ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, November 30, 2016

Rais Yatim UMNO Bukan Melayu Kerana Tidak Pernah Kenang Jasa Pemimpin - Onn Jaafar

UMNO Sanggup Padam Dato Sir Onn Jaafar, Kini Akan Padam Tun Mahathir


Kalau kita tanya siapa Onn Jaafar pada 1 juta Ahli Tegar UMNO termasuk yang berada di PAU PWTC mereka hanya tahu Dato Sir Onn Jaafar adalah Pengasas UMNO yang gerakkan penentangan Malayan Union. Selebihnya hanya tahu beliau adalah Atuk kepada Hishamuddin Hussein Onn dan pernah jadi MB Johor.

Itu sahaja yang orang UMNO tahu tentang Onn Jaafar kerana usaha memadam legasi dan jasa Onn Jaafar telah berlaku lama sejak Tunku Abdul Rahman berkuasa. Lepas ini mesti ramai orang UMNO akan Google pasal beliau.

Onn Jaafar dikenali sebagai pengkhianat UMNO dan beliau seperti Tun Mahathir buat apa sahaja untuk menjatuhkan UMNO atau Perikatan ketika itu termasuk menggagalkan usaha kemerdekaan Tunku Abdul Rahman dalam Pilihanraya Majlis 1955. Dalam cerita sejarah ini ada termasuk kisah pengkhianat MCA terhadap Perikatan.

Onn Jaafar punyai banyak sebab untuk keluar dari UMNO pada 1951 bila mendapati Tun Razak telah gunakan Sultan untuk “hijack” UMNO yang beliau asaskan.

Semua sumber sejarah yang kita baca akan mengatakan Onn Jaafar keluar dari UMNO kerana kecewa dengan UMNO yang perkauman dan beliau mahu UMNO buka keahlian kepada semua kaum.

Dalam sejarah, sumber tunggal adalah sangat menimbulkan curiga apatah lagi Sejarah tersebut amat bertentangan.

Jika kita kenali sejarah diri Onn Jaafar dan diri Kiai Salleh Selempang Merah yang mahu membunuh Cina sudah pasti kita akan sangsi kepada fakta sejarah Onn Jaafar mahukan Cina dalam UMNO sedangkan beliau tahu penentangan Melayu seperti Kiai Salleh dan tenteranya.

Saya tidak mahu buat spekulasi sejarah kerana saya tiada sumber dan boleh datangkan fitnah kepada mereka yang tidak berdosa.

Memadai saya katakana, UMNO telah buang Onn Jaafar demi jaga hati Tunku Abdul Rahman. Siapa yang bawa Tunku Abdul Rahman untuk menendang Onn Jaafar keluar dari UMNO? Tun Razak yang bawa Sultan(Tunku) dalam Politik kerana umum tahu masalah Onn Jaafar dengan Sultan dimana beliau sendiri adalah anak angkat Sultan.

Kenapa mesti dipadamkan legasi dan nama Onn Jaafar dari UMNO? Apakah dengan jasa besar Onn Jaafar merobohkan Negara Pertama Malaysia iaitu Negara Malayan Union  memadai hanya wajahnya sahaja diletak di PWTC? Tiada nama Jalan, tiada nama Bandar, tiada nama Bangunan, tiada memorial seperti Perdana Menteri di Kuala Lumpur atau PWTC dsb.

Kalau isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sendiri ada Buku Peringatan kenapa Onn Jaafar yang menggadai nyawa dan keluarga tiada?

Mungkin, kerana anaknya dan cucunya sudah diberi jawatan kerana berkerjasama menutup legasi dan pengkhianatannya pada UMNO dan “BN”.

Nasib ini bakal diterima Tun Mahathir.

Samada Tun Mahathir atau Onn Jaafar pada saya waima Nabi Muhammad SAW sendiri berubah pendirian mengikut kehendak Allah justeru tidak salah untuk seorang pemimpin mengubah pendirian kerana kehendak Allah.

UMNO jika mahu bertahan lama perlu terlebih dahulu mengangkat Onn Jaafar ditempat selayaknya dan bukan sekadar menamakan Dewan atas namanya sahaja.

Kaji pemikiran Onn Jaafar yang telah lama Nampak masalah Parti berbilang kaum dan apakah yang beliau mahukan sebagai Parti satu kaum sudah pasti bukan Cina sebagai Perdana Menteri kerana beliau maklum betapa TABOO nya orang Melayu terhadap idea itu.

Jika diteliti, sudah pasti sebenarnya Onn Jaafar melihat tindakan UMNO membiarkan Taukey Cina, ahli Politik Cina Singapura dan Sekolah Cina sebagai ancaman kepada orang Melayu justeru beliau “mengetuk” kepala Tun Razak supaya jangan asingkan kaum Melayu dari elitis dan jangan membodohkan orang Melayu hanya kerana mahukan undi mereka sahaja.

Pecah perintah yang dicadang UMNO ketika itu juga mungkin menjolok mata Onn Jaafar dan untuk menjayakan cadangannya, Tun Razak membawa Tunku, anak Sultan yang di “Sembah” orang Melayu ketika itu.

Selagi UMNO tidak kenang jasa Onn Jaafar selayaknya, maka bukan Tunku dan Tun Hussein dan Tun Mahathir sahaja akan tinggalkan UMNO tetapi ramai lagi.

Mungkin, Dato Seri Najib Tun Razak tidak akan angkat Onn Jaafar selayaknya, malah selagi ada legasi Mahathir, Tunku, dan Tun Razak Hishamudin Hussein Onn pun tidak akan angkat Onn Jaafar.

Tapi saya akan angkat legasi Onn Jaafar. 

Monday, November 28, 2016

MBSA Fiasco: Sistem Parkir Cacat Malaysia Perlu Pembaikan

Versi English Di Bawah.

Kedua Penguatkuasa MBSA dan Tan Sit Fun(dan suami) adalah mangsa kepada Sistem Parking yang cacat di Malaysia.

Mengkritik dan menghina pasangan tersebut tidak mudah bila ia terjadi pada ahli keluarga kita satu hari nanti. 

Setengah orang berhempas pulas mencari rezeki dan ikat perut baru dapat simpan RM 100 sebulan. Dan, hanya kerana satu salah faham dan kesalahan yang kita tidak lakukan kita disaman RM 100, RM 100 yang kita kikis peluh dan darah kita untuk simpan.

Sebagai contoh, saya sendiri kena beri makan pada Mesin Parking di Kota Damansara 5 hari seminggu. 

Mesin tersebut kadang-kadang penat berkerja dan meragam dengan tidak menerima duit syiling saya.

Pengguna biasanya tidak miliki syiling yang cukup, dan terpaksa tukar duit syiling di kedai berhampiran yang “memaksa” kita beli sesuatu dahulu.

Proses ini ambil masa kita selama 20 minit walaupun urusan kita mungkin hanya 10 minit disitu.Malangnya, dalam proses dapatkan syiling atau  kupon parking, kita disaman.

Well done kerana ia sangat jauh dari done. Saman tersebut bukan RM 10, bukan RM 30, bukan RM 50, tapi RM 100.

Jauh dari done, semua Sistem Saman Parking Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia tidak link pada satupun Perbankan Internet dan kita perlu bayar saman tersebut secara manual. 

Kegagalan bayar saman itu pada tempoh yang ditetapkan, PBT akan “paksa” kita bayar lebih iaitu penalti bayar lewat.

Hampir done bila kita sedar sebenarnya kita adalah seorang rakyat yang baik dan telah menunggu selama 30 minit untuk cari parkir yang sah dimana kebanyakan PBT gagal sediakan parkir yang cukup, dan bila kita akhirnya berjaya parkir sah kemudian berjaya beli kupon parking, kita tetap disaman RM 100.

Sistem Cacat dan lawak ini akhirnya done bila kita rayu simpati, malangnya tiada apa yang  boleh dibuat Anggota Penguatkuasa kerana peranti saman mereka link pada sistem dan tidak boleh “overwrite”.(Boleh pula Sistem ini link? Biasa asyik no link!)

Tahniah, pengajaran untuk Ibu dan Ayah 3 anak kecil seperti saya yang biasanya anak-anak ambil berjam dalam kedai merengek dan membeli hanya untuk dapatkan syiling saya, baik kita pertimbangkan parkir sahaja dimana-mana dan tidak perlu bayar langsung.

Undang-undang dan Sistem Kehakiman kita yang adil telah menjalankan tugasnya dengan baik. Pasangan tersebut “padan” dipenjara 14 hari atau 4 tahun sekalipun jika itu dapat memuaskan hati kita.

Malangnya walau "Cina Kurang Ajar" itu dipenjara 14 tahun sekalipun sistem parkir di Malaysia tetap cacat serta menyusahkan dan perlukan pembaikan kerana siapa tahu, esok atau 30 tahun dari hari ini mungkin kita, atau anak dan cucu kita pula akan dipenjarakan untuk kesalahan parkir yang dia tidak buat dengan niat dan dengan sengaja.

Malaysia Boleh.

PS: Semasa Tingkatan 1, Subjek Kemahiran Hidup ajar kita 6 langkah menyelesaikan masalah antaranya kenalpasti masalah dan sediakan alternatif penyelesaian. Tapi rakyat Malaysia sering gagal sediakan penyelesaian kerana kita terlalu fokus pada masalah mungkin didorong warna kulit dan sentimen perkauman yang dimainkan pemain politik. Jadikan benci itu jenayah.

VERSI ENGLISH

Both, MBSA Enforcement Officer and Tan Sit Fun(and husband) were victims to a cripple Parking System in Malaysia.

Condemning that poor couple in that viral video is not easy if it is happen to your family in future. 

Some people hardly make earning and even "fasting" to save RM 100 a month. And, for a misunderstanding and a mistake he or she did not do it, they or even you might get parking summon of RM 100 which you shed sweat and bloods to get it.

Me as example, I have to feed Parking Machine in Kota Damansara 5 days a week. Those machines sometime gone crazy and did not accept your coins and you simply do not have enough coins. So you have to make a change which most shop “force” you to buy something first.

These processes take you around 20 minutes though your business there only required your 10 minutes. So, in the process getting coins to get a parking ticket or coupon, you get fine.

Well done because it’s very far from done. The fine was not RM 10, RM 30 or RM 50 anymore, its RM 100.

Far from done, all Local Council Parking Summon system did not link with any Online Banking so you have to pay it manually. Failing to do so in certain period, those PBT’s will “force” you to pay more.

Almost done, when you realize you were actually a good citizen by patiently waited 30 minutes to find a legal parking where most PBT’s failed to provide enough parking lot’s, and when you successfully park your car legally and buy your coupons, you get RM 100 fine.

This cripple system and joke is completely done when you begged for mercy and nothing the Enforcement Officer can do because their summons palm held device were linked to the HQ system and cannot be overwritten.

Congratulation, next time all parents whom their children take forever in a shop to get their coins change would consider parking illegally or do not to pay parking at all.

Our just and fair law has serve it purpose tremendously. Those couple “deserve” 14 days, or even 14 years to satisfied some, but the parking system still cripple and need to be fixed because who know, me or even you, or your daughter might ended in jail for a crime she/he did not intentionally commit!

Malaysia Boleh!



PS: In Form 1, Kemahiran Hidup Subject taugh us 6 step in solving problem including identified problem and enlist possible solutions.

Unfortunately, Malaysian People always failed to think of a solution because we are too focusing on the problem possibly urge by skin color and race sentiments that play repeatedly by politician. Hatred is a crime.




Monday, November 14, 2016

Seru Orang Islam Kaya BERTANI dan Orang Islam Miskin SedekahTani!

Disebalik kemenangan Trump di Amerika(pengeluar Beras no 7 dunia tapi tidak makan nasi) adalah kenaikan harga minyak masak serta bahan makanan lain kerana krisis makanan dunia semakin teruk.

Krisis makanan dunia DIJANGKA pada 2030(1/3 Penduduk Dunia tidak dapat makan) dan kesannya seawal 2018 dimana  harga makanan akan naik kerana "supply kurang, demand tinggi".

NGO dan Kerajaan dunia ramalkan pada 2050 hanya 1 dari 10 orang dapat makan kerana 3 faktor;

1. Peningkatan penduduk dunia yang mendadak dan memeranjatkan
2. Pengurangan penghasilan makanan kerana iklim dunia yang sudah berubah
3. Penggunaan tanah untuk penghasilan makanan di tahap rendah  
4. Penggunaan teknologi yang tidak digunakan justeru hasil tanaman tidak dapat ditingkatkan

                                         sumber https://newint.org/features/2008/12/01/food-crisis-facts/

Bekas Bakal Bapa Mertua saya miliki RM 1 juta tunai dalam akaunnya pada tahun 2002. 3 anaknya sudah kerja, tiada hutang, dan beliau masih kerja dengan gaji 5 angka sebulan.  Hari ini dari jauh saya lihat, beliau tidak lakukan apa-apa perniagaan jadi saya yakin wang beliau semakin membukit tapi malangnya ia hanya kertas yang dihimpun ibarat air dalam tempayan yang tidak mengalir.

Itu adalah satu contoh antara beratus ribu Melayu lain yang punyai kekayaan ribuan ringgit, puluh ribu, ratus ribu, jutaan, malah billion ringgit.

Orang Islam boleh miliki gunung wang sekalipun tapi ia tetap kertas kerana pasaran perniagaan dan pembekalan(penghasilan) makanan dikuasai oleh Bukan Islam samada di Malaysia mahupun di Dunia.

Artikel ini dicetus sekitar November 2008 di Hotel Movenpick Madinah selepas tonton kemenangan Obama saya tonton satu Ceramah Perdana pagi Jumaat oleh “Mahathir Arab Saudi”. Pak Arab itu diberi jolokan “Mahathir” kerana keberaniannya kritik Negara Barat dan kritik orangnya sendiri sebagai malas dan kaki gaduh!

Saya masih ingat katanya keluaran makanan dunia dikuasai oleh Bukan Islam iaitu 80% dan hanya 20% makanan dunia dikeluarkan orang Islam.

Krisis Keluaran Makanan Dunia Islam ditutupi oleh Barat dengan pelbagai propaganda lagakan dunia Arab justeru beliau sendirian gerakkan inisiatif antarabangsa dimana Negara Arab akan beri teknologi, latihan dan kewangan pada Negara Islam Miskin ie Somalia dll bertani atas tanah Somalia untuk hasilkan makanan dengan tujuan menyumbang pada keluaran makanan dunia. Jangan label rasis atau ekstremis kerana ia juga dilakukan Amerika di Mexico dll, Britain di NZ dll, China di Afrika dll, India di sekitarnya dan banyak lagi.
Saya tidak pasti usaha beliau berjaya atau tidak kerana carian saya pada 2016 Google untuk BERAS, hanya 20% Beras dunia dikeluarkan oleh Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Negara Islam lain, manakala 80% di keluarkan bukan Negara Islam.

Dalam Bas dari Madinah ke Mekah otak saya kembara pulang ke Malaysia. Saya pilu terbayang RM 40 billion tanah milik orang Islam di Malaysia terabai jadi sarang wabak penyakit, penjenayah, binatang liar dan lebih pilu lagi dengan dangkalnya setiap tahun kita bangga jumlah hasil cukai “import” makanan dan hasil cukai tanah kosong kita.

Saya terkenang curahan hati bekas “Tok Ampek” Klang Gate yang saya jumpa di Mekah 4 tahun sebelum itu. Katanya, di Mekah beliau tenang dan berharap mati disana sebelum pulang kerana di Malaysia samada terpaksa suka atau tidak, setiap kali berurusan dengan Pejabat Tanah dan PBT beliau akan bawa wang dalam 3 bentuk nilai berbeza. RM 50 dipoket atas untuk para Kerani, RM 300 di poket kiri seluar untuk para Pegawai dan RM 1000 di poket kanan seluar untuk DO atau YDP. SETIAP KALI! 

Usaha saya sendiri bangunkan tanah pusaka(RahmanPalace) yang terbiar dimusnahkan rasuah. Rasuah sumbang kegagalan usahakan tanah orang Islam di Malaysia tapi itu bukan isu utama dalam artikel ini.

Isu utama adalah sikap KITA Orang Islam sendiri. Jangan pandang orang lain, jangan pandang QuPuteh atau Aliff Syukri, jangan pandang Baju Merah atau Kuning, jangan pandang BN atau Pakatan, tapi pandang diri sendiri DAN nilai sikap kita terhadap “berbakti pada tanah”.

Saya sendiri. Baru-baru ini Beras dan Mertua saya kalut ke Tapah, ke Klang dll cari tanah untuk tanam pisang. Reaksi pertama saya adalah pisang ibarat emas hari ini, tanam pisang sukar kerana hasilnya sering dicuri. Kenegatifan saya amat dikesali kerana tidak sokong usaha mereka kerana seperti pembaca, saya sendiri terlupa akan krisis makanan dunia.

Di Malaysia, kita hidup dengan aman dan hampir tidak pernah tidak dapat makan bila kita mahu makan apa sahaja.

Namun, kesenangan ini tidak bermakna kerana apa yang kita makan bukan dalam kawalan kita. Lebih menyedihkan ia akan habis dimakan kita, dan cucu cucu kita tidak akan dapat makan.

Pengantungan kita terhadap import tanpa disedari buat kita jadi bangsa yang amat, amat lemah.

Daging dan Beras yang kita makan di import.

Bawang, kentang, Cili, sayur dan rempah yang kita makan di import.

Beras, makanan Ayam, tepung, buah dan lain-lain kita makan semuanya di import.

Jika diperinci, hampir 90% makanan yang kita makan di import.

Benar, jika kita nilai dari sudut krisis keluaran makanan domestik, Kerajaan Malaysia lakukan kesilapan besar bila menukar Negara Pertanian Malaysia kepada Negara Industri pada awal 1980-an dahulu.

Langkah yang paling tepat adalah jadikan Malaysia sebagai Negara Pertanian dan Perindustrian Moden dengan beri tumpuan pada perkilangan elektronik tanpa melupakan langsung pertanian. Malangnya Nasi sudah jadi bubur, Malaysia yang lebih hebat pertaniannya dari Thailand kini jauh, amat jauh dibelakang Thailand.

Namun, itu sejarah yang kita tidak boleh ubah, dan menyalahkan pemimpin masa lalu adalah perbuatan naif yang ganggu fokus kita pada penyelesaian dan pada masa hadapan Malaysia yang masih boleh kita ubah.

Justeru, SAYA SERU semua orang-orang Kaya yang beragama Islam, marilah kita sumbang pada pengeluaran makanan dunia, atau sekurangnya pada Malaysia sendiri.

Ayuh kita tamatkan penggantungan makanan kita pada import dan sama-sama sebagai penduduk dunia kita elakkan krisis makanan dunia.

Jika terjadi krisis makanan dunia hingga hanya 1 orang dari 10 kita dapat makan, apakah pengeluar makanan seperti China, Amerika, dan Negara Bukan Islam akan utamakan orang lain atau mereka akan utamakan rakat Negara mereka dahulu.

Krisis makanan dunia bakal mejadi penjajahan bentuk baru dimana Negara yang tiada makanan sanggup serahkan Negara mereka untuk dijajah.

Oleh itu, jika anda punyai wang yang banyak carilah tanah samada beli, pajak atau JV.

Jika anda ada RM 10,000.00 dan tanah pusaka/saudara cukup RM 500 bersih tanah, RM 4000 benih tanaman/racun dan RM 5500 gaji untuk 6 bulan sebelum tuai hasil dan jual. Hasil dikongsi bersama.

Jika tiada modal beli tanah, kenalpasti tanah kosong milik orang lain, sewa atau pajak dari mereka.(Puluhan Cina pajak ribuan ekar Tanah orang Melayu serendah RM 100 seekar setahun)

Jika anda ada saudara yang tiada kerja dan miskin di Kampung adalah lebih baik, peruntukan modal RM 50,000 untuk beli 20 anak Lembu dan 20 anak Kambing serta gaji dan makanan lembu dan kambing hingga lembu/kambing besar.  Pelawa mereka JV dan jangan tunggu mereka bertanya.

Selepas 2 tahun, lembu dan kambing bertambah ratusan ekor, malah makin ramai anak orang Islam Melayu yang dapat berkerja dengan anda. 

Pasaran? Perlu ke saya keluarkan statistik berapa tan metric lembu dan kambing di import setiap bulan dari New Zealand? Berapa kontena bawang dan kentang dari China dan India?

Jika anda ada RM 300,000.00 bela Ayam, telur ayam dll. Isunya bukan sahaja penggantungan dan keluaran makanan dunia tetapi isunya juga kepakaran, pengalaman dan penguasaan penghasilan.

INI ZAMAN TEKNOLOGI.  Pernahkah anda lihat owner  99 SpeedMart jaga cash di Kaunter? Atau jaga stok di Premis dan kira stok masuk Lori?

Ada CCTV pantau pekerja untuk kurangkan komitmen masa anda dan risiko anda ditipu, ada system barcode canggih untuk kawal stok keluar masuk, ada Whatsapp dan Handphone Kamera, jadi jangan beralasan lagi. 

Sebagai anak Cina yang membesar dalam persekitaran Cina, saya malu kerana majoriti Cina lebih redha ditipu apatah lagi jika ditipu saudara dan kawan sendiri.

Cina lebih redha dari Melayu Islam yang jika ditipu akan meroyan putus saudara, viral bertumbuk di alam maya dan pelbagai lagi seolah tiada hari akhirat dan tiada hari pembalasan!

“Quote” dan nilai saudara dan rakan Cina saya mudah tetapi seolah tidak dimiliki orang Islam;
  1. Cina yakin “Tin Yau Ngan” –Tuhan ada mata,
  2. Cina yakin Dewa Kekayaan akan ganti apa yang orang tipu mereka,  
  3. Cina yakin hidup selepas mati dan sipenghutang/penipu akan dihukum,
  4. Cina yakin biar habis duit ditipu, biar licin harta dirompak, biar hilang tangan dizalimi, tapi selagi Tuhan tidak ambil/hilangkan semangat dari mereka, mereka yakin akan berjaya
Buktinya, di masa perayaan Tahun Baru Cina, saudara yang miskin tidak “segan” jumpa saudara Kaya kerana saudara Kaya yang akan cari saudara miskin untuk beri wang sebagai modal usahama perniagaan, perusahaan dan pertanian.

Berbeza perayaan Hari Raya pula, saudara miskin takut dan malu jumpa saudara kaya kerana akan dihina, diperkecilkan dan dibandingkan dengan saudara kaya yang sakan tunjuk hutang(kereta) siapa lebih besar.

Saya perhatikan sendiri sepupu Cina saya. Walaupun Ken ditipu berjuta ringgit berkali-kali, tetapi beliau enggan mengalah malah terus berusaha “percaya” pada rakan dan saudara serta yakin pada janji Dewa mereka! 

Mungkin kerana orang Cina sembah Dewa Kekayaan yang mereka nampak setiap hari jadi mereka lebih percaya Tuhan berbanding  Orang Islam yang sembah Allah yang mereka tidak nampak jadi mereka kurang percaya pada janji Tuhan dalam AlQuran antaranya;
  1. manusia tidak akan rugi sedikitpun kerana Allah akan ganti kerugian mereka disini atau disana
  2. barang siapa melepaskan hak untuk balas akan jadi penebus dosanya
  3. menghalalkan hutang adalah lebih baik bagi manusia
  4. sedekah walaupun secara terpaksa(kena tipu) diterima Allah
4 janji Allah diatas tidak dipercayai oleh majoriti orang Islam, justeru bila orang Islam kaya diseru untuk bantu kaum kerabat mereka berniagatani, atau mereka sendiri berniagatani, atau mereka berniagatani secara usahama dengan saudara mereka dan sebagainya, mereka enggan kerana khuatir ditipu, takut rugi dan pelbagai alasan fasik lain.

Sebenarnya dengan mudah Orang Islam boleh buktikan mereka yakin pada 4 janji Allah diatas tanpa perlu beri pinjam sesen pun wang mereka dimana mereka hanya perlu;


  1. BERNIAGATANI, dimana perniagaan mereka akan beri pekerjaan dan makan kepada Islam lain dan
  2. BERTANI, dimana hasil tani mereka dapat beri makan kepada Islam lain malah bukan secara percuma, tapi untung sebab ia dijual.

Ini adalah kali kedua saya tulis untuk seru orang Islam Malaysia yang kaya berniaga,tetapi tidak berjaya.

Kali ini Saya harap orang kaya akan bertani kerana selain ia adalah satu bentuk perniagaan yang berkat lagi menguntungkan malah ia juga membolehkan orang kaya dapat gaya hidup sihat dan makanan yang sihat.

Krisis makanan dunia melanda kerana iklim Negara pengeluar hasil makanan dunia berubah, dan Malaysia masih beriklim sempurna untuk menjadi penghasil makanan utama dunia.



Walaupun saranan Kerajaan tanam sayur dalam pasu untuk orang miskin berjimat dikecam, tapi orang miskin boleh lakukannya sebagai amal jariah(jika tidak mahu makan sendiri).

Kita orang miskin boleh mula bertani sekarang dan boleh dermakan hasil tanaman di Pasar, Kedai atau di Masjid untuk dibahagikan dan percayalah ia amat bermakna kepada si penerima dan bermakna pada Allah walaupun sekecil biji sawi.

Sambil menulis ini saya sendiri terinspirasi untuk tanam biji mangga di tanah awam, jika mampu saya akan pupuknya hingga berbuah dan saya “ikhlaskan” untuk semua manusia nikmati hasilnya. Ayuh bertani orang kaya dan miskin, jangan beralasan lagi.

NAMUN harapan menggunung saya adalah pada orang kaya supaya bertani, kerana kekuatan wang mereka akan beri impak besar terhadap penghasilan dan pengeluaran makanan Negara dan Dunia selain beri pekerjaan pada orang lain.

Pilih sayur, buah, limau, daun, beras, kopi, ayam, itik, lembu, kambing, atau apa sahaja kerana tanah tidak pernah khianati manusia melainkan bila manusia mati kelak.

Jangan biarkan air(wang) tidak mengalir dalam tempayan anda. Bandingkan kualiti air yang tidak mengalir dan disimpan lama dalam “tempayan” itu dengan air dalam tempayan yang sentiasa mengalir!

Lillahitaala saya penat menulis, sedikit jemu dan amat kecewa. Tapi saya yakin pada janji ALLAH yang saya tidak akan rugi walaupun saya peruntukan 4 hari untuk tulis artikel ini. Moga bermanfaat!


Ayuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh BERTANI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, November 1, 2016

Auntie Anne's(Dog) VS JAKIM, Rakyat Wajib Berdiri Teguh Belakang JAKIM

Kontroversi Pretzel Dog Auntie Anne's ini boleh disalahanggap seperti sengaja mula di viralkan sendiri oleh Auntie Anne's Malaysia(dengan upah orang lain hentam Auntie Anne's tiada sijil halal) dengan tujuan beri tekanan pada JAKIM untuk luluskan Pretzel Dog tanpa tukar nama pada Pretzel Sosej.("Sequence" dari viral, kepada jawapan Eksekutif Halal Auntie Anne terlalu cepat dan mudah mendedahkan status permohonan mereka secara terperinci)

Mungkin tidak perlu di Indonesia dan tidak di Thailand, tetapi di Malaysia latar belakang dan suasana Negara ini berbeza dan harus kita sokong hentikan penggunaan nama "dog" dalam makanan kita.

5 Sebab Kenapa kita perlu sokong JAKIM dan kita perlu hentikan penggunaan nama dog dalam makanan kita?

1. Jati diri Melayu yang sangat tipis.

Seorang Tokoh Agama Malaysia silap apabila katakan dia bukan Melayu, tapi dia Islam. Agama adalah dalaman seorang manusia, pakaiannya(budaya, makanan dan adat) adalah kaumnya.

Kaum adalah pertahanan pertama akidah manusia baru agama yang dianutinya.

Entah mana silapnya, jati diri orang Melayu sangat tipis, Hari ini anak muda Melayu dengar lagu K-Pop hingga sanggup makanan Korea kerana ikut "trend".

Jika Korea makan anjing dan menamakan menunya "hotdog" bagaimana kita mahu bezakan?

2. Asimilasi kaum dan agama yang membimbangkan di Malaysia

Ada dua jenis asimilasi kaum.

Pertama, asimilasi sempadan dimana di Kelantan yang bersempadan dengan Thailand, asimilasi kaum Thailand banyak serap ke Malaysia. Jujurnya, ramai kenalan Kelantan di Kuala Lumpur yang malu dengan perilaku Kelantan di "sana".

Kedua, asimilasi PATI. Kita sudah ada Mini Jakarta-Selayang, Mini Manila-KotaRaya, Mini Dhaka-Jalan Silang, Mini Kemboja-Kubu Gajah, Mini Hanoi-Klang, Mini-Arab-Bukit Bintang, Mini Afrika-Sunway dan himpunan segala jenis mini di Pasar Borong KL, Jalan Ipoh.

Mereka ini walaupun sama agama dengan rakyat Malaysia tetapi mereka membawa Islam berbeza(Islam Bangla/Rohingya wanitanya tidak sunat), Buddha berbeza(Buddha Myammar direstui membunuh), Hindu berbeza dan Kristian berbeza.

Asimilasi ini akan terus membesar, malah menyerap masuk dalam ADAT Melayu dan Islam, malah serap masuk Adat Cina dan India juga terutama melalui perkahwinan dan paling mudah makanan.

3. Asimilasi Makanan dan Minuman

Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura mempunyai jaringan makanan yang hampir sama dengan kita. Bagaimana pula dengan Pendatang dari Negara yang jauh?

Asimilasi makanan dan minuman mudah serap masuk merosakkan Islam Malaysia kerana mereka ini dibenarkan berniaga dengan mudah dan "murah-rasuah".

Bangladesh orang Islam tetapi ramai mereka minum arak. Bagaimana jika mereka keluarkan minuman "xtrajos" yang bercampur dengan arak dan menjual dan beri nama "banglajos"?

Vietnam makan anjing dan kucing. Ya. Vietnam di Malaysia makan anjing dan kucing. Sebab itu kita tidak nampak anjing liar berkeliaran seperti dahulu, malah kenalan Vietnam saya beritahu, anjing pun lari bila nampak orang Vietnam.



Sejarah asimilasi sesama rakyat Malaysia sendiri sukar dibendung seperti Nasi Lemak lauk Rendang Daging Babi dijual Indonesia Bukan Islam tetapi bertudung, Daging Lembu dicampurkan bersama Daging Kambing oleh peniaga Bukan Hindu dan dilabel Kambing dan sebagainya.

