YB Izzah menzahirkan pandangan beliau mengenai murtad. Dan sehari selepas itu pemimpin pembangkang ini "spin" kenyataannya dan menyatakan beliau tidak mengatakan sebegitu walaupun ayat yang dirakamkan terpacul dari mulutnya adalah
When you ask me, there is no compulsion in religion... how can anyone
say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has
to apply equally." she said.
Saya tidak mahu mengagak niat hati beliau yang cuma dirinya dan ALLAH sahaja yang tahu, cuma saya kecewa dengan kualiti kepimpinan beliau. Sebagai pemimpin beliau perlu berani memperjuangkan satu-satu isu dan tidak gentar apatah lagi disergah.
Hakikatnya, banyak benarnya diperkatakan YB Izzah. Sekurang-kurangnya itu pendapat peribadi saya dan saya tetap mempertahankan. Isu murtad bukan isu baru. Dari kecil, ke remaja dan kini sudah tua, hari-hari kita dihidangkan cerita murtad yang sememangnya benar. Kenapa saya katakan benar, kerana memang itulah tujuan dakwah samada Kristian, Hindu, Islam atau Budha. Malahan beberapa individu antaranya Lina Joy begitu berani mencabar undang-undang di Mahkamah bagi memberikan haknya menukar agama dari agama Islam.
Lebih-lebih lagi saya penuh yakin akan kebesaran ALLAH dimana jika mana-mana umat tidak mahu kepada ALLAH, ALLAH tidak memerlukan mereka waima sebesar hama dibelah sejuta.
Justeru, apa isunya tentang murtad ini. Isunya adalah hak iaitu hak umum dan hak keluarga.
Pandangan peribadi saya tidak perlu dipedulikan si murtad ini, tetapi kita harus menghormati hak umum yakni pandangan muslim lain yang percaya pada hukum bunuh bagi si murtad. Malahan, dalam hudud juga menetapkan hukuman bunuh keatas murtad. Jika saya tidak ambil tindakan, pihak polis tidak ambil tindakan, dikhuatiri umum akan menggunakan hak mereka dimana persoalan wajar atau tidak wajar bergantung pada pemahaman masing-masing terhadap ajaran Allah.
Hak kedua adalah lebih berat iaitu hak keluarga. Setakat ini sahabat-sahabat saya yang liberal juga percaya akan kebebasan memilih agama dengan tanggapan jika ditahan mereka hanya akan mencemar nama Islam dengan perbuatan tidak senononoh mereka. Namun, fikirkan perasaan ahli keluarga si murtad ini. Ibu bapa, abang, adik, saudara, kenalan malah jiran mereka yang melihat mereka membesar sebagai seorang muslim yang baik.
Fikirkan, jika anak kita, kakak kita, ibu kita, atau abang kita yang menukar agama, apakah kita masih mampu rasional tanpa sebarang tindakan? Malahan, sebagai seorang lelaki, kita akan disoal oleh ALLAH akan tanggungjawab kita mempertahankan 4 orang wanita, mampukah kita membiarkan saudara sedarah kita murtad dan merelakannya? Walaupun undang-undang menetapkan Islam sebagai agama rasmi dengan pelbagai agensi malah Mahkamah bagi memasyhurkan kesucian Islam, tetapi Undang-undang dan pihak berkuasa tidak mampu bertindak atas murtad yang sudah berumur 18 tahun keatas. Sungguhpun ia tidak dimaktubkan sebagai kebebasan beragama dan memilih agama, namun si murtad masih bebas hidup di Malaysia asalkan tidak terlibat dalam publisiti dan kontrovesi.
Sekali lagi soalan dia mengapa? Kerana majoriti umat Islam di Malaysia memilih untuk percaya darah murtad adalah halal bagi mereka dan jika mereka terbunuh dalam usaha membunuh murtad, mereka akan mati syahid dan dimasukkan kedalam Syurga. Atas sebab itulah, Kerajaan tidak sesekali mewartakan kebebasan memilih agama kepada Melayu dan orang Islam agar keharmonian kaum dan agama di Malaysia dapat dipertahankan.
Oleh kerana ini bukan isu baru dan sememangnya ramai murtad di Malaysia dan masih hidup aman damai seperti Lina Joy yang sehingga kini tidak diapa-apakan walaupun mencabar Undang-undang Malaysia yang menafikan beliau menukar status agama dalam kad pengenalan beliau.
Pertimbangkanlah nasihat ini.
Memilih agama sememangnya hak anda sebagai manusia ciptaan Tuhan. Orang Melayu Islam menghormatinya asalkan anda tidak terlibat dalam kontroversi dan publisiti. Sungguhpun anda dan penyokong anda sekian lama berusaha menghebahkan kemurtadan anda kepada umum dengan tujuan agar remaja Islam yang lain mengambil contoh kemurtadan mereka, orang Melayu Islam tetap bersabar dan menghormati hak anda untuk menukar agama.
Jadi, hormati hak kami. Tidak perlulah menghebahkan kemurtadan anda. Jika anda sudah murtad dan itu pilihan anda, baguslah untuk anda sendiri. Jika anda tidak menghormati hak umum dan hak keluarga Islam, padahnya amat buruk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment