Lebih misteri lagi pada perjumpaan penulis dengan Tun Dr Mahathir di Tingkat 88 Menara Kembar Petronas pada tahun 2013 tentang kertas cadangan Pos Malaysia, penulis cuba bertanya pada Tun Dr Mahathir tetapi dibengkeng beliau "Kapsul Masa yang mana, saya banyak tanam kapsul!"
Tergamam dengan bengkengannya, penulis membatal hasrat mengorek dan memilih untuk percaya 3 kemungkinan samada;
1. Orang tua itu miliki banyak rahsia atau
2. Ada orang sekelilingnya yang hebat yang beliau sendiri mungkin tidak sedari(tindakan meramal) atau
3. Ada orang Melayu yang hebat meramal(Mahathir tidak kenal) mempergunakan Kapsul Masa dan nama Mahathir untuk sampaikan mesej pada Kerajaan supaya berhati-hati dan ambil langkah sewajarnya untuk menyekat ia(perkara diramal) dari terjadi.
"Singapura akan masuk atau jadi sebahagian dari Malaysia pada 2017"
Pilih satu diantara atau ayat ini akan berbunyi;
"Singapura akan masuk sebahagian dari Malaysia pada 2017"
Sebahagian itu hari ini boleh dikaitkan dengan Iskandar di JB dan jelas ramalan sudah jadi realiti.
Hebat bukan perkara yang akan terjadi pada 2017 sudah diramal lebih 30 tahun dahulu dan diberitahu pada saya pada 1987. Siapa kata orang Melayu tidak hebat!!!
Dalam artikel sebelum ini penulis buat silap dengan tidak menjelaskan bahawa Mahathir adalah manusia biasa. Nabi Muhammad SAW sendiri dalam AlQuran berkata Baginda hanyalah manusia yang menyampaikan, mustahil manusia selainnya lebih hebat dari Baginda.
Lebih lagi huraian ramalan mengikut suasana semasa oleh pencerita, orang politik dan tokok tambah dari mulut ke mulut juga menjadikan ramalan 1987 ini nampak lebih mistik dari realiti. Tapi jika dilihat hanya pada isi ramalan sahaja jelas ia terjadi seperti diramalkan.
Perlu ditekankan, yang meramal perkara yang dikatakan tertulis dalam Kapsul Tun Dr Mahathir kemungkinan besar bukan Mahathir kerana beliau kuat simpan rahsia justeru tidak mungkin isi Kapsul 1987 itu diketahui orang .
Samada ini adalah hasil risikan Tentera dan Polis atau ramalan kaji bintang yang tercatat dalam AlQuran. Wallahualam.
Ramalan ini juga telah mengakibatkan banyak andaian termasuk Cina(China) akan kuasai Selatan Malaysia malah hingga membawa pada mitos Mahathir sehebat Dewa. Ada yang benar ada ditokok tambah.
Apa jua andaian, penafian dan teori, ramalan 1987 ini sudah jadi kenyataan!
Dan penulis seperti pembaca sekalian ingin tahu siapakah orang Melayu yang hebat ini, yang mampu meramal perkara 30 tahun akan datang. Apakah perkara lain yang diramal kapsul itu akan turut jadi nyata, samada berbeza beberapa tahun atau sama tahun?
Yang pasti, Melayu adalah bangsa hebat, justeru janganlah kita jadi orang yang memalukan Melayu!
PS Gurauan: Dato Seri Mohd Najib Tun Razak tidak memalukan Melayu kerana beliau mendakwa dirinya pahlawan Bugis bukan pahlawan Melayu....;p
No comments:
Post a Comment