Rakyat juga tidak kurang ramai yang mencela diri sendiri(Kerajaan sendiri) dan membandingkan dengan Brunei dan juga Arab Saudi yang tidak menghidangkan arak. Bak kata pepatah "Arak nun dilangit di hebohkan, arak di darat dibiarkan".
Pertama izinkan saya mempertahankan dahulu Saudara dan Saudari Anak Kapal MAS yang dijatuhkan maruah mereka secara tidak langsung apabila kita sentuh isu aurat, solat dan juga hidang arak MAS ini.
Aurat adalah wajib ditutup dan dalam isu pesawat ia sudah menjadi tuntuan kerja dimana si pekerja sudah tahu dan maklum akan risiko serta keperluan kerjanya justeru MAS sebagai entiti bisnes tidak boleh dipersalahkan. Adalah lebih baik setiap kita menasihati kalangan kita jangan jadi Pramugari dan kita berjanji akan bantu mereka mendapat kerja selepas mereka berhenti.
Tidak bolehkah pramugari MAS menutup aurat dan memaki tudung? Sudah pasti boleh, tetapi MAS lebih tahu akan keperluan perniagaannya dan pekerja lebih tahu tuntuntan agama masing-masing. Persetujuan dua pihak ini telah membatalkan apa sahaja serangan terhadap mereka tetapi tidak membatalkan dosa.
Setahu saya tidak pernah MAS memaksa orang Islam jadi pramugari!
Dan pramugari pula lebih dari tahu dan punya sebab masing-masing, dan jika dibandingkan dengan orang yang bertudung tapi memeluk K-POP, beromen terbuka, memfitnah, mengata, mencuri dan sebagainya, pramugari seharusnya dinilai hatinya yang juga tempat iman manusia dinilai Allah bukan luaran semata.
Kita sebagai pihak luar memadai mendoakan tanpa menyerang mereka apatah lagi secara terbuka.
Solat. Saya yakin solat adalah tuntutan asas setiap orang Islam. Selain Pramugara dan Pramugari, Kapten dan Kru, orang biasa juga ramai tidak solat walaupun ada yang tiada kerja. MAS tidak pernah melarang anak kapalnya solat dalam pesawat samada berdiri atau duduk pun begitu, keadaan darurat juga perlu diambil kira sebelum menjatuhkan maruah Pramugara dan Pramugari ini.
Dalam peperangan, ada beberapa posisi soldadu yang tidak bisa solat walaupun Qada/Jama dan mereka ini diberi kelonggaran tetapi sepertimana puasa mereka wajib ganti solat yang dilepaskan atas alasan darurat ini. Kes ini adalah seperti Pilot dalam perjalanan 24 jam dan juga anak kapal yang perlu memastikan keselamatan penumpang dengan cara mereka.
Kalau boleh diambil mazhab lain juga ada mazhab membenarkan solat di Qada/Jama 5 waktu sekaligus seperti yang dilakukan Presiden Palestin Yasser Arafat.
Tetapi biarlah kita pegang mazhab Syafie yang lama bersama kita.
Hidang arak pula saya rasa untuk menghina pramugara dan pramugari adalah tidak adil sekiranya tidak diluaskan kepada pekerja Islam 7 Eleven, 99 Speedmart, Giant, Tesco, Kelab Malam, Kilang Arak, Pemandu Lori dan banyak lagi.
Mungkin dalam jarak rumah kediaman penceramah E yang paling hampir adalah kapal terbang MAS berbanding 99 Speedmart dan 7 Eleven atau Kelab Malam yang mana pembuat, penghidang dan peminum ramai orang Islam, mungkin sebab itu MAS menjadi sasaran utama. Wallahualam.
Ini pendapat saya. Janganlah dihina mereka seolah mereka itu hina dan jahat hanya sebab mereka tidak pakai tudung dan terbelah maka senanglah kita keji mereka.

Masalah Ustaz baru ini ramai yang seperti beruk dapat bunga, dirosakkan, dimakan dan dipijak-pijak bunga sedangkan bunga adalah satu keindahan Allah.
Apa perasaan anak serta saudara pramugara dan pramugari yang digambarkan tidak solat dan jahat itu? Kerana kenyataan terbuka Ustaz itu mereka berfikir tidak apalah membuat dosa asalkan hati baik, sedangkan apa yang ibu dan bapa mereka buat itu walaupun salah disisi agama tetap ia satu pekerjaan yang baik.

Menegur pun ada etikanya wahai Ustaz. Manusia ada hati dan perasaan, jika tidak mahu hormati sekurangnya hormati hati yang tunduk pada Allah ie anak-anak mereka.
Hidup ini adalah satu pilihan, selagi ia punca rezeki bukan jenayah ia wajar diberi ruang diperbaiki. Ada yang memilih menjadi perogol, ada memilih menjadi Bouncer Kelab Malam, ada pilih jadi penari, penyanyi dan pelakon, ada pilih jadi Pegawai Kerajaan yang korup dan tidak dan sebagainya. Juga ada yang memilih menjadi Pramugari dan Pramugara.

Dikesempatan merasa terhina bagi pihak rakan MAS, saya tetap ingin menegur MAS secara terbuka dan membina.
Jika benarlah arak tetap perlu dihidangkan dalam pesawat MAS atas sebab yang MAS pilih, saya secara peribadi berpendapat adalah molek jika diasingkan penumpang dengan zon "Bebas Arak" dan "Zon Arak" sepertimana rokok dengan syarat harga adalah sama. Sekurangnya orang Islam yang memilih tempat duduk boleh pilih tempat duduk bebas Arak.
Dengan ini hidangan zon arak tidak campur dengan zon bukan arak dan semestinya pihak peminum arak tidak boleh kecam tindakan MAS ini kerana golongan perokok juga diasingkan.
Tindakan ini jika dilaksanakan pasti dipuji dan dihargai kerana selain memberi imej sebenar Islam yang menghormati hak agama lain, dikhuatiri juga seorang Ustaz akan tertelan air liur melihat penumpang sebelah meneguk air kuning itu.
Yang pasti, tiada siapa dapat memaksa orang Islam minum arak melainkan imannya sendiri tidak kuat justeru dari kita sibuk mencari kesalahan orang lain, adalah lebih baik kita usaha perbaiki kalangan kita dengan bantu perkuatkan iman mereka. Menegur dengan cara mengaibkan tidak membantu sebaliknya merosakkan.
Ulang! "Saya" akan mencari kesalahan saya dahulu dan "saya" akan berfikir implikasi komen, artikel, percakapan, tulisan, like serta segala tindakan "saya" terhadap orang lain. "Saya" akan komen dan tulis teguran yang membina bukan memalukan jauh sekali memusnahkan.
No comments:
Post a Comment