ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, July 30, 2015

Muhyiddin Dedah Sebab Malaysia Dijajah!

500 tahun Malaysia atau Tanah Melayu dijajah tanpa sebarang penentangan. Jika ada pun tidak banyak.

Pendek kata amat mudah menjarah orang Melayu dan dibuktikan dalam Laporan British ketika penentangan Malayan Union. Penentangan Malayan Union adalah penentangan pertama orang Melayu dan penggerak utamanya juga dilupa dan dihina orang Melayu pada hari ini, Onn Jaafar.

British secara terbuka mengatakan mereka terkejut dengan penentangan orang Melayu atas penubuhan Negara Malayan Union kerana orang Melayu sejak dijajah mudah diarah, diurus serta tunduk pada arahan.

Di Indonesia Makan Pahlawan disetiap Daerah yang mana tertanamnya jasad pejuang kemerdekaan mereka dan di Malaysia tiada.

Yang ada Tugu Negara yang dibina mengenang 11 ribu perajurit yang terkorban memperjuangkan kemerdekaan. Kurang 20 ribu dalam tempoh 500 tahun. Itupun kebanyakan Askar adalah bukan orang Melayu pada masa itu.

Kini Pemecatan Tan Sri Muhyidin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri berjaya mendedahkan kenapa Malaysia khususnya kenapa orang Melayu dijajah 500 tahun dengan mudah.

Sikap yang ditunjukkan melalui komen dan reaksi orang Melayu khusunya ahli UMNO terhadap pemecatan TPM yang tidak bersalah oleh PM yang disyaki banyak salah adalah jawapan kepada soalan kenapa Melayu dijajah 500 tahun tanpa penentangan;

1. Muhyidin TPM aku makan bayar sendiri, Muhyidin dipecat pun aku makan bayar sendiri.

2. Tiada kena mengena dengan aku.

3. Ahli UMNO berasa puas hati dengan penjelasan Presiden

4. Ahli UMNO setia kepada pemegang kuasa utama kerana takut kedudukan dan punca pendapatan mereka terjejas

5. Ahli UMNO tidak buat apa-apa dan terus taat sembrono selagi keluarga mereka tidak terjejas

6. Orang Melayu/Rakyat tetap mengundi UMNO

Persoalan dan kenyataan ke 6 iaitu rakyat tetap undi UMNO ini agak sukar kerana  jika UMNO kalah pada PRU akan datang dan jika PR memerintah Negara apakah agenda mereka akan menjadi agenda satu kaum dan agenda agama bukan Islam?

Apa pun, orang Melayu perlu ubah sikap dan ahli UMNO terutamanya perlu ubah sikap taat pada ketua, takut hilang harta benda dunia, serta tamakkan jawatan kerana itulah sikap nenek moyang kita hingga kita dijajah tanpa penentangan.

Perlu diingatkan, British memberi kemerdekaan pada Malaysia bukan kerana penentangan Melayu kerana Melayu tidak menentang pun, bukan kerana Melayu atau Tanah Melayu memohon kemerdekaan jauh sekali bukan kerana British baik hati, sebaliknya British terikat dengan Perjanjian Atlantik 1942 yang mensyaratkan semua Negara terlibat bersetuju melepaskan setiap jajahan mereka.

Mungkin ramai tidak tahu British pening kepala mahu beri kemerdekaan Tanah Melayu. Jika diberi pada Cina, Komunis akan kuat, jika beri pada Melayu mereka tidak layak. Hinggakan Malayan Union digerakkan oleh British sendiri dimana semua 9 Raja bersetuju tandatangan Penubuhan Negara Malayan Union dalam tempoh 48 jam sahaja kerana khuatir hilang kuasa.

Orang Melayu memang tidak pernah peduli bangsa dan Negara mereka dijajah kerana mereka pentingkan diri. Selagi diri dan keluarga mereka tidak diusik mereka akan sokong siapa sahaja yang berkuasa waima SYAITAN sekalipun.

Justeru orang Melayu di rayu, jangan pentingkan diri, jangan diulangi kesilapan nenek moyang kita yang mementingkan diri selagi keluarga mereka tidak diusik, biar jiran dibunuh dan dirogol, asal bukan mereka, kita biarkan sahaja.

Suka hati PM mahu pecat sesiapa asalkan kerja kita tidak dipecat, makan kita cukup, biarkan si luncai terjun dnegan labu-labunya.

Orang Melayu adalah orang Islam. Islam mewajibkan kita perjuangkan agama kita bukan diri kita sendiri sahaja.

Bangkitlah Islam menunjang Melayu.

Bangkitlah Iman menunjang Melayu.

Bangkitlah ahli UMNO pertahankan Islam, Melayu dan Malaysia.

Bangkit gulingkan pemimpin seperti "you know who" yang meletakkan kepentingan diri dan isteri lebih dari agama, bangsa dan Negara.

Bangkitlah ahli UMNO kerana tanpa ahli UMNO siapalah Ketua Cawangan. Bahagian, MT, Naib, Timbalan malah siapalah Presiden tanpa ahli UMNO?


Sunday, July 19, 2015

Happy Raya Mak

Hari ini Hari Raya, hari kita semua bermaaf-maafan.

As a son I failed to be a son.

Mak had give it all to me. Everything'sssss she have she gave it to me.

Since I small, I promise to her I will take care of her.

Time pass.

Years and years left and now I am a father to 3 sons.

No matter how hard I try to return Mak devoting in servicing me, I failed.

She  always there for me. Not only my physical need but also my mental and spiritual need.

She is an angel that always tell me not to hurt others. Not to revenge and stand smile even how bad people doing to me.

Even in this mean and sarcastic world maybe being good is not an advantage where people will bully you, but I am happy for what I am and thanks Mak for building me like this.

All the jasa may be forgotten, but I feel very sad because I was unable to return it to her.

There is no million or billion ringgit I would ask from Allah for Mak.

There is no BMW, big house or nice jewellery I would ask from Allah for Mak.

All I ask is Syurga or heaven for Mak. Because that is only way I could return jasa mak.
Please Allah.

Happy Raya Mak.


Saturday, July 18, 2015

Mastermind Lowyat: Namewee Dibiar BEBAS, Papagomo Ditangkap?

Walaupun esok saya bersaudara dan bersahabat baik dengan Namewee sekalipun, saya tetap mahu Namewee dihukum atas Video Clip menghina agama Islam dengan tajuk NegaraKuku.

Saya mahu Namewee ditangkap dan dihukum bukan kerana soal peribadi, bukan kerana saya benci Namewee, tapi saya tidak mahu "mental block" atau persepsi pemikiran rakyat Malaysia percaya bahawa kita boleh menghina agama dan kaum lain sesuka hati dan kita boleh terlepas seperti Namewee semudah Im sorry.

Ini kerana sebelum Namewee menerbitkan video tersebut, kita rakyat Malaysia khususnya Cina dan Melayu hidup bermuafakat dan harmoni serta saling menghormati.

Walaupun ada beberapa ketidakpuashatian serta ada pendaman perasaan cemburu oleh kaum Cina kerana DEB dan Melayu iri kerana Sekolah Cina lebih, Cina kaya dsb, secara amnya Cina menghormati budaya dan agama Melayu begitu juga Melayu menghormati budaya dan agama Cina.

Namewee mungkin sudah meminta maaf, dan kerajaan half past six UMNO dan BN telah menerima maaf beliau tetapi sebagai orang Islam saya dan ramai lagi tidak sesekali akan menerima maaf beliau selagi video tersebut tidak ditarik balik dari Youtube.

Video tersebut masih boleh ditonton di Youtube dan sebagai orang yang memiliki hakcipta tersebut Namewee dengan mudah boleh minta Youtube "remove" video tersebut dari Youtube walaupun diupload orang lain.

Orang Cina, India, bukan Melayu termasuk Melayu liberal perlu faham senario dibawah ini.

Ada sebuah gunung 10 kali lebih tinggi dari Kinabalu. Seluruh masyarakat Malaysia percaya bahawa kita tidak boleh pergi ke puncak Gunung itu kerana ia suci.

Pada satu hari, seorang budak bernama Monkeywee melanggar batas serta sensitiviti masyarakat setempat dan menakluki puncak tersebut.

Sebulan selepas itu puncak Gunung tersebut ditakluki oleh beribu orang dan akhirnya Gunung tersebut runtuh.

Rupanya kita dilarang ke puncak Gunung itu kerana ia tidak kukuh seperti yang kita lihat.

Senario ini sama seperti Namewee!!!

Namewee telah membuatkan seluruh masyarakat Cina percaya bahawa agama Islam boleh dihina dan orang Melayu tidak boleh buat apa-apa.

Namewee telah membuatkan ramai Melayu percaya bahawa Cina itu boleh dihina, Buddha boleh dipersenda dan mereka boleh terlepas tanpa sebarang tindakan seperti Namewee,

Sedangkan hakikinya hubungan antara kaum di Malaysia kukuh kerana sifat saling menghormati kita. Jika sifat itu dicabul dan dilangkah, maka hubungan ini pasti akan runtuh.

Selagi Namewee tidak menarik balik video Negarakuku di Youtube, dan selagi dia tidak dihukum oleh undang-undang, maka selagi itu Gunung tersebut atau sensitiviti masyarakat akan terus dilanggar dan dicabul oleh rakyat Malaysia samada Cina atau Melayu.

Ramai Rakyat yang terikut dengan "kebolehan" Namewee, antaranya pembakar Gereja orang Melayu yang kini dipenjarakan, Alvin Tan dan Vivian, pembaling daging babi kedalam Masjid, Melayu pembeli dan Cina penjual Lowyat, dan ramai lagi.

Mereka ini semua percaya kalau Namewee boleh hina agama dan kaum lain dan terlepas dengan hanya minta maaf, kenapa tidak mereka?

Secara peribadi saya berpendapat, KEJADIAN LOWYAT BERPUNCA DARI NAMEWEE iaitu video Negarakukunya.

Jelas tindakan polis menangkap Papagomo tapi biarkan mastermind sebenar terlepas bukanlah satu tindakan yang matang dalam mencegah jenayah.

Selagi MASTERMIND Lowyat ini tidak ditangkap dan didakwa, selagi itulah Papagomo, Alvin Tan, termasuk yang orang Cina label rasis seperti Ibrahim Ali dan Ridhuan Tee dll akan lahir, dan selagi itu Malaysia TIDAK AKAN AMAN.

Tuesday, July 14, 2015

Laksanakan Imbangan KaumPeniaga Di LOWYAT dll Mall

Kejadian Lowyat banyak beri pengajaran kepada kita.
Dari satu sudut kita perlu berterima kasih kepada mereka yang terlibat.

Kejadian Lowyat boleh berulang, mungkin kali ini di OU, MiddValley, KLCC jika kerajaan tidak laksanakan imbangan kaum peniaga di semua Mall terkenal.

Di Singapura, Kerajaan Singapura bimbang orang Melayu duduk bersama di satu kawasan secara majoriti akan merusuh dan menentang dasar kerajaan.

Justeru pada tahun 70-an Singapura laksanakan projek imbangan kaum dimana di setiap daerah dan perumahan di Singapura dianggotai oleh semua kaum secara imbangan antara Cina, Melayu dan India mengikut posisi kaum di Singapura iaitu 77% Cina, 14% Melayu, 7% India, dan 2% lain-lain.

Imbangan kaumpeniaga perlu dilaksanakan kerana di Lowyat 99% peniaga dan pemilik premis anak tempatan adalah orang Cina.

Di OU 99% , peniaga dan pemilik premis anak tempatan adalah orang Cina.

Di MidValley  99%  peniaga dan pemilik premis anak tempatan adalah orang Cina.

Di KLCC 90% peniaga dan pemilik premis anak tempatan adalah orang Cina.

Bila terjadinya kes penipuan atau salah faham Melayu ditipu, ia akan dilihat Melayu VS Cina bukan Pengguna Vs Peniaga jauh sekali penipu vs ditipu!

Jika imbangan kaumpeniaga ikut komposisi kaum maka dari 10 premis di OU, 6 darinya wajib dimiliki Melayu sedangkan Cina yang lebih banyak berdagang. 

Justeru Kerajaan disaran menggunakan sistem 4-4-1-1.

Wajibkan premis dan peniaga di semua Mall terkenal termasuk Lowyat untuk anak tempatan adalah 4 Cina, 4 Melayu, 1 India, dan 1 lain-lain.

Untuk rekod, pengurusan Mall mempunyai taktik sendiri untuk menidakkan peluang perniagaan disitu kepada Melayu, dan India. Adalah penting Kerajaan masuk campur dan menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Dengan ini tidaklah kita merasa Lowyat Cina punya, OU Cina monopoli, MidValley Cina dominasi dll hinggakan bila pembeli bergaduh dengan penjual kita kata ia isu rasis sedangkan ia nampak seperti rasis kerana masalah monopoli perniagaan di Mall-mall tersebut.

Mungkin sudah sampai masanya kita ikut jejak Singapura dan laksanakan imbangan kaum di perumahan. Tiada lagi 100% kampung Melayu, perumahan Cina, Taman India dll. Tindakan ini akan buatkan kita lebih mengenali adat, budaya, sensitiviti kaum lain dengan lebih baik.

Monday, July 13, 2015

Lowyat Incident, Both Malay & Chinese FB Provocator Fault

Yesterday night was a nightmare for truly Malaysian.

The issue started a day earlier where both buyer a Malay and seller a Chinese have their own version of story.

Which to believe but many intend to believe their race story respectively.

As for me, both Chinese and Malay are guilty but not the buyer and not the seller. They are us who commenting Malay this, and Chinese that.

We can see many provocative comments from both FB provocator.

When we read Malay comments they said Chinese penipu, b4b1(kesian pig selalu kena drag in this issue), when we read Chinese comments they said pergi sembahyang terawih, Melayu pencuri, Melayu monyet(kesian Monyet selalu kena drag bila Cina curse Malay).

This happen whole Sunday from Morning to Evening where it spark more than 100 Malay gathered in front of LowYat.

This incident taught us a lot of lesson.

If in future, something happen between races or between religions in Malaysia, PLEASE, if you have nothing positive and good to comment please do not comment at all.

Let the situation turn from heat to cold, let 2-3 days pass, let see and wait Police statement first then only you comment be it advice, be it mocking, be it accusing, be it anything good and positive.

We are Malaysia, this is the country we built dont be the person that destroy the the country we built!

LOWYAT diselamatkan ISA

Siapa suruh mansuhkan ISA????

PAS, DAP dan PKR!

Kenapa?

Sebab mereka tidak mahu UMNO/BN gunakan akta itu tangkap mereka atau "senyapkan mereka".

Siapa?

ISA bukan sahaja tahanan politik, tetapi melibatkan tahanan jenayah juga.

Bila?

ISA digunakan bila keadaan tidak terkawal di Negara berbilang kaum ini. Majoriti rakyat tidak suka dan tidak mahu keganasan tetapi kerana segelintir orang yang lain diprovoke sama,

ISA digunakan untuk menangkap segelintir orang dalam video Lowyat ini bagi elakkan mereka bercerita, memprovokasi, dan melibatkan yang lain samada penjual mahupun pembeli.

Apa itu ISA?

ISA adalah undang-undang pencegahan dengan tangkapan tanpa bicara untuk mengawal keadaan dan tangkapan bukan sahaja tahanan politik tetapi tahanan jenayah jauh lebih ramai.

Sepanjang ISA dikuatkuasakan, hanya kurang 200 tahanan ISA merupakan tahanan politik tetapi lebih 5000 tahanan ISA adalah tahanan jenayah.

PAS, DAP dan PKR sepatutnya memperjuangkan ISA tahanan politik sahaja dan bukan seluruh ISA hingga akibatkan PDRM tidak dapat bertindak pantas dalam kes Lowyat.

SOSMA dan apa SOS lagi tidak dapat beri kuasa pada polis bertindak pantas dan apa-apa boleh terjadi dalam beberapa jam sahaja dengan komen-komen provokasi di FB tidak dibendung segera.

Apa-apa pun marilah kita melihat kehadapan, pada semua saya harapkan bertenang, jangan terikut dengan segelintir di Lowyat baik Cina mahupun Melayu.

Kita sayang Negara kita, jika kita tidak mahu bersatu terpulang tapi penting untuk kita tolak keganasan termasuk mana-mana pyhsical contact.

PS: Ada baiknya di masa hadapan jika terjadi seperti insiden Lowyat semua kaum tidak keluarkan sebarang komen jika tiada komen positif atau baik yang mahu dikomen.

Malahan, Polis perlu diberi kuasa untuk menutup FB.

#SayaMustaqimAbdulRahman Pelik Kenapa Semua Tidak Faham #SayaZahra & Jelik Sikap Orang Melayu Khianat

Saya Mustaqim Abdul Rahman.

Saya nobody tetapi saya tidak menjadikan kesilapan #sayazahra untuk memperlihatkan saya bagus, saya hebat, saya bijak, saya berjimat dll.

Somebody diluar sana, pakar motivasi, jutawan hartanah, peguam, O&G Executive dan ramai pejaya-pejaya yang poyo memuat naik status menghuraikan satu persatu isi kandungan ucapan #sayazahra.

Sedangkan #sayazahra cakap 9 realiti remeh dirinya bagi buktikan kebenaran satu fakta yang beliau gagal sampaikan iaitu kos sara hidup yang tinggi membuatkan Melayu merempat di bumi sendiri.

Ada kata #sayazahra Graduan manja sambil menonjolkan mereka hebat dan berdikari, ada kata #zahra tidak mahu berusaha untuk gambarkan mereka kuat gila usaha, ada kata #zahra muda tunjukkan mereka amat matang kononnya, ada kata #zahra perlu berani untuk tunjuk kejayaan mereka hasil berani mereka, ada kata #zahra tidak realistik sedangkan realitinya ekonomi Melayu berada dalam keadaan kritikal dimana lebih sepuluh sektor perniagaan telah dimonopoli oleh satu kaum di Malaysia dan macam-macam lagi yang membuatkan saya muntah untuk terus membaca.

Daripada muntah berlebihan dan batal puasa, saya scroll sahajalah dan lihat isi-isi penting sahaja.

Saya pelik kenapa orang profesional dan berpendidikan tinggi bergelar consultant, profesor, penceramah, pakar, peguam, executive tidak faham ucapan #sayazahra.

Rupanya, mentaliti kaku serta nilai negatif netizen FB yang suka menghukum orang, memalukan orang, menuduh orang tanpa bukti, dan banyak lagi bukan sahaja meresap ke minda orang kebanyakan tetapi orang intelektual juga!

#SayaZahra baru berusia 22 tahun dan merungut lebih kurang 9 perkara seperti rumah sewa, kerja, LRT, gaji,suami, hutan PTPTN dan lain-lain perkara.

Dengan usia semuda itu, #sayazahra kurang pengalaman membuat teks ucapan untuk menyampaikan SATU ISI PENTING yang beliau ingin sampaikan dimana semua yang ada akal patut faham kerana itu adalah platform MTEM.

Peluang berucap di khayalak ramai di MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU, saya ulangi dengan tulisan kecil supaya tidak sakit mata, #SayaZahra berpeluang berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri di satu forum anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu.

Subjek forum tersebut adalah Ekonomi Melayu bukan Ekonomi Zahra.

Saya ulang supaya intelektual yang peroleh laba dari kesilapan Zahra boleh baca, subjek forum tersebut adalah Ekonomi Melayu bukan Ekonomi Zahra.

Lagipun, sebagai Graduan Undang-undang yang mempunyai akal untuk berfikir #SayaZahra pasti tahu jika dia merengek minta TPM duit beli ubat untuk ibunya yang sakit, dia tidak akan dapat sesen pun. 

Platform ini adalah peluang bagi semua peserta untuk berjuang atas nama EKONOMI MELAYU malah sekurangnya menyumbang apa yang mampu termasuk menyedarkan Kerajaan ekonomi Melayu sedang diancam kerana mereka tidak kuasai pengeluaran dan pasaran sebaliknya kaya kerana hartanah serta DEB.

Pada usia 20 tahun, saya menulis artikel pertama saya berkaitan rasuah menjadi barah di Malaysia pada tahun 2000 dan disiarkan di Utusan Malaysia, dan beza penulisan saya 15 tahun dahulu dan hari ini banyak beza dari segi kualiti serta airnya. Saya beruntung kerana kelemahan dan kesilapan saya tidak dipergunakan oleh mereka-mereka seperti yang dialami #sayazahra.

#SayaZahra tersilap kerana mengatakan perkara remeh dan hujah longgar untuk kaitkan semua 9 kisah peribadi beliau dengan tajuk utama yang gagal beliau sampaikan iaitu kos sara hidup yang kian meningkat membuatkan orang Melayu merempat di Negara sendiri.

#SayaZahra tidak mahir menggunakan "bahasa lancar" dalam menyampaikan tajuk utama beliau, iaitu kos sara hidup yang tinggi hinggakan Melayu merempat di Negara sendiri.

Nah!!!! Setuju atau tidak Melayu mengemis di Negara sendiri dari Tuan Bukan Melayu? 

Tidak setuju anda berada dalam zon liberal dan kalau setuju anda berada dalam zon rasis.

Samada liberal atau rasis, keduanya baik jika kita mengawalnya dan bukan dikawal olehnya.

Dibawah saya mahu sampaikan apa yang #SayaZahra ingin katakan dengan hujah yang diperbaiki.

1. Gaji permulaan Diploma pada tahun 2000 adalah RM 1300-RM 1500. Selepas 15 tahun, gaji permulaan Diploma adalah RM 1300-RM 1500. Sila bandingkan harga minyak, beras, gula, LRT, tambang bas/teksi, rumah, sewa rumah dan lain-lain pada 2000 dengan 2015.

Gaji pemulaan Ijazah pada tahun sama berlegar antara RM 1700 hingga RM 2500. Meningkat sedikit pada 2003 antara RM 2700-RM 3200. Itu juga gaji permulaan pada hari ini!

2. Peluang pekerjaan dan naik pangkat di Malaysia menurun teruk setiap kali Kerajaan meningkatkan umur persaraan dari 55 tahun kepada 58 dan kini kepada 60. Bayangkan setiap tahun, berpuluh ribu Graduan dilahirkan oleh IPTA dan IPTS tetapi bilangan yang pencen hanyalah beberapa ribu sahaja dimana pencen ini biasanya re-enter pasaran pekerjaan menjadi consultant, sekuriti, penasihat, lecturer dan lain-lain.

3. Perkembangan kareer mengikut kemahiran di Malaysia mencatatkan Malaysia perlu import pekerja mahir teknikal asing atas sebab Tenaga Kerja Murah, nilai insan serta projek MLVK, SKM, dan lain-lain program gagal melahirkan pekerja yang menepati standard kemahiran dan nilai kerja yang diperlukan industri.

Tidak percaya? Tanyalah pemilik kilang, bengkel, ladang-ladang, pembinaan dan semuanya. Atau lihat sendiri, berapa ramai orang Melayu berbanding bangsa asing?

Kerajaan gagal lahirkan pekerja Melayu yang ideal bagi setiap sektor hinggakan majikan lebih rela menggaji Cina, India, dan Foreigner.

Sebagai contoh, tiada kursus lanjutan dari SKMM dan Diploma Kemahiran untuk bidang kritikal seperti angkat sampah-di Jepun Hygiene Excutive dengan gaji tinggi serta peralatan canggih lagi bersih.

4. IPTS tumbuh luas melata seperti rasuah. IPTS bebas menawarkan program Diploma dan Degree dan diberi sokongan oleh PTPTN selepas mendapat Akreditasi Lembaga Akreditasi Negara(LAN-Nama asal).

Pelajar Melayu SPM kurang cemerlang dengan fail beberapa subjek diberi peluang kedua untuk menjadi Doktor, Peguam, Akauntan, IT, Engineer dll dengan perlu lulus 3 subjek sahaja di SPM.

Peliknya 95% dari mereka pasti lulus dan perolehi Ijazah/Diploma yang tiada kualiti.

Mereka ini kemudian tidak diterima Industri esp swasta kerana berada jauh dibawah standard kebanyakan kerana sukatan dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa English.

Mereka kemudian terpaksa berkerja supermarket, Customer Service dan lain-lain yang hanya perlukan kelulusan SPM sahaja dan berbeza dengan rakan sekerja kelulusan SPM mereka perlu bayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM 20 ribu yang disedut IPTS yang gagal melahirkan pekerja Melayu ESQ tinggi.

5. Ketika minyak dinaikkan dari RM 1.98 kepada RM 2.70, Kerajaan mengatakan pengurangan subsidi akan digunakan untuk tambah baik sistem pengangkutan awam dan diulang setiap kali BAJET dan RMK dengan peruntukan berpuluh billion ringgit.

Malangnya, semua tahu anda tidak boleh pergi dari A ke B tanpa naik satu sistem pengangkutan(saya biarkan sedikit looping disini memberi peluang anda menghentam saya tanpa memikirkan masalah utama nombor 5 ini).

6. PENGUASAAN PASARAN dan PENGELUARAN orang Melayu berada ditahap kritikal walaupun ramai orang Melayu mendabik dada kaya dan jutawan hasil dari pelaburan hartanah dan DEB.

Untuk rekod, tiada siapa boleh makan rumah dan tanah, tetapi kita makan beras, nasi, ayam, daging, bawang. Kita pakai kereta, naik bas. Kita buat rumah, beli rumah. Kita pakai lampu, kipas. Dan semuanya, semua pengeluaran, pengedaran, retail dimonopoli oleh satu kaum sahaja dan Melayu hanya bergelar pengguna walaupun berjuta ringgit hartanya, Profesor gelarannya, perunding kewangan statusnya.

7. Melayu dianaktirikan di Swasta. Kerajaan melalui DEB mensyaratkan MNC, Public Listed perlu ada 1 orang Melayu diperingkat Management. Atas syarat ini "mereka" terpaksa meletak Melayu walaupun dari segi merit kaum lain lebih layak.

Kerajaan tidak mampu selamanya mengawal dan memaksa syarat ini, kegagalan Kerajaan merancang untuk orang Melayu telah akibatkan "mereka" yakni majikan dan top management menaganaktirikan Melayu.

8. Harga Rumah melambung tinggi tidak selari dengan gaji. Rumah murah, mampu milik semua hanya subsidi yang hanya melemahkan minda dan ekonomi orang Melayu.

Tahukah anda kenapa harga rumah MAHAL????

Antara sebab adalah Kerajaan sebagai penerima cukai pintu tidak menggunakan wang cukai untuk buat jalan, untuk bina padang permainan, bina dewan malah setengahnya tidak digunakan untuk bina Sekolah.

Kerajaan mewajibkan pemaju membina longkang sendiri untuk perumahan melebihi 30 rumah, membina Taman Permainan dan Surau, menyediakan tanah rizab untuk TNB, Masjid, Sekolah, dan bagi perumahan mega urban Kerajaan wajibkan Pemaju Bina Sekolah.

Pemaju akan memindahkan KOS itu kepada siapa????

9. Pengurusan subsidi. Kerajaan sejak dahulu dengan MYKAD chip 64k kini 128k masih gagal untuk mengurus subsidi. Baik orang kaya, jutawan semua menikmati subsidi minyak, beras, dan lain-lain.

Melayu sebagai kaum pekerja paling ramai dalam industri perlu berkongsi subsidi dengan bos mereka yang beribu kali ganda lebih kaya dari mereka? Kenapa?

10. Lantai tidak sama rata untuk Melayu bersaing. Tahukah anda kenapa 13 Mei 1969 terjadi? Kenapa Jakarta 1998 terjadi? Kerana Melayu tidak dapat bersaing secara adil dengan kaum yang lebih kukuh kewangannya sehingga mencetuskan DEB yang dilancarkan Tun Razak!

Hari ini ancaman ekonomi Melayu bukan lagi Cina sahaja tetapi Bangladesh, Pakistan, Kemboja, Myanmar dan Thailand

Sebagai contoh, seorang peniaga kain Melayu jual tudung dari Pakistan pada harga RM 12 selepas kos beli adalah RM 10 dari pemborong.

Peniaga Pakistan pula menjual tudung yang sama pada harga RM 8 kerana kos beli mereka dari Pakistan hanya RM 4 sahaja.

Perkara yang sama terjadi pada kain yang pengeluarannya datang dari Negara Pakistan, Baju yang datang dari Negara Bangladesh, begitu juga barangan lain dari Kemboja, Myanmar dan India.

Melayu juga tidak dapat bersaing dengan adil dengan pengusaha kedai Tomyam.

Kenapa? Apakah kerana Melayu lemah dan manja seperti yang anda kata?

Tidak! Kerana baik majikan Thailand, Bangladesh, Pakistan, dll mereka gunakan tenaga kerja bangsa mereka dengan gaji yang amat amat amat murah.

Bagaimana kedai Melayu mahu bersaing dengan adil di sektor perkhidmatan seperti Cuci Kereta, Bengkel, IT, makanan dll jika gaji pekerja kedai asing serendah RM 400 untuk pelayan India Restoran Mamak, Restoran Melayu bayar gaji RM 1200 minimum seorang.

KERAJAAN perlu mengikut jejak China, Arab Saudi dan Indonesia yang mewajibkan setiap peniaga asing perlu ada rakan kongsi rakyat tempatan dengan majoriti 60% syer syarikat dimiliki rakyat Malaysia. Ia hanya untuk IKS sahaja dan bukan skala besar supaya FDI tidak terganggu.

Perkara 1-10 ini mencetuskan kos sara hidup yang tinggi hingga akibatkan Melayu merempat dan mengemis di Negara sendiri seperti apa yang cuba zahra sampaikan.

Tidak percaya juga? Cuba selidiki berapa ramai orang Melayu kini berkerja dengan majikan Indonesia, Thailand, Bangladesh, Pakistan dan Cina yang memang sudah lama kita jadi pekerja mereka.

Perkara ini cuba disampaikan oleh #sayazahra tapi ramai yang enggan pergi ke akar permasalahan sebaliknya menceritakan kelemahan ucapan #sayazahra dengan niat tidak jelas dan saya berpendapat mereka cuba tonjolkan kehebatan diri mereka dari kelemahan orang lain, satu sikap khianat dan jelik orang Melayu.

Malahan seorang exec O&G antara orang pertama memghentam Zahra tanpa selindung menulis nama sebenar dan viralkan tanpa memikirkan dosa mengaibkan orang.

Bagi sesiapa yang makan cili terasa pedas, saya pohon bantulah #sayazahra dengan memperjuangkan isu ekonomi Melayu yang kian kritikal.

Jangan selfish hanya kerana anda sudah berjaya, anda jutawan, sedarlah Melayu berada dilandasan ekonomi yang amat teruk. Kalau esok kaum monopoli tutup kedai seminggu, semua Melayu mati.

Tidak percaya? Tanya penternak ayam Melayu mana mereka dapat makanan ayam? Tanya pemilik bengkel Melayu mana mereka dapat spare part? Tanya penjual baju, hp, komputer, runcit, wayar elektrik dll mana mereka dapat bekalan? Tanya lori tangki petronas mana mereka dapat alat ganti lori?

Dan akhir tanya diri anda, apa yang telah anda buat untuk agama dan kaum anda?

Cuba perjuangkan ekonomi orang Melayu dengan fokus pada penyelesaian krisis ekonomi Melayu dari fokus kepada masalah apatah lagi masalah remeh seorang gadis muda!

Belajar dan selidiki serta cuba berinspirasi dari apa yang telah Cina lakukan untuk agama dan kaum mereka dimana mereka berkerja dan berniaga sehingga umur 80 tahun walaupun boleh duduk selesa tetapi kerana mahu sediakan peluang pekerjaan kepada kaum mereka, mereka bantu kaum mereka. KITA?

KITA? Hanya pandai hentam orang malah tidak malu hentam kesilapan ucapan Zahra dan abaikan isu pokok serta platform beliau. SHAME ON YOU ALL.

PS: Saya yang telah menulis beratus artikel termasuk berpuluh yang disiarkan UTUSAN, disiarkan Harakah dan banyak lagi masih tetap buat kesilapan suka ulang point serta suka sendi kata ber dengan kan, ini pula zahra yang masih muda. POYO tak saya cuba tonjolkan kehebatan saya?Sinis.


Sunday, July 12, 2015

Cina Memang Rasis Penipu, Melayu Poyo Khianat

Saya adalah anak Cina Melayu.

Cina memang lahir dengan sifat rasis secara semulajadi.

Walaupun pong pang Melayu kata rasis seperti Cina baliklah, jangan beli barang Cina, Boikot Cina dan lain-lain namun Melayu POYO sahaja kerana mereka masih beli di 99 Speed Mart, masih pergi Lowyat, masih beli di 7 Eleven, masih hanta ke Bengkel Cina, tapi Cina walaupun jarang cakap seperti Melayu mereka lebih rasis.

Action is louder than talk.

Cina tidak cakap tetapi tindakan mereka amat rasis. Mereka akan beli di kedai Cina sahaja, roti Massimo sahaja, Bengkel Cina sahaja.

Melayu memang poyo, hanya berani dengan kaum sendiri sahaja.

Melayu suka khianat dengan kaumnya sendiri.

Jumaat ini Raya, Melayu akan jual harga lemang RM 15, ketupat siap anyam RM 1.00 sebiji dan lain-lain dan Melayu khianat akan marah cakap mahalnya. Padahal kalau Cina jual lebih mahal mereka akan bangga beli ketupat Cina.

Tak percaya?

Cuba lihat Melayu kena sembelih di Kedai Mamak?

Pernah dengar Melayu marah bising-bising kata mahal?

Cuba kalau Melayu makan kedai Melayu kena Milo Ais RM 3.30?

Melayu akan khianat pada Melayu samada melalui boikot atay menyumpah seranah.

Harap kedua kaum ini tidak menafikan kelemahan kita, kerana jika kita mahu perbaiki diri kita perlu akui kelemahan dahulu.

Friday, July 10, 2015

JDT Kalah 6-1, Bola Malaysia Terlalu Jauh Dari Tidak Bagus

Saya adalah peminat fanatik Selangor. Saya tetap sokong pasukan kerana Negeri kelahiran saya, tetapi saya sudah berhenti meminati permainan bola sepak Malaysia samada Negara ataupun Negeri.

Saya adalah budak Milo Micasa era 80-an dan mewakili pasukan Sekolah sejak Darjah 4.

Sebagai defense midfielder saya diajar sejak kecil oleh jurulatih, "Dapat bola clear, sepak je kuat-kuat". Tanpa disangka selepas hampir 30 tahun anak buah saya yang memasuki Klinik Bola Sepak di Selayang juga mendapat arahan yang sama sejak 30 tahun lepas dari Jurulatihnya, bekas Pemain Kebangsaan.

Saya tersenyum, kerana itulah hakiki kualiti bola sepak Malaysia.

DYMM Brigadier Jeneral Tuanku Ismail telah melabur wang yang banyak keatas JDT. Beliau seorang yang tekun membangunkan bola sepak Johor sekaligus Malaysia. Semua pemain Kelas Satu Negara dibeli beliau dan importnya juga bukan calang-calang import.

Malangnya, JDT kalah 6-1 dengan Borussia Dortmund.

Sebenarnya, pemain Malaysia menggunakan otak bukan akal kerana ia sudah dipupuk seperti itu sejak kecil.

Mereka berfikir secara pendek dan objektif singkat bukan secara pasukan dan keseluruhan padang.

Waima Alex Ferguson jadi jurulatih Malaysia atau Selangor atau JDT pun ia tetap tidak mampu meningkatkan mutu pemain Malaysia kerana ia sudah menjadi darah daging mereka.

Mentaliti dan tabiat ini sudah sebati dengan jiwa raga dan gerak badan pemain bola kerana ia diajar sejak kecil lagi. Badan mereka, rentak mereka, thinking mereka semua sudah dibentuk sejak kecil iaitu rampas bola sehabis kudrat, kejar bola sehabis tenaga, clear kuat-kuat dan macam-macam lagi.

Ini jelas kita lihat pemain Malaysia akan pancit pada minit ke 60 permainan kerana mereka play hard bukan play smart.

Tidak kiralah berapa ramai pemain import dibawa masuk, keputusan tetap sama kerana rentak dan corak majoriti pemain yang akan memandu dan menentukan corak pemain sehebat Ronaldo sekalipun.

Saya berharap Tuanku Ismail dapat melakukan sesuatu pada rentak pemain bukan corak permainan.

Untuk rekod, setiap manusia mempunyai irama dan lagu dalam diri mereka yang teransang dari makanan yang mereka makan. Jika diletak note muzik dalam langkah mereka, ia akan lahir sebuah lagu yang berbeza setiap orang.

Untuk merubah rentak, mentaliti dan tabiat pemain sedia ada ia amat-amat-amat sukar.

Tetapi Tunku Ismail boleh lakukannya pada anak-anak kecil seperti pasukan U14 yang menang Piala bertaraf antarabangsa baru-baru ini.

Saya mahu melihat bola sepak kita maju tetapi tidak mungkin jika kita sendiri tidak mahu anak kita menjadikan bola sepak sebagai kerjaya mereka. Mahu disalahkan ibu bapa tidak adil kerana bola sepak Malaysia dan pemain Bola Malaysia memang tiada masa hadapan langsung.

Liga tidak kompetitif selain permainan jauh dari tidak bagus boleh digantikan dengan pelan persaraan pemain Bola Sepak.

Seorang pemain bola sepak average hanya boleh bermain hingga umur 30 tahun sahaja di Malaysia.
Selepas tidak bermain kerana masalah semput, kualiti dan persaingan, mereka adalah penganggur.

Kerajaan melalui Menteri yang dikatakan mempunyai visi dan ambisi yang tinggi KJ harus keluar dari bayang-bayang Menteri Belia Sukan seperti menteri-menteri sebelum ini yang klise sahaja.

KJ perlu rombak dan sediakan pelan untuk pemain bola sepak dan menjanjikan mereka kerja di Sektor Kerajaan dan Swasta melalui perjanjian dengan gaji serta pelan kareer malah pelan pendidikan yang komprehensif.

Dengan itu barulah saya akan izinkan anak-anak saya, malah kalian juga pasti akan izinkan anak-anak kalian bermain bola sepak.

Zaman sudah berubah, kini orang Asli waima India pun tidak mahu anak mereka jadi pemain bola sepak, justeru siapa diatas padang yang mahu menghiburkan kita melainkan pemain yang gagal dalam pelajaran sahaja???????? Mereka lebih rela anak mereka jadi samseng, Along dan macam-macam dari jadi pemain Bola Sepak seperti A Jayakantan, P.Maniam, Arumugam dan ramai lagi.

Jangan bermimpi kita akan masuk Piala Dunia kerana jika kita tidak berani radikal dalam pembaharuan FAM dan bola sepak, lagi 300 tahun pun kita tidak akan layak ke Piala Dunia.

Sebenarnya terlalu banyak perubahan radikal yang boleh dilakuan KJ selaku Menteri KBS dan FAM tetapi kalau diteruskan dasar sedia ada sejak 30 tahun lepas yang sama kalau beza pun ditukar sekejap ada import, sekejap 1 orang kemudian 3 orang, kemudian tukar balik tiada import dll maka jahanamlah bola sepak Negara!

Pada peminat Ultra-Ultra sekalian termasuk Ultraman, perubahan harus bermula dengan diri sendiri bukan diatas padang atau pemain tapi diri sendiri. Soal diri sendiri, mahukan anda izinkan anak anda jadi pemain bola sepak???? 

Wednesday, July 8, 2015

Celaka Ridhuan Tee Abdullah- Cina Sila Baca

Ridhuan Tee Abdullah memang seorang celaka kerana memihak kepada Melayu dan menghentam kaumnya sendiri iaitu Cina.

Semua Cina benci pada Ridhuan Tee Abdullah tanpa menyedari semakin mereka benci padanya, semakin mereka benci pada diri mereka sendiri.

Kita dapat lihat orang Cina beragama Buddha akan sembahyang di pagi hari sebelum membuka kedai. Kawan saya seorang SGM Buddha sembahyang ketika matahari sedang mahu terbenam antara jam 4-7 petang kerana mahu mendapat keampunan bagi dosanya pada hari itu.

Jelaslah orang Cina sembahyang dahulu sebelum buka kedai bagi mendapat keredhaan sembahan mereka.

Apakah Celaka jika orang Cina kerana mendahulukan Agama Buddha dari kaum sendiri?

Jika tidak, kenapa perkara sama yang Ridhuan Tee Abdullah sedang lakukan membuatkan Cina benci Ridhuan?

Jujur pada diri anda sendiri dan jawab soalan ini.

Jika saya Mustaqim seorang Islam Melayu menukar agama kepada Agama Buddha kemudian saya bersyarah kepada orang Melayu Islam bahawa mereka menindas orang Buddha di Malaysia. Mereka selalu menyalahkan orang Cina kaya sedangkan Buddha menggalakkan penganutnya bersabar dalam perniagaan dan terbukti mereka maju kerana rajin dan sabar. Saya seorang Melayu beragama Budha, apakah salah saya pertahankan agama saya?

Jika senario saya diatas bukan di Malaysia tetapi di Negara China ayau Thailand majoriti penganut Buddha, sudah pasti Melayu akan melihat saya sebagai mempertahankan kaum Cina bukan Agama.

Hakikatnya Ridhuan Tee Abdullah bukan menghentam dan menyerang Cina tetapi beliau mempertahankan Agama beliau iaitu Islam sepertimana kita semua lakukan. Cuma kerana di Malaysia Islam dan Melayu berkait rapat sepertimana di Thailand, di China dimana orang Cina begitu berkait rapat dengan agama Buddha.

Jika beliau seorang celaka dan layak dibenci kerana pertahankan agamanya, maka pembencinya iaitu orang Cina membenci diri mereka dan mereka juga celaka kerana mereka mengutamakan agama Buddha dari kaum Cina.

Akhir sekali, saya ingin bertanya sejujurnya, apakah sebab orang Cina membenci Ridhuan Tee Abdullah? Apakah kerana beliau menghentam Cina atau mempertahankan agamanya? Atau apakah kerana ia menjadi ancaman kepada masyarakat Cina yang banyak berselindung disebalik kepuraan ramah melayan pelanggan dan pekerja Melayu?

Jujur jawab soalan kedua ini dan jika anda tetap dengan kiasu anda, maka memang celakalah Ridhuan Tee dan diri anda sendiri.

Monday, July 6, 2015

Senario Berbeza Kalau MARA Inc milik CINA

MARA adalah institusi yang telah banyak membantu orang Melayu. Dulu peneroka Bandar Melayu dibantu MARA membuat rumah ie di Selayang, Keramat, Gombak, Sg Buloh dll. Mereka diberi kayu, pasir, batu dan simen.

MARA MRSM membantu anak Melayu, semua pembuat soalan SPM adalah Cikgu MARA yang kemudian bertindak memberi tips yang berguna kepada pelajar MARA. Sebab itu hingga hari ini pelajar MRSM Doktor, Engineer dll pandai tackle soalan dan by book type.

MARA UiTM melahirkan ramai golongan profesional Melayu. Jika tidak kerana ITM tiada orang Melayu layak menjawat jawatan tinggi dalam Kerajaan dan Swasta.

MARA IKM juga melahirkan ramai technician Kilang yang dihormati orang Jepun. Jika tidak IKM kebanyakan technician adalah Cina dan India.

Dan terkini MARA Inc dihentam kerana membeli hartanah lebih dari harga pasaran dimana sudah tentu ada individu yang kaya atas komisen.

Saya juga menghentam MARA dan beranggapan perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi dikala ketelusan sepatutntya sudah menjadi darah daging penjawat awam.

Namun, saya terlintas, apakah akan jadi sekiranya MARA milik orang Cina.

Jika Cina yang miliki MARA adakah pembelian hartanah tidak akan ada komisen atau mark up price.

Lebih lagi kini hartanah tersebut bernilai lebih dari nilai beli lebih dari harga pasaran itu, justeru ia sepatutnya tidak menjadi isu melainkan isu integriti.

Sewajarnya, agen hartanah perlulah orang Melayu yang tiada kena mengena dengan MARA.

Tapi nasi sudah jadi bubur, fokus utama sekarang adalah siapa yang paling bermanfaat dari pembelian hartanah MARA ini?????

Jika Melayu, janganlah dipolemikkan sangat isu ini melainkan ia isu politik untuk menjatuhkan individu politik tertentu!

Sunday, July 5, 2015

Islam Ada 2 Set Undang-Undang: Set Anwar & Set Najib

Benarkah Islam Ada 2 Set Undang-Undang?

Set pertama undang-undang Islam adalah bila si tertuduh orang yang kita suka, kita akan menafikan jenayah tersebut dan meminta bukti, kita minta saksi malahan kita tolak bukti saintifik seperti DNA, rakaman video dll.

Set kedua undang-undang Islam adalah bila si tertuduh orang yang kita tidak suka dan benci, kita akan percaya apa sahaja tuduhan terhadapnya dan tanpa ragu kita dengan pantas menghukumnya bersalah tanpa memberi dia peluang membela diri.

Hakikatnya, Islam hanya ada 1 set undang-undang SAHAJA iaitu kebenaran dan keadilan.

Hanya Allah sahaja tahu betapa saya benar-benar berharap tuduhan Najib terima rasuah atau curi USD 700 juta seperti yang dilaporkan WSJ adalah realiti dan beliau akan dihukum.

Saya seperti anda amat amat berharap agar Najib meletak atau dilucutkan jawatan tetapi malangnya saya orang Islam dan Islam hanya ada 1 set undang-undang iaitu tertuduh tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah dan tertuduh mesti diberi peluang membuktikan dirinya tidak bersalah.

Walaupun saya berharap Najib digulingkan dan amat berharap Najib bukan lagi PM Malaysia, tapi saya lebih berharap agar masyarakat Malaysia miliki mentaliti kelas pertama dan nilai tamadun tinggi. Lebih dari itu saya lebih berharap orang Islam tidak terjerumus kedalam dosa fitnah agar rahmat Allah terus turun di Malaysia.

Lagipun berapa ramai antara ibu bapa kita dahulu percaya tuduhan Mahathir punyai USD 100 juta di Akaun Bank Israel? Terlalu ramai sehingga Mahathir digelar Maha Firaun dan Maha Zalim. Saya dari mula hinggalah ke ketika Bank Israel sendiri menafikan tuduhan tersebut tetap tidak percaya kerana saya seperti anda, orang Islam yang wajib berpegang pada hukum Allah.

Cheers dan Selamat Berpuasa.


Friday, July 3, 2015

Siapa Ayah Azwan Ali, Azmin Ali dan Umi Hafilda Ali

Satu Malaysia terkejut dengan mulut Azwan Ali yang amat kuat memaki, mengeji dan menghina dengan memanggil anjing, binatang, haram, neraka, dan pelbagai kata nista dan carut lain.

Samada kita mahu akui atau tidak, kita diberi nama bersama nama Ayah kita dan dalam kes ini Azwan, Azmin dan Umi Hafilda membawa nama Haji Ali bersama mereka.

Sejak kecil, Arwah Abah selalu ingatkan pada saya, kemana saya pergi, apa saya lakukan saya membawa nama Abdul Rahman Mohd Nurut bersama saya.

Kalau saya baik, orang akan kata Abdul Rahman Mohd Nurut baik, jika saya jahat orang akan kata Abdul Rahman Mohd Nurut jahat.

Kebenaran pesan Arwah Abah jelas bila saya mengahwini isteri saya dimana keluarganya langsung tidak mencarut waima perkataan Ba Alif Ba Ya sekalipun walaupun dalam keadaan marah.

Saya perhatikan keluarga mertua saya tidak ucapkan kata-kata itu dari sekecil adik hinggalah ke setua Kakak dan Abang.

Jadi kenapa Azwan Ali boleh suka mencarut seperti ini?

Mungkin ramai tidak bersetuju kerana pengaruh persekitaran dan kawan-kawan, tapi semua kena bersetuju pendidikan bermula dari rumah.

Jika kita sebagai ibu bapa mencarut, anak pasti mencarut. Jika hisap rokok, minum arak dan sebagainya, anak juga pasti ada yang mengikut.

Saya tiada niat untuk menghina bapa Azwan Ali yang bernama Haji Ali kerana tidak adil untuk kita menuduh orang yang telah mati dan tidak boleh bela dirinya.

Tapi Azwan Ali sepatutnya menjaga nama baik Haji Ali dan mempamerkan adab dan nilai yang diajar Haji Ali bukan memalukan Haji Ali dan seluruh keluarga Haji Ali termasuk Azmin Ali.

Azwan Ali tidak perlu minta maaf kepada sesiapa dan tidak perlu jadi orang lain untuk "please orang lain", tapi saya selaku peminat Azwan Ali sejak zaman Muzik-Muzik 88, 89, 90, 91 dan entah keberapa lagi berharap agar Azwan Ali dapat menjaga nama baik Haji Ali.

Thursday, July 2, 2015

Padan Muka Minyak Naik- Salahkan Rafizi Ramli

Masa minyak jatuh harga ke paras USD 40 setong maka hebohlah satu Malaysia kenapa Kerajaan tidak turunkan harga minyak.

Rafizi Ramli juara kepada rakyat memperjuangkan supaya Kerajaan turunkan harga minyak dan akhirnya bergembiralah seluruh Malaysia minyak turun harga dan menggunakapakai mekanisme harga apungan minyak menggantikan harga minyak subsidi yang diamalkan lebih 30 tahun dahulu.

Saya antara orang yang membantah penurunan harga minyak kerana setiap kali minyak naik harga barangan PASTI akan naik walaupun Menteri Fasola seperti biasa akan kata kata tiada kenaikan.

Bila harga minyak turun, barang tidak akan turun harga dan jika naik semula ia tetap akan naik walaupun ia naik ke kadar sama sebelum minyak jatuh, tetapi kenaikan barangan sudah meingkat 30%.

Dalam suasana ekonomi Malaysia yang pengeluaran dimonopoli satu kaum ditambah keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu adalah penting supaya Kerajaan kekalkan harga minyak walaupun ia turun ke paras USD 10 setong sekalipun kerana normanya ia pasti akan naik semula. 

Kestabilan adalah penting sebagaimana Tun Dr Mahathir hanya menaikkan kurang lebih 20 sen selama 22 tahun memerintah dari minyak berhaga 95sen hingga 1.14 ketika meletak jawatan. 

Kini PADANLAH MUKA RAKYAT MALAYSIA yang ikut kata Rafizi Ramli menurunkan harga minyak tapi barang tidak turun, dan barang akan naik setiap kali harga minyak naik.

Inilah politik, samada UMNO PKR PAS DAP, samada Kerajaan atau Pembangkang mereka menerima kenaikan gaji yang tinggi, yang susah tetap rakyat.

Nak salahkan Rafizi sahaja, UMNO sebagai Kerajaan pun macam tiada pendirian disergah Rafizi terus tekan rakyat guna sistem apungan harga minyak dunia.

Kesimpulannya;

Yang DERITA tetap rakyat.

Yang SENGSARA tetap rakyat.

Yang MISKIN terus rakyat.

Yang DITEKAN pun rakyat.

Yang KAYA ahli politik.

Harap rakyat lebih bijak melayan politik, politik mengayakan ahli politik, rakyat yang suka main politik akan dingap oleh mereka yang pakar poilitik.

Harap juga Kerajaan kembalikan sistem subsidi dan tidak guna pakai sistem apungan harga seperti di Jepun yang lebih stabil ekonominya dan tinggi kos hidupnya.

Wednesday, July 1, 2015

Kemulian Tun Mahathir: Projek IC Kelantan Lebih Teruk Dari Projek IC Sabah

Tun Dr Mahathir dituduh sebagai dalang disebalik Projek IC Sabah.

Kakak kepada Beras saya berjawatan Gred 60 di KDN anak jati Lahad Datu adalah Pegawai Utama Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja Projek IC Sabah mengesahkan Mahathir tidak terlibat langsung sebaliknya ia adalah kerja kakitangan penjawat Awam yang kaya menjual IC di Sabah.

Mahathir di fitnah dan masih ramai percaya Mahathir memberikan IC kepada semua PATI di Sabah untuk mendapatkan undi.

Bagaimana bukti kukuh sekalipun, pembenci Mahathir tidak akan percaya dan akan terus fitnah Mahathir menjual IC di Projek IC Sabah.

Mereka terlupa bahawa Projek IC Kelantan lebih teruk dari Projek IC Sabah.

Arwah Nik Aziz dan PAS perintah Kelantan selama 20 tahun lebih dan berjuta anak Kelantan keluar dari Kelantan mencari rezeki kerana berjuta anak Thailand diberikan IC melalui Projek IC Kelantan.

Projek IC Kelantan memberi hampir sejuta kerakyatan kepada anak kelahiran Thailand/Siam sepanjang 20 tahun ini.

Umum tahu malah Allah lebih tahu bahawa beratus ribu pada masa ini memegang dua kerakyatan, My Kad pun ada, Thailand Kad pun ada.

Kenapa Nik Aziz dan PAS biarkan???

YA! Kerana mereka orang Islam yang ditindas oleh Kerajaan Thailand dan dalam Islam wajib kita bantu.

Apakah Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun Mahathir tidak tahu Projek IC Kelantan?

YA! Mahathir tahu malah Mahathir membiarkan anak kelahiran Thailand ini mendapat kerakyatan Malaysia, berniaga di Malaysia, berkerja di Malaysia dan menjadi kaya di Malaysia.

Tidak cukup itu, ada sumber mengatakan dan tidak dinafikan oleh Nik Aziz ketika beliau MB Kelantan bahawa Mahathir setiap tahun akan membawa wang tunai berpuluh juta ringgit ke rumah Nik Aziz untuk bangunkan Kelantan dan membantu orang Islam Thailand.

Dari berjuta anak Thailand yang mendapat IC Malaysia ini, 99.99% akan undi PAS dalam setiap PRU.

Kenapa Mahathir tidak menyerang Projek IC Kelantan ketika Pembangkang termasuk PAS menghimpit Mahathir dan memfitnahnya dengan projek IC Sabah?

Inilah kemuliaan Tun Dr Mahathir yang juga digelar MahaFiraun dan MahaZalim oleh orang PAS.

Ini juga adalah kematangan pemimpin yang tidak menyalahkan masa lepas dan fokus kepada masa hadapan seperti yang dilakukan Azmin Ali- Isu Air Khalid Ibrahim, Najib Razak- Isu Perwaja Steel, Renong, Bumiputera dll.

Mahathir adalah orang yang amat mulia yang membanggakan agama Islam dan Baginda SAW kerana Islam berjaya melahirkan orang seperti ini yang meletakkan nilai murni manusia iaitu empati terhadap saudara seagama di Thailand walaupun difitnah di Sabah.

Mahathir membakar diri demi melindungi perbuatannya membantu umat Islam sejagat termasuk di Bosnia.

Dan beliau terus difitnah khususnya oleh PAS dan terkini oleh anak-anak didiknya sendiri.

Bila ditanya dan jika diteliti akal, Mahathir sedang berjuang untuk agama Islam yang akan terancam baik jika UMNO menang mahupun jika PAS PKR menang.

Ini masa untuk bersatu bukan untuk membersihkan namanya dari fitnah dan jika beliau mahu sudah pasti Projek IC Kelantan lebih hodoh dan lebih korup dari Projek IC Sabah.

Tidak perlu bersetuju dengan Mahathir, tapi anda tiada fakta untuk pertahankan Projek IC Kelantan memberi lebih banyak kerakyatan kepada anak Thailand seperti yang terdedah ketika anak kecil berusia 5 tahun didera ibu bapanya warga Thailand dan dia Warga Malaysia dengan bapa yang lain di Surat Beranaknya.

Mahathir, semoga ALLAH akan perlihatkan keadilan dan kebenaran seadilnya kepada anda, dan kepada pemfitnah projek IC Sabah, sila cermin diri dahulu di Projek IC Kelantan.