Medic studeng itu tidak tanya soalan bodoh tapi tanya soalan salah kerana Zakir Naik silap kerana Malaysia sememangnya amalkan riba keuntungan.
TM, SYABAS dan TNB adalah Syarikat milik Kerajaan yang monopoli dan ada unsur paksaan.
Dalam konteks dunia moden, keterpaksaan dihalalkan asalkan kepentingan majoriti pengguna diutamakan!
Benarkah anda pengguna TM, SYABAS dan TNB rasa begitu?
Sekitar tahun 90-an, semasa PAS masih bertaring, Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pernah menjawab di Parlimen soalan dari PAS berkenaan RIBA keuntungan dari TNB dan Syabas.
TNB mengenakan caj tinggi lebih 10 kali ganda dari kos, begitu juga Syabas. 1m3 air Syabas berharga RM 0.50 sedangkan kos dari sungai hingga ke kepala paip hanyalah purata 5-8 sen sahaja.
Mahathir, ketika menjawab soalan, menjelaskan bahawa caj yang tinggi dikenakan kerana Kerajaan melihat masa depan sebagai salah satu keperluan wajib. Kerajaan akan cuba kekalkan harga air untuk generasi masa hadapan, dan lebih penting bekalan air bersih yang cukup dan elektrik.
Malangnya, air paip SYABAS hari ini tidak lagi bersih dan berkarat setiap pagi. Penapis air berkeladak saban minggu dan tiada lagi PENAFIAN dari pihak Syabas atau KEANGKUHAN air Syabas selamat diminum.
TNB pula dalam suasana harga minyak dan Gas turun tetap menaikkan tarif elektrik berserta GST!
IPP sebagai badan pengaut untung pula terus untung.
Jelas kedua agensi Kerajaan ini mengamalkan riba.
Bagaimana pula dengan PLUS?
Terlalu banyak Riba yang diamalkan Kerajaan.
Tetapi saya suka membawa kepada perhatian orang ramai akan cukai Tanah dan Pintu yang juga menyumbang kepada Riba!
Pada tahun 1999, Kerajaan melalui cadangan dan laporan PBT mewartakan setiap tanah kosong perlu membayar cukai pintu.
Samada tengah hutan atau hulu atau hilir hutan, ada atau tidak infra, semuanya perlu bayar cukai pintu walaupun tiada pintu!
Dimanakah duit hasil kutipan ini sepatutnya pergi?
YA! Seharusnya ia digunakan untuk membangunkan jalan, longkang, serta infra lain untuk tanah itu kelak.
Malangnya, dalam warta yang sama, Kerajaan melarang dan mengenakan pelbagai syarat untuk tanah tersebut dibangunkan, malah jika tidak dapat kebenaran banyak bangunan atas tanah yang telah bayar cukai pintu berpuluh tahun dirobohkan!
Lebih dari itu, apabila tanah tersebut mahu dimajukan, Kerajaan melalui PBT dan jemaah OSC nya mewajibkan pemilik tanah membina longkang sendiri, membina jalan sendiri dan sebagainya!
Bukankah itu RIBA?
Cukai pintu pula dinaikkan hingga mencecah ribuan ringgit.
Apa yang malang bagi Rakyat adalah keuntungan melampau kerajaan atau Riba ini tidak digunakan untuk rakyat!
Ledakan harga rumah adalah bukti jelas Kerajaan amalkan Riba!
Sebagai contoh, pemaju sebidang tanah kapasiti 2000 buah rumah perlu membina jalan sendiri, perlu bina longkang sendiri hingga ke sungai, perlu bina paip Syabas dan wayar elektrik sendiri(tiang saya tidak pasti), malah perlu membina Taman Permainan.
Beberapa Lot tanah diwajibkan dikhususkan untuk dijadikan Surau, Sekolah, Masjid, TNB, Syabas dll.
Akhirnya tanah kapasiti 2000 buah rumah ini hanya boleh bina 1000 buah rumah sahaja dan semua kos ini dipindahkan kepada siapa?
YA! Kepada pembeli!!!
1000 buah rumah ini membayar cukai pintu dengan kadar RM 1000 setahun di Kuala Lumpur atau RM 1 juta setahun!
Sekali lagi dimanakah duit ini digunakan? Kalau pembetungan, kami masih perlu bayar Indah Water!
Kalau bil elektrik lampu jalan, sekarang ini zaman LED malah ada pemaju yang diwajibkan Kerajaan gunakan lampu LED dan kos itu dipindahkan kepada pengguna!
Kutipan sampah!?? Kerajaan telah laksanakan pengasingan sampah sekaligus memberi lebih penjimatan kepada pengurusan sampah dan lebih pendapatan kepada siapa??? Yang pasti bukan rakyat!
Bila RA atau PP atau RT ditubuhkan, mereka disyaratkan mendaftar kepada Kerajaan untuk melayakkan mereka terima peruntukan dari PBT.
Dari pengalaman, peruntukan itu tidak diberi dengan mudah, malah ada pula unsur "bawah meja" untuk percepatkan proses.
Ada RT/RA masih belum terima peruntukan mereka sejak 2014.
Bayangkan riba, bunga dan faedah dari simpanan duit Rakyat oleh Kerajaan. RM 1 juta baru satu taman bagaimana kalau di darab dengan 100 taman atau 1000 taman?
Kemanakah semua kos ini dipindahkan?
YA! Kepada harga jualan rumah baru dan lama!
Siapa yang menanggung?
YA! Rakyat yang tanggung!
Siapa yang untung??
Yang pasti bukan rakyat, dan yang pasti bukan Kerajaan kerana Kerajaan masih perlu pada hasil GST!
Jadi siapa?
Wallahualam, dijawab mendatangkan fitnah, tidak dijawab dibodohkan pula.
Pengamalan riba oleh Kerajaan ini serius dan perlu dibendung sebelum Malaysia jadi bumi yang dilaknat!
Model pemerintahan ini begitu fragile dan mudah menindas rakyat patutlah Nik Aziz begitu menentang Kerajaan ini.
PS: Tidak dinafikan ada kos yang ditanggung kerajaan seperti penyelengaraan longkang dan jalan. Tapi kita masih ada cukai jalan, dan ia tidak sampai 10% dari jumlah kutipan cukai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment