Berbeza dengan post/entry Khairy Jamaluddin 1 dan Khairy Jamaluddin 2 dalam blog ini yang memuji Khairy dan meminta agar rakyat Malaysia mengikis sifat dendam dan dengki dengan memberi peluang kepada Melayu Muda ini, Khairy Jamaluddin 3 ditulis agar kita tidak berlebihan memberi sokongan kepada Tuan Punya Nama ini.
Dewasa ini dapat dilihat betapa dosa Khairy dan segala cemuhan serta ludahan dijilat balik oleh para haters yang galak memuji Khairy.
Tidak kurang yang menamakan Khairy sebagai Malaysia Next Prime Minister.
Pada penulis, perjalanan Khairy masih jauh.
Orang UMNO mempunyai kecenderungan dan kelemahan dalam memberi sokongan populis kepada si popular. Jika dinafikan, perlulah orang UMNO ingat bagaimana mereka juga menamakan DSAI sebagai Malaysia Next Prime Minister.
Bagaimana UMNO memuja DSAI sebagai pemimpin masa hadapan sama seperti Khairy.
UMNO memuji DSAI sebagai islamik serta khalifah anugerah Allah walau tidak sama seperti Khairy sebagai Islamik tetapi isinya sama.
UMNO menyayangi DSAI dan melihat beliau sebagai jaguh utama untuk berhadapan dengan PAS dan DAP sama seperti Khairy.
Lihat apa yang orang UMNO lakukan dan fikirkan tentang DSAI hari ini?
Justeru, Khairy Jamaluddin diharap dapat menjadi lebih bijak dari DSAI dalam memproses sokongan kipasan bodekan serta akal pendek pemuji-pemujinya.
Ini kerana orang Melayu memang terkenal dengan sifat bila kaya/menang/bergaya/berjaya dipuja bila kalah/hilang kuasa/miskin dihina. Antara contoh paling ajaib adalah Tun Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, dan Pasukan Bola Malaysia malah boleh tanya pendapat Dato Lee Chong Wei tentang sifat penyokong Malaysia ini.
Pada para pembaca samada penyokong Khairy atau tidak khususnya tukang kipas, diharap dapat mengutamakan kualiti bukan populariti kerana pujian ada masanya hanya menjahanamkan INDIVIDU tersebut dan menenggelamkan mereka dalam khayalan dan imaginasi.
Tidak percaya lihat apa yang kalian lakukan pada DSAI semasa beliau TPM Malaysia dan semasa beliau dalam penjara dan kini menjadi Ketua Pembangkan paling berjaya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment