Tajuk diatas sebenarnya adalah soalan seorang warga emas berbangsa Cina dan beragama Islam yang juga emak saya. Sungguhpun beliau sudah memeluk Islam lebih 30 tahun dulu, namun, beliau tetap seorang Cina bersemangat Komunis. Perkataan Komunis pada kami adalah kebanggaan, kerana itu adalah keturunan kami, dan kami tidak bisa mengubah sejarah.
Sebagai seorang Cina, emak selalu berbahas dengan saya kerana seperti saya membela Melayu, emak pasti tetap membela Cina. Hari ini, saya dipancing dengan 2 soalan dari emak iaitu soalan pertama; Apakah salah budak sekolah yang dirotan kerana membawa bekal babi ke Sekolah? Soalan Kedua; Mengapa kini ramai Pengetua Melayu bertindak racist, kenapa tidak dari dahulu?
Soalan pertama jawab saya, budak tersebut adalah mangsa dan beliau langsung tidak bersalah. Malah, mimpi ngeri yang beliau alami akan mengubahnya dari dalam menjadi seorang yang bencikan Malaysia, dan jika nasibnya baik, sudah pasti dia akan berhijrah dari Malaysia Negara yang dibencinya. Soalan kedua sebenarnya adalah soalan bonus, kerana jawapan soalan kedua akan menjelaskan semua perilaku orang Melayu biasa yang digelar sebagai rasis.
Jawapan kenapa sekarang dan tidak dahulu, adalah kerana sekarang Cina dan India begitu lantang mempersoalkan hak Melayu dan Raja. Lebih berani lagi, Cina dan India juga begitu terbuka mencabar kesucian agama Islam termasuk isu Kalimah Allah, Namewee mempersendakan Azan, berucap dalam Masjid, membaca petikan Al-Quran, kes kepala babi di Masjid, menyimbah cat ke Surau kerana ditegur, menghina Allah dan Nabi Muhammad dalam Facebook dan Internet, mempersendakan Solat, menderma wang judi, menggunakan wang zakat, menyaman Kerajaan kerana tidak membenarkan Kad Pengenalan Lina Joy dibuang perkataan agama Islam, menuduh Islam sebagai Pengganas dengan melakukan “ethnic cleansing” dan banyak lagi.
Kesemua perlakuan Cina dan India ini langsung tidak dikenakan tindakan. Pada saat ini undi Cina dan India adalah Tuhan kepada Parti Politik terutama Parti Islam Malaysia yang kelihatan begitu menyembah supaya diundi mereka. Kerajaan pula terpaksa mengikut rentak PAS dengan berlembut terhadap Cina dan India dan semua, kesemua yang mencabar Islam dibiarkan bebas dan bebas oleh semua pemimpin politik beragama Islam di Malaysia. Perkembangan ini masih dapat mendiamkan Melayu, tetapi, apakah Cina dan India benar-benar fikir Melayu diam bererti Melayu takut?
Oleh kerana Kerajaan dan Pemimpin Politik Islam dari Pakatan Rakyat tidak mampu mempertahankan kesucian Islam, maka, sebagai rakyat biasa, sebagai hamba kepada Allah, Pengetua di Johor, di Kedah, 2 beradik membakar Gereja dan ramai lagi bertindak sendiri. Mereka percaya jihad mereka akan dibalas dengan Syurga, mereka bukan sahaja tidak takut dipecat, tetapi juga tidak takut mati. Sifat amarah mereka meningkat setiap kali Cina dan India menghina Allah, Rasul dan agama Islam. Kaki dan tangan mereka menjadi ringan selepas mendengar Namewee mempersendakan azan, tetapi kerana pemimpin Islam kurang berani, maka perasaan terpendam itu bertukar menjadi dendam.
Kenapa tidak dahulu Pengetua yang sudah menginjak usia 50 tahun ini bertindak sedemikian? Kerana dahulu, PAS adalah jaguh mempertahankan Islam dan Kerajaan pula begitu tegas terhadap mana-mana individu yang dilihat bukan sahaja mengancam, tetapi memprovokasi agama lain. Kini PAS sudah menjadi jaguh menjual dan melacurkan Islam demi keuntungan dunia yang sedikit, dan Kerajaan pula terikut rentak mengemis undi orang yang tidak mahu.
Soalan saya akhir sekali pada emak saya, jika Namewee, Cina dan India, Dr Chua, Lina Joy Murtad, Gereja yang memohon kalimah Allah, wakil Rakyat Cina masuk ke Masjid dan membaca petikan Al-Quran tidak memulakan dahulu tindakan provokasi mereka, apakah Melayu yang lemah lembut ini akan memulakannya. Lebih malang lagi Melayu yang disiat-siat kesabarannya, setiap kali Melayu atau akhbat Melayu mengeluarkan kenyataan, mereka akan dikenakan tindakan dan bila Cina, India dan akhbar mereka, jawapan yang kita dapat adalah sedang disiasat.
Pada kami, orang Islam dan rakyat biasa, jika Kerajaan dan Pemimpin Islam tidak mahu mempertahankan Islam, kami tidak gentar sekalipun pada maut demi Allah, Rasul dan Islam. Malahan, jika keadaan tidak terkawal, dikhuatiri ada Badan Bertindak Islam seperti Pembela Islam di Indonesia yang bertindak sendiri melampaui undang-undang.
Tepuk dada, tanyalah selera wahai Cina, India dan Melayu, kemana haluan kita? Jika kerosakan dan kemusnahan adalah pilihan kita, maka marilah kita bermain dengan api dan bom!
Tetapi percayalah, pilihan dalam tangan kanan kita adalah yang terbaik,yakni marilah kita sama-sama belajar menghormati undang-undang yang sudah termaktub dan tertulis hak Melayu dan marilah kita menghormati kesucian semua agama di Malaysia. Jika tidak, buruk padahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Orang Melayu sekarang sudah tidak mempunyai pembela Islam yang sebenarnya. Jika ada pembela isu-isu Islam yang disebutkan dalam artikel ini, maka akan ada sajalah "orang Islam" lain yang cuba mematahkan pembelaan tersebut hanya kerana undi. Kaum bukan Islam sentiasa memerhatikan keadaan ini dan menggunakan sepenuhnya kepincangan orang melayu sekarang. Jika beginilah teruknya situasi porak poranda di negara ini, alangkah eloknya sekiranya tiada pilihanraya, negara ini menjadi negara yang diperintah sepenuhnya oleh raja. Maka tiadalah modal untuk orang Melayu berpecah belah, dan kuranglah dosa umat Islam yang saban waktu mencaci, menghina, dan mengutuk sesama sendiri hanya kerana politik yang begitu kotor.
msalahnya adalah kuasa...jika raja2 pula zalim...sukar juga...dalam islam yang terbaik adalah kesederhanaan..tetapi agama lain keterlaluan memijak islam kini..dan kita islam pula sering ditipu untuk melintasi garisan halus itu oleh syaitan...
sama2 lah kita merenung-muhasabah diri.....amin...
Post a Comment