ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, July 31, 2016

Fatwakan Rasuah Musuh Islam Nombor 1!

Dari AJK Masjid, Bilal, Imam, Ulama, Mufti, Ketua Agama dan Penceramah, mereka semua bertanggungjawab untuk isytiharkan Rasuah musuh Islam Nombor 1!

Hakikatnya bukan mereka sahaja tetapi kita semua, selagi kita mengaku cintakan Allah, Rasul dan Islam, kita semua wajib perangi dan isytihar Rasuah musuh Islam Nombor 1.

Isytihar dan ikrar perangi rasuah samada "outloud" atau dalam diri sendiri sahaja! 

Ancaman rasuah pada kesucian dan maruah Islam amat membimbangkan.

Artikel pertama saya di siarkan Utusan Malaysia pada tahun 2002 berkenaan rasuah. Sejak itu, saya menjadi anti rasuah, dan natijahnya, kedai saya diroboh walau dibina atas tanah sendiri, kerana saya enggan membayar rasuah RM 25,000.00 pada PBT!

Tapi isunya disini bukan saya, tapi kita semua.

Rasuah hari ini amat berbeza dengan rasuah 1980, 1990 dan awal 2000.

Rasuah di Malaysia hari ini sudah menjadi amalan biasa, sudah jadi darah daging dan rutin harian, malah perasuah diketahui dipuja dalam kalangan keluarga dan kenalan sendiri.

Tidak! Jangan benci "ciptaan Allah-manusia", benci perbuatan manusia. Doakan mereka.

Untuk rekod pada tahun 2000, sebuah Universiti Awam Malaysia membuat satu tinjauan soalan, dari 50,000 Graduannya, 40,000 berkata mereka tidak kisah menerima rasuah bila mereka berkuasa kelak.

Bayangkan, mereka hari ini adalah Penjawat Awam, Penguatkuasa dan juga anggota pentadbiran yang berpangkat baik di Sektor Kerajaan, GLC- TNB, TM, Syabas, EPF, Bank, malahan Swasta.

Pendek kata, semua undang-undang boleh dilanggar di Malaysia asalkan ada duit. Semua boleh, asalkan sanggup bayar.

Jika tidak sanggup, Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Myanmar sanggup. Malah, Migran China dan India sanggup.

Jika dahulu kita merasa jijik pada diri kerana menggaji PATI sebagai Pembantu Rumah, kini perasaan "salah" itu sudah jadi tidak mengapa dan baik di mata kita.

Macam orang lain makan Babi, kita pun ikut sebab orang lain "ok jer" makan babi.

Itulah hakikat rasuah di Malaysia.

Peliknya, pihak berkuasa Agama Islam dan "Malaysia Muslim Leader 1" masih belum mahu isytiharkan rasuah sebagai musuh Allah nombor 1!!!

YA! Saya dipertanggungjawabkan atas apa yang saya lakukan dan katakan disini, tapi KALIAN juga akan dipertanggungjawabkan kerana kuasa mengisytihar rasuah sebagai musuh Islam nombor 1 ditangan kalian, kenapa bertangguh?

Tahukah rasuah sudah ancam kesucian Islam?

Tahukah kita bagaimana logo Halal boleh digunakan di premis Kelab Maksiat yang turut jual arak?

Tahukah kita bagaimana cara mahu peroleh logo Halal dengan cepat dan mudah?

Tahukah kita bagaimana mahu mohon Meter Elektrik TNB dalam masa 3 hari?

Tahukah kita bagaimana mahu mohon Meter Air SYABAS dalam masa 3 hari?

Tahukah kita bagaimana mahu percepatkan proses tuntutan insurans(kereta dan pesakit)?

Tahukah kita bagaimana mahu permudahkan peroleh lesen perniagaan dari PBT khususnya Restoran?

Tahukah kita bagimana mahu berniaga tanpa lesen tanpa tindakan PBT?

Tahukah kita bagimana mahu ceroboh(amalan Yahudi) tanah Kerajaan berpuluh tahun tanpa tindakan PBT?

Tahukah kita bagaimana mahu mendapat Lesen Memandu tanpa pergi ujian Memandu?

Tahukah kita bagaimana mahu lulus pemeriksaan kenderaan(khususnya Lori/Bas) tanpa pemeriksaan?

Tahukah kita bagaimana Taukey Rumah Urut boleh tawarkan pelacuran dengan bebas?

Tahukah kita bagaimana Taukey Judi boleh tawarkan judi dengan bebas kini di SMS dan Whatsapp?

Tahukah kita bagaimana dadah dijual dengan bebas di KL?(Saya boleh tunjukkan)

Tahukah kita bagaimana perniagaan besi buruk diberi lesen oleh PBT dan Polis dimana kita tidak tahu mereka juga lupuskan kereta curi sebagai besi buruk?

