Pagi tadi saya pergi Solat Subuh jemaah. Satu perkara yang hampir setahun saya tidak lakukan. Sebelum itupun memang jarang, kerana saya tidak selesa dengan orang yang suka memandang dan tenung jemaah "kadang-kadang" lagi-lagi berambut panjang dan berseluar jeans seperti saya.
Di Surau, ada lebih kurang 40 jemaah mungkin kerana hari cuti tapi diperhatikan tiada yang berusia belasan hingga 40 tahun melainkan saya.
Setahun lepas saya pergi ramai juga belia remaja, kali ini seorang pun tiada.
Menarikya, Imam Subuh tadi orang tua yang berdiri dalam keadaan bongkok.
Sebelah saya orang Tua yang duduk antara dua sujud dalam keadaan bongkok. Hadapan saya, orang Tua memakai kerusi solat. Ada jemaah yang mengeletar tangannya ketika sujud.
Saya adalah jemaah yang nakal kalau solat kerana mata sering meliar, satu perkara buruk yang perlu saya ubah segera.
Isunya bukan saya tetapi adalah Masjid Tua dan Surau Tua dimana Jemaahnya, imamnya, semua orang-orang tua.
Soalannya, mana orang MUDA? Mana Belia? Mana Remaja?
Zohor ke Maghrib pasti ada alasan Sekolah, Kerja, Tuisyen, dll tapi pada masa Subuh pasti tiada alasan kerana semua berada di rumah.
KJ sibuk dengan program FIT 1Malaysia, eloklah KJ sendiri buat program S1T 1Malaysia dan jadi Menteri yang berjemaah di Masjid dan Surau. Kalau sibuk, 1 waktu pun cukup.
S1T Solat1Tanggungjawab dimana 1 Belia wajib atau digalakkan solat 1 waktu secara jemaah setiap hari di Surau atau Masjid. Ia senaman yang sangat baik kerana memerlukan kita berjalan jauh untuk ke Surau Masjid, ambil wudhu, ke Dewan Solat, balik ke rumah/kereta.
Saya yakin jika KJ mahu jadi PM beliau perlu ada imej Islamik dan lebih penting perlu perjuangkan Islam itu sendiri. Portfolio beliau pertama dalam kabinet adalah Menteri Belia dan Sukan
Tiada pembaharuan dari Menteri Baru Belia dan Sukan melainkan meneruskan dasar Menteri-menteri sebelum beliau, sesuatu yang amat malang bagi zaman radikal perubahan ini.
Idea ini datang semasa dikelilingi jemaah tua ini, saya terfikir majoriti mereka juga pasti bukan orang yang memenuhi Surau dan Masjid ketika Subuh semasa mereka muda. Seperti saya, bapa saya meninggal awal, jadi saya tidak mendapat pendedahan itu sebab itu saya culas.
Teori saya mudah, jika Jemaah Tua semasa muda mereka ke Surau Masjid ketika Subuh, saya yakin pasti Surau dan Masjid kini dipenuhi oleh anak-anak mereka yang mencontohi mereka yang bijak membahagikan masa dengan baik.
Hakikinya, satu lagi waktu yang tidak ramai jemaah adalah Asar sedangkan dalam Quran ada ayat yang mengatakan jangan sesekali tinggalkan solat wusta. Sebab Asar ramai masih berada di Pejabat.
Justeru, saya ingin merayu, dan lebih lagi ingin mengingatkan semua anak muda belia remaja, marilah kita baiki Masjid dan Surau Tua ini.
Jom, kita Solat Jemaah Subuh atau Zohor atau Asar, atau Maghrib atau Isyak di Masjid dan Surau setiap hari sekurang-kurang 1orang 1waktu kerana jika mahu buat semua waktu saya yakin ia sukar kerana banyak dunia yang perlu kita kejar dan kita juga sibuk dengan hal dunia ini.
Sekali lagi saya rayu KJ iaitu Menteri Belia dan Sukan boleh pertimbangkan cadangan saya ini itupun kalau KJ masih berminat untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.
Di Indonesia, di pagi hari ada program senaman Negara secara ditempat awam beramai-ramai.
Kalau KBS dan KJ ambil berat dan sedia jadikan Surau dan Masjid menarik, bolehlah laksanakan Senaman selepas Subuh diMasjid besar seperti Putrajaya, KL dll dan jemput semua jemaah Subuh dan Senaman Subuh bersama Menteri/Pegawai KBS di Masjid masing-masing.
Paling kurang galakkan golongan Belia @subuhwalk dari rumah ke Surau Masjid dan berlari balik untuk bergegas ke kereta untuk ke tempat kerja agar FIT.
PS: Malu mahu tulis sebab diri sendiri pun tidak betul dan malas ke Surau Masjid. Tapi rasa lebih malu tidak tulis bila tengok Surau dipenuhi orang Tua sahaja. Mana muda, belia remaja kita???????????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment