ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, March 7, 2018

Sekolah Ajar Pelajar Jadi Pelacur dan Kerajaan Bantu Pedofil Cari Mangsa!

Sekolah Ajar Pelajar Jadi Pelacur dan Kerajaan Bantu Pedofil Cari Mangsa!

Ini adalah era komunikasi digital tanpa batas, sebelum setuju atau tidak setuju, tolong pakai kasut anak-anak kita dan tanggalkan kasut kita yang hanya mengenali internet dan handphone selepas tamat sekolah!

Cikgu hari ini terikat dengan elemen masyarakat "highly reached" dan terpaksa memegang smartphone 1/3 dari masa pengajaran dan pembelajaran.

Bagi perkongsian nota, tips periksa malah kerja rumah Cikgu akan kongsi di applikasi Whatsapp dan internet kerana ia lebih mudah untuk mereka, malah kini ada APPS khas untuk tujuan itu.

Pelajar hari ini dipaksa secara halus untuk memiliki smartphone dan akses pada internet!!

Pada umur belasan tahun ini pelajaran bukan cabaran utama pelajar sebaliknyar keremajaan.

Kedai sewaaan Video Tape VHS Speedy dll adalah tempat remaja 90-an hilang keremajaan. VHS di sewa tanpa had untuk 1 Star, dan nasib baik pendaftaran perlu jadi untuk koleksi 3 star ke 5 star ia perlukan verifikasi umur.

Masih saya ingat pada umur 17 tahun, ala gangster KL memakai seragam sekolah memegang plastik hitam berisi CD Cetak Rompak di Petaling Street pada siang banat. Seorang peniaga Cina bertatoo nampak lagak poyo saya dengan nakal genggam tangan saya dan letak gari atasnya sebelum melepaskan saya yang sudah pucat dan berlalu ketawa berdekah-dekah dengan kawan-kawannya. Padan muka poyo lagi!

Pada awal 2000-an, V Channel dan MTV Channel Astro juga adalah cabaran keremajaan pada anak-anak remaja ketika itu.

Youtube merosak keremajaan remaja Malaysia sekitar 2005 tetapi kesannya tidak teruk kerana internet belum boleh diakses mudah dari smartphone.

Dari tahun 2010 sehingga 2018, kita diserang kejutan budaya yang besar, Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman dan kejayaan melepasi ranjau keremajaan, laman Y@#!szz dan applikas Wechat bukan masalah untuk setengah kita yang dewasa.

Tapi bagaimana dengan anak-anak kita????????




Lebih membimbangkan Smartphone dan Internet adalah keperluan asas yang di"wajibkan" oleh pihak sekolah.

Keengganan dan alasan kerajaan yang tunduk pada Konvesyen Antarabangsa Internet untuk tidak menyekat, menapis dan memantau applikasi sex volume tinggi seperti Tumblr, Wechat, Beegoo dsb seolah-oleh mendedahkan rakyat Malaysia berstatus dara dan teruna pada pemangsa!

(Saya masih ketawa dengan alasan Pegawai SKMM tersebut, kerana negara maju seperti Amerika, Rusia dan China juga menyekat setengah applikasi internet yang mengancam tumbesaran norma rakyat mereka)

Apakah kerajaan dan pemimpin JUSA hari ini peduli akan nasib dan pembangunan sahsiah rakyat, atau seperti biasa kerajaan memindahkan semua beban dan masalah termasuk beban/masalah sosial pada rakyat???????Selagi pemimpin boleh makan dan shopping apakah mereka masih peduli pada rakyat?

Apakah pilihan yang ibu bapa ada?

Jika tidak diberi smartphone/internet pada anak-anak, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran malah ada kerja rumah yang diberitahu awal di Whatsapp.

Jika diberi smartphone/internet pada anak-anak, mereka akan terbuka pada laman-laman seks 5 star, pada pasangan berlainan dan sama jenis di applikasi seks dengan mudah malah Youtube sendiri masih menayang seks 1-3 star.

Tapisan ibu bapa??? Jangan buat saya gelakguling, selagi tiada tapisan di tahap rangkaian backbone utama, maka tapisan itu seperti menadah air dengan daun keladi.

Tidak cukup itu, mereka jua terdedah kepada komunikasi tanpa pemantauan sedangkan mereka masih dan sedang bergelut dengan keremajaan!!!

Mereka masih mentah. Sedangkan kita ibu bapa kepada mentah ini sudah dimasak beribu kali hingga rentung pun masih naif dan tertipu malah ramai bergelut dengan laman-laman dan applikasi seks.

Justeru, adalah "wise" jika pihak Kementerian Pendidikan Malaysia Najib Razak Mahdzir Khalid termasuk pihak sekolah tidak menggunakan smartphone sebagai medium komunikasi samada tunggal mahupun alternatif dengan pelajar.

Komunikasi dengan ibubapa juga perlu ada SOP dan dihad pada tempoh berkenaan sahaja bagi mengelakkan Guru bawa beban kerja kedalam keluarga mereka khususnya di luar waktu kerja.

Jauhkan pelajar dari smartphone dan internet hingga mereka mencapai kematangan(eg 17 tahun)untuk berhadapan dengan keremajaan atau kita sedang melahirkan generasi berpenyakit sosial yang parah!

Atau lengkapkan mereka dengan ilmu keremajaan internet dan nilai mencegah keburukan applikasi media sosial kerana kita sebagai ibu bapa tidak terdedah kepada sumber-sumber tanpa batasan termasuk seks songsang, seks adik beradik dll.

ps: China tidak memindahkan beban sosial kepada rakyat. Undang-undang China hanya membenarkan satu keluarga satu anak sahaja. Mereka membantu masalah "remaja" rakyat dengan mengadakan vending machine menjual kondom di setiap sudut Negara 24 jam sehari, malah jika anak pertama adalah anak perempuan mereka benarkan anak kedua, jika perempuan juga mereka benarkan anak ketiga(maksimum). Malaysia???? Hukum perogol, hukum pedofil, hukum khalwat tapi mengalakkan dan mendedahkan rakyat buat demikian seawal remaja sekolah!