ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, January 4, 2015

1 January Hari Isa AS Disalib, 14 Feb Hari Islam Diperdaya, 25 December Hari Isa AS Dilahirkan dll hanyalah SATU TARIKH SAHAJA

Saban tahun orang Muslim Malaysia terus bertelagah tentang perkara ini. Saban iaitu setiap tahun.

Sebagai orang Islam di Malaysia saya berasa amat keliru. Majlis Fatwa kata boleh, Ustaz kata tidak boleh, Majlis Ulama kata tidak boleh, Ustaz kata boleh, TGNA kata boleh, ahlinya kata tidak boleh dan banyak lagi.

Saya mengaku saya terus menyambut 14 Feb, terus menyambut 25 December dan juga 12 Rabiulawal, 1 Muharram sudah tentu 1 Syawal dan 1 Zulhijah(sebenarnya bukan 1 Zulhijah).

Saya juga mengaku saya menyambut tahun baru ketika remaja dulu, tetapi saya semakin dan sudah tidak menyambut tahun baru kerana walaupun dinafikan pihak Kristian saya tetap berpendapat 1 January 0001 adalah Hari Isa cuba dibunuh dan Allah ditentang oleh hambaNYA.

Namun saya tetap berpendapat samada saya pilih untuk menyambut 1 January atau 14 February atau Hari 1 Bulan 1 Tahun Baru Cina, atau Deepavali, atau Raya, Raya Haji dan Muharram, atau Asyura atau Christmas dan sebagainya, ia hanyalah satu tarikh dimana terjadinya satu kejadian yang telah Allah takdirkan.

Apa yang lebih penting dari persoalan samada boleh meraikan atau tidak adalah apakah penghayatan dan pengajaran yang kita ambil dari tarikh tersebut.

Walaupun ia 1Muharram tapi kalau kita sambut dengan memfitnah orang di internet, atau 1-30 Ramadhan kita menipu dan tinggal solat, atau 1 Syawal kita putus saudara, atau 14 February kita gembirakan hati ibu dan isteri yang kita sayangi, atau 1 January kita memberi inspirasi dan galakan pada orang mendekatkan diri pada Allah semuanya adalah tentang positif dan negatif dan bukan boleh atau tidak boleh.

Tahun 2015 disambut dengan suram dan kelam kerana banjir di Kelantan dan kejadian malang menimpa Air Asia, tapi masih kedengaran netizen ucapkan Selamat Tahun Baru dengan kisah kejayaan 2014 dan mereka kebanyakan lupa untuk ucap Salam Maulidur Rasul yang jatuh pada 4 Jan 2015.

Untuk rekod orang Islam bukan sahaja dikelirukan dengan larangan boleh sambut atau tidak tarikh kejadian agama lain tetapi juga dikelirukan dengan larangan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sendiri.

Ia hanya satu tarikh dan bukan tentang boleh atau tidak tapi tentang positif atau tidak.

Setiap detik dan setiap hari adalah milik Allah sepertimana kita, kepada Allah kita kembali maka isilah dan bawalah setiap hari kita hidup ini dengan tunduk padaNYA.

No comments: