Proton adalah kebanggaan saya. Kereta pertama saya adalah Satria, dengan logo bendera Malaysia(bulan bintang kuning biru) ia begitu dekat di hati. Bangga!
Pagi ini saya berada di belakang sebuah kereta Proton Perdana Baru, dan memandangnya tanpa perasaan kagum atau bangga sikit pun.
Saya gundah, apa sudah jadi pada saya? Kemana sifat nasionalis yang saya banggakan? Apakah sudah hilang dimamah usia?
Akhirnya saya faham, bukan sifat nasionalis saya yang hilang, tapi Proton yang menyembah bumi kerana;
STIGMA!!!
Stigma negatif terhadap Proton terlalu kuat.
"Tell 10 lies, become one truth"! @ 10 kali pembohongan diulang ia akan jadi kebenaran!
Tapi Dalam kes Proton ia bukan kerana kisah 10 pembohongan.
Ia 100001 kisah benar yang berulang tentang pelbagai masalah ketara Proton ikut Model seperti Gear Box, Power Window, Steering Off Centre, leaking, enjin, bunyi, sensor, respon pedal,
Kebanyakan masalah kereta Proton terjadi kerana lebih 20,000 pembekal dan pembuat komponen Kereta Proton adalah IKS Tempatan yang kurang kemahiran dan mengguna pakai Dasar Ekonomi Baru!
Malahan, "comfort zone" kakitangan Proton juga akibatkan produktiviti mereka tidak meningkat.
Kedua faktor vendor dan "comfort zone" kakitangan Proton akibatkan dari 10 Kereta Proton, 7 bermasalah.
Tidak kira apa sahaja pengurusan Proton lakukan termasuk beri jaminan sepanjang hayat terhadap mekanikal turun naik cermin ia masih gagal menghilangkan STIGMA terhadap Proton.
Sebagai pengguna Satria 16 tahun tanpa masalah saya senantiasa servis ikut masa dan mungkin nasib saya baik kerana ketika kereta saya dipasang kakitangan Proton dan dibuat Vendor Proton, mereka masih teruja dan bersemangat azam millenium.
Justeru Stigma buruk pada Proton ini bukan sahaja terletak pada kualiti tapi pada persepsi dan harga!
Rata-rata rakyat dan pengguna pasti bersetuju bahawa Proton berdosa pada mereka dan inilah Stigma yang paling buruk sekali kerana mereka sudah bosan dan SERIK dengan Proton.
JIKA pengurusan Proton benar-benar mahukan perubahan, mereka perlu menebus dosa pada pengguna untuk hilangkan Stigma.
Keluarkan satu model yang benar-benar berkualiti dengan harga yang murah. Untuk ini pasti ada pengorbanan.
Pengorbanan Pertama;
1. Kakitangan Proton perlu berkorban dan dikorbankan seperti kakitangan MAS.
Adik ipar saya begitu sayang dan rela berkorban pada MAS walaupun dibayar gaji lebih rendah, kerja lebih masa, tiada benefit dll, dan saya pasti banyak kakitangan Proton juga sanggup asalkan Proton kembali pulih.
Pengorbanan bukan sahaja dari segi kewangan tapi juga kerja lebih masa, lebih teliti dengan nyawa dan jiwa dan sebagainya.
Jika kakitangan rendah boleh berkorban, kakitangan tinggi dan pengurusan mungkin perlu berkorban lebih banyak lagi kerana sudah mewah hasil Proton.
Pengorbanan Kedua;
2. "Korbankan" Vendor yang gagal. Gunakan sistem merit bukan kuota, kroni dan campurtangan tangan ghaib dalam pemilihan Vendor Proton!
Lebih baik untuk model ini, pastikan kereta ini dibuat oleh semua kaum di Malaysia dan vendor-vendor ini dipilih sendiri oleh pengguna dan rakyat melalui undian.
Malah dokumentasi proses pembuatan komponen oleh vendor di pantau pengguna dan Rakyat.
Pengorbanan Ketiga;
3. Logo. Kita tidak boleh abaikan adalah fakta sains bahawa manusia tanpa sedar akan kaitkan benda yang mempengaruhi sentimen dan pemilihan mereka terhadap makanan, pakaian, kereta, rumah, warna dll.
Logo lama bendera Malaysia lebih nasionalis berbanding logo Harimau yang sama dengan pasukan Bola Harimau Malaya yang sering kalah dan tidak berkualiti atas padang.
Hari-hari Hari mau ini dibaham membuatkan pengguna tanpa sedar tidak akan pilih Proton kerana Logo.
Pengorbanan Keempat;
4. Untung. Jika ada peniaga yang katakan tiada untung, mereka menipu. Jika perniagaan tiada untung, maka lebih baik tidur di rumah.
Proton perlu berkorban untung.
Model ini perlu berkualiti tinggi dengan harga murah tidak masuk akal.
Contoh; Kereta model sedan seperti Perdana dijual pada harga RM 90 ribu sedangkan competitor jual pada harga RM 140 ribu.
Keluarkan Pick Up seperti Triton, Storm, Navara dll dengan harga RM 60 ribu.
Dengan KUALITI.
Pastikan harga tidaklah hingga rugi, tapi jika tiada untung seratus ringgit pun memadai kerana untung sebenar adalah memperoleh keyakinan pengguna semula dan membuang stigma negatif pada Proton.
Jika Proton berjaya, stigma hilang, barulah Proton dapat diselamatkan dan kemudian berada di puncak semula.
Akhir kata, Proton lebih dari sebuah kereta, ia adalah maruah.
Cuma maruah logo Harimau sekarang berada di ranking 176, apakah Proton berada di kedudukan itu juga? Sinis!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment