ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, May 4, 2012

Marina Bukan Mahathir, Penjenayah Jalanan, Undi Polis Yang Berpindah dan Kufur Nikmat

Marina Bukan Mahathir


Saya mengikuti blog Marina Mahathir sejak tahun 2006 dan sudah tentulah saya mengikutinya kerana bapanya. Pada ketika itu, ia amat menakjubkan melihat sisi-sisi ideologi berbeza dari anak-anak Melayu yang hebat. Kita perlu tahu, Marina bukan Mahathir, sungguhpun dia anak kepada Dr Mahathir tetapi dia bukan lagi membawa "bendera" ayahnya, sebaliknya suami Marina. Apa sahaja komen, kehadiran dan pendirian Marina langsung tidak mewakili ayahnya tetapi dirinya sendiri dan dalam Islam dosanya jua ditanggung oleh suaminya.

Blog Marina mempunyai kualiti dan nilai yang tinggi kerana beliau adalah seorang liberal dan bukannya kerana Mahathir. Sebenarnya, majoriti anak muda Melayu adalah liberal dan terbahagi kepada dua golongan. Pertama ialah liberal yang akan terus perjuangkan hak melayu dan kedudukan Raja dan kedua ialah liberal yang tidak kisah apa yang terjadi pada nasib orang Melayu dan Raja asalkan bumi Malaysia ini menjadi "adil" pada semua kaum.

Sungguhpun begitu, salah dikatakan salah, benar dikatakan benar dan kita harus berani menanggung akibat perbuatan kita tanpa menggunakan jari telunjuk kita. Inilah yang dinamakan integriti diri. Dan saya percaya integriti ini ada pada Marina Bukan Mahathir walaupun beliau menyertai Bersih 2.0.

Pada Bersih 3.0, Marina menggunakan alasan yang jijik iaitu kawat besi sebagai punca utama beliau menyertai Bersih 3.0. Dimanakah hilangnya integriti beliau. Orang terpelajar seharusnya berani atas pendirian mereka dan bukan menjadikan satu perkara lain sebagai alasan. Samada betul atau salah isu yang diperjuangkan, kita harus berani menanggung segala akibatnya. Kalau berumah ditepi pantai jangan takut dilanda ombak, kalau berani turun ke jalan, jangan takut bermandi darah.

Sebagai contoh, ramai antara rakan saya baik kakitangan kerajaan mahupun Individu yang banyak memenangi tender kerajaan hadir pada Bersih 3.0. Hati ini amat sakit kerana mereka bernasib baik k
erja dalam Kerajaan yang menjamin masa depan. Malah boleh sakit jiwa melihat rakan yang memenangi tender Kementerian Pertahanan bernilai puluhan juta tetapi menyokong Bersih 3.0 Namun, kita harus menghormati pendirian mereka. Lebih dari itu, Kerajaan menghormati pendirian mereka. Tiada tindakan dikenakan atas mereka dan mereka masih menikmati bayaran ribuan hingga jutaan ringgit.

Jelas, nilai yang tinggi adalah kita dihormati diatas pendirian dan perjuangan dan bukan permainan salah-menyalahkan seperti anak kecil. Sepertinya, Marina sudah kehilangan integriti dan nilai tinggi yang saya sanjungi selama ini. Liberal adalah matlamat serta agenda globalisasi yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Republik kerana hanya dengan cara itu sahajalah nilai Islam di Malaysia dapat ditembusi.

Tel Aviv

Sebenarnya kawat berduri ini bukanlah hanya berada di Tel Aviv. Mungkin Marina terlalu mewah menjadi anak Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga tidak pernah makan tepi jalan agaknya. Tangki Air, Pencawang Elekrik, Rel Keretapi yang menjadi mangsa jenayah curi senantiasa dipertahankan oleh kawat duri yang sama digunakan di Dataran Merdeka. Dataran Merdeka dipertahankan dari penjenayah jalanan.
Rukun Negara yang Keempat adalah kedaulatan Undang-undang dimana Mahkamah sudah memerintahkan tiada siapa boleh memasuki kawasan Dataran Merdeka. Kawat berduri ini sekali lagi digunakan untuk mencegah jenayah tapi kali ini bukan jenayah curi, tetapi jenayah tidak menghormati Mahkamah. Jika Tel Aviv tetap mahu dibandingkan, bukankah lebih baik duduk dan bantah ini diadakan di Stadium yang lebih luas dan banyak tempat letak kereta.
 
Dengan kawat berduri teruk polis diperlakukan bayangkan jika tiada kawat berduri saya rasa pasti ada polis yang mati. Kenapa perlu dipersoalan tindakan Polis dalam menentang penjenayah jalanan?
Lawak Undi POS

Salah satu perjuangan Bersih adalah undi POS. BN dan Kerajaan didakwa memanipulasikan undi tersebut malah ada dakwaan anggota Tentera dan Polis dipaksa mengundi BN jika tidak mahu dipecat. Yang menjadi lawaknya adalah layanan demonstrasi anjuran mereka yang menghina polis sebagai anjing, diludah, dimaki, dibaling, dipukul, dan pelbagai lagi. Apakah Pakatan Rakyat masih berharap Polis akan mengundi mereka. Tidak hairanlah 90% Undi Pos memihak kepada BN kerana memberi mereka bonus dan kenaikan gaji setiap tahun. Lawak mempersoalkan undi kakitangan Kerajaan tetapi mereka yang menghina penjawat awam dan sudah pastilah banyak undi atas pagar dari Polis, DBKL dan Penjawat Awam yang simpati akan berpindah kepada BN.

Kufur Nikmat

Islam di Malaysia adalah amat unik sebenarnya malah boleh dikatakan ia adalah benteng terakhir Islam yang belum berpecah sehingga berbunuhan. Bencana ALLAH juga masih belum sampai kerana masih ramai yang sujud dibumi ini. Soalnya, mungkin ia akan berubah jika kufur melebihi sujud. Dengan pelbagai ulama tersohor dari Surau, Masjid, sehingga ke Youtube, malahan ada Parti Islam dengan Mursyidulnya, Tuan Guru bagainya, Ustaz dan Wali-wali diangkat sendirinya tiada siapa pun menasihatkan penyokong Bersih 3.0 agar tidak kufur nikmat. Kerana mendengar kata seorang wanita bukan Islam, orang Islam tidak bersyukur dengan nikmat ALLAH dan mahu duduk di jalan dan padang yang kotor di Dataran Merdeka sedangkan di Stadium yang ditawarkan lengkap dengan kerusi yang "bersih". Jika darurat ALLAH pasti faham dan mengampunkan, tetapi ini bukan darurat malah ada empat Stadium dan kerusi yang ditawarkan. Semua penyokong Bersih bukan sahaja kufur nikmat, tetapi menghina dan merendahkan nikmat "kerusi" ALLAH dengan mahu duduk diatas jalan dan padang.

Akhir sekali, jika seorang liberal, intelektual, didikan Tun Dr Mahathir selama 30 tahun(sebelum Marina kahwin), isteri kepada seorang Datuk, profesional lulusan luar Negara seperti Marina juga memilih untuk menjadi penjenayah jalanan dengan menjadikan kawat duri sebagai alasan tindakannya, maka apa lagi yang boleh kita harapkan dari golongan liberal ini?

3 comments:

Anonymous said...

Penulis pada mulanya nampak bijak dan bergaul dengan ahli falak yang pastinya mengamalkan ajaran islam dengan baik..namun akhirnya dapat dilihat penulis seorang yang taksub dengan kemelayuanya dan juga jiwa UMNO nya...akalnya dibiar dilingkari nafsu..penulis masih jauh lagi dari hijab makrifah

Mustaqim Abdul Rahman said...

terima kasih atas komen dan penilaian yang dibuat berdasarkan dari penulisan.....saudara pasti sehebat nik aziz dan haron din kerana boleh menilai hijab makrifah melalui penulisan,.....tq dan semoga kita berjumpa kelak depan ALLAH diakhirat untuk diadili seadilinya oleh hakim maha agung....:)

Anonymous said...

Dalam berpolitik, kita harus menilai dr segi agama dan logik akal.. pd sy yg setia menyokong pihak pembangkang, sy juga tidak menyokong demonstrasi jalanan dan juga sebahagian intipati perjuangan mereka.. dn sy juga tetap menyokong sbhgn agenda kerajaan jika ia benar2 blandaskan agama dan keadilan utk rakyatnya.. bg sy setiap penyokong parti ada hujah masing2.. tetapi apa yg penting ialah gunakan akal kita utk menilai mana yg baik dan mana yg buruk.. stiap org juga ada berbuat salah dan silap kerana kita bukan maksum dan kita bukan penganut satu agama yg kononnya tanpa dosa kerana telah ditebus oleh Jesus Christ.. walau apapun sy sgt menghormati Tuan Guru Nik Aziz kerana falsafah agama yg dipegang oleh beliau walaupun ditentang ramai org Islam liberal dan Islam pada IC sahaja.. sekian.