Malaysia Indonesia adalah serumpun. Fikirkan semula apatah
lagi selepas membaca pengalaman rakan-rakan, saudara dan terbaru wartawan Utusan
di sana. Indonesia adalah “pembantu” Malaysia, tetapi Indonesia tidak anggap
Malaysia “pembantu” mereka, justeru tiada semangat bantu-membantu pernah wujud.
Yang ada, Malaysia adalah musuh Indonesia tetapi bukan pada Malaysia. Perkataan
musuh berdosa diucapkan antara umat Islam kerana mereka adalah bersaudara,
namun ini konteks Negara dimana Indonesia mempunyai 238 juta rakyat pelbagai
agama dan bangsa.
Data Sensus Indonesia pada tahun 2000 menunjukkan 86.1% dari
206 juta rakyat Indonesia beragama Islam (177 juta) dan data sensus 2010
menunjukkan hanya 70% dari 238 juta rakyat Indonesia beragama Islam (166 juta).
Itu belum dikira ketidakkepatan dan beberapa faktor lain. Jelas usaha
menumbangkan kekuatan Islam di Indonesia berjalan lancar dan dikatakan
kira-kira 2 juta Muslim murtad atau menukar agama setiap tahun.
Dakwah agama bukanlah rahsia jika kita berani membicarakannya.
Baik Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, mereka senantiasa berdakwah samada
dalam kalangan atau diluar kalangan. Selain atas sebab perkahwinan, murtad
sering dikaitkan dengan kemiskinan. Umum juga mengetahui majoriti rakyat
Indonesia dihimpit kesusahan.
Hakikatnya, umat Islam di Indonesia sudah lama berperang
dengan gejala murtad dan mereka terpeangkap dalam polemik antara agama dan
Negara Bangsa. Peperangan akidah ini tidak pernah surut malah semakin hari kian
berkembang.
Malaysia dilihat sebagai halangan perjuangan memurtadkan
orang Indonesia kerana lebih 5 juta orang Indonesia berjaya keluar dari kemiskinan
hidup hasil “menumpang” rahmat Allah di bumi Malaysia.
Hubungan Malaysia dan Indonesia di era Mahathir-Suharto juga
amat akrab kerana ia dinaungi faktor “kepercayaan kepada Allah”. Faktor ini
merencatkan gerakan murtad di Indonesia kerana Malaysia berjaya membuktikan
Islam bukan agama orang miskin, juga membuktikan orang Islam boleh berjaya dan
kaya raya seperti agama lain. Lebih dari itu, Malaysia berjaya menghapuskan
dinding kepercayaan lama orang Islam yang menjerumuskan mereka kekancah
kedaifan.
Buktinya, setiap tahun sebanyak 20 billion ringgit di hantar
pulang ke luar Malaysia dan Indonesia menikmati 70% dari hasil tersebut.
Akibatnya beberapa pihak tidak senang melihat dua Negara beradik
ini bersatu memperkukuhkan empayar Islam di Asia Tenggara. Untuk rekod, tiada Negara bermajoriti orang Islam
di dunia yang umat Islamnya tidak bermusuhan sehingga ada yang saling
berbunuhan dan tidak huru hara melainkan Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Ironinya, umat Islam tidak mampu ditentang secara berhadapan
kerana mereka amat gembira mengorbankan nyawa demi Allah. Fakta ini dibuktikan
melalui peperangan antara agama satu masa dahulu. Musuh Islam hari ini sedar
Umat Islam harus dilemahkan dan cara paling mudah adalah mencetuskan
perkelahian antara mereka. Jika orang Islam saling bermusuhan dan membenci maka
kemenangan pasti menjadi milik musuh Islam dan seperti Arab, permusuhan antara
Islam serta jumlah korban perselisihan antara Muslim jauh lebih ramai
berbanding yang dibunuh oleh Bukan Islam. Kesimpulannya, hanya orang Islam
sahaja mampu menjahanamkan Islam.
Melaga-lagakan hubungan Indonesia dengan Malaysia sama
seperti melagakan hubungan 166 juta Muslim Indonesia dengan 17 juta Muslim
Malaysia. Perlu diingatkan jika terjadi perselisihan fizikal antara kedua
Negara yang kalah adalah Islam dan yang menang adalah musuh Islam.
Jika diberikan pilihan untuk mempertahankan Islam atau
Bangsa terlebih dahulu, sudah pasti Muslim Malaysia akan memilih Islam kerana
kita diajar memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara berbanding Indonesia yang
akan memilih Bangsa Negara kerana melalui pancasila mereka diajar
memperjuangkan Negara, Bangsa dan Agama. Suka atau tidak, orang Islam WAJIB
meletakkan agama Islam diatas segalanya.
Jelaslah permusuhan, sengketa, perselisihan dan konfrontasi
oleh antara Indonesia dan Malaysia adalah perkara kecil yang sengaja diperbesarkan
tangan-tangan ghaib di sana. Mereka mahu melihat TEMBOK ISLAM ASIA TENGGARA runtuh
agar Islam dapat dilemahkan dan akidah mereka dapat ditewaskan.
Harapan terakhir keamanan umat Islam dunia adalah di rantau
ini, dan harapan terakhir umat Islam Indonesia dan Malaysia untuk melihat Islam
bangun semula hasil penyatuan dari segala aspek juga berada disini.
Bangkitlah
saudaraku diseberang, bersatu baru kita mampu rapatkan saf, bilamana saf sudah
rapat tiada apa yang dapat menghina agama Islam lagi. Bangkitlah demi Allah dan
Rasul SAW. Akhirinya perbuatan memusuhi saudara seIslam anda di Malaysia dan
tiuplah semboyan kerana perang antara kita menentang Iblis dan Syaitan sudah
hampir menemui keputusannya.
Anak Malaysia Darah Talok Kuantan, Riau