PAS, PKR dan UMNO merupakan 3 parti utama orang Melayu. Ketiganya mempunyai asas perjuangan yang berlainan dengan satu persamaan yakni Melayu.
Saya agak dekat dengan UMNO kerana sejak Medan Selera Jalan Raja Muda KL dibuka sekitar tahun 89 saya menjadi pengunjung setianya setiap malam hingga tahun 91. Itulah kehidupan malam yang ada untuk budak kota seperti saya dimana selepas itu dianggap jauh. Tempat makan itu juga menjadi tumpuan orang UMNO sekitar KL berjumpa, bersembang dan paling penting sambil menonton WWF.
Bila remaja, saya tinggal di kawasan putih UMNO dimana jiran saya tiba-tiba menyokong UMNO seperti lalang apabila beberapa imbuhan timbul untuk direbut. Keluarga kami tidak berparti menyokong yang benar tetapi malangnya dipulau oleh jiran UMNO hanya kerana menutup pintu rumah semasa mereka mengadakan Pemilihan UMNO Cawangan bawah kanopi depan rumah kami.
Bila sudah berkerja ia adalah zaman Tun Dr Mahathir meletak jawatan maka UMNO sangat kuat dan hampir berada dimana-mana di pejabat dan dikawasan rumah baru.
Apa yang menjadikan kami tidak menyokong UMNO walaupun berpeluang menjawat jawatan di Cawangan Kampung dengan kelulusan kami ketika itu adalah pendedahan yang diberi oleh Abah.
Abah tidak berparti, bersaudara dengan semua Islam samada PAS, S46 mahupun UMNO yang datang berjumpa dengannya meminta nasihat dan perlindungan. Nasihat Abah beri, perlindungan dia suruh minta pada Allah dia tolong aminkan sahaja katanya.
Masa kecil cuti Sekolah Abah bawa saya tinggal di rumah sahabatnya di Kg Baru Tengku Razaleigh tidak salah saya di KB dan di Pasir Mas, saya lupa nama kampungnya. Disana saya mengenal PAS dengan cara yang berbeza tapi rapat.
Sebulan sebelum Anwar dipecat sebenarnya Polis sudah menahan beberapa pengikut Anwar untuk disoal siasat. Abah dimaklumkan malah beberapa saudara pengikut Anwar yang mantong di soal siasat polis datang ke rumah berjumpa Abah. Mereka adalah orang UMNO yang kemudian menjadi PKR dan adalah orang yang saya amat kenal.
Itulah sedikit sebanyak tentang latar belakang saya dalam politik tepian dan tujuan artikel ini ditulis adalah untuk meminta maaf kepada semua ahli PAS dan PKR juga UMNO.
Saya ada menulis beberapa artikel yang agak keras terhadap PAS dan PKR malah terhadap "pengkhianat" yang pulang masuk UMNO semula. Perlu saya akui, pengaruh akhbar perdana selain peranan media massa termasuk elektronik ada mempengaruhi saya.
Hari ini saya baru sedar POLITIK ADALAH PAKAIAN.
Baik atau jahat, salah atau betul, ahli parti hanya memakai pakaian yang berbeza tetapi jiwa yang sama ada yang baik, ada yang jahat, ada yang salah ada yang betul.
Samada mereka pakai hijau, biru, merah atau putih, itu hanya pakaian dan tidak menentukan siapa mereka. Mereka pakai Baju Melayu atau Jubah atau Kot mereka tetap memperjuangkan Islam, Melayu dan juga orang ramai.
Menjadi perkara biasa jika ada dalam kalangan si baju Melayu, dalam kalangan si Jubah atau si Kot ada yang jahat tapi bukanlah seluruhnya jahat.
Mereka juga bebas menukar pakaian kerana mereka tidak menukar warna kulit, mata ataupun rambut.
Kekurangan adalah perkara biasa yang mereka usahakan bersama untuk perbaiki dalam parti masing-masing samada UMNO, PAS atau PKR.
Orang ramai dan rakyat tidak seharusnya terikut dengan permainan persepsi media baru dan juga media lama. Pakaian tidak boleh dijadikan ukuran perjuangan mereka.
Atas kesilapan menilai inilah saya banyak menghentam PAS, PKR dan juga UMNO yang suka menerima orang sana dan ingin saya mengambil kesempatan untuk meminta maaf.
Samada anda PAS, PKR ataupun UMNO ia hanyalah baju dan ia tidak mengubah siapa anda disebalik pakaian itu dan teruskan perjuangan anda walau apa jua baju anda sekalipun.
Tahniah dan teruskan berjuang untuk Islam, Melayu dan Malaysia tidak kira apa jua pakaian yang dipakai, jika tidak sesuai mungkin boleh tukar baju melayu esok vice versa siapa tahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Syabas saudara..tulisan yg mantap..saya ikuti tulisan saudara sejak april 2013..Teruskan menulis
mcm mana sy nk contact en mustaqim berkenaan hal ini. saya ada sikit maklumat untuk dikongsi. sy sertakan no telefon 0172630526. minta jasa baik encik padam nombor ini setelah salin. tq
Post a Comment