politik baik Kerajaan mahupun pembangkang pada hari ini.
Manusia bergelut dan berpecah dengan mulut mereka mengucap kata "Atas nama Allah, Rasul dan kebenaran KitabQuran, aku berpecah dengan kamu!" - Ayat mana AlQuran halalkan perpecahan?
Onn Jaafar dan UMNO datang membawa sinar penyatuan MelayuIslam tetapi ditolak orang Melayu yang masih kuat menebal kesetiaan kepada 9 Raja Melayu. Orang MelayuIslam berpecah kepada 9 Kumpulan Besar dan beratus kumpulan kecil!
Orang Melayu hanya boleh bersatu tanpa Raja Melayu kerana 9 Raja Melayu sendiri tidak boleh bersatu pada masa itu, dan sejarah mencatatkan bagaimana Sultan Johor mengarahkan wakilnya menggagalkan Misi Meminta Kemerdekaan dari Queen Elizabeth di London pada 1955!
Pada 1963 Malaysia ditubuhkan, dan 9 Raja Melayu berjaya disatukan sementara dalam sistem penggiliran YDP Agong dimana sistem ini masih bertahan hingga hari ini. Namun selepas hampir lengkap 2 pusingan penggiliran YDP Agong, persoalan apakah ia masih relevan dan kepercayaan tiada apa yang kekal membawa kebimbangan pada orang MelayuIslam.
Hari ini ada Sultan yang cukup kuat dan kaya untuk jalankan pemerintahan sendiri, malah ada pula Sultan yang sering mengugut untuk keluar dari Perikatan Negara Malaysia.
Jika mana-mana satupun terjadi ini akan membuatkan orang Melayu semakin berpecah!
Ya! Selama hampir 600 tahun, penyatuan PAS dan UMNO buat pertama kalinya mampu menyatukan orang IslamMelayu dengan formula 3-3-3.
Apakah Tuan Guru Hadi Awang, ahli UMNO, ahli PAS dan orang Melayu berbangga dengan penyatuan formula 3-3-3 ini!
1. PAS-UMNO bersatu, 2. PKR-A-manah bersatu, 3. Bersatu-Anti Najib Bersatu!
1. ProGST sokong UMNOPAS, 2. AntiGST sokong PBPM, 3. Tidak kisah sokong PKRA!
1. MelayuIslam sokong UMNOPAS, 2. MelayuLiberal sokong PKRA, 3. AtasPagar sokong PBPM!
Ini bermakna penyatuan PAS - UMNO hanya mampu menyatukan maksima 40% sahaja orang MelayuIslam dan ia jauh dari pencapaian UMNO menyatukan orang Melayu dalam Pilihanraya 2004.
Jelaslah bahawa penyatuan PAS-UMNO hanya boleh berjaya dengan jayanya hingga menyatukan 90% orang IslamMelayu adalah tanpa Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO!!!
Jika Dato Seri Najib bukan lagi Presiden UMNO atau ahli Parlimen, maka 30% orang Islam Melayu bersama PBPM dan atas pagar akan bersama dan 25% lagi dari PKR akan bersama dan 5% dari Amanah akan menyusul bersama kerana mereka tidak boleh bergerak seorang.
Harapan, adalah harapan dan istilah yang tepat ialah mustahil tetapi mungkin Dato Seri Najib bukan lagi Presiden UMNO.
Natijahnya, perlulah diingatkan dan perlulah kita ambil perang saudara Arab sebagai contoh, dimana jika kita terlepas penyatuan PAS-UMNO pada kadar 90% ini, maka kita akan jadi seperti Arab, hingga ke Syria.
TN50 nanti akan ada senario dimana orang MelayuIslam bunuh orang MelayuIslam atas nama kumpulan Islam yang digerakkan dibawah parti Politik UMNO, PAS, PKR, Amanah, Bersatu dll.
Ayo Pekan, ayo Pekan, ayo PAS kita bersatu. Kita bersatu tanpa Najib sebagai Presiden UMNO!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment