ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, September 24, 2016

Urgent: TAPIS SEKS INTERNET Segera dan Selamatkan Anak Perempuan Kita Dari Ariel Castro!



Saya, anda dan kita semua(termasuk PATI Bangla, Pakistan, Indonesia dll) boleh jadi seperti Ariel Castro di Malaysia jika Internet tidak ditapis.

Pada 22 Ogos 2002, Ariel Castro tumpangkan seorang ibu tunggal yang sedang berjuang di Mahkamah untuk mendapatkan kembali anaknya sebelum Castro putuskan untuk memiliki wanita itu secara paksa.

Menculik Michelle Knight, 21 tahun, gagal puaskan Ariel Castro yang selepas 8 bulan, menculik pula Amanda Berry, 17 tahun.

Wanita dan anak gadis ini dipaksa menjadi hamba seksnya tetapi belum puaskan Ariel Castro yang kemudian menculik pula Gina De Jesus, 14 tahun.

Menarigla(menarik dan gila), Gina De Jesus adalah kawan kepada anak perempuan Ariel Castro yang tinggal dengan bekas isterinya.

Ketiga mangsa ini diculik di kawasan yang sama di Cleveland, Ohio, Amerika, dan dikurung selama 11 tahun, diperhambakan, dirogol beratus kali, diseksa, dipukul dan didera, di kurung di bilik gelap, makan sehari sekali, mandi 2 kali seminggu, buang air besar dan kecil di plastik yang jarang dibuang di sebuah rumah Ariel Castro, kurang 10 km dari tempat mereka diculik.

Sikap Ariel Castro sukar diterjemahkan kerana beliau menyertai “misi pencarian orang hilang” oleh masyarakat setempat selain cuba bergaul dengan keluarga mangsanya.

Tidak cukup menyeksa fizikal , Ariel Castro seksa jiwa mereka dengan beritahu mangsa keluarga mangsa sudah tidak mahu cari mereka lagi agar mangsa kehilangan tujuan hidup dan “rela” menjadi hamba seks Ariel Castro.

Kecuali Michelle Knight, yang saban hari ingat dan berazam mahu melepaskan diri untuk bertemu dengan anaknya.

Semua perbuatan Ariel Castro ini gagal dikenalapasti motif dan punca kerana beliau adalah seorang lelaki yang baik di mata masyarakat dan seorang bapa penyayang pada seorang anak lelaki and seorang anak perempuan yang tidak tinggal bersamanya.

Lebih membinggungkan Ariel Castro menyalahkan FBI kerana lambat menangkapnya, selain menyalahkan “ketagihan seks” sebagai punca kepada “neraka dunia 11 tahun” 3 mangsa culiknya.

Selain yakin beliau akan ditangkap jua, Ariel Castro beritahu Polis beliau tidak rancang penculikan tersebut, ia hanya peluang bertukar jenayah yang didorong oleh kemahuan seks yang pada pendapat saya Ariel “develop tanpa sedar” dari Internet hingga beliau gelar dirinya “Master in Masturbation Art”.

Sebagai bekas orang IT, saya berani jamin bahawa tindak tanduk Ariel Castro ini berpunca dari kegemaran beliau menonton video seks di Internet. Dan sebagai orang yang ada tonton seks internet, saya yakin untuk sahkan bahawa seks internet adalah punca Ariel Castro bertindak gila.

Seks Internet lebih bahaya dari seks sosial dan seks pelacuran dunia nyata, beringatlah!

Dalam dunia nyata, pelacuran dan seks sosial hanya boleh dimiliki dengan usaha, wang, serta hanya bertahan 1 malam sahaja dimana wanita punyai hak untuk katakan tidak!

Tetapi dalam dunia maya, seks internet membenarkan seorang lelaki tanpa perlu berusaha boleh memiliki sesiapa sahaja dia mahu termasuk Angelina Jolie, Jennifer Lopez, Kirsten Dunst, Demi Moore, Julia Roberts dan berates ribu wanita seluruh dunia yang lebih menepati citarasa lelaki tersebut.

Seks internet benarkan seorang lelaki memiliki mana-mana wanita dan anak gadis selama mana lelaki itu mahu. Wanita dan Gadis dalam internet tidak pernah kata tidak pada mereka.

Tabiat seks internet ini selari dengan corak mental tindakan Ariel Castro yang menculik 1 wanita dan 2 Gadis Remaja  untuk jadikan seks internetnya sebagai realiti dalam kehidupannya.

Ariel Castro tidak cukup wang untuk melanggan pelacur sekerap yang nafsunya mahukan. Tindakannya menghambakan 3 Gadis dalam bilik di rumahnya untuk beliau rogol bila-bila masa persis seperti beliau beronani melalui Youtube atau You**zz.

Internet membolehkan lelaki “memiliki” wanita dengan murah tanpa had masa dan selagi Internet tidak tidak ditapis, Ariel Castro adalah ancaman pada anak gadis kita.

Dan, Malaysia mempunyai ratusan, ribuan,tidak, Malaysia punyai puluhan ribu Ariel Castro berkeliaran menunggu peluang tukar jenayah.

Sebagai orang IT, saya jamin jika Unifi, Telekom dan Kerajaan-SKMM keluarkan statistik penonton seks di internet mengikut kategori umur, agama, kaum dan kawasan, statistiknya pasti amat memeranjatkan dengan 10 rumah di Malaysia dengan internet, 8 darinya menonton seks internet.

10 tahun saya berkerja di pejabat pelanggan Komputer Fujitsu di Bank, Kerajaan, Swasta, Kilang, Polis dan lain-lain dan semua proxy server, rekod Internet, TEMP folder, cache, dan cookies saya kunyah.

