Semalam, ketika berjumpa dengan Abang Ipar, saya katakan kebimbangan saya terhadap anasir permusuhan Sunni vs Syiah yang dibawa balik oleh setiap satu graduan Mesir.
Abang ipar saya seorang terbuka mengatakan beliau "aware" dan sudah merisik rakannya disana yang beri jaminan tiada pengaruh Syiah akan kedapatan sekiranya anaknya memasuki Persatuan Mahasiswa Selangor, Kelantan etc disana kelak.
Hakikatnya, samada Sunni atau Syiah, pengaruh sikap dan sifat orang Arab yang tuntas memilih jalan bermusuh, dengki, khianat akan meresapi Graduan Arab berbanding jalan berkerjasama, berbaik, bersangka mulia serta menyokong dan mencari kebenaran.
Semua mereka diajar cara sesatkan orang, kafirkan orang, merendahkan individu pihak tidak sehaluan serta membunuh karakter mereka agar apa yang dikatakan mereka semua sesat baik Sunni,baik Syiah.
Tiada satu pun cara Allah serta Nabi SAW yang diguna oleh golongan Sunni dan Syiah yakni terbuka dan lembut ilmiah.
Di Malaysia, golongan graduan kita yang pulang dari Arab kemudian membawa sifat antagonis orang Arab seolah-olah Islam milik mereka dan Islam tidak boleh dipersoalkan.
Ini terbukti di Malaysia kita mudah mengkafirkan orang, menyesatkan orang, merendahkan Ustaz yang tidak sependapat, menyerang secara terbuka, aib-mengaib dan pelbagai lagi hanya untuk mengatakan "saya lebih baik dan saya lebih betul".
Kebanjiran hadis palsu di Malaysia bermula sejak 1960 lagi dibawa mereka dari Arab dan ia kian teruk semakin hari dengan bantuan Agensi Fitnah Yahudi, Facebook.
Umat seperti saya, Syed Outside The Box, Kassim Ahmad dan ramai lagi berasa bimbang dengan Islam komunis Malaysia.
Ya. Islam komunis Arab bertapak di Malaysia berpuluh tahun dan menjadikan Islam di Malaysia persis komunis.
Jika saya persoalkan hadis Nabi suka makan buah tembikai, Nabi suka warna pink, Puasa sehari dosa diampunkan, puasa hari tertentu diganjar Syurga 40 tahun dan pelbagai lagi karut marut kerja harut marut maka saya akan dikecam sebagai ANTI HADIS.
Jadi, ramai orang Islam yang tidak berani serta malu untuk dikecam ANTI HADIS, kafir, anti Islam, musuh, halal dibunuh dan sebagainya menjadi lembu mengikut apa sahaja yang dimahukan Syaitan.
Saya akan terus persoalkan kelemahan Islam SEBAB Islam itu tiada KELEMAHAN tetapi ia hanya boleh dibuktikan dengan mempersoalkan kelemahan itu kerana ia akan terbukti kelemahan itu adalah kelemahan manusia bukan Al-Quran ataupun Islam.
Di Malaysia, tindakan mempersoalkan Islam seperti Aisyah BFM dan ramai lagi membawa mereka kepada pelbagai kecaman dan ugutan bunuh lebih menyedihkan tindakan dari pihak berkuasa Islam.
Sewajarnya, jika benar beliau salah lagi khilaf, cara pendekatan diplomasi dan lembut perlu digunakan untuk bimbing beliau bukan dakwa mereka di Mahkamah.
Malangya umat Islam Malaysia menggunakan pendekatan KOMUNIS untuk menutup kelemahan Islam, kelemahan Al-Quran dan Nabi SAW sendiri dengan cara mendiamkan mereka.
Persis komunis, siapa sahaja persoalkan kelemahan Islam maka orang itu akan "dibunuh" dan bersalah tanpa usul periksa jauh sekali membimbing.
Sekali lagi saya tegaskan, Islam bukan komunis. Islam lembut serta terbuka. Allah itu sendiri dipersoalkan oleh NabiNYA, dan DIA tidak membunuh Nabi itu!
Islam tiada kelemahan, Al-Quran tiada kelemahan dan Nabi tiada kelemahan, kelemahan yang kedapatan adalah kelemahan manusia bukan Islam, bukan Al-Quran dan bukan Nabi.
Cara untuk buktikan Islam tiada kelemahan bukan dengan cara komunis sebaliknya dengan cara terbuka, menjelaskan, musyakarah dan membimbing.
Tapi apa yang kita lakukan di Malaysia dalam melayani golongan ini?
Cara Komunis!
Bilakah kali terakhir pendakwa bebas cuba mendekati golongan tidak sehaluan mereka dengan cara dan adab yang lembut lagi berilmiah?
Bilakah kali terakhir pendakwah dan pegawai agama kerajaan melancarkan kempen ataupun musyakarah pada soalan agama dengan bimbingan lembut lagi terbuka?
Tiada, tetapi bila menghukum, siapa NOMBOR 1?
No comments:
Post a Comment