ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, May 15, 2017

Apakah Harapan Pada TMJ Presiden FAM Harapan Kosong?

Hampir 2 bulan Tengku Mahkota Johor dinobatkan sebagai Presiden FAM dan jauh dari pengumuman mega ala parti politik di musim PRU, bunyi tin pun tiada.

Benar, 2 bulan adalah tempoh yang singkat untuk menampakkan hasil, tetapi TMJ bukan sebarang orang, dia 1 juta kali lebih hebat dari saya dan anda.

Malah, TMJ sebagai pencinta abadi bola sepak Malaysia, TMJ sebagai bekas pengkritik utama FAM selama 30 tahun, TMJ sebagai bekas Presiden dan TMJ sebagai pemilik Kelab "paling berjaya" dalam sejarah bola sepak Malaysia, 2 bulan lebih dari mencukupi untuk keluarkan bukan dasar tetapi "to do list" program bola sepak Malaysia!!!!

Yang ada hanyalah diisytiharkan sasaran ke Piala Dunia 2026, satu sasaran yang jauh dari realistik dimana bila sampai pada 2026 peminat akan dipaksa berpuas hati dengan alasan seperti BAM dalam Piala Thomas, "Peminat harus meletakkan sasaran realistik".

Kesian peminat!!!!!!!!!!!!!!!!!

Patik, pacal yang hina ingin kemukakan 3 cara mencapai 1/3 sasaran ke Piala Dunia 2026 kepada Baginda TMJ demi bola sepak Malaysia;

1. ------------------------------------------------------
Kaedah Pertama - Neutralisasi/Nasionalisasi Pemain Bertaraf Dunia!!!!!!

Kaedah ini telah diguna pakai oleh banyak Negara dan terbukti berjaya bukan sahaja dalam sukan bolasepak, malah Ragbi, Badminton, Hoki dll.

Namun apakah ia boleh berhasil di Malaysia?????

Benar, TMJ mungkin berjaya membebaskan FAM dari campurtangan politik, tapi apakah TMJ mampu membebaskan FAS, FA Pahang, FA Perak, Kedah, Sarawak, Sabah, Penang, Kelantan, Negeri Sembilan dan berpuluh Kelab lain dari campurtangan politik???????????????

Menghapuskan ancaman "sukan dipolitikkan" amat crucial dalam mengubah mentaliti corak permainan Malaysia.

Sejak orang Melayu pandai menyepak bola, Malaysia terikat dengan corak pemikiran taktikal long pass, cuma, orang kita pendek-pendek untuk pergi bersaing di Piala Dunia yang penuh dengan John Terry.

Untuk ubah mentaliti pemain ini ia tidak boleh dilakukan di peringkat pemain sedia ada sebaliknya dari bangku sekolah namun ketidakstabilan politik Negeri(waima dalam parti yang sama) yang berkait dengan jawatan Presiden Kelab Negeri itu membuatkan ia 80% mustahil dijayakan!

Justeru, waima FAM membayar 5 pemain utama Brazil untuk ditukar kerakyatan kepada Malaysia dan mewakili Malaysia sekalipun, Malaysia tetap tidak akan layak ke Piala Dunia dan orang Melayu tetap tidak akan mampu menjadi pemain bertaraf dunia!

Korea dan Jepun membuktikan tanggapan kita tentang saiz dalam bola sepak adalah salah, ia adalah tentang displin, sikap dan corak permainan yang diterapkan sejak pemain itu berumur awal belasan tahun.

2.----------------------------------------------------

Kaedah Kedua- Pembangunan Sukan

2.1  Wang adalah motivasi terbaik.

Sasaran Piala Dunia 2026 bermakna pemain Malaysia ketika itu hari ini berumur antara 8-17 tahun.

Dimanakah mereka, sedangkan seluruh ibu bapa termasuk TMJ sendiri waima Sultan Ibrahim sendiri tidak tegar jauh sekali membenarkan anak-anak mereka menjadikan kareer pemain bola sepak sebagai kareer utama mereka.

Malaysia kini sedang diacu menjadi Negara berpendapatan tinggi justeru persaingan materialistik adalah sasaran utama hampir semua rakyat dan 99.99% ibu bapa. Ia jauh berbeza dengan zaman mak pak kita, malah zaman kita sendiri dimana kita bermain bola sepak untuk berbakti kepada pasukan Negeri dan Negara.

Sebagai contoh Pertandingan peringkat zon di Malaysia U-15 hanya menawarkan juara hadiah tunai RM 1000.00 sahaja. Jom kira, 20 pemain termasuk jurulatih bermain lebih 10 perlawan dalam 2 minggu dan hanya dapat RM 50 seorang sahaja!!!!!!!!!!!!!

Anak buah saya, Kimi mendapat untung bersih purata RM 500 sebulan dari jual online, dia baru berumur 13 tahun.

20 tahun dahulu teori Khairy Jamaludin benar dan hadiah RM 10 untuk pemenang Lumba Basikal kanak-kanak cukup untuk memotivasi dan merangsang minat dan semangat mereka, tetapi dulu RM 5000 sudah boleh beli rumah di Lembah Klang hari ini RM 500,000.00!!!!! Tiada rumah, tiada makan, bagaimana pemain ini mampu bersaing dengan sempurna?

2.2 Smartphone Samsung Tab diberi kepada setiap pemain pasukan juara!

90% Motivasi anak remaja hari ini adalah HP/Smartphone!

Jika Celcom/Maxis/Digi boleh beri Handphone percuma dengan kontrak 2 tahun atas komitmen langganan talian, sudah pasti mereka boleh sumbang hadiah HP percuma kepada setiap pemain Liga Daerah/Negeri ini dengan komitmen pemain-pemain kecil ini.

2.3 Orang Asli, Anak PATI dan Orang Susah!

Jonah Lomu adalah bukti bagaimana orang asli dan orang susah  boleh berjaya dibentuk menjadi ahli sukan lagenda. Amerika sendiri dengan "merentas desa" Mexican dan "Red Indian", peninju kulit hitam, pelari African American dan ramai lagi.

Malaysia hanya menghina orang asli dan melepaskan permata ke lautan dalam.

Pernahkah pembaca dan Tuanku TMJ bermain bola sepak dengan orang asli? Jika anda fikir keting pemain India adalah keras kerana makan kari, anda perlu ketuk keting orang asli dengan hammer dan dengar bunyi ting!!!

Saya pernah bermain dengan mereka dan saya memakai but dan mereka tidak, kalau saya terpijak kaki mereka, mereka tidak rasa apa-apa. Bila kaki mereka merah saya pun pilih berkaki ayam tetapi mereka sakat saya dengan bawa bola ke kawasan duri semalu dimana kita akan berasa sakit, mereka tidak!

Dulu Utusan Malaysia pernah gemparkan kakitangannya yang memecah rekod memanjat Gunung Kinabalu 111 kali, sekali setiap hari dengan maksima 57 jam tanpa henti tapi yang tidak diceritakan adalah orang asli Gunung Kinabalu yang pikul tong gas penuh 16.5kg mendaki Gunung Kinabalu, bukan sekali tetapi 2-3 kali sehari!

2.4 Kerjaya Pemain Bola

Rata-rata pemain Malaysia akan "tidak mampu" di puncak prestasi pada umur 30 tahun. Apakah yang akan mereka lakukan selepas umur itu?? Adakah pihak yang akan memberi mereka dan keluarga mereka makan?

Jelaslah, kareer pemain bola sepak adalah kareer paling miskin dan tiada masa depan.

FAM perlu merangka dengan MOE menyerapkan pemain bola sepak profesional ke Maktab Perguruan 3 bulan, sebelum diterapkan menjadi Cikgu Sukan Tetap di 10,000 Sekolah di Malaysia atau 10% dari 1.4 juta jawatan penjawat awam juga diberikan kepada mereka dengan syarat tertentu ie jadi ahli Masjid 1 tahun dahulu ;p - Gurauan!


2.5 Filem Million dollar arm!

Hadiah RM 1,000,000 tunai atau rumah RM 3 juta di KLCC kepada pemain Malaysia pertama yang beraksi di kesebelasan utama Liga Utama Eropah! Atau hadiah rumah teres RM 500,000 untuk pemain Malaysia pertama bermain dalam kesebelasan utama Kelab di Jepun/Korea/Arab!

J.Bernstein(JB Sir) seorang "scout" sukan Besbol kemukakan cadangan kepada jutawan sukan Chang, menyediakan hadiah USD 100,000 kepada rakyat India yang baling bola besbol paling laju!

Kejayaannya adalah satu perkara yang perlu dipelajari Khairy Jamaluddin dengan hadiah RM 10.00!

2.6 Mimpi Tanpa Bakat Jadi Nyata - Revolusi PS 2 Gamers

Saya sendiri lahir tanpa bakat. Namun dengan mimpi, latihan dan sudah tentu nasib yang ditentukan Allah bolehlah saya menulis dan bercakap terus ke hati pembaca tanpa pembaca sedar.

