ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, June 16, 2017

Penjarakan Ibu Bapa Pembuli! Pinda Akta Pembuli!

Apa yang terjadi pada Arwah Zulfarhan dan Mendiang Nhaveen boleh terjadi pada anak kita jika Kerajaan dan pemimpin dari kedua parti tidak memperjuangkan pindaan akta pembuli.

Terlalu banyak pendapat tentang kenapa buli terjadi tetapi sebagai individu yang pernah dibuli dan hampir jadi pembuli saya yakin ia disebabkan pemikiran "dulu aku kena buli, sekarang apa salah aku buli" dan "kalau kau boleh buat, apa salahnya aku buat dan aku boleh buat".

Kerangka besar pemikiran manusia dan masyarakat membuktikan pemikiran digerakkan oleh "perdana" dengan mass media seperti Televisyen alat mempengaruhi watak dan nilai manusia.

Acap kali kita dengar keburukan Mantan Perdana Menteri didedahkan Televisyen untuk tujuan menghalalkan perbuatan curang Kerajaan hari ini dimana ia secara tidak langsung mendidik masyarakat bahawa jika ibu bapa kita atau senior kita mencuri, apa salahnya kita mencuri?

Sering kita mendengar dalam pekerjaan, Doktor Senior tegaskan mereka dulu "on-call" 48 jam kenapa Doktor muda hari ini tidak boleh. Begitu juga dalam semua pekerjaan lain, dialog yang serupa menghalalkan perbuatan buli hari ini dengan mengatakan ia tradisi dan perkara biasa!

Buli tidak hanya berhenti di Sekolah, dan pekerjaan tetapi juga tutur kata.

Lihat sahaja Menteri Senior kita yang gemar membuli orang lain dengan terma-terma degrading. Sikap ini kita terima dan dijaja dalam Televisyen sebagai satu nilai anak jantan yang "baik".

Bagi dialek Negeri yang sering menggunakan perkataan celaka, nate, beruk, bodoh, dan sebagainya kepada rakan Negeri lain, buli perkataan juga diangkat sebagai nilai yang perlu diterima samada secara suka atau paksa.

Buli tidak berhenti disitu, di jalan raya hon panjang juga merupakan tindakan membuli pemandu lain. Ajaibnya, walaupun Sekolah Cina setiap hari menyebabkan kesesakan jalan teruk akibat kereta ibu bapa yang sesuka hati meletak kenderaan di tepi jalan berlapis-lapis tetapi tidak pernah pula di hon panjang.

Mungkin kita anggap semua perkara disebut diatas adalah perkara kecil. Buli kecil.

TETAPI, buli kecil inilah yang membawa kepada buli besar dan kemuncaknya adalah kekasaran fizikal beramai-ramai terhadap subjek!

Amat malang, kita boleh biarkan kes buli Arwah Zulfarhan dan Nhaveen berlalu seperti yang biasa kita lakukan TETAPI jika kita terus bersikap tidak peduli seperti kebiasaan kita ANAK KITA mungkin akan menjadi korban mangsa buli.

Justeru, atas nama keadilan, kita harus mendesak Kerajaan dan pemimpin dari kedua parti berhenti sedetik berkelahi dan bersatu meminda undang-undang pembuli dengan menghukum ibu bapa pembuli.


Hukuman bukan untuk menghukum tetapi untuk AJAR ibu bapa pantau anak mereka. Didik anak kita jika mereka mahu susahkan hidup sendiri sukahati tapi jangan susahkan hidup orang lain.

Hukuman boleh berkisar dari denda, kerja kemasyarakatan hingga maksima penjara mengikut kadar adil mata dengan mata dan diyakini hukuman atas ibu bapa akan membuatkan ibu bapa meningkatkan pemantauan atas anak-anak mereka dan tidak hanya lepaskan tanggungjawab itu pada Cikgu semata-mata.

Hukuman keatas ibu bapa atas kelaku anak bukanlah perkara baru kerana Negara seperti Scotland, England, Sweeden dan lain-lain memang menghukum ibu bapa yang gagal melindungi anak-anak mereka.

Jelas, kelaku anak dan jenayah pembuli budak sekolah ini sebenarnya adalah salah ibu bapa yang menyumbang.

Mungkin ibu bapa tidak sedar ketika pertama kali anak mereka berumur 6 tahun pulang dari sekolah dan mengadu pensil mereka diambil rakan, buku mereka diconteng rakan apa jawapan kita, mereka diejek/dijentik rakan dll???

YA! Jawapan kita pada anak-anak sebenarnya menggalakkan mereka menjadi pembuli atau berpotensi dibuli dan amat sedikit akan berkata pada anak-anak tidak apa, biar orang buat kita, jangan kita sesekali buat orang! Sinis? Tapi itulah realiti hari ini!


Thursday, June 15, 2017

Melayu Bodoh (Part 4) Nuzul Quran: Melayu Baca AlQuran Tapi Tidak Faham

Ngo em son tin yau ngan, tin mo ngan, tin em pong ngo - Amen.

Bayangkan AlQuran dalam Bahasa Cina, dan kita baca ayat di atas secara berulang-ulang sebagai doa?
Tidakkah kita mahu tahu akan maksudnya?

Peliknya, itulah yang telah menjadi daki dalam masyarakat Melayu!

Benar, 700 tahun dahulu ketika AlQuran menukar keturunan Parameswara kepada Seri Paduka Baginda (Rasulullah SAW), Islam diwarisi secara kelahiran.

Justeru bagi menggalakkan perkembangan Islam pada zaman itu adalah dengan megeluarkan "fatwa" baca sahaja AlQuran(tanpa faham) dapat pahala dan kita akui ia kaedah yang diterima dan ada baiknya dalam konteks zaman 700 tahun dahulu dan terus diwarisi hingga hari ini!

Namun, pada hari ini wajarkah selepas 2-3 kali atau selepas berpuluh tahun KITA baca dan khatam AlQuran tidakkah kita mahu tahu apa sebenarnya yang kita baca itu???!!!

Ramai Melayu yang saya jumpa malah ada yang mengaku pada usia 55 tahun baru dirinya tergerak mahu baca terjemahan AlQuran dan mahu tahu apa yang dibacanya sejak 50 tahun dahulu.

Bayangkan, selama 50 tahun kita baca AlQuran kita tidak faham apa yang kita baca?

Perlu diingatkan, dalam AlQuran Allah suruh fahami(bukan baca sahaja) AlQuran dan menekankan ayat seperti tidakkah mereka mahu berfikir, tidakkah mereka mahu memahami, tidakkah mereka mahu menggunakan akal dll!

Misalnya, kita wajib menyebut mati 5 kali sehari, tapi kerana Melayu tidak sedar mereka sebut mati 5 kali sehari maka dalam masyarakat Melayu menyebut tentang mati adalah perkara yang tidak baik lebih lagi ketika melawat orang tua dan sakit!

Bila sudah faham AlQuran, maka ramai juga yang membuat tafsiran sendiri dan terus berjihad di Syria tanpa berjihad dan membetulkan ahli keluarga dan masyarakat sendiri terlebih dahulu.

Usaha Kerajaan mewajibkan Bahasa Arab dan mengajar Bahasa Arab di Sekolah Agama tidak berjaya kerana lebih ramai yang bertukar menjadi Arab dari yang berjaya menguasai Bahasa Arab!

Apakah kita fikir orang Arab tidak faham AlQuran yang ditulis dalam Bahasa Lidah mereka, bahkan mereka faham, tetapi kelaku, permusuhan sesama Arab dll mengambarkan mereka tidak faham, malangnya orang Arab itulah yang orang Melayu puja dan mahu tiru(bukan Nabi).

Ayo Melayu!! Bangkit Melayu! Bacalah AlQuran dengan terjemahan kalau tidak bacalah ayat Cina Kantonis diatas dan amin tanpa memahami maksudnya!

Ya! Melayu Bodoh, tetapi janganlah tuli lebih lagi perjalanan kita masih panjang dan kita masih muda, malangnya masa tidak mengizinkan kerana "opportunis" berada dimana-mana menunggu kejatuhan dari kerbrorokan nilai bangsa Melayu justeru kita perlu kembali pada AlQuran dan rapatkan SAF kita!!!

PS: Mari kita bersama-sama ucap terima kasih pada Allah yang telah menurunkan AlQuran pada kita pada 17 Ramadhan yang lalu(3 hari lepas). Terima Kasih Allah.

Secara peribadi saya sendiri pada usia 37 tahun baru benar-benar memahami setiap butir kata yang saya ucap ketika solat. Allahuakbar, semoga Allah ampunkan kejahilan kita semua. Amin.

Dalam Solat banyak pujian-pujian bagi Allah yang meleret-leret bagi menunjukkan kita memuji-muji Allah justeru kita pujilah Allah pagi dan petang, sebanyak-banyak puji tanpa menyingkatkan pada Bismillah sahaja dan habiskan puji DIA pemurah dan penyayang, pada Allahu sahaja dan habiskan puji pada DIA yang maha besar, pada OMG(OhMyGod) sahaja dan habiskan puji pada OhMyMercifulGod dll.

Wallahualam.

