ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, February 4, 2019

Selamat Tahun Baru Cina

Happy Chinese New Year

Saya mula sambut Tahun Baru Cina pada usia 7 tahun, selepas 14 tahun emak dibuang keluarganya.

Menjadi Cina beragama Islam di Malaysia tidak mudah, sepertimana Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Firdaus Wong Wai Hung

Untuk perjuangkan Islam, kita terpaksa perjuangkan Melayu, natijahnya Cina akan mengecam kita lupa asal usul dsb.

Hubungan Islam dan Melayu amat-amat "melekat" bagai aur dan tebing, tiada aur tiada tebing, dan bagai bulan dan matahari, tanpa matahari, siapalah bulan!

Sebagai mualaf(mereka) dan anak campur, menjadi impian dan mimpi indah kami waima sekadar angan Mat Jenin sekalipun untuk melihat Cina dan Melayu "bersaudara".

Tapi realitinya ia mustahil kerana setiap Cina lahir dengan sikap rasis manakala Melayu pula amat jijik dengan rasis walaupun sekadar perkataan rasis sahaja!!

Akhir harapan, Selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat, keluarga dan kenalan Cina, semoga langit merendahkan diri untuk akrab dengan bumi dan semoga babi terbang tinggi untuk bersahabat dengan Helang.

ps: Dapur Emak pernah diserbu jiran Melayu untuk periksa ada babi atau tidak dan Basikal Emak pernah ditendang luka dan Emak disimbah dengan air longkang oleh Cina kerana marah "kahwin Melayu".

Yang lepas sudah lepas, hanya sebagai pengajaran untuk kita esok, bersatu teguh, bercerai roboh!!!

Terima Kasih Abah - Ku hadapi tua ini...

Sebagai ahli sampai mati Parti Jo, saya pernah menangis puluh kali merayu untuk pakai pendakap gigi.

Bilamasa sudah genggam RM 2000 dan minta kebenaran ibu apa, Abah kata;

"Kenapa perlu diubah ciptaan Allah"

Seperti biasa membungkam dan akur. Natijahnya pasti ada malah merana, tapi hari ini ku hadapi tua ini dengan bersyukur...

Ku hadapi tua ini, walau rambut mulai putih,
Ku hadapi tua ini, walau gigi mulai gugur,
Ku hadapi tua ini, walau mata mulai rabun,
Ku hadapi tua ini, walau belulit mulai ramai,
Ku hadapi tua ini, walau ramai rakan sudah kembali,
Ku hadapi tua ini, walau apa jua aku, kerana aku bersyukur seadanya....

Dan kini ku ingin mula bersedia menghadapi mati...