Saya bergurau, teruskan bantuan pada semua manusia tanpa mengira Negeri mereka, dialek mereka, warna kulit mereka, kaum mereka dan dan agama mereka. Tetapi dalam perniagaan, jihadlah menyokong Islam.
Banjir kali ini penuh hikmah pada rakyat Kelantan agar membuang SIFAT KENEGERIAN MEREKA.
Saya antara beribu mangsa kenegerian Kelantan.
Perniagaan saya menjalankan tugas kantin sekolah dan membekal makanan bermasak dengan cemerlang dan kami bukan syarikat ali baba atau ekpress.
Perniagaan Almiah ditubuhkan pada 1986 dan menjalankan pelbagai perniagaan kantin sekolah dan asrama seluruh Malaysia sehingga tahun 2010.
Pada 2008 Pengarah Kementerian Pendidikan dan pegawai atasan Kementerian dipelopori oleh orang Kelantan dan hampir semua tender diberi pada Syarikat anak Kelantan.
Semangat kenegerian Kelantan wujud dimana-mana malah diketahui oleh bangsa Indonesia yang bekerja sebagai Tenaga Buruh Murah. Kata mereka kepada saya, pada tahun 2010, Pengarah JPS Selangor yang baru adalah orang Kelantan maka semua tender selenggara sungai dan longkang di Selangor diberi pada kontraktor Kelantan.
Ia tidak berhenti pada sektor kerajaan sahaja, saya punyai seorang kawan yang berkerja sebagai kerana di Pejabat Pos, Pada 2008 beliau berjumpa seorang pengusaha kilang Kelantan di Rawang yang menyuruhnya membeli lori dan beliau berjanji akan menyewa lori kawan saya setiap hari.
Hari ini kawan saya ada sepuluh lori dan menjalankan perniagaan kanopi kerana lorinya digunakan kilang Kelantan di Rawang pada hari berkerja sahaja.
Sifat kenegerian Kelantan tidak berhenti di IKS malah kepada penjaja kecil. Orang Kelantan seperti orang Cina teguh menyokong perniagaan penjaja kecil kedai runcit, kedai makan dan payung-payung peniaga Kelantan.
Jika ada sepuluh kedai menawarkan barang yang sama tetapi satu sahaja kedai Kelantan orang Kelantan akan beli dari pekedai Kelantan itu.
Sifat kenegeriaan Kelantan juga terulit dan sebati dengan parti politik.
Banjir 2014 menjadi bukti walaupun banjir diakibatkan pembalakan haram berleluasa sejak zaman Tuan Guru Nik Aziz tapi nama beliau langsung tidak disebut sebagai pemimpin korup dan sasaran mereka senada dihalakan pada pemimpin luar Kelantan iaitu Perdana Menteri Malaysia yang bukan orang Kelantan.
Malahan bantuan kemanusiaan juga mereka Negerikan sehingga terbitlah dari "Group-group FB" mereka yang Kelantan dianak tirikan dalam penyampaian bantuan padahal hakikatnya petugas dari seluruh Malaysia bersengkang masa, berlubang poket memberi sumbangan pada mereka.
Perkara ini amat menyedihkan kerana Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata beliau tidak bangga menjadi Melayu dan rakyat Malaysia kerana ia bersifat kebangsaan. Buang kebangsaan ambil Islam baru perbincangan Kerajaan Perpaduan boleh diteruskan sambung beliau.
Peliknya, benarlah mereka tidak ada sifat kebangsaan, tapi mereka ada sifat kenegerian. Apa bezanya?
Saya mempunyai ramai saudara ipar orang Kelantan menyeru orang Kelantan menyahut saranan Tuan Guru Nik Aziz buang kebangsaan, buang Kenegerian Kelantan dan junjung agama Islam.
Jadikan Islam sebagai kayu ukur bukan kenegerian dalam memberi tender dan projek kerajaan, dalam memberi bantuan dan sokongan perniagaan dalam berkongsi kekayaan dan kemakmuran.
Jika Islam dijunjung seperti nasihat Tuan Guru Nik Aziz, insyaALLAH bala Allah akan Allah elakkan tahun hadapan. Insya Allah.
Akhir kata, saya pinta sisi positif artikel ini disambut dan diterima dan yang negatif dibuang dan jika ada anak Kelantan yang terasa hati saya bersumpah saya tiada niat jahat langsung melainkan kebaikan demi agama Islam khususnya di dalam dunia yang makin mencabar.
Wednesday, December 31, 2014
Wednesday, December 3, 2014
Surat Terbuka Pada Dato Menteri Besar Selangor
Saya sudah mengutus berpuluh surat pada Dato Menteri Besar
berkenaan YDP MPS yang mengabaikan aduan saya sejak 2 tahun lepas tetapi berita
Kerajaan Selangor menghantar nama tunggal YDP MPS Tuan Azizi untuk menggantikan
Datuk Bandar MBPJ amat memeranjatkan saya.