Monday, June 12, 2017

Melayu Bodoh (Part 3): Ketatkan Takrif Kaum Melayu Kerana Pakistan/Bangla Bukan Melayu!

Mujahirin dan Ansar adalah suku kaum dalam Bangsa Arab dan kejayaan menyatupadukan mereka oleh Baginda Rasulullah SAW membuka kepada penyatuan Islam ketika itu.

Jelaslah, Baginda SAW sendiri menggunakan perpaduan kaum untuk menyatupadukan Islam selari dengan beberapa ayat AlQuran yang menjelaskan Allah berfirman, manusia akan bergaduh kerana sepotong ayat di dalam AlQuran maka usaha menyatukan Islam menggunakan Islam sukar(bukan mustahil) dilakukan.

Dalam konteks dunia moden, Melayu perlu ikut Rasulullah SAW menggunakan kaum untuk bersatu bagi menjayakan penyatuan Agama persis kejayaan Eropah bersatu menggunakan platform Bangsa Eropah bukan Agama Kristian!

Malangnya penyatuan Melayu sukar dilakukan kerana takrif Melayu dalam perlembagaan amat longgar dimana siapa sahaja dari "planet" manapun yang mengamalkan adat dan cara hidup Melayu di Malaysia ditakrif sebagai Melayu!

Anak hasil benih dari perkahwinan Pakistan-Indonesia, Bangladesh-Cina, Kemboja-Kemboja, Nepal-Melayu, Thailand-Siam,  Arab-Arab, Mamak-Mamak, Orang Asli-Asli Bandar dll semuanya di panggil Melayu asalkan mereka beragama Islam dan bertutur Bahasa Melayu.

Diperakui fakta ketika Malaysia ditubuhkan takrif Melayu secara sukarela dilonggarkan oleh kaum Melayu memandangkan populasi Melayu ketika itu hanyalah 3 juta orang sahaja(baca buku LKY jika Singapura menyertai Malaysia populasi Cina lebih ramai dari Melayu ketika itu).

Namun, hari ini ia menjadi tidak terkawal dan menjadikan sukar untuk menyatukan Melayu, malah amat sukar untuk menjaga nilai dan integriti Melayu.

Alasan atas dasar Islam juga kurang(bukan tidak sesuai), amat kurang berkesan dalam konteks kedaulatan Negara dan maruah Melayu sendiri kerana kekayaan hasil dari kitaran ekonomi tidak berlegar dalam kaum Melayu sebaliknya akan dibawa mengalir keluar ke Pakistan, Bangladesh, mereka akan korban Lembu di India, di Danok, mereka akan beli rumah di Kemboja, di Arab dll.

Jangan keliru dengan perjuangan agama, kita perlu perjuangkan diri sendiri sebelum mampu perjuangkan keluarga, saudara, masyarakat, dan kaum selepas itu barulah kita mampu perjuangkan agama!

Mungkin orang Melayu merasa seronok ramai orang mahu mengaku Melayu kononnya Melayu itu "kaum suci" dan Islam itu "terjaga" dan diperjuangkan tanpa mereka sedar mereka hanya ditunggang dan diperalatkan demi kelangsungan hidup mereka-mereka ini.

Ya! Melayu Bodoh, tetapi janganlah tuli lebih lagi perjalanan kita masih panjang dan kita masih muda, malangnya masa tidak mengizinkan kerana "opportunis" berada dimana-mana menunggu kejatuhan dari kerbrorokan nilai bangsa Melayu.

Ayuh bangkit Melayu!

PS: Saya kenal ramai pekerja Kerajaan di Putrajaya yang ibu dan bapanya lahir di Kemboja, yang ibu bapanya lahir di Indonesia, di Thailand dan kini trend di Bangladesh dan Pakistan.

Tidak apa jika mereka ini benar-benar Melayu tetapi mereka bertutur dalam Bahasa India, Thailand, Bangladesh malah mereka hanya memilih "sewarna" mereka sebagai pasangan hidup dan rakan perniagaan!

Mereka mempunyai ramai saudara di "sana" dan alirkan beratus juta wang hasil kita keluar ke sana setiap tahun!

Kan lebih baik jika jawatan itu diisi oleh anak Melayu yang ibu bapanya bermandi darah mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah???!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 7, 2017

Melayu Bodoh(Part 2): Melayu Gagal Faham Sebatang Lidi Tidak Berguna

Satu perkara yang boleh menafikan tajuk Melayu Bodoh ini ialah orang Melayu hari ini semakin ramai Melayu kaya!

Kaya dalam kategori mempunyai pendapatan isi rumah berbelas ribu sebulan sehingga berjuta ringgit sebulan.

Begitu juga dengan perniagaan orang Melayu yang semakin hebat menafikan monopoli orang Cina. Lihat sahaja Bangi Sentral, Seksyen 7 Shah Alam, Mood Republik dan lain-lain, semuanya melahirkan puluh ribu ahli perniagaan Melayu bertaraf jutawan.(ikut aspek penulis jutawan mereka mentaksir jutawan bukan dari tunai tetapi dari nilai aset yang dimiliki)

Satu perkembangan yang baik tetapi langsung tidak membanggakan.

Sekaya pun mereka, mereka tetap bergerak dan berfikir seperti sebatang lidi. Sesuai dengan fizikal mereka, tidak berguna tanpa peralatan.

Sebatang lidi tidak berguna kepada sesiapa melainkan "pain in the ass" yang boleh cederakan mata.
Lidi hanya berguna bila diikat bersama dengan satu ikatan.

Ikatan ini adalah simbol pada prinsip penyatuan.

Melayu Kaya boleh bermegah berbelanja jutaan, rumah puluh juta, kereta juta, Dato, Tan Sri, projek ratusan juta, tetapi sebatang lidi tetap tetap tidak berguna!

China telah mengorak langkah penaklukan dan penjajahan alaf baru moden melalui ekonomi dan kuasa wang. Orang Melayu tiada masa dan tiada pilihan lagi selain dari bersatu.

Belilah dari perniagaan orang Melayu walau ia lebih mahal kerana itulah yang orang Cina lakukan melalui Sekolah Cina dan Persatuan Cina! (Jakel bukan Melayu tapi Pakistan)

Langganlah perkhidmatan dari Melayu walau seserik mana pun anda kerana itulah yang orang Cina lakukan ketika IKS Cina baru mahu berkembang awal 80-an dahulu.(ketika itu amat popular "tagged line" kalau tidak tipu bukan Cina tetapi Cina tetap sokong Cina)

Gunalah agen/orang tengah Melayu walaupun ia lebih menyusahkan kerana itulah yang orang Cina lakukan demi kaum mereka ketika industri pengilangan bermula 80-an dahulu.

Saya tahu kerana saya juga Cina, saya tahu bagaimana peniaga Cina jual pada harga berbeza pada Ibu saya dan pada orang Melayu pada masa sama. Saya tahu kerana hingga hari ini Ibu saya tetap akan sokong perniagaan, produk dan melanggan dari orang Cina selagi tidak haram ie baiki kereta, beli barang runcit dll.

Ayo Melayu! Sokong Melayu! Demi Melayu! Hidup Melayu!

Ya! Melayu Bodoh, tetapi janganlah tuli lebih lagi perjalanan kita masih panjang dan kita masih muda, malangnya masa tidak mengizinkan kerana "opportunis" berada dimana-mana menunggu kejatuhan dari kerbrorokan nilai bangsa Melayu.

Ayuh bangkit Melayu!


Tuesday, June 6, 2017

Melayu Bodoh (Part 1): Nilai Berita Melayu Sampah, Berita FGV 0

Apakah nilai berita untuk masyarakat berjaya?

Cerita pergaduhan parking dan trafik? Kisah cinta dan pergolakan suami isteri? Mempersendakan orang lain? Mengambil kesempatan kekhilafan saudara seagama lain? Rating, populariti, like atau pembangunan sahsiah masyarakat?

Nilai berita masyarakat berjaya adalah pendidikan, intergriti masyarakat serta ancaman utamanya yakni rasuah!

Malangnya, orang Melayu malas membaca bahan bacaan yang berat dan lebih sesuatu yang santai, sesantai nasib mereka di bumi sendiri!

Hari ini kita digemparkan dengan berita melanda organisasi ulung, utama orang Melayu iaitu FGV yang menjadi pemangkin kepada 50% ekonomi pendapatan keluarga Melayu melalui Tanah Rancangan Felda.

Pentadbiran FGV yang diketuai dan didominasi Melayu sepenuhnya diancam oleh bahaya rasuah dan berapakah akhbar yang melaporkannya? 0!

Berapakah media alternatif popular sensasi berjuta pengikut di FB yang menyiarkannya? 0!

Berita seumpama ini tidak penting untuk Melayu, kerana yang lebih penting untuk mereka ialah bagaimana mahu menggelakkan orang lain, merendah dan menghina orang lain, serta bergembira dengan kegagalan dan kesilapan orang lain.

Melayu Bodoh, tetapi janganlah tuli lebih lagi perjalanan kita masih panjang, cuma masa tidak mengizinkan kerana "opportunis" berada dimana-mana menunggu kejatuhan dari kerbrorokan nilai bangsa Melayu.

Ayuh bangkit Melayu!