Pasti ada kebaikannya. Namun, untuk jangka masa panjang agak
buruk khususnya bagi francais yang bersifat trending. Apabila trend tersebut
habis, pemegang lesen francais pening kepala kerana duit modal masih belum
diperolehi semula jauh sekali untung. Sebaliknya pemilik francais atau dikenali franchisor untung besar selain jenamanya dipopularkan franchisee.
Antara francais yang boleh dikatakan dalam kategori suram
ini adalah 1901, Tutti Frutti, Big Apple Donut, Dunkin Donut dan lain-lain.
Mungkin ia tidak menjadi masalah kepada makanan yang
mempunyai margin yang tinggi serta demand setiap hari seperti Aunty Anne, Chicken
Rice Shop, Secret Recipe dan lain-lain.
Terbaru Cool Blog, Chatime dan beberapa makanan tempatan
seperti Burger Bakar, Burger dan Stimbot mewarnai dunia francais yang
menjanjikan pulangan tinggi dengan kerja mudah.
Situasi menang-menang dijadikan modal oleh pemilik francais
kepada pemegang lesen francais. Namun, apabila bayaran lesen francais melebihi
RM 50,000 malah ada yang mencecah ratusan ribu ringgit tidak termasuk bayaran
ubah suai, tempahan stok serta terma-terma lain, ia sebenarnya menganiaya
pemegang lesen apatah lagi produk tersebut sendiri belum benar-benar stabil
dan diterima seperti KFC dan Mc Donalds.
Menambah luka pada duka, pemegang lesen francais yang masih
rugi atau sudah untung selepas 5 tahun tidak punya apa-apa produk untuk
diperjuangkan jika memilih untuk menukar bidang. Yang untung adalah jenama
tersebut kerana namanya yang dinaikkan pemegang lesen francais.
Mereka perlu mula semula, atau menukar bidang lain dengan
permulaan baru. Usaha gigih dan penat selama bertahun demi francais trending
ini jelas amat-amat tidak berbaloi dan tiada kebaikan pada pemegang lesen francais.
Jika dibandingkan dengan Francais Big 5 seperti Mc Donalds, KFC, Pizza,
Semoga artikel ini dijadikan pertimbangan usahawan yang mahu
berniaga serta ingatan kepada pemilik francais supaya menimbangkan semula yuran dan bayaran francais yang terlalu mahal dibandingkan risiko franchisee dan laba franchisor.
No comments:
Post a Comment