ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, September 2, 2010

MUI HARUS KELUAR FATWA

Islam berupaya untuk mengatasi konflik antara 2 Negara Islam unik yang majoriti rakyatnya adalah berugama Islam. Bukan itu sahaja, Islam mampu mengeratkan hubungan Malaysia dan Indoonesia termasuk dari segi ekonomi,. Islam, Allah dan Rasul adalah segalanya dan kunci kepada perpaduan antara Islam. Namun, apabila Umat Islam tegar melakukan sesuatu yang melanggar hukum Allah, maka bencana adalah jawapannya. Itulah yang terjadi di dunia Arab apabila antara Islam berbunuhan sesama sendiri dan golongan Ulama pula memilih untuk berdiam diri atau memilih pihak. Akibatnya, hancurlah Islam Arab. Kini, senario yang sama berlaku di Nusantara. Umat Islam sekali lagi jatuh dalam permainan Syaitan dan Iblis sepertimana Qabil menyesali tindakannya membunuh Habil kerana cemburu.

Sebenarnya Malaysia dan Indonesia adalah benteng terakahir Islam di Asia selain dunia Arab. Bagi Negara Afghanistan, Pakistan,dan Bangladesh, selain pergolakan politik dan perbalahan antara Islam, mereka merupakan yang Negara Berpendapatan Rendah. Berlainan dengan Malaysia dan Indonesia yang Allah kurniakan dengan hasil bumi dan minyak yang banyak, kita kaya, makmur dan mampu menggunakan sumber ekonomi untuk mendaulatkan Islam di Asia. Jika Islam Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, serta Islam minoriti di India, Burma, Thailand, Singapura, Filipina mahu perlindungan dan tempat mencari rezeki, Malaysia dan Indonesialah tempatnya. Perihal ini menggusarkan Syaitan yang senantiasa mahu melihat umat Nabi Muhammad SAW bermusuhan dan berbunuhan. Lalu, pelbagai perkara di sesatkan seperti terletaknya tertib susunan Agama, Bangsa dan Negara. Nampaknya, Indonesia meletakkan Bangsa, Negara dan Islam ketiga dalam menjaga hubungan dengan Malaysia saudara Islamnya sendiri.

Hubungan Malaysia dan Indonesia adalah saudara sedarah, dan kini, ia lebih rapat lagi kerana kita ialah saudara Se-Agama. Ungkitlah segala konflik, penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia, orang Indonesia merompak dan merogol isteri dan anak di hadapan suami rakyat Malaysia, orang Indonesia membunuh rakyat kita hanya kerana mahu merompak duit kutipan kedai rakyat Malaysia, jurulatih Taekwando Indonesia dibelasah polis kita, rakyat Malaysia di culik di Jakarta, tanah di Malaysia banyak “dibeli” dengan diterokai secara haram oleh rakyat Indonesia, tanah Syarikat Malaysia di Indonesia diduduki begitu sahaja oleh rakyat Indonesia, malah ada yang dirampas dan pelbagai lagi isu sehingga ke isu remeh temeh seperti rendang, tarian dan lagu. Apakah kita lupa asa kepada perpaduan dan persaudaraan kita yakni bertuhankan Allah yang sama dan bernabikan Rasul yang sama? Apakah begitu murah harga persaudaraan Islam yang mudah diruntuhkan kerana sebuah tarian? Sebuah lagu dan hiburan dunia semata?

Indonesia memang layak mendabik dada kerana Islam di Malaysia juga banyak yang dipelajari dari sana. Kerana Ulama dan Cendekiawan Islam dari Arab datang ke Malaysia melalui Indonesia. Tapi kini selepas beratus tahun Islam menyatukan kita, Malaysia dan Indonesia dilaga-lagakan supaya Islam di Asia menjadi semakin lemah. Siapakah yang beruntung jika dua Negara Islam di Asia ini berperang dan berbunuhan? Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Filipina, Myanmar, Pakistan, Afghanistan, India, Bangladesh, Iran, Iraq, Israel atau Amerika? Jelas, yang rugi jika Malaysia dan Indonesia berperang ialah Islam, malah kerugian yang lebih hebat ialah dilaknat Allah di akhirat kelak. Malangnya, disebelah Indonesia yang rakyatnya yang menghina Malaysia, berkonfrontasi, menjolok kesabaran Malaysia, mahu sangat berperang dan bergaduh dengan Malaysia, sehingga mahu membunuh dan menghalau rakyat Malaysia, mereka dan media dibiarkan bebas sebebasnya. Mereka bebas mengatakan apa sahaja termasuk menghina Malaysia Saudara Islam mereka kononnya atas dasar kebebasan bersuara. Hancurlah nilai Islam mereka semata-mata kerana isu kecil.

Lebih teruk lagi di Negara 200 juta dari 230 juta rakyat yang beragama Islam, Majlis Ulama Indoesia sehingga kini gagal mengeluarkan sebarang arahan dan panduan supaya umat Islam di Indonesia dan Malaysia tidak berakhir dengan pergolakan Islam di bumi Arab. Biarlah kita lihat, samada pergerakan Ganyang Malaysia ini sebenarnya anti Malaysia atau anti-Islam? Sesungguhnya, rakyat Malaysia Islam begitu menurut perintah Allah yang tidak menyusahkan serta manganiaya saudara Islam Indonesia yang bertebaran di bumi Malaysia bagai semut mencari sebutir gula. Lebih dari itu, Islam juga menyuruh umatnya memberi pertoolongan dan perlindungan dikala saudara Islam ditimpa musibbah, sesuatu yang Malaysia lakukan setiap kali Indonesia dtimpa bencana. Bangunlah MUI, jangan jadi hiasan sahaja dan membiarkan Islam hancur di Nusantara.

Sikap diam diri MUI membiarkan rakyatnya terutama yang beragama Islam mencemar Ramadhan dikesali. Apakah MUI hanya akan mengeluarkan fatwa selepas rakyat Indonesia dan Malaysia berbalah dan berbunuhan dihadapan Kaabah ketika sama-sama menunaikan Haji kelak? Bangkitlah Indonesia, dan Malaysia, jadilah satu ISLAM. Mana tahu, dengan dinar emas, kita boleh jadi kuasa baru ekonomi dunia Islam. Segala Puji bagi Allah dan Rasulnya, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

2 comments:

ilhamku said...

Bangsa Boleh Pupus ISLAM hingga Kiamat tak boleh Pupus.
Di Malaysia didahulukan Bangsa Bukan Islam didahulukan .Sama dengan Indonesia-Cerita katakan Hebatnya Islamnya di Indonesia malah ramai rakyatnya tanpa pedoman pastikan.Halal haram tak penting janji kenyang-,Parahnya sudah menular di Malaysia,MUI tiada Kuasa Di Malaysia -Kerjanya Untuk Kahwin dancerai,Kes Kematian ...VIP,itu sahaja,Nasihat2 Kuasa2 Ulama Tiada,fikirkan.....Bila nak tegakkan undang2 Allah kata tak yakinlah ..maka tiada IMAN.....

Mustaqim Abdul Rahman said...

saya setuju......selagi ditegakkan islam dan syiar nya....dan penyakit indonesia juga sudah sampai di malaysia....kawan saya ke BTN....mereka menekankan supaya rakyat malaysia meletakkan negara kemudian bangsa kemudian agama...

pada saya jika itulah pilihan kita....rugilah bangsa kita melayu..ALLAH DAN ISLAM TIDAK RUGI APA2