ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, January 15, 2011

BENARKAH AHLI PAS PEJUANG ISLAM?

PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan Negara Islam, Hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa, dan sebagainya. Itu asas kepada penyertaan ramai ahli PAS kerana mereka percaya PAS menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. PAS segala yang benar, dan UMNO segala yang salah.



Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada PAS itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika Ahli PAS pula kerana Syaitan dengki melihat mereka senang, jika Kilang Arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika PAS pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina Kilang Arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan Kafir, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika PAS yang melakukan semua itu dikatakan ALLAH sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi.



Dipendekkan cerita, PAS semua betul dan UMNO semua salah. Kita memahami akan Dasar Penubuhan Negara yang dipersetujui semua wakil kaum dan agama, tetapi mereka yang bermanfaat sering memainkan isu ini untuk meraih sokongan dengan mendorong rakyat kepada penentangan. Sedangkan pemanupulasi ini sedar, cara untuk merubah Dasar Penubuhan Negara adalah melalui undian 2/3 ahli Parlimen. Malangnya itu bukan nawaitu mereka. Tidak, tujuan utama mereka menjadi Ahli Politik dan Pemimpin tidak langsung mahu menegakkan agama Allah. Ini kerana keikhlasan merubah Kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah di jalanan, di pembesar suara, di mana-mana tetapi di Dewan Tertinggi Negara. Para pemimpin Islam yang berjumlah 130 orang di Dewan Parlimen (23PAS, 16PKR, 4BEBAS, 87 BN) hanya perlu bekerja keras meyakinkan 15 lagi MP yang bukan beragama Islam untuk menegakkan hokum Islam sebagai undang-undang Negara. Saya yakin, jika ia dilakukan dengan ikhlas pasti berjaya, kerana ia boleh dilakukan secara satu persatu dan bukan seluruh hukum hudud. Contoh kecil, adalah mudah untuk mendapatkan sokongan MP bukan Islam untuk menangkap rakyat Islam yang tidak menunaikan Solat Jumaat justeru hukuman lebih berat bagi yang tertangkap lebih 3 kali. Bayangkan jika undang-undang syariah ini diiktiraf undang-undag sivil dan didokong oleh semua “enforcement”, bayang Negara Islam sudah terbit. Masalahnya adalah keikhlasan.



Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan Negara Islam adalah menegakkan kebenaran an meruntuhkan penipuan. Benarkah Ahli PAS perjuangkan Islam? Jika benar, mengapa mereka tidak mendesak Dato Seri Nik Aziz dan Dato Seri Hadi Awang untuk mendesak Azmin menafikan tuduhan menjual Isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim? Mereka bertiga adalah orang Islam dan dituduh melakukan maksiat, dan mereka harus tampil membersihkan nama apa lagi mereka adalah pemimpin Islam. Malah tuduhan ini melibatkan seorang anak yang tidak berdosa. Tidak mahukah pejuang Allah melihat kebenaran ditegakkan? Atau Pejuang PAS hanya memilih untuk menegakkan hukum Allah apabila ia memanfaatkan mereka sahaja. Beginikah ajaran Islam, jika ya maka saya berasa malu dengan agama Islam. Bangunlah Ketua Pejuang PAS yang sanggup baring di jalan untuk dilanggar kenderaan, kerana kebenaran itu amat hampir.



Kebenaran akan tuduhan Ummi Hafilda keatas Anwar, Azmin, Shamsidar dan anak yang dikatakan anak Anwar adalah mudah untuk diurai. Lakukan ujian DNA keatas keempat-empat mereka dan lihat DNA anak tersebut sama dengan Azmin atau Anwar? Maka tertegaklah kebenaran dan hancurlah penipuan. Jika tidak cukup Islamik, Dato Seri Anwar, Azmin dan Shamsidar perlu bersumpah. Jika tidak cukup juga, Dato Seri Anwar dan Azmin perlu bersumpah diatas mimbar Khutbah Jumaat menafikan perkara itu. Bukankah itu harapan kita semua untuk menegakkan Islam? Malahan, jika benar anak gadis itu anak Anwar maka adalah haram bersentuhan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Haram duduk serumah berduaan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Jika anak itu berkahwin dan diwalikan bukan Bapa sebenar, maka perkahwinan tidak sah dan ramai lagi anak haram akan lahir. Jika tidak benar dan anak gadis itu anak Azmin yang sah maka terbelalah maruah beliau, Azmin, Shamsidar dan Dato Seri Anwar yang sering "dituduh" rendah moralnya. Bangunlah ahli PAS, kita cegah kemungkaran dan mengelakkan kemurkaan Allah. Percaya pada janji ALLAH, kebenaran akan tertegak dan penipuan akan tersungkur. Jihadlah, selamatkanlah masa depan dan Syurga anak gadis yang tidak berdosa itu.



Jika anda tidak menyahut cabaran ini, maka perjuangan anda menegakkan Islam dalam PAS hanyalah palsu dan menipu diri sendiri tapi tidak mampu menipu ALLAH.

2 comments:

abu idris said...

Kitab " Ajhizah Daulah al - Khilafah ", Persediaan Berdirinya Negara Islam

http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/kitab-ajhizah-daulah-al-khilafah.html

Anonymous said...

abu idris...

terima kasih atas maklumat....

seperti yg lain lain...saya ttp impikan sebuah negara islam di malaysia dimana kuasa mahkamah/undang2 syariah diatas sivil.....hudud boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan kesalahan berat spt mendera kanak2 hingga mati, rogol kanak2, keluar masuk penjara lebih 3x tidak insaf2 dsb-mengikut musyakarah para ulama....

kerna...negara islam dan hukum islam sahaja boleh menjamin masa depan yg terang benderang untuk anak cucu kita....

semoga ALLAH berkati perjalanan kita disamping mengekalkan peerpaduan dan kasih antara umat islam dimalaysia...