ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, June 30, 2015

Mimpi Berjumpa Rasulullah SAW

Dari kecil saya dikelilingi oleh orang yang hebat beribadat. Mereka ini bukan Datuk, bukan Bomoh VVIP 1Malaysia, bukan Pawang Di Raja, bukan sesiapa. Hanya seorang insan yang teguh beribadat pada Allah siang dan malam. Saya bersama Abah mencari mereka sepanjang tahun, di Kelantan, Terengganu, Perak, N9, Melaka, Pahang, Singapura, Indonesia dan lain-lain.

Justeru saya yakin ada beberapa orang tersebut pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Ini kerana jika anda beritahu mereka anda pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW mereka akan mengherdik anda pergi dan halau anda dari rumah mereka.

Yang kena halau ini ada yang terkencing, ada yang menangis insaf, ada yang terus jadi hamba pada Guru itu unutk belajar dan ada yang malu sendiri.

Peliknya, Guru-guru ini tidak pernah ungkapkan kata "saya pernah bermimpi jumpa dengan Rasulullah SAW". Tidak pernah sekalipun.

Masa berlalu.

Di akhbar, saya lihat ramai Ulama khususnya politik dan perdana yang mengaku bermimpi berjumpa Rasulullah SAW.

Saya tidak cemburu kerana tidak mungkin saya mampu berjumpa dengan Baginda seumur hidup saya kerana dosa lampau saya.

Cuma saya jadi hairan, bagaimana si polan tahu orang tua berjubah putih, berjanggut dalam mimpi mereka itu adalah Baginda SAW?

Kalau Nabi SAW mengaku dan beritahu pada pemimpi, itu mungkin mainan Syaitan kerana Syaitan memang senantiasa berusaha menyesatkan orang. Malahan Dajjal sendiri berimej Islamik, alim, Solat dan menghidupkan yang mati cuma dia suruh ikut dia sebab Allah suruh katanya.

Sebagai umat Baginda, saya memilih untuk yakin dan percaya bahawa tiada Syaitan dapat menyerupai wajah Baginda, tetapi Syaitan boleh serupai wajah siapapun kemudian mengaku dirinya adalah Baginda!

Malahan jika diteliti dalam semua hadis sohih dengan perawi yang sempurna mengatakan Baginda SAW bersabda barang siapa melihat aku dalam tidurnya, maka dia melihat aku yang sebenar sambil Baginda menunjukkan wajahnya yang sebenar ketika mengungkapkan kata itu kepada Sahabat yang memang pernah melihat dan maklum rupa wajah Baginda SAW.

Allah Maha Besar, tiada seorang pun termasuk Sultan Arab Saudi yang ada foto, lukisan, potret mahupun apa bentuk imej wajah Baginda SAW dalam simpanan mereka.

Akhirnya, selepas berpuluh tahun memendam rasa, Dr Mohd Asri atau Dr Maza tampil dengan kenyataan yang sama dan selari dengan kepercayaan saya.

Saya berasa lega!

Kenyataan Mufti Muda ini jelas beri kita satu penunjuk arah baru dalam episod "mimpi berjumpa Rasulullah SAW" yakni;

  1. Syaitan tidak boleh serupai wajah Baginda SAW tetapi
  2. Syaitan boleh serupai wajah sesiapa termasuk para Sahabat dan mengaku diri mereka adalah Baginda SAW
  3. Orang yang bermimpi berjumpa Rasulullah SAW tidak akan memberitahu orang lain kerana tidak mahu Rasulullah SAW difitnah
  4. Sesiapa bermimpi lalu beritahu kepada orang lain sudah pasti orang akan bertanya bagaimanakah rupa Baginda SAW
  5. Si pemimpi pasti akan gambarkan wajah Baginda SAW dan samada benar itu wajah Baginda atau tidak ia tetap akan menimbulkan fitnah kepada orang lain yang juga bermimpi berjumpa "seseorang"
  6. Bagi seorang alim ulama memfitnah Rasul mereka sendiri adalah sesuatu yang mereka tidak akan mahu lakukan
  7. Justeru jelas, siapa sahaja pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pasti tidak akan ceritakan dan sesiapa yang ceritakan mereka hanya akibatkan fitnah atas Nabi mereka sendiri

Sekali lagi saya katakan, saya pasti anda juga pernah berjumpa orang hebat seperti yang saya ceritakan diatas dalam hidup anda.

Mereka ini bukan Tan Sri, tidak pernah dikenali sesiapa, tetapi MasyaAllah ibadat mereka serta tauhid mereka, amat bersih.

Tapi kita tidak pernah dengar mereka berkata, saya berjumpa bermimpi Rasulullah SAW.

Malah kita tidak pernah dengar 4 Imam yang utama bermimpi jumpa Rasulullah SAW sedangkan kita pasti mereka pasti pernah bermimpi kerana mereka yang sediakan dan bukukan Hadis.

Saya pasti ramai orang alim pernah berjumpa Rasulullah SAW tetapi mereka tidak mahu fitnah Nabi mereka sendiri justeru seperti Kaabah dan Haji mereka ingin abadikan ibadat itu untuk diri mereka dan Allah sahaja tanpa pengetahuan orang lain secara terperinci agar fitnah tidak terjadi.

1 comment:

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan











saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan