ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, October 29, 2016

Pastikan Anak Berbahasa Melayu Sebagai Bahasa Utama Hingga Umur 12 Tahun!

Satu slogan yang benar tetapi jarang didengar adalah BAHASA MEMBENTUK JIWA!

Kajian dibuat atas Subjek A iaitu seorang Cina Sekolah Kebangsaan dan Subjek B iaitu seorang Cina Sekolah Cina mendapati Subjek A lebih patriotik, lebih hormati kaum lain(Melayu) dan lebih sayangkan Negara.

Kajian juga dibuat atas orang Cina Indonesia, orang Cina Thailand dan orang Cina(Sino) Sabah. Semua mereka dilihat amat sayangkan Negara dan Negeri mereka.

Itu bangsa berlainan dengan bahasa,

Bagaimana pula dengan orang Melayu yang menjadikan Bahasa English sebagai Bahasa utama anak-anak mereka sejak kecil?

Saya 6 beradik beribukan seorang mualaf yang masih pelat berbahasa Melayu hingga hari ini.
Sekolah di BBGS, Convent KL dan membesar di KL, berkerja dengan persekitaran Bukan Melayu.

Malah saya sendiri bercinta dengan "few" perempuan Cina justeru "I can speak fluent English".

Jadi untuk mendidik anak Bahasa English bukan satu masalah besar mahupun masalah kecil untuk saya. No problemo.

TETAPI;

Saya mahu anak saya menjadi Melayu dan ini hanya boleh dicapai dengan mereka bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya atau Bahasa Utama komunikasi sekurangnya.

Memang, tahap pencapaian English anak saya tidak baik kerana bercakap Melayu dengan saya.

Tetapi saya sebagai orang Melayu bangga melahirkan anak Melayu yang berjiwa Melayu!

Saturday, October 1, 2016

Nasihat Terbuka Pada Dr Azizan: Nilai Islam Tercela Jika Pertahankan Tipu Untuk Kebaikan!


Semua pernah menipu dan tidak mengapa menipu selagi tidak ditangkap.

Isu tipu PHD, DR dll bukan isu baru, dan sebelum netizen kecam Polis tidak bertindak, perlulah tahu bahawa Negara tiada undang-undang yang boleh sabitkan kesalahan salah guna Dr atau PHD.

Saya masih ingat baca akhbar Utusan kes Mona Fandey ketika Affendi disoal dapat PHD dari Universiti mana, lalu dia jawab PasHabisDarjah dan DR pula Dalam RahmatNYA.(makna DR saya tipu, bukan Affendi jawab tapi saya reka untuk sedapkan cerita-seronok kena tipukan?:))


        Dr Azizan boleh jadi Angel dan boleh Devil dalam isu ini!

Saya kira, sebagai orang Islam dan Melayu saya punya hak untuk beri nasihat pada Dr Azizan.

Dr Azizan,

Untuk pengetahuan Dr Azizan ini kata agama-agama bukan Islam tentang menipu;

1. Kristian 

Among the verses traditionally associated with King Solomon, it states that the Lord specifically regards "six things doth the LORD hate: yea, seven are an abomination unto him", namely:

  1. A proud (vain) look
  2. A lying tongue.
  3. Hands that shed innocent blood
  4. A heart that deviseth wicked acts
  5. Feet that be swift in running to mischief
  6. A false witness that speaketh lies
  7. He that soweth discord among brethren
Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Seven_deadly_sins 

2. Buddha

The Five Precepts are the basis of Buddhist morality. The first precept is to avoid killing or harming living beings. The second is to avoid stealing, the third is to avoid sexual misconduct, the fourth is to avoid lying and the fifth is to avoid alcohol and other intoxicating drugs.

Sumber : http://www.buddhanet.net/e-learning/qanda04.htm

3. Hindu


The Vishnu Purana deems this hell fit for a false witness or one who lies. 

Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Naraka_(Hinduism)

4. Yahudi

The Torah seems to be unequivocal with regard to lying: "Thou shall not bear false witness" (Exodus 20:16), "Thou shall not steal, thou shall not deny falsely, and thou shall not lie one to another" (Leviticus 19: 11), and "Distance yourself from a false matter" (Exodus 23:7). 
 
Sumber: http://www.jlaw.com/Articles/hf_LyingPermissible.html

**  Ada 2 Fahaman diatas keras penentangan terhadap "penipu" dan 2 lagi fahaman menghalalkan penipuan untuk kebaikan tanpa kira "siapa tentukan kebaikan itu" dan jelas 2 pengikut fahaman ini dilihat paling kejam dalam dunia. Siapa mereka? Bacalah sendiri!

Saya tidak mahu bicarakan ayat AlQuran tentang beratnya dosa penipu kerana saya tidak layak cakap soal agama- sila rujuk para Ulama.

TAPI SAYA LAYAK mempersoalkan pada kalian, dimana Islam pada pandangan bukan Islam jika kita menghalalkan penipuan Dr Azizan?

Kita kecam Yahudi, Zionis, Israel dan Bukan Islam bila mereka menipu, sedangkan mereka juga tipu untuk kebaikan dan demi membantu usahawan bangsa mereka. Mereka juga menipu untuk bunuh rakyat Palestin demi kebaikan rakyat mereka! Lebih menarik, siapa yang nilai "kebaikan" untuk menipu dan membunuh itu, Zionis, kita atau Tuhan?

Apakah Islam agama nombor 5 dibelakang agama lain atau nombor 1?


Kita tidak boleh jawab gunakan mulut, tapi kita perlu jawab dari tindak-tanduk kita dan malangnya tindakan pengikut Dr Azizan pertahankan "menipu tidak mengapa" ini meletakkan Islam pada kedudukan paling hina berbanding agama lain.



Dr Azizan,

Saya agak sedih Dr Azizan masih belum jawab isu ini dengan segera dan biarkan pengikut setia Dr Azizan  pertahankan penipuan ini dengan 1001 teori, asbab dan hujah.

Saya mungkin boleh setuju jika dikatakan Dr Azizan tidak perlukan Dr kerana ilmunya lebih tinggi dari itu berbanding Dr dan Profesor di Universiti (walaupun tampak Dr Azizan sendiri perlukannya dan memperlekehkan golongan akademik) tapi ini bukan isunya.

Isunya, Dr Azizan adalah seorang penganut Islam berbangsa Melayu!

Dr Azizan bawa nama baik Islam dan Melayu bersama Dr Azizan.

Apa jua alasan Dr Azizan, apa jua hujah pengikut Dr Azizan, Islam sudah dan akan terus dihina oleh bukan Islam kerana kes tipu pangkat Doktor ini.

Malah, saya pembaca setia Malaysiakini.com juga pelik bila pertama kali figura awam bukan politik berbangsa Melayu dapat hiasi muka hadapan laman web berita itu, dua kali dalam 2 hari!

Bagi berlaku wajar, nampak kacak dan tidak dihentam, saya perlu katakan, Dr Azizan bukan calang-calang orang. Dr Azizan ada aura dan kehebatan malah amat mulia disisi beribu orang. Dr Azizan bak Malaikat yang turun membantu orang Melayu dalam perniagaan.

Tetapi, musuh Islam tidak kira semua itu!

Ini adalah peluang mereka untuk memahatkan buat selama-lamanya satu perkataan sahaja dengan bukti kukuh diambil dari kes Dr Azizan "ISLAM AGAMA PENIPU"!!!

Dan semua ini bergantung pada "damage control" yang bakal dan akan Dr Azizan lakukan, disebalik bayangan pengikut Dr Azizan yang mentah untuk fahami peperangan antara Agama yang tidak pernah berakhir.



Dr AZIZAN,

Jikalau Dr Azizan menipu, mengaku sahaja dan tegaskan azam untuk mengubahdiri, sebagai manusia biasa siapa yang tidak lakukan kesilapan? Ia akan jadi contoh yang amat baik, dan terpenting ia tidak memalukan agama Islam kita sebagai agama menghalalkan "penipuan bersebab".

YA! Dengan kemahiran berkata dan dengan strategi ahli politik-deny,deny, deny, Dr Azizan mampu menafikan atau memberikan alasan, dan sudah pasti orang Islam akan percaya, tetapi orang Bukan Islam tidak akan sesekali percaya kerana itu bukan apa yang mereka mahu.

Akhirnya, bukan Dr Azizan, bukan pelajar Dr Azizan dan bukan saya yang rugi, tapi agama Islam yang rugi, Nabi SAW yang bersedih, dan Allah yang dicela musuh Islam.

Akhir kata, saya undur diri dengan permohonan mendapatkan diskaun 50% untuk program bernilai puluhan ribu Dr Azizan Osman. Ramai dakwa Dr Azizan Osman jual air liur puluhan ribu tapi saya tidak percaya air liur manusia semahal itu.



PS: Mungkin ramai tertanya kenapa saya masih panggil Dr Azizan, kerana DR adalah DalamRahmatNYA Azizan Osman.  Up diskaun 100%...:)

Harap semua henti hina Dr dan Profesor di Universiti tidak sebaik Dr Azizan, kerana mereka ada "obligation and responbility to that particular University" bukan sahaja pada ilmu yang disampaikan tetapi juga pada sahsiah semua Pelajar- ESQ dll. Wallahualam.