Satu Malaysia kecoh mengecam kekejaman Yahudi menyerang
Palestin.
Sekurangnya, orang Palestin diserang dan dibunuh oleh orang
kafir. Mereka syahid mempertahankan maruah keluarga diri, dan agama Islam dari
serangan bukan Islam.
Saya
pula, pada hari yang sama, diserang oleh saudara
seagama saya di Bahagian Bangunan, Majlis Perbandaran Selayang dengan
jiran Taman Anjung Melati.
Mereka menyerang saya dan mendesak Majlis Perbandaran
Selayang merobohkan bangunan yang saya bina di atas tanah saya sendiri yang
saya warisi dari nenek saya yang dikaruniakan Sultan sebagai balasan jasa
mempertahankan bumi Selangor.
Yahudi hanya membantu kita memusnahkan orang Islam kerana
jika Yahudi tidak lakukan sudah pasti orang Islam sendiri akan memusnahkan
orang Islam lain dengan pelbagai alasan dunia tanpa menjunjung Al-Quran itu
sendiri sama seperti yang terjadi di kebanyakan tempat di Malaysia.
Rahman Palace adalah sebuah bangunan yang saya dirikan
diatas tanah seluas 2.75 ekar yang dimiliki bersama oleh 20 penama dengan 50
pewaris. Ada antara waris ini adalah anak yatim yang tidak dibela nasibnya.
Bahagian saya kurang lebih 17,000 kaki persegi dan bangunan
saya hanya berkeluasan kurang 5000 kaki persegi. Dan disinilah tempat saya
mencari rezeki, sekurangnya dari dibiarkan tanah pusaka rizab Melayu dibiarkan
kontang dan semak dengan hutan.
Masalah busuk hati, dengki dan khianat orang Melayu sesama sendiri
tidak dapat dibendung dan mereka gunakan pelbagai alasan seperti parkir
walaupun saya sudah bina parkir, tikus, dan anjing walaupun hakikatnya mereka
tahu rumah kongsi berdekatan lengkap dengan kantin lebih kotor dan jijik.
Semua alasan ini digunakan semata hanya untuk memuaskan
nafsu khianat mereka melihat orang Melayu lain membina kehidupan. Undang-undang
dunia memang punya banyak kelemahan untuk dimanipulasikan mengikut kepentingan
sendiri, tapi ingat undang-undang akhirat adalah tetap mengiktiraf hak saya
sebagai pemilik tanah yang dikurniakan Allah untuk dimanfaatkan.
Nasib saya ini bukanlah yang pertama seumpamanya. Mengikut
laporan lebih RM 40 billion hartanah Melayu Islam beku dan tidak dapat dimajukan kerana masalah
faraid yang menghalang proses tukar syarat guna tanah, proses tukar nama,
proses permohonan pembangunan dan segala proses yang mustahil kerana selain masalah khianat sesama Islam adalah masalah
faraid bidang kuasa Syariah manakala pembangunan setempat pula bidang kuasa
Sivil.
Ditambah pula dengan bangsa Melayu yang busuk hati sesama
saudara sendiri, tidak boleh melihat kaum sendiri maju dan agama sendiri kuat,
maka tercelalah Islam juga Melayu.
Kadang-kadang difikirkan jika begitulah nasib rizab Melayu
maka adalah lebih baik jika dimansuhkan sahaja tanah Rizab Melayu kerana apa
gunanya jika ia tidak boleh diusahakan dan jika bertekad usahakan didengki pula
dengan Melayu lain hingga Melayu penjawat awam pula datang meruntuhkan.
Senario ini amat berbeza bagi Cina seperti di kawasan industri
Sg Buloh yang mana beratus Kilang Haram Cina dibina diatas tanah Pertanian ditawarkan
pemutihan oleh Kerajaan Negeri Selangor BN dahulu, tetapi tidak mendapat
sambutan. Disebabkan mereka satu hati, tidak dengki sesama bangsa mereka tidak
tergamak jauh sekali sanggup menyuruh petugas Kerajaan Melayu menggunakan
undang-undang sedia ada untuk meruntuhkan bangunan orang Cina lain.
Saya berasa amat puas hati jika saya diserang oleh si kafir
tapi malangnya, saya diserang oleh bangsa saya sendiri, seagama, dan MPS yang
majoritinya Melayu juga terpaksa melakukan tugasnya kerana itulah yang didesak
oleh orang Melayu sendiri.
Walaupun saya seorang tempoh hari, tapi saya percaya saya
akan mendapat sokongan dari kalangan orang Melayu yang tidak berhati busuk, dan
percayalah saya akan pertahankan perniagaan saya hingga nyawa bercerai dari
badan. Dan jika saya bernasib baik, saya berharap perjuangan saya mendapat
sokongan dari orang yang senasib, seagama, pihak berkuasa, pemimpin malahan
pihak Istana sendiri kerana Rizab Melayu termasuk dalam wasiat Raja Melayu
untuk menyatukan Melayu bukan memecahbelahkan Melayu.
Bukanlah satu ayat yang dibanggakan berkata tentang nyawa kerana
yang mahu menceraikan nyawa dari badan ini bukanlah Yahudi yang dilaknat Allah,
tapi oleh muslim yang berTuhan yang sama, Rasul yang sama, mungkin kiblat yang
lain.
Semoga ramai lagi nasib seumpama saya bangkit bukan
menyerang saudara Islam lain, tapi mempertahankan diri dari serangan orang
Islam sendiri.
Di Malaysia, Yahudi tidak perlu buat apa-apa, kerana Melayu
akan memusnahkan Melayu, dan Islam akan membunuh Islam yang lain.
Kesimpulannya, Melayu lebih kejam dari Yahudi.
No comments:
Post a Comment