ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, April 27, 2017

Mulut Lebih Banyak Membunuh Dari Rotan Lebih Rotan Mendidik Jutaan Jiwa

Cikgu Norjalilah Jalil, anak kelahiran Kg Geylang, Pertang, Jelebu adalah Cikgu pertama yang menjentik mulut saya berkali-kali kerana saya menyebut ayat "pu#@$mak" kepada Abang Syeikh. 2 hari air manis jadi tawar!

Sumpah saya tidak tahu apa maknanya kerana ikut kawan, dan sumpah saya tidak berani mengadu pada Emak dan Abah walaupun Emak berniaga di Kantin sekolah saya bersekolah.

Cikgu Amran, Cikgu kedua yang merotan saya kerana saya gagal siapkan kerja sekolah tapi dia lebih popular dengan libasan jarinya di lengan murid-murid SRK Jalan Raja Muda Kg Baru KL. Hingga biru!

Cikgu Johari adalah Cikgu pertama yang tampar kepala saya kerana duduk dua kaki bangku. Berdesing sampai hari ini!

Siapa tidak pernah makan penampaq, terajang, penumbuk, rotan, atau sekurangnya "hang" Cikgu Jo di SK Taman Selayang (2)?

Murid 4A seperti saya juga tidak terlepas dari cubitan pusing Cikgu Aznam. Biru, hitam, kemudian kuning warnanya!

Dalam ramai Cikgu, rotan Cikgu Isa SM Lui Barat, Jempol paling ngeri. Ada banyak jenis rotan ikut ketebalan, pelajar boleh pilih dan silaplah siapa yang pilih rotan paling halus dengan harapan tidak sakit. 

Kaedahnya, viral letak buku teks Kemahiran Hidup(tebal sikit) dalam seluar sebelum serah punggung.

Ditunjal kepala, digonjeng rambut dan dirotan Cikgu Abu Shah Soja di SEMENTAS juga perkara biasa.

Atas sebab itu, saya percaya rotan telah mendidik jutaan jiwa sejak zaman datuk saya Arwah Haji Mohd Nurut Bin Fakeh Hayat menjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate, Ulu Kelang tahun 1960-an lagi.

Entah mana silapnya, jasa rotan atau lebih tepat jasa Cikgu dilupakan kerana beberapa kes remeh seperti malu rambut digonjengkan, tekanan perasaan di rotan dikhalayak kerana hisap rokok, kotor kerana didenda duduk atas jalan tar dan banyak lagi.

Generasi hari ini amat manja, dan sukar untuk saya jelaskan kepada anak saya yang pernah dilibas dengan paip getah di tangan kenapa saya perlu melibasnya kerana budak hari ini unik, dipengaruhi rakan sebaya, mereka berani mempersoalkan.

Terbaru, kes adik Thaqif yang amat berbahagia menemui penciptaNYA dalam keadaan fisabilillah, lebih lagi jauh dari dosa anak kecil yang suci ini.

Kita tidak nafikan keadilan untuk adik ini, tetapi kerana MULUT dalam sosial media ini keadilan untuk adik Thaqif diperjuangkan dengan ketidakadilan kepada Guru, Sekolah lebih lagi imej Sekolah Agama, Tahfiz khususnya.

Membaca diari adik Thaqif yang berazam mahu menghafal AlQuran saya pasti jika beliau boleh hidup semula dan berkata-kata, pasti dia akan berkata, rotanlah wahai Cikguku, rotanlah pelajar yang membuli aku!

Seperti biasa, netizen menjatuhkan hukum, tidak kurang yang berkata nasib baik aku tidak hantar anak ke sekolah "mengaji AlQuran" Tahfiz. Nasib baik?

Adilkah kita menyalahkan beribu sekolah tahfiz hanya kerana adik Thaqif?

Berapa ribu anak Melayu yang hafal AlQuran dan "takut" pada Allah berjaya dilahirkan kerana dididik dengan rotan  tetapi netizen yang amat suci terus menerus menyerang mereka yang tidak sependapat dengan mereka. Lihat sahaja UIA Confession page, isu rotan pelajar enggan wirid 2 tahun lepas pun diperjuangkan semula.

Islam bukan agama komunis, jangan merosakkan agama ini dengan mulut puaka kita.

Benar, ada setengah Guru yang merotan dengan perasaan benci bukan kerana sayang, tapi bilangan Guru yang sayang jauh lebih banyak dari yang benci. Tapi yang paling banyak dihukum Guru yang tidak berdosa.

Ya! Jelaslah, rotan mungkin membunuh adik Thaqif walaupun keputusan ujian Hospital hanya akan keluar 2 minggu lagi, tapi lebih jelas MULUT telah membunuh lebih banyak jiwa, Sekolah Agama dan semangat Cikgu-Cikgu yang ikhlas berjuang demi anak bangsa.

Hentikan mulut anda, bukan mulut di muka anda sahaja, tetapi mulut di hujung jari-jari anda yang hebat menghentam, menuduh, memfitnah tanpa memberi peluang kepada keadilan ditegakkan 2 minggu lagi.

Dan seperti biasa, jika laporan kematian adik Thaqif menidakkan asbab libasan paip getah di kakinya sebagai penyebab kematian, maka kita semua akan diam berlalu seperti tiada apa terjadi, tanpa kita sedar Allah menjanjikan hukuman dan timbang tara waima sebesar hama. A keyboard lebih besar dari hama!

Wednesday, April 26, 2017

Zakir Naik : What is wrong with religion comparison?

----English Version at Bottom----



<--- p="">Pada pandangan peribadi saya, sesiapa yang rasa membandingkan agama adalah salah maka orang itu sebenarnya tidak rasa selamat dan tidak yakin terhadap agamanya sendiri.

Sejak kecil, Abah sering pesan kepada saya, "Acai, jadilah seorang Islam bukan kerana mewarisi dari Abah sebaliknya jadilah Islam kerana Acai mahu jadi Islam".

Dan bagaimana caranya saya memilih untuk menjadi Islam?Ya! Dengan membandingkan semua fahaman dengan agama Islam.

Pengembaraan saya membawa saya ke merata termasuk ke Forum bertajuk Virgin Mary: In perspective of Christian and Islam di Gereje Jalan Gasing.

Saya kesana atas jemputan kawan baik saya, Molly Chan.

Ia tidak berhenti di situ, hidup peribadi saya membolehkan saya masuk ke dalam banyak Tokong dan Gereja bersama temanwanita. Saya rugi Vanitha tidak mahu jadi temanwanita saya jika tidak sudah tentu saya akan ke banyak Kuil.(Terima kasih kepada kuil di belakang KFC Puduraya kerana membiarkan saya menumpang sambil tunggu bas ke Bahau)

Tampak seperti perwatakan dan karakter saya menarik ramai "missionaries" untuk mendekati saya. Mungkin di mata mereka adalah mudah untuk mengajak saya menukar agama pada agama mereka.

Saya juga diberi beberapa "Kitab" dan melaluinya saya belajar banyak tentang Bahai, Kristian, dan SGM Buddha.

Jadi, saya ingin tanya sekali lagi...... apa salah perbandingan agama??????
Tidak kira siapa anda(Islam/Hindu/Kristian/Buddha/etc) saya yakin Tuhan anda dan tentunya Tuhan saya arahkan kita untuk menjadi lebih baik dalam semua sudut.

Pernah rakan Bahai saya yang sering membandingkan Bahai dengan Islam mendakwa orang Islam membaca AlQuran dimulai dengan  huruf ba kerana orang Muslim memuja "BAhaullah", founder of Bahai.

Kawan Kristian saya pula sering membandingkan Allah dengan Jesus, katanya tiada beza dalam Trinity God dan macam-macam lagi, dan semua ini jelas dengan satu tujuan yang jelas untuk memikat saya ke agama Kristian. Apa yang dia tidak tahu, saya belajar lebih banyak dari yang dia belajar.

Saya juga hadir untuk memberi penghormatan terakhir pada "popo" saya di Kuburnya yang berharga  RM 800,000 di Nilai. Tidak seperti saudara Muslim lain, saya tunduk hormat 3 kali kepada mendiang popo dan menuang air ke tanah untuknya.

Pada saat itu saya sedar, rupanya bukan hanya Muslim ada "talqin", Buddha juga ada "talqin" di hari pengebumian mereka.

Ramai juga mungkin tidak tahu Wanita Islam Bangladesh memakai "nande" di dahi mereka persis penganut Hindu.

Akhirnya, kita semua perlu akui bahawa ia adalah sifat asas manusia untuk membandingkan semua perkara dalam hidup mereka.

Saat kita melihat diri kita dalam cermin adalah saat kita membandingkan. Jika tidak sudah tentu kita tidak akan cakap hidung kita kecil atau besar, kulit kita hitam atau putih, mata kita lebar atau sepet.

Zakir Naik dituduh menggalakkan keganasan dan hanya kerana dia membandingkan 2 agama, malah tindakan bandingkan agama ini didakwa boleh akibatkan ketegangan kaum di Malayia malah perang saudara di Malaysia.

Saya fikir, jika perang adalah apa yang rakyat Malaysia mahukan, kita tidak perlu jadikan Zakir Naik sebagai alasan kerana kita semua sedar bencana yang menanti kita jika kita tidak menghormati undang-undang Perlembagaan Malaysia.

Apakah undang-undang perlembagaan Malaysia???????????

Saya tidak mahu gunakan jawapan Islam adalah Agama Rasmi kerana jika kita junjung undang-undang ini sudah pasti perbandingan agama Zakir Naik tidak akan menjadi isu langsung.

Ada satu undang-undang yang lebih besar, lebih hebat dan lebih agung dari undang-undang Malaysia, malah lebih besar dari undang-undang mana-mana Negara. Apakah undang-undang itu?

Ya! Undang-undang manusia!!!!

Apakah undang-undang manusia??????????????

Undang-undang manusia adalah nature law.

Salah satu daripadanya (selain yang kuat memerintah) ialah majority mesti menghormati minority. Sebenarnya anda kena baca ayat diatas dengan lebih bijak, ia berbunyi begini, minoriti sering di buli majoriti. Ia terjadi dimana-mana, termasuk India, China(Uncle Wong saya kata orang Islam di China dipaksa bela babi), Thailand, Singapore, London, Arab, Mesir, Pakistan etc.

Malangnya, sifat semulajadi ini(majoriti buli minoriti) tidak terjadi di Malaysia. Malah, tidak pernah langsung, tidak pernah sekalipun terjadi di Malaysia.

Jadi kita pergi ke 2nd law of nature iaitu yang lemah akan memerintah sekiranya yang kuat terlalu baik hati kepada mereka .Sekali lagi anda perlu baca dengan bijak dimana ia berbunyi, minoriti akan perintah dan berkuasa dan membuli majoriti sekiranya majoriti terlalu baik hati pada mereka.

Well, cukuplah tentang "human nature" kerana saya fikir ia adalah kebenaran yang pahit untuk pembaca yang tidak bersetuju dengan hakikat tersebut.

Akhir sekali, menghukum Zakir Naik dengan alasan beliau "membandingkan agama" hanya membuatkan si penuduh terdedah kepada tanggapan kenapa perlu emosional jika apa yang Zakir Naik cakap tidak benar??????

Kesimpulannya, jika kita rasa"insecure", rasa tidak selamat  dan tidak yakin terhadap agama kita sendiri maka ini adalah masanya untuk kita memperbaiki hubungan kita dengan Tuhan kita.

Doubled our pray, triple our "Kitab" reading, double triple our trip to Mosque/Tokong/Kuil/Gereja, and Triple Triple our good deeds.

Dan tidak adil jika kita mahu hukum orang yang menyebabkan kita lebih rajin "sembahyang", baca "Kitab" dan pergi ke Kuil/Tokong/Gereja/Masjid. Betulkan?


--------English Version---------

In my personal opinion, whoever felt it is wrong if anyone comparing religion means that person is insecure toward his/her religion.

Since young my father always told me "Acai, you must be a Muslim not because you inherited from me, but because you choose to be".

And how exactly I choose? Yes, by comparing all religions with Islam!

My journey has bring me to a forum in Jalan Gasing Church which also attended by few Muslim. The topic was, Virgin Mary: In perspective of Christian and Islam.
<--- p="">
I was there via my friend, Molly Chan invitation.

My quest does not stop there, my personal life enable me to go to many Tokong and Gereja with my girlfriend. Pity me, Vanitha does not want to be my girlfriend, if not sure I also will go to many Kuil.

Well, seems like my appearance and character has attracted hundreds "missionaries" to get as close as they can with me. Maybe, maybe in their eyes, I was their prospect to re-vow my believe to their believe .

I was given few "Kitab" and thru em I learned about Bahai, Christian, an SGM Buddha.

So...... I asked again, what is wrong with religion comparison?????
<--- p="">
<--- p="">No matter who you are(Muslim, Hindu, Buddha, Christian etc), I believe your God and definitely my God instruct us to become better and better everyday.
<--- p="">
My Bahai friend compared Bahai with Islam, he claimed Muslim start recite AlQuran with ba 'alphabet' because Muslim hail "BAha ullah" founder of Bahai.

My friends Christian always compare my Allah with their Jesus. Trinity God so on and so fore, all with a clear effort to lure me to Christianity. But guess what, I learn a lot more than him.

I was there when I gave my popo last respect at her RM 800,000 graveyard in Nilai. All others Muslim relative but only me bowed 3 times before popo, and present her with a glass of water.

There I realise, not only Muslim has "talqin", Buddha also has "talqin" for deceased at their burial.

Many does not aware that Muslim Woman in Bangladesh also wear a "nande" in their forehead, like a Hindu.

At the end we all must admit that it is a basic human nature to compare everything, every single thing in their passing life.

The moment we look at ourself in a mirror is the moment we compare ourself with others, if not sure we will not said our nose is big or small, our eyes is wide or sepet.

Zakir Naik was accused promoting terrorism and violence just because he compare 2 religions which can create tension and led to civil war in Malaysia.

I guess, if war what Malaysian want, we do not need Zakir Naik as a reason as we aware what await us if we cannot respect Malaysia Law.

What is Malaysia LAW???????????

I would not said Islam is "Agama Rasmi" because if agree with it, then Zakir Naik Islam comparison should not be an issue at all.

There is a law that is greater than Malaysia or any other country law. What is it?

It is a human law!!!!

What is human law??????????????

Human law is a human nature law. One of it (other than stronger rule) majority must respect minority, well you must read it wisely where it sounds like this, minority usually bullied by majority.

Unfortunately, this nature(majority bullied minority) does not happen in Malaysia. In fact, it was never never never happen in Malaysia.

Then we go to 2nd law of nature, the weaker will rule, if the stronger too kind to them, again you must read it wisely where it sounds like this, minority will rule and bullied majority if majority is too kind to them.

Well, enough about human nature since I guess it is a hard truth esp for whom disagree with it.

Last but not least, punish Zakir Naik for "comparing religion" reason, only make you vulnerable to a perception why so emotionally if what Zakir Naik said was not true??????

So, if we feel insecure towards our own religion, it is time for us to improve our relation with our God..

Doubled our pray, triple our "kitab" reading, double triple our trip to Mosque/Tokong/Kuil/Gereja, and Triple Triple our good deeds.

And it cannot be done by demanding action toward a person who make us stronger in our religion. Is it?

-------------------------------------Versi Melayu-------------------------------------

Wednesday, April 19, 2017

Benarkah Kita Rela Percaya Bashar Assad Guna Senjata Kimia?

Pertama sekali penting dijelaskan bahawa Islam itu SATU, tiada Syiah, tiada Sunni, tiada Wahabi. Jika kita terus gunakan “terma degrading”  ciptaan Amerika sepertimana mereka menukar ISIS kepada Daesh untuk menjenamakan semula(refresh) kebencian terhadap Islam maka apa beza kita dengan Amerika.

Kita tidak menyokong mana-mana pihak kerana “Allah larang manusia kurang pengetahuan menghukum” malah kita perlu sedar manusia itu pelbagai, ada yang jahat ada yang baik.

Namun untuk kita percaya 100% pada akhbar dan media social, itu adalah kesilapan yang harus kita elakkan kerana sejarah peperangan mengajar kita Jepun bila menakluk China perkara pertama yang mereka lakukan bukan menduduki dan merampas harta Istana Empayar China tetapi menduduki pejabat-pejabat akhbar Negara China ketika itu.

Begitu juga Tentera Kafir Perang Salib sasarkan Perpustakaan dan Gedung Ilmu sebagai sasaran utama bukan Khazanah Emas Berlian Kerajaan Othmaniah.

Dalam dunia Moden ini CNN buktikan kawalan dan manipulasi “daily news” di seluruh dunia malah CNN kantoi ketika menyiarkan Lintas Langsung serangan atas WTC 11 September akibatkan CNN kini adalah wadah yang kian tidak dipercayai saban hari.



Kebebasan Media social? Kebebasan Facebook?

Ya! Ia bebas, tetapi pemikiran dan pengetahuan penggunanya tidak bebas dan jelas dapat dilihat dalam beberapa siri pengeboman Kota London, France dsb dan tidak bila Remaja Amerika Kristian menembak mati berpuluh rakannya. Lebih lagi, dalam dunia serba moden dimana hanya 1 dari 1000 orang tiada Telefon Kamera jadi adalah mustahil “keganasan Islam” di France termasuk dalam satu Konsert yang sedang berlangsung hanya dapat terdapat 2 rakaman sahaja? Mana rakaman yang lain sebelum dan selepas?

4 Kata Kunci Modal Media Barat yang kuasai Media seluruh dunia termasuk Malaysia , Indonesia, Brunei malah Arab Saudi sendiri adalah;


  1. Kemanusiaan
  2. Kebebasan dan Hak Asasi
  3. Globalisasi
  4. Daesh aka ISIS atau Perang memerangi Keganasan menggunakan Keganasan (bayangkan kita percaya Perang Tikus gunakan Tikus)

Kebencian kita pada Bashar,permusuhan kita pada Syiah, kemarahan kita pada Saddam, perselisihan kita dengan Hosni, Osama, Gaddafi dll tidak wajar membutakan mata kita, memekakkan telinga kita, dan membisukan mulut kita dari kebenaran.

Dan hanya ada satu kebenaran sahaja iaitu ISLAM MAKIN “LOST” DAN BERPECAH!

Kekejaman Bashar tidak wajar membutakan kita dari melihat kebenaran dan keperluan Bashar guna senjata Kimia terhadap 86 orang rakyatnya sedangkan Bashar sebelum ini telah membunuh ratus ribu rakyatnya dengan peluru dan bom dengan mudah .

Persoalannya kenapa perlu guna senjata kimia untuk membunuh sedangkan lebih mudah,cepat dan senyap guna senapang dan bom?

Kenapa Bashar perlu guna senjata kimia sedangkan Bashar tahu ia akan mengundang dan menghalalkan serangan dari Amerika?

Kenapa Bashar perlu beritahu pada DUNIA mereka ada senjata kimia dimana Amerika akan serang siapa sahaja ada senjata kimia malah Amerika serang Iraq hanya kerana Iraq disyaki memiliki “Ibu Segala Bom Kimia aka WMD – Weapon of Mass Destruction yang hingga hari ini tidak pernah ditemui di Iraq!!!!!!!!

Adalah mustahil untuk seorang yang zalim seperti Bashar yang sudah membunuh ratusan ribu rakyat Syria tanpa sebarang masalah dan tanpa tentangan Amerika dan Rusia untuk gunakan senjata yang “merisaukan” dunia kononnya sepertimana dunia risau dengan Iraq terus hadapi “lakonan” Amerika!

Skrip ini terlalu sempurna untuk kita percaya! Amerika serang Syria dan hampir berperang dengan Rusia bukan kerana Syria bunuh 1,000,000 rakyatnya guna peluru dan bom tetapi kerana Syria bunuh 86 orang sahaja dengan Gas Kimia!

Ya! Gas Kimia Iraq tidak pernah ditemui dan tidak pernah membunuh satu nyawapun tetapi peluru Amerika yang datang kerana Gas Kimia itu yang membunuh ratusan ribu rakyat Iraq dan akibatkan puluhan juta rakyat Iraq menderita.

Tidak cukupkah kita orang Islam diperbodohkan dan diperalatkan untuk membenci sesama kita?

Jika tidak cukup, teruskan hingga datang kebenaran dari Allah sepertimana datangnya kepada umat Nabi Nuh.  Umat Islam perlu sedar dan bangun dari lena kerana dalam Ayat surah Hud ayat 46 “AKU melarang Nuh/manusia dari menjadi jahil”!

Perang Salib Moden hari ini berbeza. Pihak musuh menggunakan taktik persis dalam filem Avengers: Civil War, Hezmut(Tentera Kafir) mahu membunuh Avengers(Orang Islam) tetapi ia adalah mustahil kerana Avengers(Orang Islam)  terlalu kuat.

Satu-satunya cara untuk menghapuskan Avengers(Orang Islam) adalah dengan membiarkan mereka berbunuhan sesama sendiri!

Dan itu yang sedang terjadi kepada orang Islam yang diperalatkan untuk membunuh dan membenci sesama kita, malangnya kita tidak mahu insaf  bahawa “janji Allah itu dekat”!

Jangan tengok orang lain, tengok diri sendiri! Dengan jiran, kawan, saudara, seagama, sebangsa, setaman, sekampung, semasjid, sesurau, sekeluarga, sebapa, seibu, seatuk, senenek, sesekolah, seUniversiti pun kita tidak boleh berbaik,dan bersatu!

Maka kita perlu bertanya pada diri sendiri “Nikmat Allah yang mana lagi kita mahu dustakan”!

PS: Semoga rakyat Syria dilindungi Allah dari kekejaman tentera Bashar, semoga kita dijauhkan persengketaan dan dari kezaliman orang Islam boneka kafir.