Saya, anda dan kita semua(termasuk PATI Bangla, Pakistan, Indonesia dll) boleh jadi seperti Ariel Castro di
Malaysia jika Internet tidak ditapis.
Pada 22 Ogos 2002, Ariel Castro tumpangkan seorang ibu
tunggal yang sedang berjuang di Mahkamah untuk mendapatkan kembali anaknya sebelum
Castro putuskan untuk memiliki wanita itu secara paksa.
Menculik Michelle Knight, 21 tahun, gagal puaskan Ariel
Castro yang selepas 8 bulan, menculik pula Amanda Berry, 17 tahun.
Wanita dan anak gadis ini dipaksa menjadi hamba seksnya
tetapi belum puaskan Ariel Castro yang kemudian menculik pula Gina De Jesus, 14
tahun.
Menarigla(menarik dan gila), Gina De Jesus adalah kawan
kepada anak perempuan Ariel Castro yang tinggal dengan bekas isterinya.
Ketiga mangsa ini diculik di kawasan yang sama di Cleveland,
Ohio, Amerika, dan dikurung selama 11 tahun, diperhambakan, dirogol beratus
kali, diseksa, dipukul dan didera, di kurung di bilik gelap, makan sehari sekali,
mandi 2 kali seminggu, buang air besar dan kecil di plastik yang jarang dibuang
di sebuah rumah Ariel Castro, kurang 10 km dari tempat mereka diculik.
Sikap Ariel Castro sukar diterjemahkan kerana beliau menyertai
“misi pencarian orang hilang” oleh masyarakat setempat selain cuba bergaul
dengan keluarga mangsanya.
Tidak cukup menyeksa fizikal , Ariel Castro seksa jiwa
mereka dengan beritahu mangsa keluarga mangsa sudah tidak mahu cari mereka lagi
agar mangsa kehilangan tujuan hidup dan “rela” menjadi hamba seks Ariel Castro.
Kecuali Michelle Knight, yang saban hari ingat dan berazam
mahu melepaskan diri untuk bertemu dengan anaknya.
Semua perbuatan Ariel Castro ini gagal dikenalapasti motif
dan punca kerana beliau adalah seorang lelaki yang baik di mata masyarakat dan seorang
bapa penyayang pada seorang anak lelaki and seorang anak perempuan yang tidak
tinggal bersamanya.
Lebih membinggungkan Ariel Castro menyalahkan FBI kerana
lambat menangkapnya, selain menyalahkan “ketagihan seks” sebagai punca kepada
“neraka dunia 11 tahun” 3 mangsa culiknya.
Selain yakin beliau akan ditangkap jua, Ariel Castro beritahu
Polis beliau tidak rancang penculikan tersebut, ia hanya peluang bertukar
jenayah yang didorong oleh kemahuan seks yang pada pendapat saya Ariel “develop
tanpa sedar” dari Internet hingga beliau gelar dirinya “Master in Masturbation
Art”.
Sebagai bekas orang IT, saya berani jamin bahawa tindak
tanduk Ariel Castro ini berpunca dari kegemaran beliau menonton video seks di Internet.
Dan sebagai orang yang ada tonton seks internet, saya yakin untuk sahkan bahawa
seks internet adalah punca Ariel Castro bertindak gila.
Seks Internet lebih
bahaya dari seks sosial dan seks pelacuran dunia nyata, beringatlah!
Dalam dunia nyata, pelacuran dan seks sosial hanya boleh
dimiliki dengan usaha, wang, serta hanya bertahan 1 malam sahaja dimana wanita
punyai hak untuk katakan tidak!
Tetapi dalam dunia maya, seks internet membenarkan seorang
lelaki tanpa perlu berusaha boleh memiliki sesiapa sahaja dia mahu termasuk
Angelina Jolie, Jennifer Lopez, Kirsten Dunst, Demi Moore, Julia Roberts dan
berates ribu wanita seluruh dunia yang lebih menepati citarasa lelaki tersebut.
Seks internet benarkan seorang lelaki memiliki mana-mana
wanita dan anak gadis selama mana lelaki itu mahu. Wanita dan Gadis dalam
internet tidak pernah kata tidak pada mereka.
Tabiat seks internet ini selari dengan corak mental tindakan
Ariel Castro yang menculik 1 wanita dan 2 Gadis Remaja untuk jadikan seks internetnya sebagai
realiti dalam kehidupannya.
Ariel Castro tidak cukup wang untuk melanggan pelacur
sekerap yang nafsunya mahukan. Tindakannya menghambakan 3 Gadis dalam bilik di
rumahnya untuk beliau rogol bila-bila masa persis seperti beliau beronani
melalui Youtube atau You**zz.
Internet membolehkan lelaki “memiliki” wanita dengan murah tanpa
had masa dan selagi Internet tidak tidak ditapis, Ariel Castro adalah ancaman
pada anak gadis kita.
Dan, Malaysia mempunyai ratusan, ribuan,tidak, Malaysia
punyai puluhan ribu Ariel Castro berkeliaran menunggu peluang tukar jenayah.
Sebagai orang IT, saya jamin jika Unifi, Telekom dan Kerajaan-SKMM
keluarkan statistik penonton seks di internet mengikut kategori umur, agama,
kaum dan kawasan, statistiknya pasti amat memeranjatkan dengan 10 rumah di
Malaysia dengan internet, 8 darinya menonton seks internet.
