Saya, Harith Iskandar dan kacukan lain selalu dikelirukan justeru
kami secara semulajadi cenderung membandingkan nilai kedua keturunan kami
samada perbezaan atau persamaan.
Di Malaysia bagi kacukan Cina Melayu(Manese), orang Melayu anggap
kami Cina bukan Melayu, orang Cina pula anggap kami Melayu bukan Cina dan ia
ketara dalam sesi "mengata" kami.
Kekeliruan ini sama dialami kacukan Cindian, Mamak, Malindian
hinggalah kekacukan Negara seperti Malindo, Kelanthai, Pakiyu, Banglayu dll.
Beribukan seorang Cina saya dibesarkan dengan nilai-nilai Cina.
Makan dan minum ketika ia panas, guna chopstick, bawang putih, halia, sup,
minyak bijan, Kedai Sensei, jalan laju-laju, sup sayur, jimat, berkira -kedekut
diri sendiri, beratus peribahasa Cina dan beribu drama dan filem Cina.
“Malangnya”, saya Sekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda,
Kg Baru jadikan saya lebih optimis, positif dan terbuka terhadap kelemahan dan
kelebihan dua kaum terbesar Malaysia.
Jodoh saya seperti peribahasa Cina, “in life you were given two
father, one you cannot choose, the other one you can choose, so choose wisely”
dimana saya pilih Cina tetapi peribahasa Melayu "jodoh ketentuan
Tuhan" mengatasinya.
Cina dari sudut saya sebagai Melayu adalah kaum yang rajin,
berdisplin, berani berjudi(risiko), survival yang tinggi dan struggle kerana
dilayan sebagai bukan Rakyat Malaysia atau pendatang.
Melayu pula dari sudut saya sebagai Cina adalah kaum yang banyak
alasan, cepat puas, kurang berdisplin, malas, takut berjudi(risiko), tidak ada
sifat survival, Melayu cepat rasa hebat/puas sedangkan dibantu sejak kecil
melalui Dasar DEB, struggle ala kadar, malas membaca dan suka berhiburan.
Diatas bukan tanggapan saya semata sebaliknya ia adalah tanggapan
perdana yang melekit dalam sanubari rakyat Malaysia termasuk Melayu sendiri.
Tujuan artikel ini ditulis kerana sebagai "orang Cina yang
Melayu" saya lihat Melayu tidak boleh mengatasi Cina(sampai bila-bila)
sekiranya Melayu fikir Cina lebih hebat dari mereka.
Krisis keyakinan Melayu terhadap Cina ini perlu diubah terlebih
dahulu dimana pada masa sekarang ramai Melayu fikir Cina lebih hebat dari
mereka.
Hakikat siapa atasi siapa bukan fokus utama sebaliknya fokus
artikel ini adalah semangat keyakinan Melayu.
Ramai Melayu merasa inferior terhadap Cina. Melayu perlukan
anjakan paradigma dari percaya Cina lebih hebat dari Melayu kerana ia bunuh
semangat keyakinan Melayu untuk percaya mereka mampu atasi "Tembok Besar
Cina" itu.
Pepatah Cina ada mengatakan;
"Biar saya hilang kawan, cinta, keluarga, kerjaya dan harta,
malah biar saya hilang mata, telinga, tangan dan kaki, tapi jangan sesekali
hilangkan semangat saya"!!! Walaupun saya ada semua diatas, tapi tanpa
semangat saya akan gagal. Biarpun saya tiada semua diatas tapi jika saya ada
semangat, saya pasti akan berjaya."
Pepatah Cina diatas mendidik semangat positif sebaliknya pepatah
Melayu dibawah didik semangat kesetiaan tidak bertempat;
Jangan jadi Jebat yang derhaka(semangat kebenaran), jadilah Tuah yang
setia(tanpa semangat kebenaran)!
Pepatah Cina mengatakan;
Each Generation will reap what the former Generation has sown dimana ia didik budi seorang manusia tidak dibawa mati sebaliknya
dibayar balik kepada Generasi mereka seterusnya tetapi pepatah Melayu hebat
juga tetapi diambil dari sudut sempit kerana kekurangan peribahasa untuk
dirujuk seperti dibawah;
"Pisang Emas Dibawa Belajar, Masak Sebiji Di Atas Peti,
Hutang Emas Boleh Di Bayar, Hutang Budi Di Bawa Mati" dimana tidak perlu bayar orang yang berbudi kepada kita walaupun
hari ini anak cucunya menderita.
Banyak lagi nilai Melayu yang gagal dihayati Melayu dan pada saya
atas sebab sikap kalah sebelum berperang terhadap orang
Cina, pekerja Melayu dilengkapi dengan pakej LEMAU (Late/Lazy, El,
Mc/Malas, Alasan dan Ular).
Sebenarnya, Melayu harus
yakin pada diri sendiri.
Realitinya samada Melayu, Cina, India, Jepun, kita semua sama sahaja, mana-mana bangsa pun ada baik, dan ada tidak baik, ada malas, ada rajin, ada jujur, ada khianat, cuma di Malaysia Melayu adalah majoriti jadi ia lebih menjadi tumpuan.
Artikel ini BOLEH berjela
dibawah untuk jelaskan kelebihan Melayu berbanding Cina dari banyak sudut
tetapi seperti saya kata artikel ini ditulis bukan mahu dakwa Melayu lebih baik
dari Cina atau apa jua alasan.
Sebaliknya, artikel ini
ditulis kerana penulis berpendapat adalah mustahil untuk Tikus kalahkan Gajah
sekiranya Tikus percaya Gajah lebih hebat dari dirinya dan jika Tikus tidak
buang rasa kagum dan takjubnya pada Gajah.
Wallahualam.
PS:
Melayu perlu yakin dan beritahu diri mereka, mereka rajin, mereka hebat, mereka bersatu, mereka satu hati, mereka pandai berniaga, mereka superior dll walaupun mungkin mereka tidak kerana Keyakinan adalah kunci kejayaan.
Melayu perlu yakin dan beritahu diri mereka, mereka rajin, mereka hebat, mereka bersatu, mereka satu hati, mereka pandai berniaga, mereka superior dll walaupun mungkin mereka tidak kerana Keyakinan adalah kunci kejayaan.
Pepatah Inggeris kata
"The moment you start stop believe in yourself is the moment of your
doom"!
Dan sewajarnya rakan dan saudara Cina tidak rasa hati dengan saya kerana memberi semangat pada Melayu kerana pada saya Cina di Malaysia menjadi lebih hebat dan ulung dari Cina China adalah Cina Malaysia belajar beberapa sikap Melayu dan juga Nasi Lemak. :)
Dan sewajarnya rakan dan saudara Cina tidak rasa hati dengan saya kerana memberi semangat pada Melayu kerana pada saya Cina di Malaysia menjadi lebih hebat dan ulung dari Cina China adalah Cina Malaysia belajar beberapa sikap Melayu dan juga Nasi Lemak. :)
Jadi jika Melayu bangkit
percaya pada diri dan perbaiki diri, ia adalah satu persaingan sihat pada Cina
untuk jadi lebih baik sesuai dengan peribahasa Cina "You sown evil you reap evil,
you sown kindness you reap kindness'.
Angpau kasi lebih CNY nanti...;p