ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, December 17, 2012

Salahkah Melayu Mahu Jadi Rasis Seperti Cina



Kebelakangan ini DAP melalui Malaysiakini kembali menjadikan BTN sebagai “punching bag” mereka. Dimana silapnya, pihak BTN samada Pegawai bertanggungjawab tidak menjawab langsung membuatkan ramai orang terfikir apakah BTN masih wujud atau sudah dibubarkan? Hakikatnya, strategi politik Pakatan Rakyat adalah yang terbaik dan berkesan dengan menggunakan pendekatan menyerang dan menjatuhkan imej lawan, mewujudkan persepsi buruk dan menjadikan persepsi sebagai realiti, merendahkan had nilai masyarakat sehingga timbul perasaan jijik tidak wajar,  memuja keliberalan dan kebangsaan palsu, dan juga menggunakan pendekatan "Repeat a lie hundred times, and it becomes Truth!
                 
Malaysia adalah Negara paling unik di dunia. Tidak seperti Negara berbilang kaum seperti Indonesia, dan Singapura,mahupun berbilang Bangsa seperti Amerika, kita tidak menukar “origin” sesebuah kaum. Buktinya, Malaysia tidak memaksa Rakyatnya menggunapakai sistem satu sekolah. Orang Cina bebas bersekolah di Sekolah Cina begitu juga India. Walaupun ia mendatangkan masalah seperti perkauman dan sedikit perpecahan tetapi ia dapat diatasi dengan semangat muafakat dan menghormati garis batasan kaum dimana jika ada keperluan, hanya pemimpin kaum sahaja akan berbincang mengenai batasan tersebut secara tertutup.

Malangnya, Malaysia-kini garis batasan ini semakin hari semakin galak dihentam. Yang paling teruk sekali, Portal Malaysiakini yang bersembunyi di sebalik ruangan komen pembaca, menyalahkan BTN dan Perkasa berikutan kegagalan DAP menterjemahkan konsep Malaysian Malaysia rekayasa mereka. DAP menggunakan taktik merendahkan had nilai masyarakat iaitu membuatkan masyarakat Cina tidak menerima kelemahan diri sebaliknya menyalahkan DEB atau orang Melayu. Umum mengetahui, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP dipilih secara undian oleh ahli Parti yang menjunjung demokrasi dimana 99% perwakilan yang mengundi adalah orang Cina. 99% Cina ini telah bersuara mahukan kepimpinan Bukan Melayu, sewajarnya DAP menghormati keputusan ahli mereka bukan menyalahkan UMNO, BTN, Perkasa,Polis ataupun SPR!

Ironinya, semua manusia di dunia tahu orang Cina hanya akan membeli barangan atau melanggan dari orang Cina sahaja. Jika tiada pilihan barulah mereka akan beli dari orang Bukan Cina. Semangat ini dipelajari orang Cina melalui pemerintahan lebih 20 Dinasti di China. Selama 4000 tahun "terseksa" mereka akhirnya belajar, “unite is power” atau bersatu Cina teguh, berpecah Cina roboh.

Soalnya, salahkah Orang Melayu mahu jadi rasis seperti orang Cina???!

Proses pembelajaran terbaik adalah dengan melakukan kesilapan dimana individu terbabit perlu punya jati diri yang kuat. BTN berfungsi membentuk jati diri orang Melayu bagi memahami konsep “unite is power” atau bersatu Melayu teguh, berpecah Melayu roboh seperti yang dipelajari orang Cina selama 4000 tahun.

Baru berusia 38 tahun, BTN menggunakan taktik menakutkan-nakutkan orang Melayu akan ancaman di sekeliling mereka termasuk dari keluarga, saudara seagama, masyarakat setempat, dari orang bukan Melayu, malahan ancaman Amerika. Taktik ini bukan menyuruh orang Melayu untuk angkat senjata dan membunuh orang Bukan Melayu, sebaliknya untuk orang Melayu bersatu seperti orang Cina bersatu.

Buktinya, tiada seorangpun peserta BTN ditangkap atau didakwa membunuh dan membenci bukan Melayu. Taktik ini sekadar peringatan secara rela dan bukan paksaan maka hasilnya dapat kita lihat ramai produk BTN menjadi pembangkang, menjadi liberal, ada yang berkahwin dengan Cina dan India, malahan ramai yang memerah jerih dan keringat untuk menyumbang kepada kekayaan Cina dan India.

Jelaslah, BTN mahu menjadikan Melayu rasis seperti Cina. Namun, PR berjaya mewujudkan perasaan jijik Melayu terhadap rasis, sedangkan orang Cina rasis hampir dalam semua segi sehingga hanya menawarkan peluang pekerjaan kepada kaum mereka sahaja melalui iklan diakhbar perdana.

Rasis yang baik adalah rasis yang mencintai, melindungi dan memperjuangkan kaum mereka tanpa menghina malah menghormati hak kaum lain.

Manakala rasis yang jahat pula adalah rasis yang memperjuangkan kaum mereka dengan menghina dan mahu merampas hak kaum lain termasuk hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang dipersetujui bersama oleh semua kaum.

Jangan takut menjadi rasis, berbanggalah menjadi rasis seperti orang Cina. Orang Cina kebanyakannya mengamalkan rasis yang baik kerana mereka sedar, rasis yang jahat hanya mencacatkan kegemilangan tamadun dan pemikiran kaum Cina diserata dunia.


Thursday, December 13, 2012

Sekolah Cina Menghalang Kejayaan DEB

Masa hadapan DEB atau The Future of Affirmative Action adalah siri ke 15 Perdana Discourse Series anjuran bersama Yayasan Kepimpinan Perdana dan UiTM yang ditaja oleh Proton. Penceramah pembuka oleh Tan Sri Azman Hashim dan penceramah utamanya Tun Dr Mahathir. Sempena tarikh 12/12/12, Buku Perdana Discource Series 1-10 dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir. Selepas beliau pergi memenuhi jemputan lain, beberapa ahli panel yang dijemput menyampaikan pandangan masing-masing diikuti soalan oleh hadirin bagi membincangkan masa hadapan DEB. Affirmative Action merujuk kepada dasar untuk mempertimbangkan faktor kaum, gender dan agama dalam kerjaya, pendidikan dan perniagaan bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan berkenaan mula digunapakai oleh Presiden Amerika, John F.Kennedy pada 6 March 1961. 

Kegusaran panel jemputan dan soalan hadirin terlalu fokus kepada permasalahan DEB bukan penyelesaian. Dikala isi ucaptama Tun tidak menafikan DEB mempunyai masalah seperti Ali Baba, jual projek, gopoh dalam perniagaan, boros dalam mengurus kewangan tapi ia tetap berjaya merapatkan jurang ekonomi . Tun juga tidak menafikan kelemahan Melayu dan kesukaran mengubah minda Melayu tetapi untuk kesekian kalinya beliau dengan menegaskan keperluan DEB bersama keperluan menyedari ia akan berakhir jua satu hari kelak.

Pihak yang mencemburui DEB senantiasa mencari kelemahan dan kepincangan DEB. Mereka tidak sesekali mahu melihat objektif sebenar DEB, peranan dan jasa DEB, dan terpenting keberkesanannya dalam merapatkan jurang ekonomi masyarakat. Fokus kepada permasalahan tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya fokus kepada penyelesaian adalah kunci utama yang bukan sahaja dapat membantu DEB mencapai sasaran 30%, tetapi juga dapat menjamin equality dan meritokrasi dapat dijalankan dan kita boleh hidup tanpa syak wasangka antara kita. 

Tujuan DEB adalah untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi kaum di Malaysia dan mahu tidak ia terpaksa mengorbankan meritokrasi dan hak sama rata(equality) antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Atas tujuan utama ini, “The Future of Affirmative Action” akan gagal kerana selagi DEB hanya diperjuangkan Melayu sahaja kita hanya mengejar bayang-bayang sendiri. Kek ekonomi Kerajaan diperuntukan 3/10 untuk bumiputera pantas membesar ke size yang amat besar. Dari 3/10 yang diperuntukkan, hanya 1/10 sahaja yang dimakan bumiputera kerana selebihnya di ali babakan, di jual, di sub dan digadai kepada bukan bumiputera. Apakah kerajaan yang salah dalam etika hina ini, apakah Melayu yang salah atau kaum bukan 

Melayu juga bersalah dan bertanggungjawab mengagalkan matlamat DEB. Keadaan gagal ini diburukkan lagi kerana kek ekonomi yang dipegang bukan Melayu sebanyak 9/10 tidak diagihkan secara meritokrasi jauh sekali atas dasar senegara. Orang Cina khususnya yang menguasai ekonomi dan menjalankan pelbagai jenis perniagaan di semua bidang enggan membiarkan kek ekonomi mereka untuk dikongsi kaum lain. Mereka hanya membahagikan kek yang mereka miliki kepada kaum mereka sahaja. 

Dari pasar ke pengilangan, dari Perlis ke Johor, orang Cina akan beli barang dari Cina sahaja. Hasilnya, DEB akan terus gagal mencapai matlamat dan “the only hope” untuk Melayu bergantung harap adalah berebut kek ekonomi Kerajaan. 

Saling kait tindakan Cina yang mendiskriminasi warna kulit dan dialek dengan DEB adalah kaum lain akan terus marah dan berasa kecil hati dengan DEB tanpa menyedari mereka juga bertanggungjawab dalam mengayakan kaum mereka sekaligus menambah jurang tersebut.
“The Future of Affirmative Action” akan berjaya jika KITA bersumpah sebagai 1bangsa. Tiada istilah Cina Malaysia, India Malaysia, mahupun Melayu Malaysia. Cina, India dan Melayu mampu berfikir, hidup, makan, bernafas, dan mati sebagai Rakyat Malaysia, menghormati, menyayangi dan membantu sesama kita tanpa mendiskriminasi warna kulit, dan dialek.

1Bangsa Malaysia tidak akan dicapai jika kita belajar di Sekolah yang berlainan subjek, berlainan bahasa, dan berlainan peperiksaan. Untuk rekod, SJKC juga kebelakangan ini berani bertindak melampau dengan “demand” untuk menjalankan kokorikulum sendiri berbanding yang disediakan Kementerian.  

Bolehkah kita lahirkan 1Bangsa jika kita bertutur berlainan bahasa, lebih-lebih lagi Sekolah adalah tempat membentuk peribadi manusia. Peribadi yang dibentuk SK dan SJK pasti amat berbeza.

Kesan dari Sekolah yang berlainan, lepasan Sekolah Cina yang berjaya menjawat jawatan dalam MNC atau menjadi majikan menawarkan pekerjaan dengan berani meletakkan syarat bekerja dengan mereka “Chinese Male Preferred”, “Ability to speak in Mandarin is an added advantage”, dan sebagainya. 

Sekali lagi, kaum Cina dari Sekolah Cina sudah pasti enggan berkongsi kek ekonomi swasta dan kek ekonomi milik mereka dengan kaum lain. Perkara ini bukan rahsia antara kita, syak wasangka antara kita terus subur tanpa disedari.

Hakikatnya, jurang sosio ekonomi antara kaum yang berjaya dirapatkan DEB dijarakkan semula oleh Sekolah Cina yang melahirkan "Chinese Malaysian" yang begitu tebal perkaumannya. Buktinya, banyak kilang, syarikat milik Cina yang hanya mengupah 100% orang Cina. Mereka akan upah Melayu jika perniagaan mereka perlu berususan dengan Kerajaan, atau sebagai buruh kasar sahaja.

Jika berjaya atau gagal DEB tidak menjadi persoalan, renungkan apakah tujuan utama DEB untuk merapatkan jurang sosio ekonomi dengan mengorbankan hak sama rata tidak terjejas oleh Sekolah Cina. Kerana amat jelas Sekolah Cina juga menafikan hak sama rata untuk anak Melayu bersekolah sama dengan mereka, belajar sama apa yang mereka belajar, dididik sama dengan yang mereka dididik, mendapat peluang pekerjaan sama besar dengan yang mereka dapat kerana dialek dan warna kulit mereka, mendapat peluang naik pangkat secara meritokrasi dan bukan rasis, dan sudah tentu mendapat peluang perniagaan  dan layanan yang sama yang mereka beri sesama mereka.

Bayangkan persaingan antara produk pendidikan Cina sebagai bangsa terawal dunia berusia jutaan tahun, dan produk pendidikan Melayu bangsa paling muda di dunia umpama Gergasi menentang semut. Adilkah?

Kesimpulannya, masa hadapan DEB yang akan menjamin hak sama rata banyak bergantung kepada 4 faktor utama iaitu;
i)    pembahagian kek ekonomi Cina milik mereka sebagai majikan dan perniagaan    
ii)   pembahagian kek ekonomi Swasta yang 90% Pengurusan dikuasai Cina
iii)  pembahagian 30% kek ekonomi Kerajaan yang diambil Cina kembali  lebih 20% melalui    
    Ali Baba dan
iv)  kejayaan mencapai bangsa Malaysia yang bertutur dalam satu bahasa dan belajar di 
      sistem pendidikan yang sama dan tidak menilai satu sama lain berdasarkan warna kulit 
      dan dialek

Sebagai anak Melayu yang menyayangi perempuan Cina lebih dari orang Cina sendiri, saya percaya masa hadapan DEB tidak akan kemana jika kita tidak fokus kepada penyelesaian dan hanya fokus kepada masalah DEB. 

Umpama seorang pencuri menjerit pencuri sedangkan jika dia bukan pencuri adalah lebih baik mengejar pencuri yang sebenar. Soalnya, hak siapa yang dicuri dan siapa pencurinya?
 
Sebelum menjawab siapa yang kecurian, dan siapa pencuri, fikirkan hala tuju kita, jika hala kita berakhir dengan kejayaan melahirkan bangsa Malaysia tanpa syak dan diskriminasi warna kulit dan dialek, teruskan langkah tanpa gentar.

Jika hala kita tidak jelas atau salah, ingatlah, episod rusuhan kaum di Indonesia pada 1998 akibat jurang sosio ekonomi yang besar mungkin boleh terjadi di Malaysia, malah mungkin lebih buruk padahnya kerana Indonesia Negara sebangsa, tetapi Malaysia Negara pelbagai bangsa.