ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, February 19, 2013

Politik Itu Chess

Check, Checkmate! Dalam permainan Chess, sasaran utama adalah mengunci gerakan Raja yang dilindungi oleh Queen, Knight, Horse, Castle, Pawn dan sistem itu sendiri. Begitu juga politik, samada bertahan atau menyerang, memperdaya adalah skill yang perlu dikuasai kawan dan lawan.

Politik Malaysia masakini membimbangkan. Usah bicara tentang susun atur dan peraturan permainan, matlamat menjatuhkan Raja diatur dan dirancang dengan pelbagai cara termasuk membakar semua buah Chess yang ada termasuk papan Chess, asal Raja tetap berdiri.

UMNO perlu lebih berhati-hati dalam melancarkan serangan ke dalam petak musuh, selain perlu merangka pertahanan dan memastikan saf-saf pawn tersusun kemas. Hasrat PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat boleh jadi merupakan satu perangkap kepada UMNO untuk masuk mengancam Raja Hitam, dengan meninggalkan jaringan pertahanan.

Selagi PAS tidak menyertai BN, tiada siapa boleh dipercayai. Walaupun PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bertanding dalam PRU menggunakan tiket PAS sahaja tanpa pakatan, kemenangan PAS boleh merubah tampuk pemerintahan Negeri dan Negara. Samada memilih UMNO ataupun DAP sebagai gabungan untuk membentuk kerajaan, pendirian PAS paling sukar dijangka antara semua Parti Politik yang pernah wujud di Malaysia.

Mungkin, castling di saat akhir akan menentukan pihak mana yang akan benar-benar menjatuhkan Raja. Putih atau Hitam? Yang penting, kalah atau menang, di akhir permainan nanti, ia tetap sebuah permainan. Begitu juga politik. Tidak kira siapa menang, siapa terkena, siapa masuk perangkap siapa, di akhir pertandingan nanti, ia tetap sebuah permainan. Selamat Berjuang.

No comments: