ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, February 19, 2013

Saya bersara dari Facebook

Facebook adalah phenomenal. Pada yang rajin membaca bolehlah Google dan baca sejarah fenomena. Ia bersifat sementara dan tidak kekal. Sebagaimana Friendster, FB kini sedang bergelut untuk kekal sebagai fenomena dan mungkin akan diambil alih oleh fenomena baru.

Sudah hampir sebulan mulai Jan 2013 saya tidak login lagi pada FB saya, dan suka saya nyatakan disini saya bersara dari FB. Mungkin, perbezaan pendapat, ataupun krisis atau ideologi yang menjadi sebab, tapi hakikatnya, saya sudah lama mahu berhenti melayari FB tetapi tidak berjaya pada percubaan pertama saya Jan 2012.

Sebab utama saya bersara dari Facebook adalah kerana orang Islam percaya dalam FB, wall itu adalah hak mereka sedangkan ia adalah HAK ALLAH dan sebab kedua saya pula adalah kerana fitnah berleluasa di FB tanpa ada sebarang kekangan ataupun usaha untuk melabelnya.

Wall tersebut dan akaun FB tersebut hanyalah amanah ALLAH, yang mana kita perlu pelihara maruah dan darjat kita, keluarga kita, agama kita, serta Tuhan dan Rasul kita.

FB berjaya meruntuhkan iman orang Islam dengan mempromosikan hak kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat, dan saya enggan bersuhabat dan tidak mahu mempunyai kaitan dengan FB lagi.
Saya tidak mampu dan pada yang masih mampu, anda lebih tahu anda dimana, jika perlu berhenti, berhenti, jika tidak, bumi ini luas untuk kita berlari dan menerokai.

Panggilah saya kuno dan ketinggalan zaman, kerana hidup yang saya cari bukan di planet biru ini tetapi di akhirat yang kekal selamanya.

Siapa Bicara Tentang Hak Bermakna Tidak Beriman Pada ALLAH

Hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara, hak kanak-kanak, hak wanita, dan pelbagai lagi jenis hak menjadi nilai utama masyarakat dunia masa kini. Ia dimomokkan kepada kita oleh barat selepas mereka pulih dari kemelut apartheid, kulit hitam, perkauman, dan sebagainya. Apa yang melucukan, mereka yang kononnya menjunjung hak kebebasan tetap mengambil tindakan pada siapa sahaja yang menyebut Niger dan Black, dalam masa yang sama mahu mengarahkan Negara lain menjunjung hak manusia.
 
Tiada hak untuk manusia dalam Islam. Siapa sahaja yang menyebut perkataan "hak" selain merujuk kepada ALLAH dia telah keluar dari imannya. Ini kerana segala yang ada dalam dunia ini semuanya HAK ALLAH.

Yang ada dalam Islam untuk manusia hanyalah maruah, darjat dan amanah. Badan kita ini, kekayaan, rumah dan peribadi kita adalah HAK ALLAH, malahan semua inci dunia ini HAK ALLAH.

Badan, mulut yang bersuara, akal yang berfikir, tangan yang melaksanakan, kaki yang melangkah semuanya adalah amanah Allah. Keluarga, peribadi, perjuangan dan pemikiran adalah maruah kita. Kedudukan dan kehormatan lelaki, wanita dan kanak-kanak adalah maruah kita.

Hak hanyalah satu propaganda barat yang dijadikan sebagai alat untuk menyerang dan melumpuhkan iman orang Islam. Kini bukan sahaja orang biasa dari sekecil-kecil anak, malahan ulama dan ustaz juga lantang menyebut hak manusia, hak bersuara, hak mengundi, hak kebebasan, sedangkan dalam Islam, manusia tiada hak apa-apa di dunia melainkan kain putih barang 2 ela, berserta tanah sepanjang 6kaki, lebar 2 kaki, dalam 7 kaki.

Sebelum kita mendapatkan hak kita yang sikit itu, marilah memastikan segala benda dalam dunia ini adalah hak ALLAH, dan kita perlu menjaga perkara yang diamanahkan kepada kita, perlu menjaga maruah kita, keluarga, dan agama serta mengangkat darjat wanita dan kanak-kanak terutamanya.

Politik Itu Chess

Check, Checkmate! Dalam permainan Chess, sasaran utama adalah mengunci gerakan Raja yang dilindungi oleh Queen, Knight, Horse, Castle, Pawn dan sistem itu sendiri. Begitu juga politik, samada bertahan atau menyerang, memperdaya adalah skill yang perlu dikuasai kawan dan lawan.

Politik Malaysia masakini membimbangkan. Usah bicara tentang susun atur dan peraturan permainan, matlamat menjatuhkan Raja diatur dan dirancang dengan pelbagai cara termasuk membakar semua buah Chess yang ada termasuk papan Chess, asal Raja tetap berdiri.

UMNO perlu lebih berhati-hati dalam melancarkan serangan ke dalam petak musuh, selain perlu merangka pertahanan dan memastikan saf-saf pawn tersusun kemas. Hasrat PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat boleh jadi merupakan satu perangkap kepada UMNO untuk masuk mengancam Raja Hitam, dengan meninggalkan jaringan pertahanan.

Selagi PAS tidak menyertai BN, tiada siapa boleh dipercayai. Walaupun PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bertanding dalam PRU menggunakan tiket PAS sahaja tanpa pakatan, kemenangan PAS boleh merubah tampuk pemerintahan Negeri dan Negara. Samada memilih UMNO ataupun DAP sebagai gabungan untuk membentuk kerajaan, pendirian PAS paling sukar dijangka antara semua Parti Politik yang pernah wujud di Malaysia.

Mungkin, castling di saat akhir akan menentukan pihak mana yang akan benar-benar menjatuhkan Raja. Putih atau Hitam? Yang penting, kalah atau menang, di akhir permainan nanti, ia tetap sebuah permainan. Begitu juga politik. Tidak kira siapa menang, siapa terkena, siapa masuk perangkap siapa, di akhir pertandingan nanti, ia tetap sebuah permainan. Selamat Berjuang.