ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, April 27, 2016

Migrate? Tunggu Dia Mati Dulu!

Semua orang ada Emak/Ibu.

Semua orang sayang Emak/Ibu mereka.

Saya bukanlah istimewa, anak soleh atau apa sahaja gelar yang disebut baik atau buruk, saya cuma mahu bahagiakan dia, tidak lebih dari itu yang saya harapkan.

Setiap hari saya doa pada Allah bagi dia Syurga, kerana Syurga sahaja yang mampu balas jasa dan penderitaannya kerana saya. Bukan wang ringgit, bukan rumah atau kereta, bukan dunia yang sementara.

Emak saya Cina, tinggalkan agama yang dianuti sejak lahir, dibuang Keluarga, Rakan dan Masyarakat demi seorang lelaki Melayu.

Apatah lagi mereka bercinta diambang 13 Mei dan berkahwin 4 tahun selepas itu, ketika semua Cina membenci Melayu dan semua Melayu membenci Cina.

Jika Emak/Ibu anda menderita, mereka masih ada adik, kakak, ibu, bapa, abang, pakcik, jiran, kawan dll. Emak saya tiada siapa!!!

Bahagia Emak tidak berpanjangan.

Abah kahwin lain.

Bayangkan jika anda ditempatnya.

Anda tinggalkan agama.

Anda tinggalkan ibu bapa anda sendiri.

Anda tinggalkan abang, kakak, adik, kawan, saudara anda sendiri.

Hanya untuk Allah uji anda dengan poligami?

Emak terhempas! Hancur berderai!

Siapa peduli? Melayu bukan kaum yang peduli kesengsaraan orang lain melainkan untuk bergosip sahaja!

Cina sudah tentu tidak peduli, perempuan ini khianati agama dan kaum mereka apatah lagi selepas 13 Mei.

Melayu sudah tentu pihak pada Abah kerana selain poligami dibenarkan Islam, penderitaan orang itu hal orang, bukan hal "saya".

Akhirnya, sejak Emak ucap Syahadah bersaksi tiada Tuhan di sembah melainkan Allah, Emak seorang. Walaupun ada 6 anak, mereka masih kecil.

Saya menangis bila Emak menangis.

Menyiku air matanya bila di menangis.

Saya bongsu, dan tidak akan panggil siapa-siapa Emak selain dia.
Nasib baik Emak Mertua saya dipanggil Ibu kalau tidak, gawat!

Selepas berkahwin, saya masih anak Emak.

Orang kata saya zon selesa ker, orang kata saya manja ker, orang mahu kata apa sahaja, saya tidak baca pula di Quran mengatakan berdosa jadi anak Emak dan hari-hari berjumpa Emak.

Tidak apa. Saya tidak mahu jadi barat. Modern, terbuka, minda kelas pertama, tapi dianggap HINA bila masih duduk dengan Emak, dianggap lemah jika setiap minggu balik berjumpa Emak.

Saya hanya mahu jadi anak yang mampu bahagiakan Emak dia, lagipun saya antara sedikit yang tinggal yang masih percaya bukan hanya duit boleh bahagiakan orang.

Ketika berkerja sebulan di Dubai, saya juga dapat tawaran kerja disitu.

Ketika di Malaysia, banyak peluang untuk saya berhijrah, KT, PP, Sabah, Sarawak. Sebut sahaja.

TAPI;

Saya tidak mampu tinggalkan dia seorang.

Membawanya bersama saya adalah mustahil, kerana 7 rawan rohnya, tiap satu ada pada 7 Anaknya.

Semasa dia kematian bayinya, dia telah kehilangan satu rohnya. 3 Bulan dia meracau gila kata Abah. Juga seorang tanpa saudara, kawan, adik beradik, ibu bapa beri sokongan.

Saya tahu, mungkin saya boleh disisinya setiap hari, tapi saya mungkin tiada disisinya bila dia mati kerana kawan saya pernah jaga ibunya 10 tahun, setiap hari. Baru sehari dia pergi Umrah, Ibu dia meninggal.

Dari kecil hingga kini, satu doa sudah saya gugurkan kerana saya baru tahu bahawa Syurga dan Neraka itu atas amal sendiri tidak boleh ditebus, tapi satu lagi doa saya adalah saya tidak mahu lihat dia mati, biar saya mati dahulu.

Bila baca terjemahan AlQuran surah Yusof, saya sedar, saya pentingkan diri.

Emak juga pasti tidak sanggup lihat saya mati lebih dahulu dari dia seperti Nabi Yaakob.

Hari ini saya masih seorang yang gagal.

Tidak berkerja, perniagaan gagal, tiada harta dan masa hadapan.

Tapi saya masih anak Emak.

Mahu saya migrate? Tunggu dia mati dahulu!

Jika tidak, maka kebumikan sahaja saya di Tanah Melayu yang tidak sehebat barat ini.

Ya Allah, tempatkanlah Emak dalam Syurga, kekal bersama Abah. Semoga dapatlah Aku, Isteri dan Anak-Anakku berserta mereka, berserta Anak-Anak Emak yang lain. Amin.

Minta maaf Emak, saya "belum" mampu beri Emak material, hanya harapan dan doa mampu dipanjatkan. Amin.

PS: Pada anak-anak Emak/Ibu/Abah/Ayah/Papa/Mama/Daddy/Mammy/Abi/Umi yang migrate dan berada di luar Negara. Semoga Tuhan bersama kamu, disini biar aku di sini berlapik alasan Emak, aku tidak peduli apa orang mahu kata, aku hanya peduli apa Allah akan kata tentang aku.

Ingat! Sebarkanlah Islam agama Allah. Action is louder than talk. Zakir Naik talk(itu caranya) tapi action kita(ini cara yang kita mampu) adalah dakwah terbaik.

Dakwah paling berkesan adalah melalui budi pekerti yang mulia yang boleh ditunjukkan pada bukan Islam. It goes direct to their heart!

Make them believe, dont let them make us believe.

Wallahulam.

PS Kedua:

Pada anak-anak Emak/Ibu/Abah/Ayah/Papa/Mama/Daddy/Mammy/Abi/Umi yang masih berada di Malaysia, telefonlah Emak/Ibu anda.

Jika kita boleh bodek, puji, kipas Bos, kenapa tidak boleh bodek, puji, kipas Emak/Ibu.

Jika kita boleh hipokrit untuk jaga hati suami, isteri, anak, kawan, jiran, bos dll. Kenapa kita tidak boleh hipokrit jada hati Emak/Ibu.

Jika berselisih dengan jiran, suami, isteri, kawan kita boleh mengalah dan berbaik semula kenapa biarkan perselisihan dengan Emak/Ibu berlarutan. Mengalah dengan Emak/Ibu adalah kemenangan yang sebenar!

Jangan lebih dari 40 hari tidak berjumpa, jangan biar 3 hari tanpa telefon tanya khabar.

Dulu, saya ada beberapa kekasih Cina, bila masuk keperingkat serious, saya sering berkata pada mereka. I rather lose my love, than world lost a good daugther.

Saya tidak boleh cakap macam itu pada isteri, tapi saya sering berkata pada Isteri, saya lebih rela dilukakan, dari lihat dia melukakan ibu dan bapanya sendiri.

Tidak kira dimana jua anda berada, berdoalah pada Tuhan kalian berilah Ibu Bapa kita Syurga, kerana ia kekal selamanya dan itulah kebahagiaan yang sejati.

Saturday, April 23, 2016

Satukan Bahasa Sebelum Satukan Sekolah!

Sistem satu Sekolah kian mustahil di Malaysia. Tindakan Sarawak mengiktiraf UEC atau SPM Sekolah Cina hanya memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Tidak setuju?

Fahamkan 7 senario dibawah yang benar terjadi dihadapan saya;

1. Thistle Hotel PD

Dua budak lelaki Melayu berumur 6-10 tahun mengajak 2 budak lelaki India/Inggeris bermain di Kolam Renang hotel tersebut.

Tidak faham apa yang budak Melayu cakap, budak India itu mengadu pada ibunya budak Melayu rampas pistol airnya walaupun niat budak Melayu mahu main bersama!

Ibu India datang memarahi budak Melayu, dan ibu Melayu pula campurtangan.

Saya?

Terkesima sambil salahkan Kerajaan kerana gagal sediakan bahasa komunikasi rasmi Malaysia hingga akibatkan 4 kanak-kanak tidak berdosa jadi mangsa dan mungkin pengaruhi sifat nasionalis mereka.

2. IPD Dang Wangi(Campbel)

Seorang lelaki Cina dimarahi Polis kerana gagal ikut arahan duduk dan biarkan teman wanitanya(pengadu) seorang sahaja buat laporan polis(SOP Polis seorang pengadu sahaja dibenarkan membuat laporan bagi elakkan kekeliruan kerana laporan polis adalah perkara serius, "tersilap fakta" dalam laporan polis adalah jenayah!)

Lelaki Cina tersebut jelas tidak faham Bahasa Melayu slanga Kelantan yang dituturkan Polis wanita tersebut. Saya berada di EO 2 dan kejadi di EO 3 kerana saya sedang perbaiki komputer Sistem Laporan Polis.

Saya lihat, keluarganya yang lain bermasam muka selepas itu.

3. Pejabat Tanah Gombak

Seorang wanita Cina minta borang tukar hak milik tapi diberi borang berlainan. Dia kembali untuk "marah" sebaliknya dimarahi kerana didakwa tidak beritahu dengan betul.

Saya beratur di belakang faham apa yang dituturkan kerana saya boleh faham Bahasa Kantonis malah faham pelat Cina cakap Melayu.

Beberapa bulan selepas itu diPejabat sama, seorang Lelaki Cina bawa Peguam bersama semata-mata untuk ambil borang tukar hak milik kerana bimbang dilayan "kasar" oleh Penjawat Awam Melayu selain tidak faham penjelasan langkah tukar hak milik oleh pegawai Melayu.

Sebenarnya, baik Penjawat Awam Melayu, mahupun rakyat Cina keduanya tidak bersalah kerana Kerajaan gagal sediakan satu bahasa Rasmi sebagai Bahasa komunikasi.

4. IPD Kuala Selangor

Lecthumy atau seorang wanita India tua mahu buat laporan polis menantu mabuknya bawa lari cucunya tapi dia dan anak perempuannya hanya boleh bercakap sedikit Inggeris dan Tamil sahaja.

Malangnya mereka tidak faham Bahasa Melayu sepatahpun. Cubaan saya untuk membantu berbahasa Inggeris juga gagal kerana India Estet tidak seperti India Bandar fasih English.

2 jam selepas itu, seorang Pegawai India masuk bertugas dan terjemah tetapi sudah terlambat kerana cucunya mungkin sudah mati dibunuh menantunya.

Perkara ini boleh dielakkan sekiranya Kerajaan "memaksa" rakyat menguasai satu Bahasa sebagai Bahasa Rasmi komunikasi Rakyat!

5. Balai Polis Titi

Seorang Cina yang tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris ditahan kerana disangka lari dari Pusat Tahanan Dadah berhampiran.

Untung kawasan tersebut kawasan Cina justeru beliau dilepaskan selepas penduduk bantu terjemah.

6. Tesco, Giant, NSK dan banyak Mall Lain
7. Immigresen, JPN dan banyak agensi Kerajaan lain

Kebanyakan "kekasaran" pekerja dan penjawat Awam Melayu terhadap Cina, India dll adalah kerana salah faham komunikasi kerana orang Melayu beri penjelasan, orang bukan Melayu pula tidak faham.

Akibatnya, orang Melayu tadi ulang penjelasan dengan tinggikan suara sedikit lalu disangka marah oleh Bukan Melayu.

Masalah ini mungkin kecil, tapi ia sedang membesar dan semakin teruk.

Kerajaan setakat ini gagal teruk untuk kuatkuasakan satu Bahasa iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Malaysia justeru menjamin keharmonian antara rakyat.

Bukan sahaja TV, Iklan, Akhbar malah rancangan Berita pun tidak gunakan Bahasa Melayu betul.

Mereka gunakan Bahasa Inggeris, Cina India, Manglish, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan banyak lagi.

Kerajaan tidak boleh salahkan orang Cina dan India kerana mungkin ramai tidak sedar, adalah sukar untuk pelajari Bahasa kedua eg Bahasa Melayu dikala pemilik Bahasa kedua itu sendiri tidak tutur bahasanya dengan betul sebaliknya berslanga Manglish, Negeri, Daerah dan lain-lain.

Malahan Kerajaan Negeri, dan Universiti dunia iktiraf UEC@SPM Sekolah Cina, dimana UEC tidak meletakkan Bahasa Melayu sebagai syarat sah wajib lulus!

Justeru, adalah signifikan bagi Kerajaan perkenalkan dan perkuatkuasakan satu Bahasa Rasmi sebagai Bahasa Pengantaraan.

Satukan SATU BAHASA untuk satukan rakyat Malaysia.

Secara peribadi walaupun akan dikecam, saya cadangkan Bahasa Inggeris dijadikan Bahasa Rasmi Malaysia.

Bagi "martabatkan" Bahasa Melayu agar "mereka-mereka" tidak merajuk, Bahasa Melayu perlu kekal sebagai Bahasa Kebangsaan dan wajib di pelajari.

Inggeris sebagai Bahasa Rasmi tidak kikis hak Bahasa Melayu kerana Kerajaan boleh paksa wajib setiap warganegara lulus ujian ringan Bahasa Melayu sebelum "dianugerahkan" MYKAD(pada umur 12 dan 18 tahun) bagi menjamin rakyat boleh berkomunikasi dengan baik jika tidak dalam Bahasa Rasmi Inggeris, boleh dengan asas Bahasa Kebangsaan Melayu!

PS: Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak lebih betul dari Bahasa Melayu Kelantan, Negeri, Terengganu dan Kedah!

Wednesday, April 20, 2016

Proton Perlu Tebus Dosa Pada Pengguna!!!

Proton adalah kebanggaan saya. Kereta pertama saya adalah Satria, dengan logo bendera Malaysia(bulan bintang kuning biru) ia begitu dekat di hati. Bangga!

Pagi ini saya berada di belakang sebuah kereta Proton Perdana Baru, dan memandangnya tanpa perasaan kagum atau bangga sikit pun.

Saya gundah, apa sudah jadi pada saya? Kemana sifat nasionalis yang saya banggakan? Apakah sudah hilang dimamah usia?

Akhirnya saya faham, bukan sifat nasionalis saya yang hilang, tapi Proton yang menyembah bumi kerana;

STIGMA!!!

Stigma negatif terhadap Proton terlalu kuat.

"Tell 10 lies, become one truth"! @ 10 kali pembohongan diulang ia akan jadi kebenaran!

Tapi Dalam kes Proton ia bukan kerana kisah 10 pembohongan.

Ia 100001 kisah benar yang berulang tentang pelbagai masalah ketara Proton ikut Model seperti Gear Box, Power Window, Steering Off Centre, leaking, enjin, bunyi, sensor, respon pedal,

Kebanyakan masalah kereta Proton terjadi kerana lebih 20,000 pembekal dan pembuat komponen Kereta Proton adalah IKS Tempatan yang kurang kemahiran dan mengguna pakai Dasar Ekonomi Baru!

Malahan, "comfort zone" kakitangan Proton juga akibatkan produktiviti mereka tidak meningkat.

Kedua faktor vendor dan "comfort zone" kakitangan Proton akibatkan dari 10 Kereta Proton, 7 bermasalah.

Tidak kira apa sahaja pengurusan Proton lakukan termasuk beri jaminan sepanjang hayat terhadap mekanikal turun naik cermin ia masih gagal menghilangkan STIGMA terhadap Proton.

Sebagai pengguna Satria 16 tahun tanpa masalah saya senantiasa servis ikut masa dan mungkin nasib saya baik kerana ketika kereta saya dipasang kakitangan Proton dan dibuat Vendor Proton, mereka masih teruja dan bersemangat azam millenium.

Justeru Stigma buruk pada Proton ini bukan sahaja terletak pada kualiti tapi pada persepsi dan harga!

Rata-rata rakyat dan pengguna pasti bersetuju bahawa Proton berdosa pada mereka dan inilah Stigma yang paling buruk sekali kerana mereka sudah bosan dan SERIK dengan Proton.

JIKA pengurusan Proton benar-benar mahukan perubahan, mereka perlu menebus dosa pada pengguna untuk hilangkan Stigma.

Keluarkan satu model yang benar-benar berkualiti dengan harga yang murah. Untuk ini pasti ada pengorbanan.

Pengorbanan Pertama;

1. Kakitangan Proton perlu berkorban dan dikorbankan seperti kakitangan MAS.

Adik ipar saya begitu sayang dan rela berkorban pada MAS walaupun dibayar gaji lebih rendah, kerja lebih masa, tiada benefit dll, dan saya pasti banyak kakitangan Proton juga sanggup asalkan Proton kembali pulih.

Pengorbanan bukan sahaja dari segi kewangan tapi juga kerja lebih masa, lebih teliti dengan nyawa dan jiwa dan sebagainya.

Jika kakitangan rendah boleh berkorban, kakitangan tinggi dan pengurusan mungkin perlu berkorban lebih banyak lagi kerana sudah mewah hasil Proton.

Pengorbanan Kedua;

 2. "Korbankan" Vendor yang gagal. Gunakan sistem merit bukan kuota, kroni dan campurtangan tangan ghaib dalam pemilihan Vendor Proton!

Lebih baik untuk model ini, pastikan kereta ini dibuat oleh semua kaum di Malaysia dan vendor-vendor ini dipilih sendiri oleh pengguna dan rakyat melalui undian.

Malah dokumentasi proses pembuatan komponen oleh vendor di pantau pengguna dan Rakyat.

Pengorbanan Ketiga;

3. Logo. Kita tidak boleh abaikan adalah fakta sains bahawa manusia tanpa sedar akan kaitkan benda yang mempengaruhi sentimen dan pemilihan mereka terhadap makanan, pakaian, kereta, rumah, warna dll.

Logo lama bendera Malaysia lebih nasionalis berbanding logo Harimau yang sama dengan pasukan Bola Harimau Malaya yang sering kalah dan tidak berkualiti atas padang.

Hari-hari Hari mau ini dibaham membuatkan pengguna tanpa sedar tidak akan pilih Proton kerana Logo.

Pengorbanan Keempat;

4. Untung. Jika ada peniaga yang katakan tiada untung, mereka menipu. Jika perniagaan tiada untung, maka lebih baik tidur di rumah.

Proton perlu berkorban untung.

Model ini perlu berkualiti tinggi dengan harga murah tidak masuk akal.

Contoh; Kereta model sedan seperti Perdana dijual pada harga RM 90 ribu sedangkan competitor jual pada harga RM 140 ribu.

Keluarkan Pick Up seperti Triton, Storm, Navara dll dengan harga RM 60 ribu.

Dengan KUALITI.

Pastikan harga tidaklah hingga rugi, tapi jika tiada untung seratus ringgit pun memadai kerana untung sebenar adalah memperoleh keyakinan pengguna semula dan membuang stigma negatif pada Proton.

Jika Proton berjaya, stigma hilang, barulah Proton dapat diselamatkan dan kemudian berada di puncak semula.

Akhir kata, Proton lebih dari sebuah kereta, ia adalah maruah.

Cuma maruah logo Harimau sekarang berada di ranking 176, apakah Proton berada di kedudukan itu juga? Sinis!

Wednesday, April 13, 2016

Zakir Naik Kufar

Saya pasti ramai teruja dengan tajuk TIDAK BENAR ini.

Lebih menarik, ramai gembira jika Zakir Naik kufar, sesat, syirik, ditimpa bencana, ditangkap dan dipenjarakan waima jika beliau tersalah cakap sedikit pun.

Jangan risau, saya bukan ahli nujum yang tahu apa yang ada dalam hati manusia.

Sebaliknya, sifat-sifat manusia semuanya sudah diceritakan dalam AlQuran yang begitu sempurna.

Dengki, cemburu, khianat, gembira melihat kesusahan orang lain, kecewa melihat kegembiraan orang lain, semuanya adalah bisikan Syaitan dalam hati kita.

Orang Islam Melayu sebenarnya amat unik.

Melayu sembrono dalam agama dan gagal pisahkan adat dengan agama, tapi, Subhanallah, Allah jadikan Melayu dengan sifat-sifatnya dengan bersebab.

Disebabkan sifat Melayu yang lemah, lembut, tidak peduli, tidak kisah dll inilah yang berjaya mempamerkan sisi sederhana Islam.

Dalam setiap perkara baik ada BURUKNYA, dalam setiap perkara buruk ada BAIKNYA!!!

Allah jualah yang MENGETAHUI.

Nasib Zakir Naik dijangka serupa dengan Ahmad Deedat!

Ahmad Deedat adalah seorang ahli Syariat yang hebat, hujah beliau jauh lebih hebat dari anak muridnya iaitu Zakir Naik.

Lahir di India, dibesarkan di Afrika, memulakan kareer sebagai penjual kereta, Ahmad Deedat sering diejek Mubaligh Kristian di Afrika.

Beliau bangkit dengan semangat dan niat tunggal tidak mahu Islam dihina lagi!!! Belajar, dan terus belajar agama Kristian, Old Testament dll.

Dengan ilmu didada, Ahmad Deedat "menyerang" Kota London, Amerika, dll seorang diri tanpa pasukan dakwah.

SATU-SATUNYA KESILAPAN Ahmad Deedat adalah kerana beliau membela Syiah sekaligus mengundang permusuhan dengan "mereka" yang suka meliihat permusuhan sesama Islam!

Saya masih ingat dalam videonya, beliau bercerita pengalamannya duduk sebelah seorang Syiah dalam Kapal Terbang ke/dari Amerika.

Ahmad Deedat huraikan satu persatu dakwaan sesat tentang Syiah berhujah dari perbincangan dengan lelaki itu dan juga pertemuan dengan beberapa pemimpin Syiah.

Antaranya, solat atas batu, ketaksuban pada Ayatollah Khomeini, dan lain-lain.

Kesimpulannya, Ahmad Deedat dakwa bukan semua Syiah sesat, dan paling penting, Syiah disebelahnya Solat atas Kapal Terbang ketika semua orang sunnah termasuk dirinya tidak Solat dan hanya jama/qada Solat sahaja.

Ahmad Deedat dibenci kerana membela Syiah dan kerana enggan melihat permusuhan SunniVS Syiah dan perpecahan dalam Islam.

Musuhnya meletakkan pelbagai label pada Ahmad Deedat.

Mereka berusaha cari dari jutaan ucapkatanya untuk mencari SATU kesalahan dan kesilapannya.

Ahmad Deedat dihalang masuk/datang ke banyak Negara Sunnah termasuk Malaysia.

Dalam satu ceramah Dr Maza, ada rakyat Malaysia yang bertanya tentang akidah Ahmad Deedat yang didakwa ramai sebagai kafir.

Dr Maza menjawab, "Allah, Islam Tuan-tuan, Islam".

YA!

Ahmad Deedat lakukan apa yang kita tidak mampu lakukan begitu juga Zakir Naik!

Ahmad Deedat "serang" kesesatan agama selain Islam(dalam AlQuran ada satu agama sahaja yang betul iaitu Islam justeru agama selain Islam bukan Agama tetapi kesesatan), begitu juga Zakir Naik!!

Ahmad Deedat bukan sahaja mampu hafal AlQuran, malah Injil, Old Testament, 40,000 Journal Gereja, Kitab Hindu dll begitu juga Zakir Naik!!!

Ahmad Deedat dan Zakir Naik umpama seorang askar yang mampu masuk kedalam kubu musuh, hingga kedalam Istana Raja musuh Islam, mengegar Syaitan dan bercakap pada hati musuh itu dan kembali semula ke kubu Islam dimana tiada seorang pun orang Islam yang mampu melakukannya!!!!

Justeru, jika KITA(saya, anda, ulama, ustaz, penceramah, Tarekat, dll) tidak mampu lakukan, tidak perlu  "menghalang" Ahmad Deedat dan anak muridnya, Zakir Naik!!!

Bukan semua yang dikatakan Zakir Naik itu betul dan tepat. Tetapi;

Ada banyak ilmu serta kebenaran, kenapa ramai yang berusaha cari kesalahan walaupun satu(jika ada).

Serangan pada Zakir Naik tidak akan berhenti kerana ramai orang Islam sendiri mahu melihat Zakir Naik tersungkur seperti Ahmad Deedat.

Buktinya jelas, ramai gembira Ahmad Deedat mati dalam keadaan sakit bertahun di Hospital.

Pelbagai teori untuk kaitkan kemurkaan Allah pada Ahmad Deedat dan untuk sahkan beliau mati dalam keadaan kafir.(Itu belum kira soalan popular orang Melayu, sempat mengucap tidak?)

Pasti, jika ia menimpa Zakir Naik, ia sesuatu yang menyenangkan kerana sifat munafik orang Islam ini jelas disebut dalam AlQuran.

Sifat munafik ini begitu dbenci Allah hingga Nabi SAW dilarang membela mereka.-Surah AtTaubah.

Janganlah diganggu dakwah Zakir Naik.

Jika KITA tiada apa yang baik untuk bercakap lebih baik diam! Kerana ia mungkin menghalang usahanya berdakwah dengan bukan Islam!

Jika KITA tidak mampu melakukan seperti yang Zakir Naik lakukan, lebih baik biarkan dia yang lakukan dan jangan sesekali KITA jadi penghalang usaha menyebarkan kalam Allah!

KITA dengan cara kita, biarkan dia dengan caranya. Matlamat tetap sama -mengESAkan Allah!

Akhir kata, KALAU satu hari nanti, Dr Zakir Naik pertahankan SYIAH(saya pernah tonton video yang umumnya, Zakir pertahan Syiah tapi dengan cara lembut berbanding Ahmad Deedat), janganlah dihina kematiannya seperti dihina Ahmad Deedat.

Saya tidak berkata, beliau dijamin Syurga, atau dijamin mati dalam Islam dan tidak akan sesat, saya tidak berkata beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Tapi saya berkata, fikulubihim maradun faza dahumullah. Dalam hati manusia ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakit itu.

JADI saya berkata, sibuklah dengan sakit dalam hati kita, berbanding dengan perihal orang lain!

Wallahualam.

PS: Malaysia mendabik dada dengan sikap terbuka, kebebasan media, serta hak asasi manusia tetapi jika orang Islam mahu berceramah padda orang Islam kena pilih tajuk yang betul. Pelikkan?

Saya pernah ke Geraja Jalan Gasing, mendengar dalam Gereja itu "St Mary from perspective of Islam and Christian", kenapa agama lain boleh anjurkan "comparison" dalam agama tetapi Islam tidak boleh?

Tuesday, April 12, 2016

Zakir Naik Silap, Malaysia Amalkan Riba!

Medic studeng itu tidak tanya soalan bodoh tapi tanya soalan salah kerana Zakir Naik silap kerana Malaysia sememangnya amalkan riba keuntungan.

TM, SYABAS dan TNB adalah Syarikat milik Kerajaan yang monopoli dan ada unsur paksaan.

Dalam konteks dunia moden, keterpaksaan dihalalkan asalkan kepentingan majoriti pengguna diutamakan!

Benarkah anda pengguna TM, SYABAS dan TNB rasa begitu?

Sekitar tahun 90-an, semasa PAS masih bertaring, Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pernah menjawab di Parlimen soalan dari PAS berkenaan RIBA keuntungan dari TNB dan Syabas.

TNB mengenakan caj tinggi lebih 10 kali ganda dari kos, begitu juga Syabas. 1m3 air Syabas berharga RM 0.50 sedangkan kos dari sungai hingga ke kepala paip hanyalah purata 5-8 sen sahaja.

Mahathir, ketika menjawab soalan, menjelaskan bahawa caj yang tinggi dikenakan kerana Kerajaan melihat masa depan sebagai salah satu keperluan wajib. Kerajaan akan cuba kekalkan harga air untuk generasi masa hadapan, dan lebih penting bekalan air bersih yang cukup dan elektrik.

Malangnya, air paip SYABAS hari ini tidak lagi bersih dan berkarat setiap pagi. Penapis air berkeladak saban minggu dan tiada lagi PENAFIAN dari pihak Syabas atau KEANGKUHAN air Syabas selamat diminum.

TNB pula dalam suasana harga minyak dan Gas turun tetap menaikkan tarif elektrik berserta GST!

IPP sebagai badan pengaut untung pula terus untung.

Jelas kedua agensi Kerajaan ini mengamalkan riba.

Bagaimana pula dengan PLUS?

Terlalu banyak Riba yang diamalkan Kerajaan.

Tetapi saya suka membawa kepada perhatian orang ramai akan cukai Tanah dan Pintu yang juga menyumbang kepada Riba!

Pada tahun 1999, Kerajaan melalui cadangan dan laporan PBT mewartakan setiap tanah kosong perlu membayar cukai pintu.

Samada tengah hutan atau hulu atau hilir hutan, ada atau tidak infra, semuanya perlu bayar cukai pintu walaupun tiada pintu!

Dimanakah duit hasil kutipan ini sepatutnya pergi?

YA! Seharusnya ia digunakan untuk membangunkan jalan, longkang, serta infra lain untuk tanah itu kelak.

Malangnya, dalam warta yang sama, Kerajaan melarang dan mengenakan pelbagai syarat untuk tanah tersebut dibangunkan, malah jika tidak dapat kebenaran banyak bangunan atas tanah yang telah bayar cukai pintu berpuluh tahun dirobohkan!

Lebih dari itu, apabila tanah tersebut mahu dimajukan, Kerajaan melalui PBT dan jemaah OSC nya mewajibkan pemilik tanah membina longkang sendiri, membina jalan sendiri dan sebagainya!

Bukankah itu RIBA?

Cukai pintu pula dinaikkan hingga mencecah ribuan ringgit.

Apa yang malang bagi Rakyat adalah keuntungan melampau kerajaan atau Riba ini tidak digunakan untuk rakyat!

Ledakan harga rumah adalah bukti jelas Kerajaan amalkan Riba!

Sebagai contoh, pemaju sebidang tanah kapasiti 2000 buah rumah perlu membina jalan sendiri, perlu bina longkang sendiri hingga ke sungai, perlu bina paip Syabas dan wayar elektrik sendiri(tiang saya tidak pasti), malah perlu membina Taman Permainan.

Beberapa Lot tanah diwajibkan dikhususkan untuk dijadikan Surau, Sekolah, Masjid, TNB, Syabas dll.

Akhirnya tanah kapasiti 2000 buah rumah ini hanya boleh bina 1000 buah rumah sahaja dan semua kos ini dipindahkan kepada siapa?

YA! Kepada pembeli!!!

1000 buah rumah ini membayar cukai pintu dengan kadar RM 1000 setahun di Kuala Lumpur atau RM 1 juta setahun!

Sekali lagi dimanakah duit ini digunakan? Kalau pembetungan, kami masih perlu bayar Indah Water!

Kalau bil elektrik lampu jalan, sekarang ini zaman LED malah ada pemaju yang diwajibkan Kerajaan gunakan lampu LED dan kos itu dipindahkan kepada pengguna!

Kutipan sampah!?? Kerajaan telah laksanakan pengasingan sampah sekaligus memberi lebih penjimatan kepada pengurusan sampah dan lebih pendapatan kepada siapa??? Yang pasti bukan rakyat!

Bila RA atau PP atau RT ditubuhkan, mereka disyaratkan mendaftar kepada Kerajaan untuk melayakkan mereka terima peruntukan dari PBT.

Dari pengalaman, peruntukan itu tidak diberi dengan mudah, malah ada pula unsur "bawah meja" untuk percepatkan proses.

Ada RT/RA masih belum terima peruntukan mereka sejak 2014.

Bayangkan riba, bunga dan faedah dari simpanan duit Rakyat oleh Kerajaan. RM 1 juta baru satu taman bagaimana kalau di darab dengan 100 taman atau 1000 taman?

Kemanakah semua kos ini dipindahkan?

YA! Kepada harga jualan rumah baru dan lama!

Siapa yang menanggung?

YA! Rakyat yang tanggung!

Siapa yang untung??

Yang pasti bukan rakyat, dan yang pasti bukan Kerajaan kerana Kerajaan masih perlu pada hasil GST!

Jadi siapa?

Wallahualam, dijawab mendatangkan fitnah, tidak dijawab dibodohkan pula.

Pengamalan riba oleh Kerajaan ini serius dan perlu dibendung sebelum Malaysia jadi bumi yang dilaknat!

Model pemerintahan ini begitu fragile dan mudah menindas rakyat patutlah Nik Aziz begitu menentang Kerajaan ini.

PS: Tidak dinafikan ada kos yang ditanggung kerajaan seperti penyelengaraan longkang dan jalan. Tapi kita masih ada cukai jalan, dan ia tidak sampai 10% dari jumlah kutipan cukai.

Tuesday, April 5, 2016

Kuasa Pengguna Dimiliki Melayu Jika Bersatu! Lowyat Gawat DiBoikot!

Saya lulusan IT mula berkerja di MNC pada tahun 2000 hingga 2010. Baik Kolej, Pejabat atau perniagaan sendiri semuanya di Kuala Lumpur.

Imbi adalah dunia saya, begitu juga PIKOM.

Sri Computer, Jayacom, dll adalah perintis di basement Imbi. Kami parking di Sg Wang(kerana sukar dapat parking di Imbi) dan paling gembira bila dapat junjung berkotak komputer -bangga.

Kemudian sekitar 2000-2001 lahirlah Lowyat.

Lowyat tidak mampu kalahkan Imbi dan kerana kami ini produk Imbi, kami sokong Imbi.

Setiap kali buang air di Sg Wang kami pasti lihat Lowyat. Uwekk, tidak mahu pergi.

Lowyat bijak gunakan kegiatan haram sebagai perniagaan utama, mereka tukar strategi dan menjadi Syurga CD Cetak Rompak.(Jangan tanya saya kenapa hampir tiada serbuan KPDNK pada masa itu)

Filem, Drama, dan segala macam CD boleh didapati termasuk aksi panas Aktress Malaysia dengan bakal suaminya seorang peguam.

Bagi yang berdarah komputer dan "gamers", Lowyat mula menarik perhatian kami kerana semua software lengkap dengan crack boleh didapati dengan harga RM 5 atau 3 CD RM 10.

Sebut apa sahaja cd anda mahu, Xbox, PS1, PS2, PS3, Nintendo, Games, Movie, Sofware, Simulasi Exam MCSE, CCNA, RCNA, CCIE, SAP, OCP dan segala macam jenis CD haram semua ada sebelum sebuah akhbar perdana dedahkan secara ekslusif yang akibatkan bukan sahaja industri CD cetak rompak Lowyat berakhir malah periuk nasi haram penguatkuasa pun terjejas.

Dengan perlahan, Lowyat merampas kemegahan Imbi.

Pada mulanya, hanya tingkat 2 beroperasi, tingkat lain masih kosong. Kemudian 1, G, LG, 3, 4 dan 5.

Sekitar tahun 2005, Lowyat menguasai dan Imbi lumpuh sepenuhnya sebelum diselamatkan oleh orang Pakistan yang menawarkan khidmat baiki komputer.

Golongan IT yang berkerja akan jadikan Lowyat sebagai "Masjid" kedua kerana lebih kerap mengunjungi Lowyat dari Masjid. :p

Boleh dikatakan seminggu sekali pasti mereka akan berkunjung ke Lowyat, jika tidak membeli, mereka cuci mata dan upgrade diri dengan pengetahuan gadget dan teknologi.

Ada yang culas Solat Jumaat berjaya menemui Imam dan Khutbah Jumaat di Lowyat.

Begitulah kami dengan Lowyat, bukan sahaja dekat, malah ada juga Pakar IT yang memulakan kareer IT sebagai promoter disini.

Hari ini saya ke Lowyat menghantar sebuah Sony Tab untuk diperbaiki screennya.

Ia milik rakan saya, seorang ahli UMNO yang begitu teruja untuk boikot Lowyat.

Bagi kami orang IT, kami bukan tidak mahu boikot Lowyat, tapi Lowyat dan Imbi terlalu dekat dengan kami.

Malahan, dalam industri IT MNC, kaum Cina adalah rakan seperjuangan yang bersama bertarung nyawa dan darah berhari-hari tanpa tidur.

Justeru, boikot dalam IT tiada dalam kamus kami.

Namun, apa yang memeranjatkan Lowyat sudah bertukar wajah.

Banyak kedai ditutup dan jumlah pegawal keselamatan Melayu tempatan ditambah 10 kali ganda.

Malahan DIY berpindah ke Sg Wang.

Walau apa jua alasan pengurusan dan pro Lowyat untuk nafikan ia kesan dari Melayu boikot Lowyat, ia dijamin kesan dari boikot.

Saya pasti kerana dalam sejarah 16 tahun Lowyat, tidak pernah ada kedai pakaian bertapak di Tingkat 2 atau 3.

Saya sedih.

Sepertimana saya sedih melihat Imbi bergelap kerana Lowyat, perasaan sama dirasai secara automatis melihat Lowyat mengalami karma dari Imbi.

HIKMAH dalam kes Lowyat ini jelas, kuasa pengguna dimiliki oleh orang Melayu.

Malangnya Melayu tidak bersatu hinggakan hampir 5% bidang perniagaan boleh disifatkan amat amat amat kritikal kerana hampir 99% dimonopoli satu kaum ie Lelongan Hartanah, Pembekal Elektrik dan Elektronik, Pembekalan Alat Kelengkapan Bilik Mandi, Komponen dan barangan dari China.

Artikel ini hanya, hanya ada 2 tujuan positif dan satu pesanan penaja.

1. Untuk sedarkan Melayu akan kuasa pengguna yang dimiliki mereka, bukan untuk mereka boikot bukan Melayu, tetapi untuk mereka bersatu supaya hak pengguna tanpa kira kaum di tegakkan!

2. Untuk menyedarkan semua peniaga agar tidak menindas pengguna.

Kedua ini diharap dapat dilihat merentasi kaum, warna kulit, dan agama.

Ia hanya antara pengguna dan peniaga, dan hak mereka!

Cuma dalam konteks Lowyat ia sukar dilihat melepasi warna kulit tetapi itulah natijahnya jika kita biarkan dominasi satu kaum dalam satu kawasan perniagaan.

Bila berlaku masalah antara pengguna dengan penjual berlainan kaum ia secara otomatis dilihat sebagai perkauman dan mudah dimanipulasi sebagai perkauman walaupun ia sekadar masalah antara pengguna dan peniaga.

Tanpa kira kaum, sama-sama kita belajar dari kesilapan.

Oh ya Pesanan Penaja adalah monopoli tidak bagus. Siapa sahaja yang monopoli baik Kerajaan ie Syabas, Telekom, TNB, atau Swasta ie Astro, malah monopoli satu kaum terhadap satu jenis perniagaan lebih membahayakan.

Saya pasti kita semua pernah mengalami pengalaman "pahit" dengan agensi monopoli diatas. Keburukan Monopoli kaum dalam perniagaan pula ialah seperti terjadi di Lowyat dimana masalah kepenggunaan menjadi masalah perkauman yang serius, malah di Jakarta 1998 kerana monopoli satu kaum dalam perniagaan ia menjadi sebab beribu kematian tragis tanpa pembelaan hingga hari ini!!!

PS: Peniaga dan pemilik MegaMall termasuk KLCC, OU, MidValley, KLIA, Alamanda, Tesco, Giant dll bila mahu gunakan khidmat pengawal keselamatan Melayu sepenuhnya?

Mahu tunggu nasi jadi buburkah?

Friday, April 1, 2016

Selfish(1): We Take UBER Not Taxi, But We Hate Najib Razak?

--->Selfish is a short article describing us-Malaysian as selfish person! This is no 1 and Malay translation is at the bottom.

Many people hate Taxi Driver because they all are an evil that rob and steal other people money. Others than hit people, they are not on the road for work but to make traffic jammed and congested with their presence everyday on everywhere road .

The reason why they do not want to use Meter or refuse to fetch passenger in few scenario is they need to achieve at least RM 150 per day to make a living for that particular day only!

To bear cost of living in KL for a wife and 3 children, they need RM 300 per day.

WHY?

Because from RM 100 they earn, they need to pay RM 50 as daily Taxi Permit fee to Najib Razak Government. And RM 30 for a gas and other maintenance.

Uber dont have to pay Government!!!

If passenger feel cheated, bullied, or annoyed by Taxi Driver they should blame the system.

If Government-BN-UMNO sincerely want to help Taxi Driver and Malaysian passenger, they should abolish Organisation Taxi Permit and only allowed personal Taxi Permit which is FOC...or discounted with merit base.

If we are UBER passenger we should love Najib Razak whom receive 2.6 billion donation and return it back to Arab!!!

If we hate him than we were no difference than the person we hate, because we are all same, we are selfish!

PS: UBER is like Pirate CD, Napster, and Unlicensed Movie and Taxi is legalized by permit which make them original CD. Choose!

--Selfish adalah satu artikel pendek berepisod yang menceritakan KITA-Rakyat Malaysia yang mementingkan diri sendiri. Artikel ini NO 1.

Ramai orang bencikan Pemandu Teksi kerana mereka semua adalah orang jahat yang merompak dan mencuri duit orang lain. Selain suka melanggar orang dan kereta lain, Teksi bukan mahu cari rezeki tetapi mereka hanya mahu hanya sesakkan jalan raya dengan kehadiran mereka di banyak jalan setiap hari.

Sebab munasab kenapa mereka tidak mahu gunakan Meter atau enggan mengambil dan membawa penumpang ke destinase tertentu pada senario tertentu adalah kerana mereka perlu mendapatkan RM 150 sehari untuk menanggung kos sara hidup mereka seorang untuk hari itu sahaja!!!

Untuk menanggung kos sara hidup seorang isteri dan 3 orang anak di Kuala Lumpur, pemandu Teksi perlu mendapatkan RM 300 sehari, jika kurang, maka kuranglah makanan anak mereka!

KENAPA?

Kerana dari RM 100 mereka perolehi, mereka perlu bayar RM 50 yuran Permit(bukan sewa beli, permit) kepada Kerajaan Najib Razak. Dan RM 30 untuk Gas dan penyelenggaraan lain.

Uber tidak perlu bayar pada Kerajaan!!!

Kalau penumpang rasa ditipu, dibuli dan dianiaya oleh Pemandu Teksi mereka harus menyalahkan Sistem bukan Pemandu Teksi.

Kalau Kerajaan-BN-UMNO ikhlas mahu bantu Rakyat(Penumpang) dan Pemandu Teksi, Kerajaan harus memansuhkan Permit yang dimonopoli Organisasi.

Hanya benarkan Permit Individu sahaja selain berikan permit secara percuma...atau diskaun melalui merit.

Kalau kita adalah pengguna UBER kita sepatutnya berterima kasih pada Najib Razak yang menerima derma RM 2.6 billion dan memulangkan kembali wang itu!!!

Kalau kita benci pada beliau, maka tiada bezanya kita dengan orang yang kita benci kerana kita serupa, kita pentingkan diri sendiri.

PS: UBER seperti CD cetak rompak, Lagu Napster, and Filem Curi dan Teksi pula sah dengan permit yang jadikan mereka original CD. Pilih!