ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, February 19, 2013

Siapa Bicara Tentang Hak Bermakna Tidak Beriman Pada ALLAH

Hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara, hak kanak-kanak, hak wanita, dan pelbagai lagi jenis hak menjadi nilai utama masyarakat dunia masa kini. Ia dimomokkan kepada kita oleh barat selepas mereka pulih dari kemelut apartheid, kulit hitam, perkauman, dan sebagainya. Apa yang melucukan, mereka yang kononnya menjunjung hak kebebasan tetap mengambil tindakan pada siapa sahaja yang menyebut Niger dan Black, dalam masa yang sama mahu mengarahkan Negara lain menjunjung hak manusia.
 
Tiada hak untuk manusia dalam Islam. Siapa sahaja yang menyebut perkataan "hak" selain merujuk kepada ALLAH dia telah keluar dari imannya. Ini kerana segala yang ada dalam dunia ini semuanya HAK ALLAH.

Yang ada dalam Islam untuk manusia hanyalah maruah, darjat dan amanah. Badan kita ini, kekayaan, rumah dan peribadi kita adalah HAK ALLAH, malahan semua inci dunia ini HAK ALLAH.

Badan, mulut yang bersuara, akal yang berfikir, tangan yang melaksanakan, kaki yang melangkah semuanya adalah amanah Allah. Keluarga, peribadi, perjuangan dan pemikiran adalah maruah kita. Kedudukan dan kehormatan lelaki, wanita dan kanak-kanak adalah maruah kita.

Hak hanyalah satu propaganda barat yang dijadikan sebagai alat untuk menyerang dan melumpuhkan iman orang Islam. Kini bukan sahaja orang biasa dari sekecil-kecil anak, malahan ulama dan ustaz juga lantang menyebut hak manusia, hak bersuara, hak mengundi, hak kebebasan, sedangkan dalam Islam, manusia tiada hak apa-apa di dunia melainkan kain putih barang 2 ela, berserta tanah sepanjang 6kaki, lebar 2 kaki, dalam 7 kaki.

Sebelum kita mendapatkan hak kita yang sikit itu, marilah memastikan segala benda dalam dunia ini adalah hak ALLAH, dan kita perlu menjaga perkara yang diamanahkan kepada kita, perlu menjaga maruah kita, keluarga, dan agama serta mengangkat darjat wanita dan kanak-kanak terutamanya.

No comments: