ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, November 11, 2012

Pertikaian Indonesia Malaysia Kerana Mahu Islam Berbunuhan Bukan Kerana Bangsa Negara



Malaysia Indonesia adalah serumpun. Fikirkan semula apatah lagi selepas membaca pengalaman rakan-rakan, saudara dan terbaru wartawan Utusan di sana. Indonesia adalah “pembantu” Malaysia, tetapi Indonesia tidak anggap Malaysia “pembantu” mereka, justeru tiada semangat bantu-membantu pernah wujud. Yang ada, Malaysia adalah musuh Indonesia tetapi bukan pada Malaysia. Perkataan musuh berdosa diucapkan antara umat Islam kerana mereka adalah bersaudara, namun ini konteks Negara dimana Indonesia mempunyai 238 juta rakyat pelbagai agama dan bangsa.

Data Sensus Indonesia pada tahun 2000 menunjukkan 86.1% dari 206 juta rakyat Indonesia beragama Islam (177 juta) dan data sensus 2010 menunjukkan hanya 70% dari 238 juta rakyat Indonesia beragama Islam (166 juta). Itu belum dikira ketidakkepatan dan beberapa faktor lain. Jelas usaha menumbangkan kekuatan Islam di Indonesia berjalan lancar dan dikatakan kira-kira 2 juta Muslim murtad atau menukar agama setiap tahun.

Dakwah agama bukanlah rahsia jika kita berani membicarakannya. Baik Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, mereka senantiasa berdakwah samada dalam kalangan atau diluar kalangan. Selain atas sebab perkahwinan, murtad sering dikaitkan dengan kemiskinan. Umum juga mengetahui majoriti rakyat Indonesia dihimpit kesusahan.

Hakikatnya, umat Islam di Indonesia sudah lama berperang dengan gejala murtad dan mereka terpeangkap dalam polemik antara agama dan Negara Bangsa. Peperangan akidah ini tidak pernah surut malah semakin hari kian berkembang.

Malaysia dilihat sebagai halangan perjuangan memurtadkan orang Indonesia kerana lebih 5 juta orang Indonesia berjaya keluar dari kemiskinan hidup hasil “menumpang” rahmat Allah di bumi Malaysia.
Hubungan Malaysia dan Indonesia di era Mahathir-Suharto juga amat akrab kerana ia dinaungi faktor “kepercayaan kepada Allah”. Faktor ini merencatkan gerakan murtad di Indonesia kerana Malaysia berjaya membuktikan Islam bukan agama orang miskin, juga membuktikan orang Islam boleh berjaya dan kaya raya seperti agama lain. Lebih dari itu, Malaysia berjaya menghapuskan dinding kepercayaan lama orang Islam yang menjerumuskan mereka kekancah kedaifan.

Buktinya, setiap tahun sebanyak 20 billion ringgit di hantar pulang ke luar Malaysia dan Indonesia menikmati 70% dari hasil tersebut.

Akibatnya beberapa pihak tidak senang melihat dua Negara beradik ini bersatu memperkukuhkan empayar Islam di Asia Tenggara.  Untuk rekod, tiada Negara bermajoriti orang Islam di dunia yang umat Islamnya tidak bermusuhan sehingga ada yang saling berbunuhan dan tidak huru hara melainkan Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Ironinya, umat Islam tidak mampu ditentang secara berhadapan kerana mereka amat gembira mengorbankan nyawa demi Allah. Fakta ini dibuktikan melalui peperangan antara agama satu masa dahulu. Musuh Islam hari ini sedar Umat Islam harus dilemahkan dan cara paling mudah adalah mencetuskan perkelahian antara mereka. Jika orang Islam saling bermusuhan dan membenci maka kemenangan pasti menjadi milik musuh Islam dan seperti Arab, permusuhan antara Islam serta jumlah korban perselisihan antara Muslim jauh lebih ramai berbanding yang dibunuh oleh Bukan Islam. Kesimpulannya, hanya orang Islam sahaja mampu menjahanamkan Islam.

Melaga-lagakan hubungan Indonesia dengan Malaysia sama seperti melagakan hubungan 166 juta Muslim Indonesia dengan 17 juta Muslim Malaysia. Perlu diingatkan jika terjadi perselisihan fizikal antara kedua Negara yang kalah adalah Islam dan yang menang adalah musuh Islam.

Jika diberikan pilihan untuk mempertahankan Islam atau Bangsa terlebih dahulu, sudah pasti Muslim Malaysia akan memilih Islam kerana kita diajar memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara berbanding Indonesia yang akan memilih Bangsa Negara kerana melalui pancasila mereka diajar memperjuangkan Negara, Bangsa dan Agama. Suka atau tidak, orang Islam WAJIB meletakkan agama Islam diatas segalanya.

Jelaslah permusuhan, sengketa, perselisihan dan konfrontasi oleh antara Indonesia dan Malaysia adalah perkara kecil yang sengaja diperbesarkan tangan-tangan ghaib di sana. Mereka mahu melihat TEMBOK ISLAM ASIA TENGGARA runtuh agar Islam dapat dilemahkan dan akidah mereka dapat ditewaskan.

Harapan terakhir keamanan umat Islam dunia adalah di rantau ini, dan harapan terakhir umat Islam Indonesia dan Malaysia untuk melihat Islam bangun semula hasil penyatuan dari segala aspek juga berada disini. 

Bangkitlah saudaraku diseberang, bersatu baru kita mampu rapatkan saf, bilamana saf sudah rapat tiada apa yang dapat menghina agama Islam lagi. Bangkitlah demi Allah dan Rasul SAW. Akhirinya perbuatan memusuhi saudara seIslam anda di Malaysia dan tiuplah semboyan kerana perang antara kita menentang Iblis dan Syaitan sudah hampir menemui keputusannya.

Anak Malaysia Darah Talok Kuantan, Riau

 

No comments: