ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, January 9, 2012

KEBEBASAN: HASSAN ALI, ANWAR, PR, BN & ISLAM

Dr Hassan Ali dipecat kerana bersuara lantang menegakkan ISLAM dan menyokong perpaduan ISLAM. Kebebasan bersuara dibenarkan dalam Islam sesuai dengan tindakan Saidina Umar Al-Khatab yang menegur keputusan Nabi Muhammad SAW atas nama ALLAH. Sunggupun Dr Hassan Ali menegur pemimpin PAS atas nama ALLAH, beliau dipecat tanpa diberi peluang membela diri. Apakah kebebasan bersuara kini diharamkan dalam ISLAM ataupun PAS bukan Parti Islam? Apa sahaja jawapannya, hakikatnya Dr Hassan Ali sudah bebas dari belenggu peraturan Parti yang membataskan beliau berjuang di jalan ALLAH.

Kebebasan ini sewajarnya digunakan Dr Hassan Ali di mana-mana platform untuk menegakkan Islam samada di parti politik ataupun di NGO. Pedulikan apa yang orang mahu fikir, kerana apa yang ALLAH fikir tentang kita lebih penting. Tirulah seperti seorang Negarawan Malaysia yang dibenarkan ALLAH SOLAT didalam Kaabah. Katanya, untuk membersihkan kekotoran, kita perlu berselut dan berlumpur untuk memastikan ia benar-benar bersih, dan selepas ia bersih kita mampu membersihkan diri dari kekotoran itu, maka barulah kita berjaya memerangi kekotoran itu.

Dr Hassan Ali boleh gerakkan HIMPUN secara total dan HIMPUNKAN semua umat ISLAM yang mahu melihat ISLAM tertegak di Malaysia. Tidak kiralah mereka ini orang UMNO, atau PAS, yang pasti mereka mahu melihat ISLAM terus tegak di bumi ALLAH ini. Saya percaya, UMNO yang sudah menubuhkan sayap ulamanya akan menyokong HIMPUN dan membenarkan HIMPUN menjadi “check & balance” kepada UMNO seperti yang PAS jayakan dibawah kempimpinan Presiden Ustaz Fadzil Noor.

Dato Seri Anwar Ibrahim pula dibebaskan dari tuduhan meliwat pembantu beliau. Gunakan kebebasan ini untuk berkhidmat kepada Rakyat. Kebebasan ini amat bererti kerana PR dijangka akan bergolak merebut kuasa jika beliau dipenjarakan.

Justeru, kebebasan yang dikecapi Dato Seri Anwar dan Pakatan Rakyat sewajarnya disyukuri dengan memberi khidmat terbaik kepada Rakyat. Sudah hampir 4 tahun Rakyat memberi mandat kepada kepimpinan PR, apa yang dapat dilihat sudah pasti nyata berdiri, apa yang tersorok atau belum dilaksanakan wajar diberi lebih usaha dan apa yang boleh dilakukan demi kebaikan Rakyat boleh mula di rancangkan. Tiada bangunan tinggi, tiada kilang baru, tiada syarikat pelaburan baru, jalan masih dua lorong, lampu isyarat kekal 3 warna, jambatan masih satu, kualiti hidup rakyat tetap tidak berubah. Mungkin, mungkin mereka ada strategi bumi hijau yang belum boleh dilaksanakan. Kita sebagai Rakyat berharap agar semua pemimpin memperbaiki lagi usaha yang ada, usaha yang tiada di kerjakan lagi.

BN pula menunjukkan kebebasan bersuara yang lebih baik dari PR. Dalam BN, berpuluh Ahli Parlimen BN, malah ada Menteri BN dan Menteri Besar yang begitu lantang menegur pemimpin. Jauh sekali dipecat, dijentik pun tidak.

Mengikut tinjauan setempat oleh Malaysiakini hampir separuh anak muda mahukan Parti yang perjuangkan Islam memimpin Malaysia. BN sewajarnya mengambil peluang ini ketika PAS sedang membunuh satu persatu ahli dan pejuang ISLAM hebat. Tidak mustahil, jika esok giliran Dato Haron Din pula. Beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan pemimpin PAS mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

BN harus menubuhkan sebuah Parti Komponen baru yang memperjuangkan ISLAM dan bebas seperti yang dituntut oleh ISLAM. Parti Komponen baru ini menjadi platform anak muda yang mahu melihat UMNO didakwahkan, pemimpin UMNO diingatkan hukum halal dan haram, dosa dan pahala, ia boleh dimulakan dengan Tazkirah Jumaat setiap minggu.

Pembaharuan UMNO dengan menjadikan ia lebih ISLAMIK sudah pasti akan menarik minat ramai pejuang ISLAM diluar sana termasuk yang bernaung dibawah PAS. Yang penting, BN harus menerima Parti Komponen baru ini sebagai check and balance kepada kerajaan UMNO mengikut lunas ISLAM.

Transformasi UMNO ini sudah pasti akan memberi kebebasan pada ISLAM untuk terus berkembang.

No comments: