Justeru saya yakin ada beberapa orang tersebut pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Ini kerana jika anda beritahu mereka anda pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW mereka akan mengherdik anda pergi dan halau anda dari rumah mereka.
Yang kena halau ini ada yang terkencing, ada yang menangis insaf, ada yang terus jadi hamba pada Guru itu unutk belajar dan ada yang malu sendiri.
Peliknya, Guru-guru ini tidak pernah ungkapkan kata "saya pernah bermimpi jumpa dengan Rasulullah SAW". Tidak pernah sekalipun.
Masa berlalu.
Di akhbar, saya lihat ramai Ulama khususnya politik dan perdana yang mengaku bermimpi berjumpa Rasulullah SAW.
Saya tidak cemburu kerana tidak mungkin saya mampu berjumpa dengan Baginda seumur hidup saya kerana dosa lampau saya.
Cuma saya jadi hairan, bagaimana si polan tahu orang tua berjubah putih, berjanggut dalam mimpi mereka itu adalah Baginda SAW?
Kalau Nabi SAW mengaku dan beritahu pada pemimpi, itu mungkin mainan Syaitan kerana Syaitan memang senantiasa berusaha menyesatkan orang. Malahan Dajjal sendiri berimej Islamik, alim, Solat dan menghidupkan yang mati cuma dia suruh ikut dia sebab Allah suruh katanya.
Sebagai umat Baginda, saya memilih untuk yakin dan percaya bahawa tiada Syaitan dapat menyerupai wajah Baginda, tetapi Syaitan boleh serupai wajah siapapun kemudian mengaku dirinya adalah Baginda!
Malahan jika diteliti dalam semua hadis sohih dengan perawi yang sempurna mengatakan Baginda SAW bersabda barang siapa melihat aku dalam tidurnya, maka dia melihat aku yang sebenar sambil Baginda menunjukkan wajahnya yang sebenar ketika mengungkapkan kata itu kepada Sahabat yang memang pernah melihat dan maklum rupa wajah Baginda SAW.
Allah Maha Besar, tiada seorang pun termasuk Sultan Arab Saudi yang ada foto, lukisan, potret mahupun apa bentuk imej wajah Baginda SAW dalam simpanan mereka.
Akhirnya, selepas berpuluh tahun memendam rasa, Dr Mohd Asri atau Dr Maza tampil dengan kenyataan yang sama dan selari dengan kepercayaan saya.
Saya berasa lega!
Kenyataan Mufti Muda ini jelas beri kita satu penunjuk arah baru dalam episod "mimpi berjumpa Rasulullah SAW" yakni;
- Syaitan tidak boleh serupai wajah Baginda SAW tetapi
- Syaitan boleh serupai wajah sesiapa termasuk para Sahabat dan mengaku diri mereka adalah Baginda SAW
- Orang yang bermimpi berjumpa Rasulullah SAW tidak akan memberitahu orang lain kerana tidak mahu Rasulullah SAW difitnah
- Sesiapa bermimpi lalu beritahu kepada orang lain sudah pasti orang akan bertanya bagaimanakah rupa Baginda SAW
- Si pemimpi pasti akan gambarkan wajah Baginda SAW dan samada benar itu wajah Baginda atau tidak ia tetap akan menimbulkan fitnah kepada orang lain yang juga bermimpi berjumpa "seseorang"
- Bagi seorang alim ulama memfitnah Rasul mereka sendiri adalah sesuatu yang mereka tidak akan mahu lakukan
- Justeru jelas, siapa sahaja pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW pasti tidak akan ceritakan dan sesiapa yang ceritakan mereka hanya akibatkan fitnah atas Nabi mereka sendiri
Sekali lagi saya katakan, saya pasti anda juga pernah berjumpa orang hebat seperti yang saya ceritakan diatas dalam hidup anda.
Mereka ini bukan Tan Sri, tidak pernah dikenali sesiapa, tetapi MasyaAllah ibadat mereka serta tauhid mereka, amat bersih.
Tapi kita tidak pernah dengar mereka berkata, saya berjumpa bermimpi Rasulullah SAW.
Malah kita tidak pernah dengar 4 Imam yang utama bermimpi jumpa Rasulullah SAW sedangkan kita pasti mereka pasti pernah bermimpi kerana mereka yang sediakan dan bukukan Hadis.
Saya pasti ramai orang alim pernah berjumpa Rasulullah SAW tetapi mereka tidak mahu fitnah Nabi mereka sendiri justeru seperti Kaabah dan Haji mereka ingin abadikan ibadat itu untuk diri mereka dan Allah sahaja tanpa pengetahuan orang lain secara terperinci agar fitnah tidak terjadi.