ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, May 31, 2016

Penyokong PM Tolonglah Baca Majalah Ekonomi!

Saya tidak sokong PM, dan itu hak saya. Anda sokong PM, dan itu hak anda.

Malangnya tiada hak manusia dalam Islam, yang ada hak Allah iaitu kebenaran.

Saya dakwa saya di pihak benar dan pasti anda dakwa anda di pihak benar.

Justeru kita perlu berusaha untuk cari kebenaran dengan ilmu.
Malangnya dalam proses itu kita sering cari siapa yang salah bukan apa yang benar.

Lillahitaala, saya mahu sokong PM malah saya undi calon Parlimen BN Wangsa Maju pada PRU 13 yang lepas. Beliau adalah Shafie yang juga Pegawai Khas PM.

Saya berusaha sokong PM kita, dan blog ini ada rekod saya pertahankan PM dan menegur Tun Mahathir dengan adab Melayu, sopan, halus, penuh bahasa bahasi.

Sepertimana anda, saya cuba letakkan kepentingan Islam di hadapan kerana kita sedar kepentingan Islam  lebih tuntas diperjuangkan melalui perjuangan Melayu, kerana keduanya tersimpul ampuh.

Namun saya rasa sikit kesal dengan "perangai" ahli UMNO yang "perasan" mereka sahaja yang perjuangkan Melayu dan Islam, orang lain tidak.

Kesal saya perkara kecil kerana agenda utama kita bukan saya, bukan anda, bukan Najib, pun bukan Mahathir sebaliknya, ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA.

Tiang perjuangan Agama, Bangsa dan Negara ini jadikan Malaysia Negara yang benar-benar unik dimana semua agama, semua bangsa perjuangkan agama dan kaum masing-masing sekaligus perjuangkan Negara, kecuali DAP yang sering menggambarkan Melayu rasis bila perjuangkan Melayu dan tidak sebaliknya.

Usaha gigih saya mencari sebab untuk sokong PM gagal.

Bukan kerana dosanya yang lampau, bukan kerana kesilapan beliau semalam tetapi kerana tiada perancangan untuk hari ini dan esok.

PENYOKONG PM, TOLONGLAH BACA MAJALAH EKONOMI.

1MDB rugi, derma 2.6 billion, Mahathir rasuah, Perwaja, BIMB, Proton, Rosmah, Altantuya, semua sejarah yang tidak boleh diubah.

Bosan, dan perlu ditinggalkan di belakang.

Kita perlu fokus pada hari esok kerana ia masih boleh diubah, bukan semalam yang mustahil diubah.

Mutakhir ini, lebih dari 100 pakar Ekonomi meramalkan kejatuhan ekonomi Malaysia dan rakan serantau akibat hutang Negara yang lebih seganda dari simpanan.

Orang UMNO tidak bacakah artikel dan majalah ekonomi?
Penyokong PM, I Love PM banyak yang bijak pandai, mereka tidak bacakah artikel ekonomi.

Para Menteri dan TPM tidak buat case study atas Greece kah?

Patutlah EDGE diharamkan, supaya orang Melayu yang memang malas membaca, yang memang sikit faham bahasa Inggersi, terus diperbodohkan.

Kita sudah tidak peduli isu 1MDB! Bosan!
Kita sudah lali isu derma! Mual!
Kita sudah tidak kisah Rosmah, Reza dan Jho Low! PiMam!
Kita sudah muak gerakan Tun Mahathir dan rakan! Keliru!

Tapi kita mahu tahu apa pelan Najib Razak? Apa rancangan beliau untuk Malaysia?

Beliau tidak perlu beritahu apa perancangan beliau, kerana rakyat pun sudah tidak percaya apa yang keluar dari mulutnya akibat banyak berbohong sebelum ini, tapi;

Najib Razak dan Kerajaannya perlu tunjuk tindakan Kerajaan dalam perancangan ini!

Bukan hari ini ekonomi jatuh baru mahu digerakkan pelan? Tindakan pra-perancangan, uji kaji perancangan dari pelbagai sudut patut sudah boleh dilihat!!!

Malangnya, ringgit naik sikit, jatuh banyak. Paras RM 3.60 adalah had ekonomi cukup makan.

Sebagai orang kampung yang hanya faham ekonomi dari majalah ekonomi, mustahil Malaysia jadi Negara berpendapatan tinggi jika ringgit berada atas RM 3.00 berbanding dollar.

Apakah RM 10,000 sebulan pendapatan tinggi? Kerana RM 10,000 hanyalah USD 2,000 sahaja, atau SingDollar 3,000 sahaja.

SingDollar 3,000 adalah Gaji "Fresh Graduates" di Singapura, dan sebagai Negara jiran, adakah ia gaji pendapatan tinggi kita?

Gaji Penjawat Awam Malaysia RM 3000 adalah gaji tukang sapu sampah di Singapura. Ikut teori mana Malaysia akan jadi Negara pendapatan tinggi seperti Singapura?

Ramai tidak faham keadaan Malaysia yang bimbangkan kerana mereka tidak faham hutang, dan tidak faham apa yang terjadi pada Greece?

Bagaimana sebuah Negara boleh muflis?

Saya terangkan cara mudah ;(amaran saya orang teknikal bukan orang kewangan tapi belajar dari majalah)

Pendapatan kita RM 40,000 setahun dengan perbelanjaan RM 30,000 setahun.
Simpanan kita RM 40,000 dan hutang kita RM 80,000.

Sebagai ketua Keluarga kepada ramai, kita tidak boleh gunakan simpanan RM 40,000 dan bayar semua hutang kita kerana selain ia tidak boleh dilangsaikan ia juga adalah simpanan kecemasan serta pelaburan kita.

Setiap tahun kita hanya boleh simpan RM 10,000 sahaja.

Sedangkan kadar faedah hutang adalah 8% setahun atau RM 3,000 setahun. Ini bermakna kita boleh kurangkan hutang setiap tahun kepada sebanyak RM 3000 dimana kadar asasnya akan berubah setiap tahun.

Walaupun lama dan banyak, ia dinamakan ekonomi sihat, hutan sihat walaupun berada di tahap sikit bimbang.

Masalah akan timbul apabila kita tidak bayar hutang kita RM 80,000 tadi ikut ketetapan pihak pemiutang.

Kadar 8% akan meningkat dan akhirnya RM 10,000 simpanan setahun tadi hanya mampu bayar faedah sahaja.

Kemudian ia terus meningkat akibat pengurusan kewangan teruk tadi telah menukar hutang sihat pada hutang sakit.

Walaupun kita berpendapatan RM 40,000 setahun dengan perbelanjaan RM 30,000 dan bayar bunga hutang RM 10,000 setahun "ngam-ngam" kita tidak mampu buat salah lagi.

Anak kita Wan Aim Dee Bee pula rugi berniaga dikejar Along. Kita terpaksa kurangkan pembayaran hutang untuk membantu beliau.

Kini kadar bunga pinjaman kita setahun sudah menjadi RM 30,000 setahun dengan pokok RM 80,000 dan pendapatan kita hanya RM 40,000 serta simpanan RM 40,000!

Hari ini, esok hingga seratus tahun lagi, kita berkerja untuk pemiutang. Setiap hasil yang kita dapat adalah untuk bayar hutang. Untuk perbelanjaan, kita akan gadai satu persatu harta kita.

Itulah caranya kerajaan muflis!

Malaysia ada simpanan RM 400 billion dan pendapatan cukai hasil, pintu, jalan, import eksport, GST, royalti Petronas(pada harga RM 120 setong) semuanya hampir RM 400 billion.

Perbelanjaan Kerajaan yakni gaji, tadbir urus, elaun, Jet dan lain-lain semuanya hampir RM 300 billion dimana hutang Negara hampir RM 700 billion ditambah RM 300 billion hutang jangka panjang dengan kadar faedah serendah 4 peratus.

Bagaimana Kerajaan mahu bayar hutang RM 1 trillion sedangkan simpanan hanya RM 400 billion, pendapatan kasar RM 400 billion dengan perbelanjaan tahunan RM 100 billion?

Akhirnya, Malaysia akan muflis.

Muflis bukan seperti orang Muflis, tapi kita berkerja, bayar cukai pintu dll semuanya untuk membayar bunga hutang hingga 1000 tahun lamanya.

Kesimpulannya, saya mahu sokong PM kerana saya secara peribadi berpendapat tiada siapa yang lebih layak dari beliau dalam kalangan UMNO!

Tapi, Najib perlu bertindak cepat, perlu merancang hari esok, sekurangnya beritahu ahli UMNO kerana mereka memang tidak tahu apa-apa, agar mereka boleh terangkan pada rakyat.

Hakikatnya,kita berada dalam keadaan amat berbahaya dan menyokong PM dengan hanya bercakap soal perkara lepas dan semalam tidak langsung bijak malah bodoh, kerana kita mahu tahu ada apa dengan hari ini dan hari esok?

Lebih lagi, adalah tanggungjawab Kerajaan menjelaskan laporan ekonomi khususnya dari analisis luar negara untuk kawal "spekulasi"?

Peliknya Kerajaan hanya biarkan laporan tersebut dan tiada penjelasan kukuh perancangan kerajaan membayar hutang dan paling penting membawa Malaysia keluar dari krisis ekonomi seperti zaman Gelap Amerika.

Najib Razak langsung tidak beritahu pelan Kerajaan mahu bayar balik hutang Syarikat Milik Kerajaan 1MDB?

Apa perancangan Kerajaan samada mahu tutup atau biarkan 1MDB beroperasi dengan kos gaji berjuta ringgit sebulan sedangkan 1MDB tiada ada "income" atau pendapatan!

Kalau ada sekalipun ia tetap tidak cukup untuk bayar gaji dan langsung sedikit pun tidak cukup untuk membayar bunga hutang.

Dan ahli UMNO pula terus sokong membabi buta tanpa mahu bertanya apa akan jadi pada Malaysia jika hutang jangka pendek melebih paras RM 800 billion?

Jangan percaya saya, saya bukan ahli ekonomi. Tolonglah baca majalah dan artikel ekonomi!

Monday, May 30, 2016

Lorong Kecemasan, Emergency Lane Pembunuh

Sedikit latar belakang mengenai saya.

KM: 2,000,000 ++

Jalan DiLiputi:
Seluruh Jalan Utama N9, 80% Jalan Utama Melaka dan Penang, 60% Jalan Utama Johor, PLUS, LPT, LTB, Singapore, Jakarta-Bandung, Dubai-Abu Dhabi, KK-Lahad Datu.

Umur capaian: 30 tahun

Saya adalah pemandu tegar dan syukur pada Allah, menepati kriteria, "feel the road" and "feel the car".

Saya mengaku saya juga ada menggunakan Emergency Lane atau Lorong Kecemasan sepanjang memandu lebih 2,000,000km ini lebih lagi pada Musim Perayaan, Polis Trafik sendiri arahkan kereta menggunakan lorong kecemasan supaya aliran trafik tidak kena kesesakan maut atau "deadlock".

Saya tidak mahu menolak tanggungjawab atau komen seperti saya tidak bersalah kerana saya boleh katakan saya fahami corak pemanduan pemandu mengikut Negeri.

Untuk pengetahuan anda, corak pemanduan pemandu adalah berbeza mengikut Negeri khususnya N9, Melaka, Johor, Pahang, Penang, dll, begitu juga Indonesia di Padang, Medan dan Jakarta juga berbeza dan perlu saya beri kredit, pemandu Johor(bukan JB) antara yang berdisplin.

Cerita ini akan menjadi menarik jika saya sentuh tentang penggunaan lorong kecemasan yang akibatkan Ambulan tersangkut dan bantuan tidak sampai pada masa hingga akibatkan dua nyawa melayang.

Fahami fakta ini;

Kesesakan di Lebuh Raya amat menyeksakan!

Justeru, ramai pemandu tidak dapat bersabar dan menggunakan Lorong Kecemasan termasuk saya. Saya bukanlah pengguna lorong kecemasan tegar, dari 10 kesesakan saya lalui, mungkin 1-2 kali sahaja saya gunakan lorong kecemasan atas sebab "kecemasan peribadi".

Kita boleh bercakap soal masalah sampai bila-bila, boleh maki-memaki, boleh merendahkan orang yang tidak sependapat dengan kita, boleh apa sahaja tapi ia tidak akan membawa kita kemana-mana.

Sebaliknya, kita harus bercakap dan fokus pada penyelesaian.

Penyelesaian bila kesesakan berlaku di Lebuh Raya;

PENYELESAIAN PERTAMA:

Adalah dari pihak PLUS atau Polis. Pada Musim Perayaan, Polis Trafik sendiri arahkan kereta menggunakan lorong kecemasan supaya aliran trafik tidak kena kesesakan maut atau "deadlock".

Pihak PLUS patut bertindak cepat guna pakai sistem tahan dan lepas.

Dan jika dekat dengan susur keluar, PLUS boleh arahkan pemandu masuk ke laluan alternatif dan minta Polis beri kelancaran jalan "dalam" sebagai contoh, dalam kes ini, pemandu dalam kesesakan boleh guna susur keluar PEDAS, dan memandu hingga ke Seremban dengan lancar di bantu Polis sebelum guna pelbagai pilihan seperti LEKAS, NILAI, Cyberjaya dll untuk ke Kuala Lumpur.

PENYELESAIAN KEDUA

Bila saya mahu cepat dan kecemasan peribadi, saya gunakan lorong kecemasan. Ada yang baik hati beri laluan, ada yang sakit hati tutup laluan.

Hari ini, hari saya, esok mungkin hari anda, dan anda gunakan lorong kecemasan atau "rampas" lorong orang lain secara paksa.

Biasanya bila saya bukan dalam kecemasan, saya tidak akan gunakan lorong kecemasan dan akan biarkan orang yang harinya perlu guna lorong kecemasan gunakan tanpa halangan atau sakit hati dari saya.

Jika isteri saya "cucuk", saya akan jawab, mungkin dia sakit perut mahu buang air agaknya.

Lagipun, memandu di Lebuhraya fokus pemanduan mudah hilang kerana bosan, jadi bila kesesakan kita boleh fikirkan hal rumah, pejabat, destinasi dan ambil "nafas" untuk fokus semula.

Penyelesaian KEDUA, adalah pentingnya kita bertolak ansur atas jalan raya.

Jangan hari-hari pula guna lorong kecemasan dan jangan pula halang orang lain yang ada kecemasan peribadi.

Dapat dilihat di rakaman video, kereta yang berada atas lorong kecemasan menghalang laluan Ambulan kerana kereta yang berada di Lorong paling kiri tidak beri ruang untuk mereka masuk.

Kalau pengguna lorong kecemasan pembunuh, lorong paling kiri boleh dianggap "rakan subahat."

PENYELESAIAN KETIGA.

Bukan sahaja di PLUS malah di Jalan Kuala Lumpur juga ada corak aliran trafik. Di Jalan Kuching, di Jalan Cheras, di Puchong, di Federal, di mana-mana sahaja, ada corak dimana jika kita mahu cepat, kita ambil lorong paling kiri dan himpit semula ke kanan bila berada di hadapan.

Masalah ini tidak dapat dielakkan kerana bilangan kereta di Kuala Lumpur terlalu banyak justeru undang-undang tidak dapat diikuti dengan sepenuhnya ie 30 kaki jarak antara dua kereta.'

Semua tahu, pihak yang ambil kiri kemudian himpit kanan akibatkan Jalan sesak teruk. Saya tidak nafikan, tapi jika diteliti punca, pemandu kereta perlahan suka berada di lorong paling kanan sedangkan mereka perlahan.

Mereka tidak mahu cepat, tapi mereka mahu selesa. Memandu di lorong paling kanan dengan kelajuan 50km, tidak perlu ubah laluan, tidak perlu brake kerana kereta hadapan jauh.

Akibatnya, pemandu mahu cepat terpaksa guna taktik kiri himpit kanan.

Penyelesaian masalah adalah sekali lagi SIKAP PEMANDU perlu beri laluan pada mereka dan susahkan diri anda sedikit di Lorong perlahan dan tengah kerana mereka lebih perlahan dari anda.

Ini adalah terpaksa, jika tidak, 1000 lorong pun tidak cukup jika setiap kenderaan mahu memandu ikut suka kelajuan dia tanpa ambil kira faktor luaran.

PENYELESAIAN KEEMPAT

Rancang Perjalanan.

Sikap pemandu di Malaysia adalah busuk hati.

Mereka memandu perlahan, dan bila nampak kereta dihadapan mahu tukar lorong mereka akan tekan minyak dan himpit rapat supaya tiada ruang.

Bila sudah berjaya menghalang, mereka akan memandu perlahan dan kembali jarakkan kereta mereka dengan kereta dihadapan.

Ini berlaku kerana pemandu tidak diajar modul pengurusan perjalanan semasa ambil lesen memandu.

Apa yang terjadi di Lebuhraya PLUS hingga akibatkan kematian boleh dielakkan sekiranya pemandu merancang perjalanan dengan baik.

Bagi yang tidak mahu memandu cepat, boleh guna jalan lama, atau boleh masuk ke RnR dan berehat.

Malah, boleh beri laluan kepada pengguna lorong kecemasan yang mahu cepat.

Lagipun, kemana kita boleh pergi dalam kesesakan itu, paling jauh pun 7-8 kereta dihadapan.

Mungkin pengguna lorong kecemasan tidak berfikir seperti itu, tetapi jika semua tidak, siapa akan. Kita boleh mulai, dan percayalah pada kitaran hidup, esok lusa, anak muda ini akan belajar dan mereka pula akan beri laluan guna laluan sesak dan beri laluan orang lain guna lorong kecemasan.

MATANG ATAS JALAN RAYA adalah kata kuncinya.

Alfatihah untuk 2 beradik tersebut.

Alfatihah,

Friday, May 27, 2016

Pesanan Pada Anti Vaksin: Berpecah Kita Roboh, BerSATU Kita Teguh

Pada 2008(anak pertama) saya akui saya rasa "dipaksa" ambil vaksin wajib dan kerana kekangan kos, saya tidak ambil vaksin option.

Pada 2011(anak kedua), anak saya dibedah paru-parunya seawal hari pertama. Doktor cadangkan saya ambil tambahan vaksin option, saya ambil walaupun "terpaksa".

Saya sepertimana anda bersikap "Ahh, zaman dahulu mana ada vaksin, sihat sahaja datuk moyang kita, umur pun lebih panjang dari kita".

Malahan, kalau boleh saya mahu isteri saya lahirkan anak secara normal dan Tawakawal(tawakal awal). Ialah, kalau mati ia sudah takdir Allah, kita serah sahaja bulat-bulat pada Allah.

Ayat serah bulat-bulat pada Allah muncul kurang dari 5 kali dalam AlQuran.

TAPI ayat "Allah suka pada orang yang perbaiki amalan" muncul puluhan kali.

Apa yang sudah terjadi adalah takdir Allah - no arguement,
NAMUN apa yang belum terjadi, akan terjadi mengikut "iqra" dan usaha seseorang manusia sudah tentu dengan izin Allah juga.

Maafkan saya jika anda jemu sikit baca artikel/komen yang caj alim guna nama Allah, AlQuran dsb, malah pengkritik juga dengan mudah kritikas(kritik balas) dengan berkata, kau guna nama Allah, Islam, AlQuran tapi engkau sendiri tidak betul, tiada kelayakan dsb.

Bukan anda sahaja rasa seperti itu, saya juga rasa seperti itu hingga saya jumpa ayat AlQuran yang katakan, "apabila disebut ayat-ayat Allah, janganlah kamu berpaling darinya". Kini saya tidak berani berpaling lagi walaupun kadang-kadang perasaan "menyampah" pada sipengutur masih ada - ikhlas dari "saya yang masih berusaha berubah!"

PESANAN PERTAMA adalah pesanan Allah pada kita yakni Allah suka orang yang perbaiki amalan.(disebut banyak kali dalam AlQuran lebih banyak dari serah bulat-bulat pada Allah)

PESANAN KEDUA adalah dari saya pada golongan anti vaksin yang katakan zaman dahulu tiada vaksin tetapi bayi sihat, nenek moyang kita panjang umur dll.

Zaman dahulu bukan sahaja tiada vaksin tapi juga tiada bius jadi kalau esok kita kena bedah perut, jahit tangan dll minta Doktor jangan letak ubat bius kerana orang dulu luka tidak letak ubat bius sihat sahaja.

Kita belum cerita tentang makanan orang dahulu yang ditanam sendiri tanpa baja, tanpa RACUN serangga perosak, tanpa suntikan pada ayam, tanpa peti ais dan pengawet menyimpan daging dan ikan bertahun sebelum kita makan, tanpa asap kereta dan industri yang disedut paru-paru mereka dll.

Malahan, orang dahulu gaya hidup sihat mereka "berak" di Sungai atau dilubang kambus sendiri sedang kita tidak pernah lihat tahi sendiri. Mereka mandi dan minum air telaga tanpa klorin dan plumbum, mereka tiada HP/Astro yang beradiasi(zaman Nokia isu radiasi HP sering dibincangkan kenapa kini didiamkan), tiada Dettol kerana mereka sagat daki dengan sabut kelapa- pedih ooo, dan bermacam lagi.

Hakikatnya zaman dahulu bukan sahaja tiada vaksin tapi juga tiada dialisis, tiada pintasan jantung, tiada kaki, tangan palsu, jadi apakah kita patut contohi orang dahulu?

Patutkah kita ikut cara orang dahulu bersihkan buah pinggang yang rosak, ikut cara mereka ubati jantung, ikut cara mereka ubat asma dengan menelan anak tikus dsb.

Malahan zaman dahulu tiada HIV dan penyakit kifarah lain kerana orang dahulu walaupun mundur(pada pendapat kita), tapi mereka takut pada Allah.

Orang pada zaman ini maju tapi sedikit sahaja yang takut pada Allah. Tidak perlu tengok jauh, tengok kiri, kanan kita pun sudah boleh nampak beberapa rakan yang tidak takut pada Allah. Kalau tidak nampak juga, tengok sahaja ahli politik dan pentadbir kuasa kerajaan, pasti nampak jelas.

PALING MUDAH, komitmen anti vaksin boleh terbukti jika anda sunat anak anda kelak dengan Tok Mudim. Tiada bius dan guna pisau ikut cara orang dahulu, berkubang dalam parit seharian digigit Aedes yang comel, sihat sahaja! (Tok Mudim sekarang pun dengarnya guna cecair bius, gunting dan ubat kuning)

Mulakan dengan anak sendiri pasti ramai akan ikuti tanpa pertimbangan!

Samada anti vaksin betul, atau pro vaksin betul, samada saya betul, atau anda yang betul tiada jawapan kerana tiada siapa mahu mengaku salah.

Namun, salah atau betul tidak tentukan pihak menang atau kalah kerana anti vaksin ada hujahnya ie tiada bukti saintifik kukuh boleh buktikan anak tiada vaksin mereka penyebab penyakit pada anak vaksin dan Pekerja Asing juga tiada vaksin TB, Malaria dsb, begitu juga pro vaksin ada hujah mereka dengan kes-kes penyakit terkawal menular kembali.

Sebaliknya yang menang/betul adalah mereka yang berfikir dengan hati dan yang kalah/salah adalah mereka berfikir dengan otak kerana lembu pun ada otak dan mereka yang berfikir dengan akal kerana anjing pun ada akal.

Sama-sama kita fikir dengan hati! Insya Allah, Tuhan tunjukkan jalan MUSTAQIM untuk ABDUL(hamba) RAHMAN(Allah).  :):) ;p ;p

Akhir kata, jom kita renung peribahasa orang-orang dahulu yang tiada vaksin ini, berpecah kita roboh, bersatu kita teguh.

Jom jadi SATU khususnya dalam kebaikan dan masa hadapan anak-anak kita.

PS: Saya mungkin tidak setuju dengan golongan anti vaksin, tapi saya juga tidak setuju dengan tindakan mana-mana pihak ie Tadika yang letakkan syarat hanya kanak-kanak vaksin sahaja diterima kerana masalah tidak diselesaikan dengan cipta masalah lain.

Syarat seperti ini jika disokong Kerajaan amat malang, kerana KERAjaan bukan kera yang mentadbir, tapi manusia yang sewajarnya fokus pada penyelesaian bukan pada masalah. Fokus pada hari esok, bukan pada 20 tahun dahulu ketika Mahathir menjadi PM. :(

Sebagai Kerajaan, pihak berkenaan boleh hantar Doktor/Jururawat untuk beri vaksin pada anak-anak yang tidak bersalah ini(mereka tidak salah kerana ibu bapa yang enggan), atau sesi penerangan@kaunseling@rayuan(panggil apa sahaja asalkan matlamat tercapai) untuk ibu bapa yang enggan.

Mungkin ada masalah jika penjaga enggan, tapi selagi kita mahu berusaha kearah kebaikan, tiada apa yang boleh halangnya. Positif!

Wednesday, May 25, 2016

Masyarakat MADANI Anwar Ibrahim Tumbuh Melata Di Malaysia, contoh Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota dan Kg Bangi, baik atau buruk?

Masyarakat madani atau yang disebut pihak Barat sebagai “Civil Society” mempunyai prinsip asas pluralis, toleransi dan hak asasi manusia serta terkandung di dalamnya prinsip ‘demokrasi’.

Sejarahnya bermula seawal tahun 300 Masihi, ketika Nabi Muhammad SAW masih belum lahir.

Para ahli agamawan, dan falsafah "cuba" sementara ahli politik terus kaitkan madani dengan Islam, Madinah, Nabi SAW, pemikiran Ibnu Khaldun dan sebagainya.

Malah Anwar sebagai TPM cuba memenangi pemikiran Rakyat untuk menerima idea madani dengan menamakan Masjid Utama di Bandar Sri Damansara sebagai Masjid Al-Mukarramah.

Malangnya, Madani adalah acuan barat dan bukan Islam dimana demokrasi dan hak asasi manusia bukan sesuatu yang dijunjung Islam.

Pada tahun 1990, Utusan Malaysia menerbitkan akhbar sisipan 20 muka selama 2 hari berturut-turut menerangkan konsep masyarakat Madani.

Pada usia mentah 10 tahun, dari pemahaman saya, masyarakat madani adalah satu lagi punca kejatuhan Islam iaitu mengamalkan kasta antara elitis dunia dan si miskin.

Walaupun pengikut Anwar(UMNO) pada masa itu mendakwa ia baru dalam perancangan tapi ia juga dilihat kebijaksanaan Anwar mahu imbangi kuasa Al-Arqam yang semakin berkembang di "kampung" sebelah.

Hingga hari ini idea masyarakat Madani tidak pernah luntur khususnya bagi golongan elit yang tidak mahu "bercampur" dengan kekotoran(miskin).

Ia kemudian dijanakan semula dengan jaya oleh Indonesia yang mempunyai jurang besar antara orang miskin dan orang kaya.

Hampir semua Presiden selepas Suharto menyebut dan menekankan usaha kerajaan mewujudkan masyarakat madani di Indonesia termasuk BJ Habibie dan SBY.

Hakikatnya, konsep madani mampu memberi keselesaan kepada golongan kaya di Indonesia, golongan kaya di India dan ditempat lain yang mengamalkan kasta atau punya jurang yang besar.

Berbalik kepada persoalan apakah masyarakat Madani ini baik atau buruk?

Jika ditanya pada golongan profesional. elit, dan kaya sudah tentu ia baik kerana ia sudah lama dipraktikkan di Negara maju London, Scotland, Amsterdam dan banyak lagi.

Tapi apa nasib orang Miskin dalam masyarakat Madani?

Jika ibu bapa anda miskin, atau esok anda sendiri menjadi miskin, maka secara automatis anda akan keluar dari masyarakat Madani, bagaimana?

Orang miskin melihat masyarakat Madani dengan cara berbeza, tetapi kebanyakan percaya ia adalah usaha sisihkan dan mengkelaskan simiskin pada golongan "hamba" atau "second class".

Samada anda adalah golongan realistik, idealis dll yang penting adalah bagaimana Madani boleh memanfaatkan umat Islam khususnya dari sudut perpaduan serta keimanan?

Tidak perlu disorokkan, di Malaysia sudah banyak perumahan madani tumbuh dimana orang kaya, tinggal dengan orang kaya, dan miskin tinggal dengan orang miskin.

Madani adalah skala masyarakat bukan skala perumahan, namun seperti doktrin lain ia hebat dalam pengaruhi minda masyarakat berlainan budaya sebagai contoh doktrin Karl Marx lebih diresapi oleh Komunis China dan Korea Utara berbanding Rusia sendiri.

Manusia, jika mengikut kajian sains tidak mempunyai  kuasa dalam menentukan pilihan hidup(baju apa, warna apa, rumah apa, makan apa) dimana semuanya dimanipulasi dan dipengaruhi oleh "super elit" yang kewujudan mereka kekal misteri.

Saya orang Miskin tapi mungkin kaya esok, begitu juga anda orang kaya mungkin miskin esok, justeru secara peribadi untuk saya sokong atau tidak sokong masyarakat Madani ia bukan isu.

ISUNYA bagaimana ia memecahbelah orang ISLAM kepada kasta.

CONTOH terbaik masalah perumahan Madani dapat dilihat di Bandar Sri Putra yang jelas mengkelaskan penduduk Bukit Mahkota sebagai kasta pertengahan dan Kampung Bangi sebagai kasta paling rendah dalam Islam.

Islam ada kasta? Tetapi itu yang sedang berlaku, secara halus dan tanpa disedari.

Jika kita sendiri(bukan tanggungjawab kerajaan) tidak berusaha menghentikan madani maka Islam akan ada kasta sepertimana elitis Jabatan Agama Islam yang selesa memakai kot duduk di bilik hawa dingin tanpa perlu berpanas, digigit serangga berdakwah kedalam hutan.

Golongan madani di perumahan Bandar Sri Putra ini kemudian akan "outclass" golongan bukan Madani dengan membeli hartanah mereka di Bukit Mahkota, dan seterusnya Kampung Bangi dalam kurang 20 tahun lagi.

Pada masa itu kawasan terbut bukan lagi perumahan madani, tapi ia akan menjadi masyarakat madani dimana mungkin Masjid dan golongan agama di situ juga akan memilih mayat berdasarkan tangga gaji mereka!!!

Perlu diingat, kasta dalam agama telah akibatkan Arab berpecah dengan teruk, dan kaum Saudi mengambil tindakan "saya tidak buat siapa mahu buat" dan mengawal Arab secara kasta dengan taktik divide and rule tanpa kira siapa sekutu mereka.

Malaysia masih berupaya hentikan masyarakat Madani dari merosakkan agama, mengkelaskan orang Islam ikut harta, pangkat, pendidikan dsb.

Orang elit perlu pergi ke Kariah orang Miskin, vice versa kerana sekaya dan sehebat mana kerjaya anda, ingatlah, rumah mewah 7 kaki panjang, 3 kaki lebar dan 6 kaki dalam jua destinasi kita semua.

Wallahualam.

PS: Idola saya dari kecil hingga hari ini masih Anwar Ibrahim dan Mahathir. Pada saya Anwar lebih berkarisma dari Mahathir.

Masyarakat Madani adalah perkara pertama yang saya tidak setuju dengan Anwar Ibrahim kerana sebagai anak kecil berusia 10 tahun, saya hanya mampu fikir jika Islam mengkelaskan umatnya mengikut perhiasan dunia dan bukan keimanan dan ketakwaan, apa beza Islam dengan agama Kasta dan agama berpaksi institusi?

Tuesday, May 24, 2016

Amran Fans Bukti Kita Baca AlQuran Tidak Faham

Tiu ni a@a cau h*i!

Puk&@$ak!

Pada saat pertama kita belajar ayat ini masa kecil sudah pasti ayat pertama yang menerpa ke minda adalah apa maksudnya?

Tanya kawan, mereka tidak tahu, atau kawan beri jawapan salah, itu biskut jawab mereka.

Tanya Emak Ayah kita kena cili.

Tanya Cikgu kita kena penampar atau cubit pusing.

Paling epik tanya Kakak dan Abang, kena ugut "nanti bagitahu kat Ayah".

Seronok juga sebut dengan nada yang tinggi sebab Abang Kakak Darjah 4,5 dan 6 semua tengok macam kita dah jaringkan mata kemenangan Piala Thomas.

Tapi kita tetap tidak faham apa yang di"sebut" oleh mulut kita sebab tiada siapa mahu jawab!

Peliknya, jika ayat carut kita sibuk mencari jawapan dan terjemahannya kenapa kita tidak pernah mahu tahu terjemahan AlQuran.

Kita baca AlQuran, tapi kita tidak faham makna 4 Kul.

Apa yang dicakapkan nas, ahad, falak, sudu rinnas, jinnati wanna dll.

Kita tidak faham apa yang kita sebut dalam Solat tapi kita sibuk mahu faham apa makna yang kita sebut carutkan.

PELIK?

Tidak pelik?

Natijahnya;

Dalam AlQuran ada satu ayat yang mengatakan Islam melarang kita perli atau sindir orang.

Tapi Amran Fans adalah Page Troll paling banyak followers dari kalangan orang Islam.

Mungkin, kita tidak tahu definisi kufur, kafir. Ia bukan sebesar menyembah berhala atau keluar dari Islam. Kufur sehalus kita ingkar apa yang Allah kata jangan!

Secara harfiah, boleh dikatakan siapa yang follow page troll, siapa yang like status sindir, mereka kufur.

Tapi, saya bukan Ustaz. Saya tidak layak menjatuhkan hukum, jauh sekali layak untuk berdakwah.

Saya hanya boleh katakan, kalau anda semua baca AlQuran dan faham apa yang cuba disampaikan oleh Allah dalam AlQuran pasti anda tidak akan suka pada budaya sindir atau troll ini, jauh sekali fitnah dan share perkara yang tiada asas sebelum disiasat kebenarannya.

Berjuta pejuang Islam terkorban malah Baginda SAW sendiri menderita berjuang untuk menyampaikan pesan Allah dalam AlQuran pada kita, tapi kita hanya baca sahaja, tanpa praktik, jauh sekali memahami.

Mungkin rakan, sahabat, kenalan FB percaya anda Islam sebenar dengan hanya share Surah itu ini, Hadis itu ini, ucap Selawat, Selamat dan Maulidur pada Rasulullah SAW dll tapi mungkin pada ALLAH tidak cukup.

Kerana ada ayat dalam AlQuran, Allah hanya lihat pada hati manusia, adakah dia patuh pada pesan Allah khususnya bila tiada manusia lain melihat, atau dia sekadar share dan like sahaja di FB?

Wallahualam.

PS:   Ada satu buku karangan Ulama tempatan dibaca di Masjidil Haram, dakwa penulis itu kemajuan hari ini, Smart Phone, Internet, FB, Whatsapp, Twitter, Kapal Terbang, Roket, Kereta Terbang, dan bermacam lagi sudah dikecapi oleh zaman Nabi terdahulu seperti Nabi Sulaiman, Nabi Salleh, Nabi Syuaib dll tapi Allah hapuskan manusia zaman itu sehabis-habisnya(kemajuan).

Manusia yang tinggal hidup secara mundur kembali, ia lalu di dengar sebagai cerita dongeng Moyang kita yang diceritakan dari Moyang mereka dari Moyang Moyang mereka, dengan panggilan UFO, bergerak sepantas angin dsb.

Berapa usia bumi? Dalam AlQuran Allah ada katakan tiada siapa tahu bilangan ramainya umat Nabi Syuaib, berapa banyak kaum dan Nabi lain diantaranya, berapa jarak masa melainkan Allah sahaja yang tahu!

Wallahualam.

Jom doa pada Allah, supaya tiada nikmat Allah yang kita akan/sedang dustakan! Ampunkan dosa kita pada nikmat yang sudah kita dustakan! Amin.

Sunday, May 22, 2016

Menyesal Tolak Rasuah RM 100 Ribu Tanah Lot 2357

Lot 2357 adalah Tanah Warisan Nenek saya yang tidak saya kenali, tapi saya pasti jika beliau hidup semula hari ini pasti dia akan kecewa kerana selepas 50 tahun dia mati, tanah peninggalannya masih gagal memanfaatkan sesiapa akibat EGO!

Lebih lagi jika Nenek saya tahu tanahnya kini jadi sarang penagih, sarang penjenayah, pusat pembiakan aedes yang melahirkan pembunuh senyap yang membunuh dan menyusahkan hidup orang lain, mereka pasti sangat kecewa.

Sebagai Generasi Ketiga pewaris tanah tersebut, saya dan Abang tidak warisinya secara faraid atau percuma, sebaliknya, kami beli guna wang ringgit dari keringat kami.

RM 60,000 untuk dua Bahagian yang sudah dijual oleh Abah dan Pak Cik pada tahun 2001 amat besar nilainya pada masa itu.

Pak Cik dinasihatkan berkali-kali untuk meminjam dari Abangnya untuk beli semua, atau serah hak pada Abang Kandungnya terus, tapi dia enggan walaupun didesak lebih dari 10 kali oleh kami.

Itu sejarah.

Tujuan saya menulis, adalah untuk berkongsi "penyesalan" dengan anak dan cucu saya, serta saya mahu "brag" tentangnya bila saya jumpa Haji Nurut(Atuk) yang ternama dengan kejujuran.

Tentang bagaimana saya, seorang yang tiada pendapatan bulanan dan miskin mampu bertindak "bodoh" menolak rasuah RM 100,000.

Pada tahun 2015, saya upah Juru Ukur bertauliah dengan kos RM 7000 untuk sahkan Tanah kami Lot 2357 diceroboh oleh 4 Pemaju sejak tahun 2006 tanpa sebarang tindakan oleh panglima-panglima Keluarga.

Mungkin memang resam keluarga kami, bacul dengan orang luar, menyinga dengan saudara sendiri. Jantan kami disimpan dalam almari sebagai perhiasan, kias orang tua.

Saya ambil langkah "tidak matang" dan utus surat pada pihak berkenaan MPS, Kerajaan Negeri, PTG, MB, KSU, Sultan Selangor, dan semua berkaitan.

Pemaju Halamanda Gombak yang ceroboh tanam paip tekanan tinggi SYABAS mereka dalam Tanah Lot 2357 kami "terpaksa merayu" saya kerana mereka berada pada 90% completion projek perumahan ratusan juta mereka.

Pertemuan empat mata antara wakil Syarikat dan saya diadakan di Jalan Duta, KL.

Pihak Pemaju mahu kes ini tidak dipanjangkan, dan telah sediakan RM 100 RIBU sebagai imbuhan kepada saya kerana mereka terdesak mendapatkan CFO dan "pendedahan" saya akan buatkan mereka rugi teruk.

Saya berfikir lebih 2 minggu.

Demi Allah saya mahu ambil duit itu, dan jadi "kaya seperti orang lain". Beli Motor besar, beli Kereta besar, atau memulakan semula perniagaan.

Iman saya tergugat, saya tidak nafikan. Saya juga tidak nafikan sebahagian dari diri ini masih menyesal tidak ambilnya.

Alhamdulillah. Allah selamatkan saya.

Syukur juga, kerana saya berdarah Nurut dan Wong, dilahirkan ibu bapa, dibesarkan kakak dan abang, dimatangkahwin dengan keluarga mertua yang juga jujur justeru saya buat satu keputusan yang saya "menyesal" hingga hari ini.

YA! Saya menyesal tolak "rasuah" RM 100 Ribu pada saya. Lebih lagi Peguam saya pula bertindak menipu halal saya(Peguam tidak menipu haram, tapi mereka suka menipu halal atau mislead) dengan menangguh kes lebih 2 tahun berkemungkinan Peguam saya dibeli.

Saya sungguh menyesal dan saya mahu jadikan penyesalan saya satu pengajaran pada anak, cucu dan semua pembaca.

Saya mungkin tidak kaya, tapi saya tidak pernah ambil hak orang lain, tidak menipu dan tidak makan harta anak yatim. Saya yakin benar akan berdiri, salah akan jatuh, apatah lagi jika kami terguna bahagian saudara kami, kami ada bayar mereka "sewa" setiap tahun.

Kita akan jumpa kelak dihadapan Allah, pada masa itu, kebenaran dan cerita kebodohan dan penyesalan saya ini akan dibuktikan pada masa itu samada berbaloi atau tidak.

Walaupun saya miskin RM 100 Ribu, tapi Allah ilhamkan keluarga saya dan keluarga mertua senantiasa sokong dan bantu saya. Mungkin Allah perintahkan Malaikat jangan bawa penyakit dan bencana pada saya dan keluarga, mungkin. Wallahualam.

Yang pasti, Allah tidak tipu, percayalah! Yakinlah!

Pada kalian pembaca, tolaklah rasuah kerana ia bukan sekadar nama baik keluarga anda, tapi nama baik agama Islam dan anda akan dipertanggungjawabkan atas itu.

PS: Saya tahu tulisan ini tiada impak khususnya pada pemakan dedak kelas A.

Tapi Emak ajar saya untuk percaya jika saya tiup sebatang pokok balak dari jarak 1km setiap hari selama berpuluh tahun sekalipun pokok tetap tidak akan rasai angin tiupan itu dan tidak akan berubah kedudukan, tapi tetap satu hari nanti pokok pasti akan rasai usaha saya.

Usaha saya bawa perubahan dengan menolak rasuah RM 100 Ribu *Hati masih bisik kenapalah kau tidak ambil Acai? ;p

Friday, May 20, 2016

Wajibkan Baju Melayu/Kebaya/Kurung Pada 1 Syawal

Siapa yang buat komputer?

Pasti jawapan anda Microsoft, Bill Gates, IBM, atau lebih rumus, orang Barat, orang Putih dan lebih tepat orang Kristian.

ANDA SALAH!

Komputer, Laptop, Smartphone di cipta oleh Algebra, atau lebih tepat dalam elektronik, algorithm.

Algorithm dicipta oleh Al-Kharizmi, seorang Islam.

Sumber Kukuh: Debate Oxford oleh Mehdi Hassan. https://www.youtube.com/watch?v=HjRI2AsF3h0

Kesimpulannya, tanpa komputer, smart phone dll tiada internet.

Tanpa Islam tiada Komputer.

Malangnya, sejarah dan fakta ini semakin pudar.

Orang Islam khususnya traveller dan migran lebih selesa percaya bahawa Negara barat jauh lebih baik dari Islam.

Semua ini menyumbang kepada kehakisan dan hilangnya kepercayaan kita sendiri yakni orang Islam terhadap kemampuan Islam sendiri.

Sebenarnya, untuk mengalahkan Islam tidak mudah, kerana mereka tidak hidup, tidak makan, tidak berkerja, tidak berniaga untuk dunia semata.

Jadi, untuk kalahkan Islam, adalah membuatkan orang Islam sendiri tidak yakin pada kemampuan Islam untuk memajukan mereka.

Cara kasar adalah hilangkan identiti Islam mereka, tetapi ini tidak mudah selagi ada kumpulan Islam besar seperti Tarekat, Tabligh dll.

Cara yang paling halus adalah dengan menghilangkan identiti bangsa atau kaum mereka.

Kerana bila mereka sudah tiada identiti kaum, kita sudah berjaya hilangkan sayang mereka pada kaum mereka yang menjadi tonggak kepada kepercayaan agama mereka.

Identiti kaum terletak pada pakaian, bahasa, sopan dan susila, makanan, kepercayaan serta agama.

Semua ini saling berkait, dimana satu jatuh, semua akan kian jatuh.

PAKAIAN!

Identiti pakaian adalah paling mudah diancam.

Bukan sahaja Melayu, lama dahulu China dan Cina juga mengalami ancaman identiti pakaian.

Mereka tidak lagi gunakan Cheong Sam, dan Chopstick.

Natijahnya, ramai mereka sudah tukar agama. Yang tidak, tidak lagi percaya pada kepercayaan agama dengan displin.

Jepun. Jepun tidak lagi pakaian kimono dan traditional lelaki.

Natijahnya, Kristian sudah bertapak kuat di Negara Agama Nenek Moyang ini.

Banyak lagi contoh lain. Tapi ini contoh paling menarik.

INDIA!

India masih kekalkan identiti mereka.

Sari dan Doti masih menjadi pakaian kebanggan mereka.
Urdu masih menjadi bahasa lidah mereka, tanpa dicampur dengan Bahasa lain.

Well, they speak English very well but not Hindglish.

Natijahnya, Hindu masih kuat diamalkan di India.

Ini adalah physcology mudah. The moment you start don't believe yourself, is the moment you will change to something you are not.

MELAYU.

Melayu adalah tonggak Islam di Malaysia. LEBIH. Melayu adalah Ratu Islam di seluruh dunia. Dari 1,000,000 Melayu, 999,999 adalah Islam.

Bukan semua Arab Islam, tapi Melayu YA!

Tapi Melayu sedang diancam.

Jati diri mereka diancam supaya keyakinan mereka terhadap diri dan Islam dihakis.

Sepertimana China, Jepun, Thailand, dll, pakaian dan Bahasa Melayu menjadi sasaran utama.

Kita sudah menjadi Arab.

Kita berjubah, dan melupakan Baju Kurung dan Baju Melayu.
Sedangkan, Jubah adalah pakaian kaum Arab bukan pakaian Agama Islam.

Jubah adalah pakaian traditional Arab termauk Firaun, Hamman, Yahudi, Nasrani dan Bukan Islam lain.

Natijahnya halus.

Kita tidak akan perasan bahawa Melayu sudah banyak tidak amalkan Islam yang sebenar. Yang keluar dari Islam pun ramai.

Kerana mereka sudah kurang yakin pada diri mereka yakni pakaian dan ia berkait dengan bahasa, makanan, sopan dan susila, kepercayaan serta agama.

Satu goyang, semua goyang.

Justeru, adalah penting untuk kita terus berpakaian Melayu.

Kerajaan dan pihak berkuasa malah kita perlu wajibkan Baju Melayu, Baju Kebaya, Baju Kurung dan pakaian traditional Melayu lain pada 1 Syawal.


2 Syawal mahu berpakaian seperti Yahudi Mabuk(kata P.Ramlee dalam filemnya) terpulanglah.

Pastikan anak, kita, isteri, keluarga, saudara, masyarakat, jiran kita semua berpakaian Melayu pada 1 Syawal.

Kerana ia adalah tonggak kepercayaan kita pada diri kita sendiri. Kepercayaan pada "who we are" malah "who were we before". Kita adalah orang Melayu yang menjadi tonggak kebanggan Islam, dari banyak segi lebih baik dari Arab sendiri.

Kepercayaan kita pada pak, tok, nek moyang kita yang berpakaian seperti itu dan amalkan Islam lama dahulu.

Kita perlu terus percaya pada diri. Jangan biarkan kepercayaan pada diri, siapa kita, kaum kita, keluarga kita dll diancam secara halus, khususnya pakaian kerana;

BUKTINYA sudah depan mata. China, dan Jepun tidak lagi sama.

Agama menjadi pertaruhan. Sekian.

Wednesday, May 18, 2016

D.O.A Boleh Bantu Mahathir Jatuhkan Najib & Selamatkan Malaysia

Demi Allah saya sayangkan Mahathir.

Dan demi Allah saya tidak muliakan dia, tidak hanya sekadar seorang manusia

Yang melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak, sengaja atau tidak sengaja, sembunyi atau terangan. Kerana itulah sifat manusia.

Saya bangga melihat Mahathir dapat kumpulkan 1.36 juta tandangan Deklarasi Rakyat bersama tandatangan saya.

Saya gembira melihat ramai pengikut yang berjuang dan berkorban untuk Mahathir.