10 tahun saya berkerja di pejabat pelanggan Komputer Fujitsu
di Bank, Kerajaan, Swasta, Kilang, Polis dan lain-lain dan semua proxy server,
rekod Internet, TEMP folder, cache, dan cookies saya kunyah.
Beribu pemilik komputer yang saya jumpa merupakan seorang
bapa yang penyayang, seorang wanita bujang yang sopan dan beragama, seorang
anak muda yang sebaik Malaikat, seorang ibu kepada 3 anak yang comel, seorang
majikan yang menghormati pekerja, seorang pemimpin yang mengetuai kontijen
polis dan tentera, semuanya menonton seks internet, seks antara ibu/bapa dan
anak, seks luar tabii, seks dengan anak kecil dan bermacam lagi, samada dalam
waktu berkerja, atau tidak.
Tidak salah mereka menonton kerana seks adalah satu
keperluan seperti gula, nasi, protein, ubat(drug) dll.
Mengambilnya secara salah,
berlebihan, tanpa kawalan dan tanpa ilmu boleh akibatkan kematian diri sendiri dan menyusahkan orang lain juga.
Kerana tugas kami berpura tidak tahu dan tidak beritahu orang
lain, tapi ia bangkitkan kesedaran kami akan ancaman seks internet pada Negara
dan Tamadun Bangsa.
Semua mereka ini adalah bom jangka yang bakal meletus
bila-bila masa menunggu peluang seperti Ariel Castro, yang ketika kejadian
berumur 40-an, ditangkap umur 52 tahun dan dipenjarakan 1000 tahun dan
menggantung dirinya selepas setahun dipenjara.
Namun di Malaysia, bukan versi Ariel Castro berumur 30 tahun
– 60 tahun yang kita bimbangkan.
Tetapi versi Ariel Castro kanak-kanak, remaja dan bawah 30
tahun yang kita amat bimbangkan.
Sains Tubuh Remaja Lelaki mudah meransang mereka semudah
tidur dan bangun pagi dalam keadaan tegang!
Pada masa kita remaja dahulu, peluang “pelajaran seks” terbatas pada Speedy VHS Tape Rental(perlukan
IC 18 tahun keatas) dan juga MTV, dan V Channel di Astro selain lambakan gambar
pegun internet kerana kelajuan internet video streaming pada ketika itu masih
lagi satu dongeng.
Sekadar gambarpun sudah merupakan cabaran yang amat besar
untuk kita hadapi, bayangkan apa dugaan yang anak kita perlu hadapi?
Bangunlah! Sedari dan
insafi cabaran internet kelajuan tinggi tanpa tapisan pada anak- anak kita.
Sesiapa sahaja boleh menonton filem seks di internet seawal
usia 3 tahun, dan remaja boleh beronani seratus kali sehari dan menjadi “Master
in Masturbation Art” seperti Ariel Castro dan akhirnya merosakkan diri sendiri.
Internet Filter, ISM, Security Privacy Setting, Parental Setting, 3rd Party Softwre malahan Tukar Proxy Setting dan bermacam lagi hanya mampu bertahan sementara sahaja. Ia perlu dilakukan secara lebih dinamik, berpusat serta konsisten.
Internet Filter, ISM, Security Privacy Setting, Parental Setting, 3rd Party Softwre malahan Tukar Proxy Setting dan bermacam lagi hanya mampu bertahan sementara sahaja. Ia perlu dilakukan secara lebih dinamik, berpusat serta konsisten.
Sebagai orang IT, saya sedar dan 110% tahu adalah tidak
sukar untuk Kerajaan menapis internet khususnya seks. Ia amat mudah, dan jika
Kerajaan tidak mempunyai kepakaran atau peruntukan untuk menggaji Pakar IT,
saya, rakan-rakan dan ramai Pakar IT sanggup melakukannya secara percuma untuk
Kerajaan.
Jenayah Ariel Castro adalah jenayah alaf baru dan ia berlaku
pada 2002 dan akan banyak lagi terjadi.
Ia adalah jenayah kelas pertama yang berpunca dari ketagihan
seks Internet yang membentuk tabiat, sifat dan mendorong manusia melakukan
360darjah dari apa yang mereka percaya dan perjuangkan.
Percayalah, saya tahu kerana saya juga pernah bergelut untuk
keluar dari ketagihan tersebut.
Maka JELAS, Seks internet adalah ancaman paling besar
Negara, malah lebih besar dari 1MDB, dari bangkrap, dari Perang, dari
kemelesatan ekonomi dan kebuluran dan Kerajan harus bertindak!
Akhir kata, saya merayu, kita semua merayu, semua Raja dan
Anak Raja lupakan perbalahan kerana sebiji bola, Menteri dan Ahli Politik
lupakan rebutan kuasa dan wang, orang Islam lupakan berbalah kerana Qunut dan
Tahlil, bukan Islam lupakan sengketa sesama anda, semua kaum lupakan siapa
lebih siapa kurang, Guru, Abang, Adik, Kakak kita lupakan perbezaan kita semua
dan ayuh KITA berganding bahu memperjuangkan satu benda yang sama iaitu;
““ TAPIS SEKS
INTERNET DAN JUDI INTERNET SEGERA!!!!!!!!!!!!!!!!!!””