Beribu pemilik komputer yang saya jumpa merupakan seorang bapa yang penyayang, seorang wanita bujang yang sopan dan beragama, seorang anak muda yang sebaik Malaikat, seorang ibu kepada 3 anak yang comel, seorang majikan yang menghormati pekerja, seorang pemimpin yang mengetuai kontijen polis dan tentera, semuanya menonton seks internet, seks antara ibu/bapa dan anak, seks luar tabii, seks dengan anak kecil dan bermacam lagi, samada dalam waktu berkerja, atau tidak.

Tidak salah mereka menonton kerana seks adalah satu keperluan seperti gula, nasi, protein, ubat(drug) dll. 

Mengambilnya secara salah, berlebihan, tanpa kawalan dan tanpa ilmu boleh akibatkan kematian diri sendiri dan menyusahkan orang lain juga.

Kerana tugas kami berpura tidak tahu dan tidak beritahu orang lain, tapi ia bangkitkan kesedaran kami akan ancaman seks internet pada Negara dan Tamadun Bangsa.

Semua mereka ini adalah bom jangka yang bakal meletus bila-bila masa menunggu peluang seperti Ariel Castro, yang ketika kejadian berumur 40-an, ditangkap umur 52 tahun dan dipenjarakan 1000 tahun dan menggantung dirinya selepas setahun dipenjara.

Namun di Malaysia, bukan versi Ariel Castro berumur 30 tahun – 60 tahun yang kita bimbangkan.

Tetapi versi Ariel Castro kanak-kanak, remaja dan bawah 30 tahun yang kita amat bimbangkan.
Sains Tubuh Remaja Lelaki mudah meransang mereka semudah tidur dan bangun pagi dalam keadaan tegang!

Pada masa kita remaja dahulu, peluang “pelajaran seks”  terbatas pada Speedy VHS Tape Rental(perlukan IC 18 tahun keatas) dan juga MTV, dan V Channel di Astro selain lambakan gambar pegun internet kerana kelajuan internet video streaming pada ketika itu masih lagi satu dongeng.

Sekadar gambarpun sudah merupakan cabaran yang amat besar untuk kita hadapi, bayangkan apa dugaan yang anak kita perlu hadapi?

Bangunlah! Sedari dan insafi cabaran internet kelajuan tinggi tanpa tapisan pada anak- anak kita.

Sesiapa sahaja boleh menonton filem seks di internet seawal usia 3 tahun, dan remaja boleh beronani seratus kali sehari dan menjadi “Master in Masturbation Art” seperti Ariel Castro dan akhirnya merosakkan diri sendiri.

Internet Filter, ISM, Security Privacy Setting, Parental Setting, 3rd Party Softwre malahan Tukar Proxy Setting dan bermacam lagi hanya mampu bertahan sementara sahaja. Ia perlu dilakukan secara lebih dinamik, berpusat serta konsisten.

Sebagai orang IT, saya sedar dan 110% tahu adalah tidak sukar untuk Kerajaan menapis internet khususnya seks. Ia amat mudah, dan jika Kerajaan tidak mempunyai kepakaran atau peruntukan untuk menggaji Pakar IT, saya, rakan-rakan dan ramai Pakar IT sanggup melakukannya secara percuma untuk Kerajaan.

Jenayah Ariel Castro adalah jenayah alaf baru dan ia berlaku pada 2002 dan akan banyak lagi terjadi.

Ia adalah jenayah kelas pertama yang berpunca dari ketagihan seks Internet yang membentuk tabiat, sifat dan mendorong manusia melakukan 360darjah dari apa yang mereka percaya dan perjuangkan.

Percayalah, saya tahu kerana saya juga pernah bergelut untuk keluar dari ketagihan tersebut.

Maka JELAS, Seks internet adalah ancaman paling besar Negara, malah lebih besar dari 1MDB, dari bangkrap, dari Perang, dari kemelesatan ekonomi dan kebuluran dan Kerajan harus bertindak!

Akhir kata, saya merayu, kita semua merayu, semua Raja dan Anak Raja lupakan perbalahan kerana sebiji bola, Menteri dan Ahli Politik lupakan rebutan kuasa dan wang, orang Islam lupakan berbalah kerana Qunut dan Tahlil, bukan Islam lupakan sengketa sesama anda, semua kaum lupakan siapa lebih siapa kurang, Guru, Abang, Adik, Kakak kita lupakan perbezaan kita semua dan ayuh KITA berganding bahu memperjuangkan satu benda yang sama iaitu;

““ TAPIS SEKS INTERNET DAN JUDI INTERNET SEGERA!!!!!!!!!!!!!!!!!!””

1 comment:

PREDIKSI TOGEL SINGAPORE said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa dulunya saya ini cuma seorang.
penjual es kuter kelilin tiap malam. pendapatannya tidak seberapa dan.
tidak pernah cukup dalam kebutuhan keluarga saya,, suatu hari saya dapat.
informasi dari teman bahwa MBAH SUJARWO bisa memberikan angka ritual/goib.100% tembus.
akhirnya saya ikuti 4D nya dan alhamdulillah memanG bener-bener terbukti tembus.
saya sangat berterimakasih banyak kpd MBAH SUJARWO.atas bantuan MBAH saya sekarang.
sudah bisa mencukupi kebutuhan keluarga saya bahkan saya juga sudah buka.
usaha matrial dan butik pakaian muslim.
Jika anda mau buktikan
silahkan bergabun sama Mbah Sujarwo
Di:http://sitogelsgp.blogspot.com Atau { KLIK-DISINI }
No: tlp.0823-2424-4298
Saya sudah buktikan benar2 tembus 3x permainan....!!!