Bermain bola bukan sekadar menendang bola, dan "clear bola" bila dapat bola dalam kawasan sendiri.

Ia adalah kebijaksanaan dan ramai anak kecil yang amat bijak bermain PS2. Bergelar gamers mereka sudah tahu dimana mahu "pass bola", bagaimana menjuarai liga, menyusun stratgegi malah mampu mengalahkan orang dewasa dalam permainan game bolasepak tersebut.

Mereka ini boleh menjadi satu revolusi pada pembangunan bola sepak Negara. Ramai mereka tidak pernah menendang bola, tetapi dengan latihan dan izin Allah mereka boleh jadi lebih hebat dari pemain sedia ada.

3.---------------------------------------- PEMINAT

Ini adalah perkara yang sukar buat TMJ.

TMJ seperti saya dibesarkan dalam didikan cara Melayu. Ya, TMJ tidak sama dengan anak Sultan lain yang dibesarkan dalam didikan cara Barat! Lihat sahaja Tunku Aminah berbahasa Melayu, cara Baginda bercakap sama macam kami rakyat marhaen.

Pada tahun 1990, Liverpool adalah pilihan ramai rakan-rakan saya di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda Kg Baru. Pada masa itu, saya yang kampung lebih selesa hanya menyokong Selangor yang terlepas kejuaraan Piala Malaysia pada Kedah dan pada Johor pada 1991.

Malah ketika Sekolah Menengah, Kolej, alam pekerjaan dan kini bapa kepada 3 anak, saya sokong Selangor kerana saya tidak lahir di Manchester atau Liverpool jauh sekali Madrid!

Saya meminati corak permainan Arsenal, Perancis, Chelsea, Liverpool, Barcelona, West Ham, Blackburn, Sevilla, Bayern, Greece ketika mereka menang dll tetapi saya tidak menyokong mana-mana pasukan luar dari Malaysia.

Kerana saya berpendapat, jika saya halakan tenaga, masa dan pemikiran saya pada mereka, bagaimana dengan pasukan saya? Bagaimana Malaysia mahu mencapai mimpinya untuk ke Piala Dunia 2026 jika rakyatnya hanya mahu bermimpi tentang pemain dan pasukan Manchester tempat kelahiran donut mereka?

Astro memasuki Malaysia pada tahun 1996-97 dan rumah saya antara rumah terawal memilikinya. RM 1500 harga decodernya dengan yuran langganan sekitar RM 60.00

Setiap tahun selepas itu selama 10 tahun, peminat bola sepak Malaysia telah berpaling tadah dan menyokong Arsenal, MU, Barca dsb.

Stadium Shah Alam kosong, hanya dipenuhi oleh muka-muka seperti saya dan kawan-kawan stadium era 80-an dan 90-an.

TMJ dan FAM boleh minta Astro keluarkan data penyiaran antara JDT Vs Felda dan Arsenal Vs Chelsea pada malam yang sama!

Ia jelas menunjukkan peminat juga perlu berubah dan kerja mengubah peminat ini amat sukar dilakukan jika semangat patriotik dan kenegeriansukan tiada pada mereka!

Dulu saya berlari untuk WP untuk MSSSM dan saya lari tidak sepenuh hati kerana tidak sanggup menentang pasukan kesayangan saya Selangor!

FAM harus wajibkan pakej sukan Astro RM 5.00 untuk siaran semua perlawanan dengan syarat 1,000,000 peminat harus melanggan dan mereka ini akan dikenang dan nama dicatat dalam satu laman web sebagai pemain ke 12 pasukan Malaysia ke Piala Dunia 2026!

Saya amat berharap TMJ dapat melakukan perubahan pada mentaliti sukan pemain dan peminat Malaysia. Walaupun ia sukar, ia sewajar bermula semalam!

Apa jua hasilnya tidak penting kerana hasilnya tetap ada, tetapi berlengah hanya melambatkan hasil!

1 comment:

77777 said...

Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH SWT dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel yang AKI berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar-benar tembus. dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan-utan saya yang ada pada teman teman dan juga di BANK BRI bukan hanya itu AKI. insya allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..sekali lagi makasih banyak ya AKI. bagi saudara yang suka main togel yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no [ 0823 1366 9888 ] insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275 jt, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan sendiri.

Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
ATAU
Guru




Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP/HKG/MALAYSIA /TOTO MAGNUM/dijamin
100% jebol Apabila ada waktu silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [ 0823 1366 9888 ]
atau klik langsung di

angka GHOIB: singapur/ 2D/3D/4D/5D/6D/

angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/5D/6D

angka GHOIB; malaysia

angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/

angka GHOIB; laos