4. Rasuah dan Gangsterisme

Kesan 3 perkara diatas yakni jati diri orang Melayu yang mudah dipengaruhi kaum lain, asimilasi pendatang dalam masyarakat Melayu dan Islam dan asimilasi makanan bergantung kepada Penguatkuasaan.

Walaupun dinafikan sejuta kali oleh Agensi Penguatkuasaan tetapi realitinya mata kita dihidangkan dengan fakta yang sebaliknya.

Pendatang Asing Tanpa Izin bebas berniaga apa sahaja.
Pendatang Asing Dengan Izin bebas berniaga makanan tanpa ambil suntikan sepertimana orang Melayu perlu ambil.

Bilangan Kedai Tayar, Kedai Runcit, Kedai Baiki Kereta, Kedai Barang Elektrik, Kedai Cuci Kereta, Restoran dimiliki Pendatang Asing lebih ramai dari dimiliki orang Melayu.

Mereka bukan sahaja dilindungi oleh rasuah tetapi juga oleh "gangster" tempatan yang bertindak sebagai pembela mereka jika diserbu.

5. Masalah JAKIM

Masalah JAKIM ketika ini adalah tidak mendapat sokongan orang Islam.

Ada yang katakan JAKIM perlu dibubarkan tanpa mereka sedari JAKIM memainkan peranan yang besar dalam menyatukan kuasa 9 Ketua Agama dan Jabatan Islam berlainan dari 9 Negeri.

Untuk yang tidak tahu, pada 1980-an banyak perbezaan ketara pelaksanaan agama di 9 Negeri yang hanya dipisahkan oleh tiang elektrik. Antaranya, khalwat, poligami, Safar malah kita pernah berhari raya dua hari yang berbeza di dua negeri yang berbeza.

JAKIM dengan Pengurusan yang selesa di kerusi empuk, berhawa dingin, bergaji tinggi dan berkot sudah pasti menimbulkan rasa cemburu dalam hati hingga terjadi perebutan jawatan Imam dan AJK Masjid yang berelaun bulanan setinggi RM 10,000 sebulan.

Pengurusan wang zakat dan terbaru logo halal dijadikan dalil "kekejaman" mereka. Saya tidak mahu menafikan, pun tidak mahu setuju.

Kerana dalam isu logo halal, memang SOP memohon Sijil Halal ini disukarkan seperti meminta lesen perniagaan dari PBT, jika minta tanpa wang jolok pasti tidak dapat, jika minta dengan wang jolok, tidak perlu risau tidak dapat walaupun berniaga atas tanah kerajaan.

Teknikal keterlaluan memudahkan Pegawai yang tidak amanah mempergunakan isu teknikal itu, sedangkan pemberian lesen perniagaan makanan ringan ie Goreng Pisang, Nasi Lemak dll boleh diberi semudah membeli kupon parking di Kedai Runcit.

Terlalu banyak kes permohonan halal JAKIM dikecam peniaga malah pengguna dan orang Islam juga tidak ketinggalan, apabila isu teknikal mudah dipergunakan peniaga barangan haram seperti Arak mendapat Sijil Halal. Untuk rekod, Premis menjual Arak secara prinsip boleh pamerkan Logo Halal yang diperolehi mereka dari Menu Mee Sup mereka.

Walaupun saya sendiri menentang "kebatilan" dalam kelulusan sijil halal yang diresapi rasuah(RM 20,000- halal diluluskan), tetapi isu PRETZEL DOG ini isu berbeza.

Justeru, saya minta JAKIM tidak ubah keputusan mereka, dan umat Islam wajib terus sokong usaha JAKIM tukar nama makanan "dog" kepada sosej ayam/chicken sausage.

Ia tidak menjadi masalah hari ini, tetapi ia akan menjadi masalah pada anak dan cucu kita 50 tahun dari hari ini selepas masyarakat pemakan anjing berasimilasi sepenuhnya dalam masyarakat kita.

PS: Di beberapa tempat di Eropah/Vegetarian sendiri nama "dog" tidak dibenarkan untuk "hotdog" kerana ada asimilasi masyarakat yang memakan anjing dan ramai pula yang alah pada daging berdarah dan vegetarian.

Sejak kecil saya berazam untuk tukar nama dog kerana ada saudara saya pemakan anjing, dan hari ini bila JAKIM mahu laksanakan ramai pula membantah. Kita berharap orang yang membantah jangan bantah dalam kasutnya, cuba pakai kasut orang Melayu yang terdedah kepada asimilasi kaum di sempadan Thailand-Kedah/Perak/Kelantan, sempadan Sabah-Filipina/Indonesia dan sempada Sarawak-Indonesia.