Tahukah kita bagaimana mahu memohon permit(baru/sambungan) pekerja asing kita? (Pembantu Rumah/Industri)

Tahukah kita bagaimana mahu lulus BR1M, LL1M, KL1M, FL1M, dll 1M?

Tahukah kita bagaimana cara ahli parti memberi undi kepada kepimpinan parti mereka baik UMNO, PAS, PKR, DAP dan parti lain?

Tahukah kita bagaimana arak diharamkan tetapi bilangan peminum arak Melayu lebih tinggi dari India dan Cina?

Tahukah kita bagaimana bersekedudukan boleh menjadi amalan bebas di Malaysia khususnya KL?

Tahukah kita bagaimana Negara Islam Malaysia ini merupakan TOP 3 Negara paling banyak jual manusia dalam dunia?

Tahukah kita bagaimana sempadan Negara kita(Indonesia, Thailand, Filipina) dibolosi PATI, Dadah, Pelacuran, Senjata dll?

Tahukah kita bagaimana Along Peminjam Wang, bagaimana Pelacuran Bapa Ayam masih bebas beroperasi?

YA! Kerana RASUAH!

Siapa yang rasuah? Siapa yang ambil rasuah?
Kita tahu, tapi jawapan kita mudah, kita terpaksa!

Orang lain boleh pakai PATI, kita ikut sahaja!

Orang lain boleh dapat lesen perniagaan, boleh dapat kedai PBT, boleh dapat tapak haram sebab "rasuah", kita ikut sahaja!

Orang lain dapat tender dengan "bayar", kita ikut sahaja!
Orang lain boleh "rasuah", kita ikut sahaja!

Orang lain masuk neraka, kenapa kita tidak mahu ikut sahaja masuk Neraka?

Dan paling senang kita jawab, kita Malaysia masih aman dibawah pentadbiran Kerajaan sekian sekian.

Dan yang anti Kerajaan pula jawab, jika kita memerintah kita akan hapuskan judi, pelacuran dan Kilang Arak tapi yang terjadi sejak bulan menjelma di Selangor sejak 2008, Rumah Urut(baca pelacuran) kian bertambah banyak.

Akhirnya kerana kehabisan alasan, kita akan jawab "Kita tidak perlu peduli, janji hidup kita senang!"

Jawablah ikut mana alasan sekalipun pada Allah, saya tidak berhak menilai dan menghukum, tapi kita perlu pastikan Allah akan terima alasan kita.

Dan lebih penting, kita yang sering kata Aku CintaMU Ya Allah dan Rasul perlu jujur bahawa kita tidak anggap Allah itu bodoh untuk percaya pada alasan kita sedangkan Allah tahu isi hati kita.

JUSTERU, saya ingin menggesa Sultan, Raja, Tengku Mahkota, Raja Muda lebih lagi yang aktif di FB, semua MUFTI, Ketua Agama Islam, semua Ulama, semua Penceramah, Imam, Bilal, AJK, Ustaz, Ustazah dll kakitangan Agama yang menerima GAJI atau yang dibayar UPAH;

dan lebih lagi kepada diri kita semua khususnya jika kita adalah "pembuat keputusan, pemegang kuasa, amanah Allah" mengisytiharkan;

RASUAH MUSUH ALLAH NOMBOR 1!

RASUAH MUSUH NABI SAW NOMBOR 1!

RASUAH MUSUH ISLAM, MUSLIM NOMBOR 1!

Kalau tidak, malulah kita cakap kita cintakan Allah, Nabi Muhammad SAW dan Agama kita!

Wallahualam.

PS: Dalam hidup kita, kita pasti kenal mereka yang berintegriti, yang beretika, waima tukang sapu yang jujur, mereka tidak ambil rasuah dan jalankan tugas dengan amanah. Hargailah mereka, kerana Allah dan RasulNYA sayangi mereka!

Kita juga kenal mereka yang korup, mereka yang munafik, fasik dan rasuah, nasihati mereka dan jauhi mereka, jika tidak mampu, marilah angkat tangan berdoa padaNYA semoga kita semua diberi rahmat olehNYA.

Akhir sekali, dalam sibuk salahkan orang lain khususnya kerajaan, sebenarnya perubahan boleh mula dilakukan dikalangan kita sendiri. Katakan tidak pada rasuah samada penerima, pemberi mahupun subahat!

Kerana masa hadapan anak cucu kita bergantung pada kita. Mungkin hari ini kita senang kerana rasuah, tapi 20 tahun lagi anak cucu kita mungkin susah kerana rasuah. Wallahualam.

Friday, July 29, 2016

Jho Low DiUpah CIA/Yahudi Untuk Tipu Najib Dan Untuk "Jajah" Malaysia Kerana Dendam Pada Mahathir

Selama 35 tahun saya tetap gagal terjemah niat bapa saya berkata 2 perkara, samada untuk usik Emak(Emak convert umur 26 tahun), atau dia memang mahu mengajar anak-anaknya.

Kata-katanya masih segar bergema di telinga saya dan secara peribadi saya rasa dia tidak maksudkan sekadar bergurau, tapi kata-katanya kembali bergema dengan kes 1MDB. Katanya;

1. Kalau tak tipu tak Cina!
2. Melayu kata silap, Cina kata sedap!

Lebih lagi sepanjang kes 1MDB ini meletup didedahkan Rafizi dan Tony Pua 3 tahun dahulu, saya tidak pernah baca dimana-mana media atau blog, Melayu atau Cina yang mengatakan Najib Razak ditipu Cina(Jho Low) atau jauh sekali Cina(Jho Low) penipu, yang ada Najib penipu!


Yang paling "hado" saya baca adalah komen dari sahabat Cina saya yang berbunyi, Najib Razak pandai kerana belajar dari Cina tentang ekonomi tapi dia bukan belajar ekonomi, dia belajar menipu dari Cina penipu(JhoLow)!

Dan atas dasar apa untuk kita tidak boleh terfikir bahawa Jho Low digajikan oleh Amerika untuk porak perandakan Malaysia?


Zionist avenge Mahathir by destroying everything he built/achieve eg MALAYSIA!

Jho Low sudah lama terkenal di Amerika, lama sebelum Najib Razak menjadi PM lagi. Beliau dikenali dunia sebagai "conman" atau penipu bertaraf dunia. Yang ditipu beliau bukan orang Melayu kereta rosak, bukan tukar atap rumah Melayu, bukan Handphone di Lowyat, tapi beliau menipu berpuluh artis Hollywood, beratus jutawan dan VIP Arabod0, dan ramai lagi.

Kenapa beliau masih bebas tanpa ditangkap atau didakwa dimana-mana Mahkamah masih menjadi misteri. 

Mungkin USA pernah menangkapnya pada tahun 2008 dan kemudian mereka bersepakat;

"Aku(Amerika) lepaskan engkau(Jho Low) dengan syarat engkau kembali ke Malaysia dan tipu "Malaysia Official 1" untuk terlibat dalam kegiatan "seperti yang didakwa Jabatan Undang-undang Amerika hari ini".

Skrip ini terlalu sempurna. "Too perfect". Kredabiliti, akuantabiliti dan responbiliti Jho Low sempurna di mata Najib Razak. Jika kita mahu percaya orang untuk pegang berbilion ringgit untuk kita, sudah pasti kita tidak akan pilih "conman" terkenal dunia melainkan ada "jaminan, janji dan sokongan" yang dibawa bersama Jho Low.

Umum tahu pada 2009, Najib Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 dan perkara pertama yang dibuat adalah mencari dan kemudian melantik APCO sebagai perunding imej Negara.

Bagai orang mengantuk disorong bantal, "kemahuan" Najib Razak mencari orang luar untuk membawa Malaysia ke persada dunia di ketahui Yahudi.

Tidak! Saya bukan anti-semitic. Walaupun saya orang Islam dan AlQuran sebut beratus kali kejahatan Yahudi ini tapi saya tetap anggap Allah itu PENYAYANG dan DIA tidak akan hukum orang Yahudi hari ini atas dosa Yahudi masa lalu.(Minta berbeza dengan saya kerana dosa Yahudi hari ini sama banyaknya sebenarnya, tapi sebab ramai yang konon berhati mulia kata Yahudi baik, kita layankan)


AlQuran menyuruh Islam berhati-hati dengan Yahudi, bukan memusuhi dan jika mereka bertindak memusuhi kita maka perangi mereka.

TAPI;


Saya amat jelas akan beratus serangan Malaysia terhadap Yahudi dan Israel diketuai oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir bukan sahaja serang tetapi membogelkan Yahudi sebagai dalang utama pentadbiran Amerika. Tidak cukup itu, orang tua ini pantas menuduh Yahudi untuk pelbagai jenayah perang, serangan ekonomi serta semua jenayah berat lain. George Soros adalah antara sasaran utama Mahathir.

Bukan sebarang serangan, tetapi keberaniaannya merobohkan tembok "akur Yahudi Zionis" diikuti pemimpin Islam lain, malahan oleh orang Kristian sendiri. Dalam beberapa filem Hollywood jelas beberapa Filem Amerika serang Yahudi/Illuminati kerana ia dimulakan Mahathir tanpa penafian dari mereka.

Tindakan Tun Mahathir ini sudah pasti mengundang rasa dendam yang amat mendalam Yahudi Zionis terhadap Malaysia. INI SAYA AMAT PASTI.

Sejak Tun Dr Mahathir bersara pada 2003, Yahudi Zionis sudah mula merancang untuk membalas dendam pada Mahathir dan membunuhnya hanya akan menjadikan Mahathir WIRA seperti Mahatma Gandhi.

Memusnahkan apa yang Mahathir bina menjadi impian mereka. Dan mereka mula menjalankan rancangan.

Hakikatnya, dalam pentadbiran elit kerajaan, atase dari pelbagai Negara dan bentuk ie kebudayaan dll sebagai "mata-mata" bukan rahsia.
Dari zaman Kolonial British seawal kurun 15 lagi, British atau Negara bersekutu akan menghantar "penasihat" untuk menasihati Raja-Raja, baik di Malaysia, Jepun, China mahupun India.
Penasihat budaya ini akhirnya bertukar penasihat diRaja.

Cubaan campurtangan dalam urusan Negara asing oleh Amerika dan British bukan rahsia malah sudah lama diamalkan. Bezanya, kejayaan.

Dan cara terbaik untuk berjaya adalah menjadikan orang Malaysia sendiri sebagai sekutu untuk hancurkan Malaysia dan orang itu adalah Jho Low.

Pendapat saya mungkin hanya teori, tetapi ia tidak mustahil kerana "TROJAN HORSE" menjatuhkan empayar Troy, Dr Sun Yat Sen revolusi Cina menjatuhkan Maharaja China, malah di Tanah Melayu, di Pahang, seorang Cina berkerakyatan Inggeris penasihat Raja Pahang mati dibunuh dan menjayakan rancangan British meletak Residennya/Penasihatnya di Pahang pada 1888.

PS: Wikipedia potray Jho Low as to good to be evil boy whom I as I remember I read about him in Wikipedia in early 2010 as more to the enemy to many because he con many Arabod!

Thursday, July 21, 2016

Saya Adalah HATERS Yuna, Traveller, JDT, Qu Puteh dll

Suka saya maklumkan, terma degrading mula dimulakan Barat keatas Asia, Arab dan Afrika.

Barat menggunakan terma degrading seperti dirty Indian, savage Arabic, black is evil, Asian is lazy, Japan tiny people, kungfu is lame, Islam is terrorist dan banyak lagi.

Semua terma degrading ini tidak benar seluruhnya, tapi bukan benar yang dicari sebaliknya ia digunakan hanya untuk mempamerkan sifat superior secara ilusi pada pengutur.

Supaya pengutur berasa tenang, berasa baik, berasa hebat, berasa betul dan berasa "super".

Malangnya ia tidak berjaya atas saya.

Bukan kerana saya bijak, tidak, tapi kerana nama timangan saya adalah Acai, dan orang selalu degrading saya "macai" dan "cincai"!

Saya juga jonggang, jadi orang suka gunakan terma degrading pada saya seperti Rabbit, Mr Os, Jo, Musang dll.

Dek kerana latihan intensif latih tubi berterusan sejak kecil, terma degrading tidak pernah berkesan pada saya.

Sedihnya, jika ia dicipta oleh Barat untuk merendahkan terus membuli orang Asia, kenapa kita gunakan sesama kita?

Apakah kita mahu jadi Barat sedangkan kita Islam, kita Melayu, kita Cina, kita India yang dihina Barat?

Bila kita komen artis, cara mereka lari dari masalah mudah "haters".

Bila kita komen traveller, mereka kata kita dengki dengan kebebasan mereka mengembara dan merendahkan kita dengan panggilan haters.

Bila kita komen pasukan juara bola sepak 33 kali iaitu JDT(saya perli dan seloroh sebab saya orang Selangor), mereka kata kita haters.

Bila kita komen Qu Puteh, mereka kata kita haters.

Betulkah kita haters????????????????????????????????????

Atau kita ikut ajaran AlQuran yang berbunyi, "amal maaruf nahi mungkar".

Ayat Allah suruh tegur, larang perbuatan salah ini banyak dalam Quran dan kalau saya seorang Ulama saya sudah petik petik ayat itu, tapi anda sendiri boleh selak dan cari perintah Allah supaya tegur saudara Islam kita jika mereka khilaf.

Tidak dinafikan menegur ada etikanya, elakkan membuka aib orang.

Tapi bila orang itu sendiri sudah buka aibnya sendiri, lebih lagi dari pengalaman saya, saya sendiri PM atau personal message inbox mereka, tetapi tidak pernah dilayan, maka apa lagi jalannya.

Haters tidaklah tertakluk kepada terma degrading, ada niat baik, ada niat jahat.

Paling penting pada yang di"hate" sangat, pada orang yang buka aib sendiri kemudian jawab orang yang tegur haters adalah mereka perlu tanya diri mereka sendiri "Apakah mereka ikut perintah Allah dalam AlQuran atau tidak", jika YA, teruskan apa yang anda buat kerana anda yang dipertanggungjawabkan, jika tidak, berubahlah.

Ya atau Tidak, tidak perlu guna taktik terma degrading semata-mata untuk keluar dari masalah yang anda sendiri cipta.

Wallahualam.

PS: Saya bukan haters Yuna, Traveller, JDT, Qu Puteh dll. Saya bukan haters sesiapa. Dari kecil setiap hari saya sudah diajar untuk baca Alfatihah kepada semua orang Islam, sudah diajar untuk mendoakan mereka. Mana mungkin saya benci orang yang saya doakan. Dengan izinNYA, tidak akan.

Tuesday, July 19, 2016

Tolonglah Selamatkan TMJ Johor!

Dato Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hebat dan berkarisma.

Lahir pelbagai idea, anak muda bijak, kemudahan dll dari beliau.

Sejak awal 90-an lagi saya sering dengar Ya Allah! Tolong selamatkan Anwar Ibrahim oleh Bapa dan rakan-rakannya.

Pada masa itu sudah lahir suara-suara bahawa beliau akan dirosakkan oleh orang-orang rapatnya, pengikutnya.

Seorang Ketua yang baik mempunyai pengikut dan ahli Kelurga yang sayang padanya termasuk menegur dan membetulkan bila dia terkhilaf.

Era moden ini, saya meminati TMJ. Jujur!

Bukan kerana beliau anak Sultan, tetapi kerana aspirasi dan suara anak muda yang dibawanya.

Bayangkan, orang berusia 80 tahun pun enggan bersara, Billionair berusia 70 tahun pun masih mahu berebut tender juta ringgit dengan peniaga 40 tahun, Pengarah Kerajaan berusia 60-70 tahun dilanjutkan Kontrak, maka berapa lama anak muda perlu tunggu!!?

TMJ membawa suara anak muda, bukan untuk dihormati, tapi untuk didengari dan dipertimbangkan.

Malangnya, seperti DSAI, TMJ juga perlu bijak memilih pengikut. Dan Kawan!

TMJ dalam banyak kenyataan seperti kebudak-budakan. Membentak bila tidak dapat apa yang dimahukan. "Meraung" seperti budak kecil. Saya tidak tuduh, ini hakikat dan dapat dilihat jelas dalam kenyataan-kenyataannya.

Saya ada tulis mengenai perkara ini beberapa tahun dahulu.

Dan saya lihat dengan bangga, walaupun saya tahu TMJ tidaklah baca artikel saya, tapi TMJ berubah.

Dari seorang anak muda, menjadi seorang "Gentleman".

Dari seorang kaki selfie, kaki upload internet, Baginda menjadi seorang ikon yang "lead by example".

Saya bangga, dan saya pasti Arwah TLJ juga pasti bangga kerana pada hemat saya, yang membawa "humble" dalam keluarga ini adalah Arwah Baginda Tunku Jalil.

Terbaru, kenyataan "pendrive" TMJ mengusik saya.

Saya pasti TMJ dikelilingi oleh rakan, pengikut yang kurang bijak "menasihati".

Penasihat tidak semestinya membuka mulut memberi nasihat, dalam persekitaran, pakaian, senyuman, percakapan, riak muka, batuk orang lain juga adalah nasihat pada kita!

Sekali lagi, seperti anak kecil yang berang diusik, TMJ tampil mengugut dengan "pendrive" dan senyuman sinisnya.

Walaupun saya pendukung pemimpin muda tapi ada beza muda dengan budak. "A war won by a man, not a boy!"

Jadi, harapan saya, "Tolonglah selamatkan TMJ Johor".

Nasihati Baginda, atau doa pada ALLAH agar Baginda diberi ALLAH rakan, pengikut yang baik, yang memimpinnya kearah kebaikan sekaligus memekarkan nilai pemimpin dalam jiwa Baginda.

A man is a gentleman and that is West.

As Malay, a man is wisdom.

Wisdom itu, dalam diam dia menasihati, dalam tingkah dia mengaspirasi, dalam santun dia dicontohi, dalam bicara dia mengetuai, dalam marah dia menyayangi.

Wallahualam.

Thursday, July 7, 2016

Sembahyang Raya Di Padang Masyar

Jika diambil Raya dari sepotong ayat AlQuran, maka ia adalah hari kemenangan orang Islam menjalani ibadah Ramadhan. Sebab itu ada yang menangis, kerana apakah mungkin kita diberi peluang untuk berpuasa dan beraya tahun hadapan apatah lagi bersama keluarga?

Tapi jika diambil Raya dari Islam, ia lebih sekadar dari hari gembira, hari sedih atau hari kemenangan.

Ia adalah hari bersyukur dan hari menginsafi diri.



Semalam saya solat Aidilfitri di "Padang Masyar" Masjid AlGhazali Manjalara.

Masjid lama, besar dan tidak gah ini sering beri saya kepuasan berada dalamnya walaupun sikit panas kerana tiada hawa dingin.

Azam saya seperti yang dianjurkan segelintir Ulama, saya tidak mahu menangis di Pagi Raya, sebaliknya mahu bergembira meraikan kemenangan.

Tapi saya gagal.

Kerana Masjid Manjalara ini dipenuhi oleh hampir lebih separuh warga asing.

Pakistan, Bangladesh dll. 

Mereka ini datang dengan perbezaan rupa, gaya dan perangai yang jauh berbeza.

Mereka rosakkan "mood" Raya bila orang Melayu berbaju Melayu berwarna warni lengkap bersongkok, tona warna saf itu dikacau oleh pemakaian mereka yang "entah apa-apa".

Baju kotak-kotak, kelabu, seluar jeans ketat berjalur coklat merah, dan lain-lain warna keras.

Belum kira BAU BADAN mereka yang "harum".

Walaupun Abah sering ajar saya dalam Masjid dan Ibadah "Indon ke Bangla ke, Pakistan ke, apa mahu kira, asal Islam kita semua sama sahaja", dan saya kira saya berjaya mematuhi ajaran beliau tapi pagi ini gagal.

Ceritanya begini. Saya bawa 2 anak saya(belum sunat), dan pilih Saf yang sesuai agar tidak ganggu saf dewasa, tapi dalam masa sama mahu mereka rasai semangat berjemaah.

Tiba-tiba, datang sekumpulan 10 orang Bangladesh berpegang tangan duduk di kiri kami dan kerana bilangan mereka ramai dan tidak muat mereka duduk dihadapan(membontotkan) anak saya kerana mereka "insist" mahu duduk bersama-sama mereka.

"HATI SUDAH PANAS"!!!

Jelingan manja saya sedekahkan pagi Raya. Rosak mood raya.


Sabar jadi enigma, kacau(Syaitan) memainkan irama.

Saya cuba bersabar dengan tutup mata, bertakbir.

Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar.

Lepas beberapa minit saya pejam mata bertakbir tiba-tiba saya rasa seolah saya berada di Padang Masyar.

Dan bila saya buka mata saya lihat lautan manusia berpasuk-pasuk diadili.

Sempit, ramai, panas, tidak selesa, bau busuk hanyir, wajah menakutkan persis syaitan, iblis, manusia berhidung babi, berkepala anjing dan diuliti rasa takut dan bimbang di lautan jutaan, billion, bukan tapi zillion manusia lain.

Semua gambaran ini hanyalah rekayasa saya kerana sebenarnya bila saya buka mata tadi yang saya lihat sama dengan sebelum saya tutup mata.

TAPI, tiba-tiba air mata saya mengalir.

Saya menangis sedih ketika bertakbir, insaf kerana keAKUan masih menebal di Rumah Allah ini!

Lantas soalan demi soalan menerpa benak!

Adakah di Padang Masyar kita akan dikumpulkan dengan keluarga kita?

Atau sekurang dengan orang kita Melayu sahaja?

Atau dengan orang Malaysia sahaja?

Atau adakah dengan yang berbahasa Melayu sahaja?

Bagaimana jika di Padang Masyar kita dikumpulkan dengan lautan manusia tanpa kira suku atau warna? Dan lebih menakutkan kita dibangkitkan tanpa isteri, anak, ibu bapa dan beradik disisi kita?

Di mana ibu bapa, kakak abang, isteri kawan, anak sahabat, saudara kenalan kita?

Jika YA kita dikumpulkan tanpa mengira warna, maka ia adalah suasana yang hampir sama saya alami di Masjid Manjalara ini.

Sembahyang Raya di Padang Masyar tahun ini menginsafkan diri agar kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Rupanya, disisi Allah kita serupa sebab itu kita semua akan berbondong-bondong di Padang Masyar secara bercampur dengan pelbagai keadaan, gaya, bau, seksaan dll ikut amalan kita.

Ya Allah!

KAU ampunilah dosa kami sekeluarga, kami sesaudara seibu sebapa, se Atuk se Moyang, sejiran semasyarakat, sesekolah setempatkerja, senegeri senegara supaya dapatlah KAU limpah kami dengan rahmatMU dan kami semua bisa dikumpulkan semula bersama di SyurgaMU. Amin.

Semoga keinsafan ini dikongsi dan jadi aspirasi pada kita untuk memaafkan semua orang di Hari Raya ini.

Jika "kesakitan" hati terlalu tebal, sebut dengan mulut banyak-banyak 12 perkataan dibawah;

"Ambil yang jernih, buang yang keruh" ulang seratus kali.

dan

"Yang sudah lepas, lepaskanlah dan lupakan" ulang ikut bilangan umur. 30 tahun,30 kali.


Hakikatnya, keberadaan kita di sisi Allah dan cara Allah melihat dan menilai kita bukan dari apa yang kita lakukan semalam atau 30 tahun dahulu.

Tapi Allah dan Nabi SAW lihat dan nilai kita dari apa yang kita akan lakukan sekarang dan esok!
Allah suka pada manusia yang perbaiki amalan, janjiNYA dalam AlQuran.

Kita lebih tahu apa yang perlu kita ubah diri kita untuk Allah dan Nabi tanpa perlu orang lain beritahu kita, 'Hei tutuplah aurat dengan sempurna', 'Hei solatlah', 'Hei puasalah' , 'Hei zakatlah', 'Hei jangan ambil rasuah'(hak orang lain), 'Hei jangan menipu', 'Hei' jangan berjudi, 'Hei' jangan minum arak, 'Hei' jangan ambil vaksin, 'Hei' jangan bersalin hospital, 'Hei' jangan fitnah, 'Hei' jangan itu dan jangan ini, begitu dan begini.

Sebaliknya diri kita sendiri lebih tahu apa yang boleh kita ubah sekarang untuk esok yang lebih dikasihi Allah dan Rasul.

JOM UBAH DIRI!

Oh Ya. Dalam "memanjakan" Pendatang Asing beragama Islam perlu diingatkan Islam ada tertib. Kita tidak amin dahulu baru bismillahirahmanirrahim. Kita tidak boleh sujud dulu baru takbir. Kita tidak boleh bersaksi Nabi itu Pesuruh Allah baru Tiada Tuhan Melainkan Allah.
Jadi bila semua orang ISLAM, dalam tertib Islam kita harus bantu adik beradik kita dahulu baru bantu adik orang lain.

Kita perlu bantu jiran sebelah baru bantu jiran orang lain.

Kita perlu bantu orang kampung sendiri baru bantu orang kampung lain.

Kita perlu bantu orang Daerah sendiri baru bantu orang Daerah lain.

Kita perlu bantu orang Melayu dahulu,  kaum kita, baru bantu orang kaum lain.

Kita perlu bantu orang Islam Malaysia, baru bantu orang Islam Bangla, Pakistan, Rohingya, Indonesia dll.

Dalam dunia nyata, agak sukar mahu pastikan orang yang kita utamakan dan bantu itu satu daerah, atau satu kampung, atau satu Ansara, dll.

Tapi sekurangnya utamakanlah orang Islam Melayu Malaysia dahulu sebelum bantu orang Islam Negara lain kerana masih ramai orang Islam Melayu Malaysia memerlukan bantuan.

Wallahualam.

PS: Terima Kasih Allah kerana masih merahmati kami rakyat Malaysia dengan rezeki tanpa bencana alam yang dahsyat. Amin.


Monday, July 4, 2016

Jom Main Bunga Api Di Kuburan Di Pagi Raya!

Raya datang lagi.

Seperti bulan puasa dan raya sebelum ini, soalan sama masih menjadi modal pendakwah yang sama.

Soalan yang tidak mencabar seperti apa hukum gosok gigi, korek hidung, tidak sahur, lupa niat, terkentut masa Terawih, puasa 6 dan bermacam lagi.

Mungkin memang ada yang tidak tahu sebab itu soalan yang sama ditanya pada penceramah yang sama setiap tahun.

Alhamdulillah, Ulama jawab dengan hujah yang lengkap ikut tertib keutamaan iaitu 1) Firman Allah dalam AlQuran, 2) Hadis Nabi berkaitan Nabi sendiri 3)Sunnah Nabi berkaitan diri Nabi sendiri, 4) Hadis Nabi berkaitan orang lain dan  5) Sunnah Nabi berkaitan orang lain.
Malangnya, ada juga Ulama yang langsung tidak tampilkan firman Allah sedangkan ada, malah mereka terus sandarkan pada Hadis atau Sunnah semata.

Lebih teruk lagi, diruangan komen, perkelahian yang hasilkan permusuhan dan kesesatan tercetus.

Masing-masing dengan hujah Ustaz saya kata, malah ada yang keluar fatwa baru dari carian Kitab Google mereka, ada pula yang terus mencemuh dan merendahkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menjadikan seolah agama Islam ini agama Komunis yang harus dibunuh jika sedikit berbeza. Macam-macam!

Tanpa mereka, kita malah Ulama sedari, dari afdal, bertukar jadi makruh dan terus jadi haram.

Dari pahala, dapat dosa. Dari Majlis Ilmu menjadi Pesta Syaitan dan Iblis meraih pengikut. Wallahualam.

Saya sarankan para Ulama yang gunakan media sosial untuk berhujah menjawab soalan khususnya soalan berkaitan hukum jelas keluarkan satu notis dibahagian bawah yang berbunyi sebarang komen terbuka tidak dialukan kerana hukum ini sudah jelas, jika ada sebarang kemusykilan sila PM dan kita bincang secara tertutup.

Antara soalan paling popular pada hari raya adalah soalan apakah hukum ziarah kubur di pagi raya!

Jawapan paling menarik dan popular sudah pastilah yang menegah, kerana pada pagi raya haram hukumnya bersedih di hari Raya.

Kesimpulannya Raya adalah sambutan kemenangan meraikan kejayaan umat Islam di bulan Ramadhan juga bulan dosa manusia dengan manusia dihapuskan melalui konsep bermaaf-maafan.

Atau dalam pemahaman kasarnya siapa yang berjaya di Ramadhan harus bergembira dan siapa yang tidak berjaya di Ramadhan wajib bersedih. -Saya bergurau.

Firman Allah:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(maksudnya) “..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur". (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.


Saya TIDAK LAYAK untuk ulas firman, hadis mahupun Sunnah. Terbaik bagi kita merujuk kepada Ahli Agama juga ikut tertib keutamaan lokasi, bukan pada Kitab Google.

Tapi saya layak berkongsi pengalaman berhari raya bersama Arwah Ayahanda tercinta Abdul Rahman Mohd Nurut yang mana beliau mewarisi cara sambutan Raya ini dari Atuk saya, Mohd Nurut Fakeh Hayat.

Usai(Bahasa Arab tapi saya Melayu), atau selepas Maghrib berjemaah, maka kami mula bertakbir sehingga Isyak.

Ada masa Abah bertakbir dengan tangis, sedu.

Kenapa? Saya juga bertanya, dia kata, Syawal adalah Hari Kemenangan Manusia beribadat pada Bulan Ramadhan, dan dia sedih andai Allah takdirkan ini Ramadhan terakhir buatnya.

Selepas Isyak, yang perempuan sibuk berketupat, berendang dan segala persiapan.

Yang lelaki pula akan sibuk bertakbir di rumah jiran semua hingga lewat malam.

Esok, usai- saya MELAYU saya guna selepas boleh ya, selepas Subuh selepas berjemaah, kami bertakbir dan akan menjalani upacara yang "menyiksakan", yang dipanggil tradisi.

Tradisi Raya ini hanya diamalkan segelintir keluarga termasuk kami, iaitu ceramah agama oleh Abah.

Dan kemudian bermaaf-maafan. Disini juga kita merosakkan kegembiraan hari raya, kerana menangis minta ampun dari ibu dan bapa, yang mana dosa kita masih ditanggung mereka.

Saya fikir, air mata sedih juga mempunyai dua kategori.

Satu kita bersedih kerana kecewa.

Satu lagi kita bersedih kerana gembira. Gembira di kuburan ibu bapa kita, kita makin menghampiri mereka. Tahun ini Raya yang ke 36 saya, sudah 19 tahun beraya tanpa Abah, dan saya gembira sedih kerana sudah semakin hampir setahun untuk disatukan semula dengannya. Jika diizinkan Allah.

Satu lagi kebaikan menziarah di Pagi Raya yang saya perhatikan adalah siratulrahim.

Saya kurang pasti anda, tapi saya seperti kata P.Ramlee sedangkan lidah lagi tergigit ini pula saudara mara, kami punyai perselisihan keluarga.

Ada saudara yang sudah berpuluh tahun tidak bersua, kami bersua di kuburan, dihadapan pusara Atuk dan Nenek yang sama.

Secara tidak langsung dan tanpa disedari, Kuburan di Pagi Raya bukan sekadar bersedih dan menziarah, tapi juga tempat pertemuan saudara khususnya saudara jauh 2-3-4 pupu.

NAMUN, jika tetap berdosa bersedih di kuburan apatah lagi di Pagi Raya, maka moleklah kita semua bawa bunga api. Boleh bergembira main bersama.

Di artikel terakhir bulan puasa ini, izinkan saya undur diri dengan ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Yang buruk dari saya, yang baik dari Allah untuk kalian semua.

Apa pun, teruskan tradisi di pagi hari Raya, ziarah, bermaafan dan menyambut kemenangan waima dengan air mata kesedihan sekalipun apatah lagi sedih memikirkan satu-satunya harapan Nabi SAW dipersetankan kita, iaitu Baginda amat sayang pada UmatNYA, jika kita sayang pada Baginda, sewajibnya kita sayang pada umat Baginda, bukan saling bercakaran apatah lagi untuk perkara kecil.