Nama saya Mustaqim Abdul Rahman. Saya adalah pemilik bersama
dengan abang saya dan isteri memajukan Tanah milik kami yang berstatus
pertanian dan yang sudah terbiar selama 44 tahun.
Tanah kami adalah Tanah Rizab Melayu yang berbaki 11% dari
50%. Logiknya, tiada guna Kerajaan mahu menebus semula Tanah Rizab Melayu itu
jika yang 11% ini pun dibiarkan dan bila diusahakan tidak dibantu malah
dihalang dengan menggunakan undang-undang lapuk.
Nasib baik permasalahan membangunkan Tanah Rizab Melayu akhirnya dirasai YAB
Perdana Menteri yang dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini mengarahkan
semua MB menebus kembali Tanah Rizab Melayu dengan syarat mesti membangunkannya
dan beliau menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mengusahakan Tanah Rizab Melayu
yang pembangunannya terkongkong oleh Undang-undang tahun 1974.
Mengikut Undang-undang Kecil Negeri 1974 itu, PBT berhak
merobohkan bangunan saya kerana tidak memenuhi syarat iaitu Kebenaran Membina Bangunan
PBT yang mensyaratkan setiap pemilik Tanah menandatangani borang tersebut.
Syarat ini tidak diberi kelonggaran langsung walaupun hakikinya semua Tanah
Rizab Melayu berstatus pertanian terikat dengan masalah faraid dimana kebanyakan
kematian berharta tidak dimajukan kepada Pejabat Tanah untuk pembahagian faraid
dan akhirnya waris hilang tanpa dikesan.
Sebagai rakyat yang patuh pada undang-undang, kami bersedia
menerima segala tindakan mengikut undang-undang keatas kami oleh Penguatkuasa
Undang-undang.
Persoalannya, apakah Penguatkuasa Undang-undang mengikut
undang-undang dan jika tidak, siapa yang memantau mereka? Ini kerana kami tidak
dapat menerima tindakan MPS membiarkan pemaju membina Jalan dan Longkang dalam
tanah kami dan membiarkan penduduk Anjung Melati menceroboh secara paksa setiap
hari samada tanpa sedar atau sedar, malah setiap detik mereka mengalirkan air kumbahan
mereka ke dalam tanah kami sejak tahun 2010.
Imej rakyat kerajaan PKR Selangor oleh Menteri Besarnya yang terjun kedalam longkang mesti dipertahankan dengan baik dengan tidak membiarkan longkang-longkang di Selangor dibina secara haram dan ceroboh.
Mungkin wujudnya akta lanun di Negeri Selangor ini yang membolehkan
Tanah diambil untuk Longkang dan Jalan tetapi apa jua akta mestilah mendapat
kebenaran pemilik dan diberi pampasan yang sesuai atau jika benar tiada
pampasan pencerobohan itu mestilah tidak mempunyai pilihan lain sebagai contoh
atas alasan kecemasan dan keselamatan.
Berbeza dengan keistimewaan yang diberi kepada pemaju Taman Anjung Melati, mereka membina
longkang dalam Tanah kami sedangkan Tanah Rizab Kerajaan yang dikhususkan untuk
Jalan hanya 2 kaki dari longkang itu.
Sebagai rakyat Selangor saya memohon kepada YDP MPS Tuan
Azizi agar menyelesaikan aduan kami terlebih dahulu sebelum dinaikkan pangkat
menjadi Datuk Bandar Petaling Jaya.
Aduan kami sejak 2012 sehingga kini tiada apa jua tindakan
dikenakan atas pemaju malahan tiada rancangan untuk mengarahkan pemaju atau MPS
sendiri mengalihkan longkang dan jalan tersebut.
YDP MPS boleh terima kenaikan pangkat tanpa selesaikan aduan kami tetapi Warga Petaling Jaya berasa bimbang kerana PBT bawah
kelolaan bakal Datuk Bandar mereka mempunyai rekod membiarkan pencerobohan tanpa ada tindakan waima cadangan.
YDP MPS juga perlu membalas pujian MB Selangor kerana meningkatkan pendapatan MPS, walaupun saya pasti penduduk
Petaling Jaya tidak mahu YDP yang enggan menyelesaikan masalah mereka apatah
lagi membiarkan aduan selama 2 tahun.
Jika YDP Azizi tetap tidak mahu selesaikan masalah kami di khuatiri
beliau akan dicap sebagai Datuk Bandar MBPJ yang tidak berkerja sepenuh hati
dan mempunyai rekod tidak menyelesaikan aduan pembayar cukai. Sikap boleh
menjadi tabiat yang diterjemah kepada keamanan dan kesejahteraan penduduk
Petaling Jaya.
Kepada golongan anti peniaga jalanan pula, saya boleh memberi
jaminan kepada penduduk Petaling Jaya inilah Datuk Bandar yang kalian tunggu.
Beliau adalah seorang YDP yang baik kerana menurut perintah pihak atasan
walaupun terpaksa menerima gelaran YDP Zalim serta pelbagai kecaman dan cacian dari
rakyat.
Setiap kemajuan pasti disusuli kesesakan dan ia adalah
perkara biasa. YDP Azizi komited dalam
merobohkan premis perniagaan haram dan ia sesuatu yang disukai oleh para
pemimpin politik setempat yang memudahkan mereka berselindung disebalik puluhan wajah dayus asalkan kareer politik mereka tidak terjejas.
Penulis sendiri secara peribadi menyokong tindakan meroboh
premis haram dalam usaha menjadikan perumahan sebagai teratur dan terancang dan
menyokong 100% YDP Azizi dinaikkan pangkat kerana berani menerima sumpah dan makian
orang ramai dalam melaksanakan tugas.
Sewajarnya Dato Menteri Besar Selangor menaikkan pangkat
beliau kerana YDP Azizi tidak hipokrit dan bukannya kerana berjaya mengembalikan
untung dalam perbelanjaan MPS.
Ini kerana kalau untung yang diukur dan bukan khidmat kepada
rakyat maka Tan Sri Khalid tidak wajar langsung diturunkan oleh PKR kerana
untung yang dibawanya berbilion ringgit tanpa menimbang kepuasan rakyat
terhadap mutu khidmatnya.
Soal perolehan banyak berbanding perbelanjaan adalah
subjektif dimana mengikut pandangan penulis walaupun Kerajaan Tan Sri Khalid berjaya mengekalkan defisit sifar
dengan kewangan imbangnya, tetapi jika dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam atau
dari Felda Gedangsa ke Sg Besar jalan raya langsung tidak diselenggara sehingga
mengakibatkan kebanyakan kenderaan berat menggunakan lorong kanan yang meningkatkan
kadar kemalangan termasuk kemalangan maut
Persamaan Tan Sri Khalid dengan YDP Azizi ini dapat dilihat
dengan jelas di Bandar Baru Selayang dan kawasan sekitar Taman sekitar Selayang
Baru, Indah, Utama, dan lain-lain yang terletak dalam jarak 3 km radius dari
Pejabat YDP MPS. Walaupun dapat membawa untung kepada MPS, tetapi jalan
khususnya jalan siar kaki tidak pernah diselenggara dan yang rosak tidak
ditukar sejak 10 tahun lepas. Nasib baik kutipan sampah tidak boleh dikritik kerana sejak ditegur MB Selangor memang kekuatan kutip sampah mereka meningkat 10 kali ganda.
Apapun, dari segi jumlah meritnya, penulis pasti Dato MB Azmin yang
bijaksana mempunyai sebab untuk menaikkan pangkat YDP MPS.
Namun, sebagai wakil pemilik Tanah 3 ekar yang diceroboh guna oleh
Penduduk Anjung Melati setiap hari dimana ada hak anak-anak yatim yang haram
dimakan dalam tanah ini, kami memohon YDP MPS Tuan Azizi menyelesaikan aduan kami sebagai
bukti beliau layak dinaikkan pangkat.
Tanah kami diceroboh sebagai longkang dan jalan seluas
6000kaki persegi tanpa sebarang pampasan, pemberitahuan dan aduan kami dibiarkan walaupun pernah dipanggil Mesyuarat
bersama MPS, Pejabat Tanah, pemaju dan pemilik tanah pada tahun 2012 dan sudah disahkan lebih 3 Juru Ukur bertauliah termasuk yang diupah pemaju dan terbaru oleh Jurukur Setia, Taman Melawati.
Penulis berharap YDP Azizi dapat menyelesaikan masalah ini
sebelum berpindah ke MBPJ agar penduduk Petaling Jaya yakin dan tenang bahawa Datuk Bandar
Petaling Jaya adalah seorang Datuk Bandar yang berupaya menyelesaikan aduan
warga Petaling Jaya walaupun KPI penyelesaiannya melebihi 2 tahun.
Harapan penulis sebagai pengundi Selangor kepada Dato
Menteri Besar agar dapat memastikan semua kerja-kerja YDP MPS Tuan Azizi disempurnakan
sepenuhnya demi meyakinkan penduduk Petaling Jaya yang mempunyai kelas tersendiri berbanding penduduk Selayang.
Jiwa rakyat Dato Menteri Besar Azmin ditagih selari dengan imejnya yang kurang bercakap, banyak berkerja dan banyak terjun kebawah lapangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)