ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, September 24, 2016

Adios Harun Din, Peace Upon You Down There! Jangan Jadikan Islam Agama Komunis!



Adios. 

Adakah saya perlu mulakan artikel ini dengan bacaan AlFatihah kepada Harun Din baru saya tidak ditangkap kerana menghina Islam?

Bagaimana dengan bukan Islam? Apakah mereka perlu baca AlFatihah juga baru dianggap tidak menghina Islam.

Adios Harun Din. Bye, “choikin”, Tata, let there be peace for you, RIP Bro Harun!

Dan banyak lagi komen dari bukan Islam yang pada saya walaupun “tidak manis” tetapi secara tidak langsung mereka iktiraf hidup selepas mati yang diperjuangkan Islam.

Hakikatnya ia menghina sekiranya mengatakan “mati” dan bukan meninggal dunia, kerana “mati” selamanya dan meninggal dunia seperti berpindah alam.

Pada saya Harun Din meninggalkan satu legasi pada Malaysia, orang Melayu khususnya orang Islam.

Legasi itu adalah tidak berbalah dan bergaduh sesama ugama dan tidak mencetuskan perbalahan merentasi warna kulit dan kepercayaan.

Beliau yang tidak bermula sebagai ahli Politik tetapi mati dengan jawatan dalam parti politik, amat malang kematiannya dimanipulasi oleh orang politik.

Akibatnya jelas, Islam yang beliau perjuangkan selama hidupnya, tetapi kematiannya merobek imej Islam sebagai agama kasih sayang dan toleransi  kepada agama Komunis yang tidak boleh langsung tersalah walaupun sipelaku adalah jahil tentang Islam.

Jika dibaca dengan akal yang waras, Harun Din seperti kita, adalah manusia biasa. Beliau bukan Nabi, dan bukan Rasul, jauh sekali Tuhan yang “terikat” bersama agama Islam. Sejarah Islam sendiri buktikan Allah Maha Penyayang mengampunkan dosa mereka yang buat kesalahan kerana jahil, bukan menghukum si jahil.

Sebagai manusia biasa, Harun Din juga melakukan kesilapan, dan sebagai figura awam beliau juga terdedah kepada cacian dan makian orang.

Bukankah setiap Ulama dan pejuang Islam sudah bersedia dan tahu fitnah, cacian dan makian adalah makanan mereka. Dan saya pasti, itu juga pegangan Harun Din, dulu, kini dan selamanya.

Akibat rentak ahli politik Islam kini menjadi agama komunis sepertimana hubungan kaum menjadi parah semua kerana ahli politik.

Islam tidak boleh lagi boleh dipersoalkan jika ada kekeliruan. Jika orang Islam tidak tahu dan bertanya dimanakah Tuhan, dia akan dianggap menghina Islam. Jadi orang Islam perlu jadi seperti lembu, cucuk sahaja hidung mereka dan ikut sahaja apa yang disuruh tanpa soal.

Jika bukan Islam yang tiada ilmu tentang Islam tersalah cakap tentang kematian orang Islam, mereka akan ditangkap dan dituduh menghina Islam.

Sebagai orang Islam saya keliru. Dan saya tertanya, sekiranya PAS masih dalam Pakatan dan Harun Din sendiri lantang mengkritik isu 1MDB dan Najib Razak, apakah Ali Tinju, Jamal Ikan Bakar, Ramesh Rao, Nalla, Liow Tiong Lai dll akan “Adios” Harun Din. Dan lebih misteri, apakah Polis dan AG akan ambil tindakan pada mereka!

Tetapi Harun Din maut dalam keadaan tidak mahu bersengketa dengan UMNO dimana saya amat sanjung pada mana-mana usaha satukan orang Islam.

Namun saya kecewa layan mereka terhadap Arwah Harun Din ketika beliau menentang UMNO dan ketika beliau tidak mahu menentang UMNO jelas tidak adil dan hipokrit.

Harun Din begitu utama pada Kerajaan BN dan Polis sedangkan setahu saya ketika YDP Agong Sultan saya, Sultan Selangor mangkat, ramai juga orang Adios dengan cara kurang "islamik" dalam laman sosial tetapi tidak pula ditangkap dan didakwa hina Islam.

Begitu juga kemangkatan Sultan Kelantan yang akrab dengan Nik Aziz. Begitu juga kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Begitu juga Sultan Perak yang bantu UMNO “rampas” Perak dari Pakatan Rakyat juga dihina dengan pelbagai kata nista. Tetapi tiada tindakan, pelik Harun Din lebih tinggi dari Sultan Ketua Agama Islam!

PS: Semoga ahli PAS tidak termakan budi Kerajaan BN yang mempertahankan “kematian” Harun Din, tetapi menghina seluruh “kehidupan” Harun Din dengan tidak menjunjung hukum Islam dan tidak menyokong hudud walaupun berjanji berkali-kali!

Adios Harun Din. Alfatihah!

2 comments:

Yuz said...

Setiap ayat walaupun betul tetap kena lihat pada situasi. Contoh "saya" kenapa tak bahasakan diri "aku". bila bercakap dgn anak nko, cer bahasakan diri nko "aku". hish! dan gunakan "aku" masa berckp dgn org tua, nampak sgt kurang ajar. nko sendiri berpost tulis "saya". kan sopan. Imej Islam rosak? dh berpuluh tahun media barat canangkan seluruh dunia dlm isu ni.. ada nko nampk Agama Islam goyah? Jangan risau. Insya'Allah Agama Islam tetap teguh kerana Allah SWT sebaik-baik perancang. Penentu segalanya.

Mustaqim Abdul Rahman said...

well said yus.....terima kasih atas komen yang membina dan matang...

cuma pada pdangan saya kita berbahasa pada ALLAH AKU ENGKAU dan kita berbahasa pada manusia Patik Tuanku..saya awak...YB kami...

Kata Allah dalam AlQuran Allah melihat hati lebih dari lidah dan perbuatan....sebab itu kita AKU ENGKAU dengan ALLAH sebab hati kita merujuk diri kita kepada AKU hamba dan ENGKAU Tuhan....

saya biasa berbahasa patik dan tuanku dalam blog ini berkaitan sultan walaupun ada setngah Sultan saya tidak rela dan ikhlas, tapi saya yakin ALLAH tahu hati saya....