TAPI;

Mahathir kurang mengingatkan kita untuk kembali pada Allah selepas berusaha atau konsep tawakal.

Ia bukan sahaja pada hari ini, sebaliknya, selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir kurang memberi contoh ikutan yang baik dalam konsep tawakal.

Tidak sedikitpun.

Mahathir adalah Perdana Menteri paling ramai Timbalan.

Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Pak Lah semuanya adalah Timbalan yang dipilih sendiri oleh Mahathir.

Semua usaha yang Mahathir lakukan dalam semua hal termasuk memilih TPM, pasti beliau berdoa pada Allah sebelum dan selepas.

Tetapi beliau tidak tunjukkan jauh sekali galakkan.

DOA adalah senjata utama orang Islam.

Apa sahaja yang kita capai hari ini adalah berkat DOA kita, doa ibu bapa, doa ulama, doa keturunan kita dsb.

Lihat PAS pada era Nik Aziz.

Mereka walaupun kalah beribu kali, semangat Islam tetap membara dalam jiwa mereka kerana mereka berdoa pada Allah.

Walaupun kalah, mereka tahu, Allah dengar doa mereka.

Tidak mahu saya sebut, doa paling popular KO UMNO KO Najib. Kalau KO merujuk kepada balik huruf OK, maka KO = Tidak OK, dan benar Allah angkat doa PAS.

Memang Najib tidak OK, UMNO tidak OK sekaerang.

Justeru, saya pohon buat kali kedua pada Mahathir dan sekalian pengikunta.

Kita sudah berjuang tandatangan, kumpulkan dan himpunkan Deklarasi Rakyat, berdoalah pada Allah.

Beritahu Mahathir anjurkan Solat Hajat Perdana di Stadium Shah Alam dan doalah, serahkan pada ALLAH nasib Najib dan Malaysia.

Kerna selepas berpuluh kali Mahathir tentukan nasib Timbalan, Perdana Menteri dan Malaysia, ia tetap tidak ikutr apa yang Mahathir rancangkan.

Cubalah berdoa. Serah pada Allah yang bijaksana lagi pemurah dan penyayang.

Wallahhuaalam.

Monday, May 16, 2016

Contohi Dakwah Paling Berkesan Dari Sahabat Musa TIKL

Dakwah terbaik adalah melalui tauladan.

Saya ada seorang sahabat bernama Musa Ahmad. Dia tidak ada janggut, tidak ada jubah Arab, tidak ada kuta Pakistan/India, tidak ada songkok di kepala.

Lebih merimaskan dia tidak pernah ada Facebook, jadi pastilah statusnya, perkongsiannya tentang agama tidak pernah hinggap di wall saya.

Dia ada Whatsapp tapi dia tidak pula forward text, artikel atau image dakwah.

Dari satu sudut berlainan, keburukan saya berdakwah Whatsapp dan FB ini adalah orang(saya) yang forward adalah seperti Unta membawa AlQuran beribu tahun, saya hanya share atau forward sahaja tanpa hayati dan fahami serta patuh mesej dakwah itu lalu jadilah saya 100% berlainan dari apa yang saya sharekan.

Saya pasti bukan semua begitu kerana kebanyakan yang lain benar-benar seiring dengan mesej dakwah yang diforward/share. Allah dan diri kita sendiri lebih tahu sudah memadai.

Menariknya dakwah Musa, sejak saya kenal dia 20 tahun yang lalu, 9 dari 10 waktunya dia sering ke Masjid atau Surau berjemaah.

Ada ketika dia datang di Meja Snooker kami, ambil kunci kereta kami dan ajak kami tanpa beritahu kemana, rupanya dia bawa kami ke Masjid berdekatan.

Apa lagi, ramai-ramai lah berjemaah walaupun terpaksa termasuk saya.

Kalau mahu lepak sama Musa, kawan-kawan sudah tahu, sampai waktu, kau akan "dipaksa" ke Masjid.

"Paksanya" tidak pernah dengan kekasaran, pandang rendah, leteran mahupun "khutbah".

Riuh antara kami, ada yang lari bila nampak Musa mahu datang lepak bersama. Lucu.

Dia simple, selamba, atau sempoi, sepertimana nama registernya di TIKL atau Sekolah Menengah Teknik Cheras, Kuala Lumpur, KOKYA.

Allah jodohkan kami di Masjid, jika saya terserempak dengannya selepas bertahun tidak jumpa, tiada khabar pasti terserempak di Masjid.

Dia duduk di Kelana Jaya, saya di Selayang, 2-3 kali kami terserempak di Masjid Negeri Selangor walaupun saya jarang ke Masjid, sudah pasti sebab dia sering ke Masjid. :)

Pernah pada Solat Jumaat terakhir sebelum hari besar saya, saya tunaikan di Masjid Wilayah, dan dalam beribu orang, Allah temukan saya lagi dengannya.

Hari ini baru saya sedar. Setiap kali saya solat, saya tidak pernah rasa solat saya adalah yang terbaik, tidak pernah rasa solat saya cukup kerana Musa@Kokya!

Dia ajar saya erti tidak cukup, tidak puas, tidak jemu dalam mencari keredhaan Allah tanpa saya sedari.

Sepertimana yang saya katakan di awal artikel, walaupun dia tidak berjubah, tidak berserban, tidak berjanggut, tidak forward ayat-ayat dalam FB, Whatsapp, tapi dia tidak memandang rendah orang lain yang tidak solat atau sosial.

Kesan dakwah Musa adalah halus.

Ia inspirasikan saya tanpa saya sedar.

Ia bentuk diri saya tanpa saya perasan.

Ia mewajahkan sisi Islam menarik tanpa saya dan semua orang ketahui.

Saya tidak berkata, jangan dakwah di Whatsapp, di FB, di pakaian, di janggut dsb kerana semua jalan asalkan ikhlas pasti ada berkah dan ganjarannya.

Tapi saya katakan, terima kasih Kokya, kerana dakwah halus Musa@Kokya merupakan dakwah yang terbaik.

Dakwah yang terus bercakap ke hati dan melekat disitu selamanya, tanpa ditapis telinga, akal, otak dan "gergasi persepsi" masyarakat.

Itulah dakwah melalui tauladan.

Kita semua boleh lakukan.

Jadi orang yang baik. Jadi anak yang baik.

Jadi suami/isteri yang baik. Jadi Abang/Kakak/Adik yang baik.  Jadi Ayah/Ibu yang baik.

Jadi pekerja yang amanah. Jadi pemimpin yang jujur dan tanggungjawab. Jadi Raja yang penyayang.

Jadi jiran yang mesra. Jadi Rakan dan Sahabat yang menjauhi kejahatan.

Apa sahaja kita, miskin atau kaya, pangkat atau penyapu sampah, kita semua boleh berdakwah dengan berkesan dengan menjadi BAIK!

Tanpa kita sedari, semudah menjadi baik ia adalah dakwah yang terbaik.

* InsyaAllah.

PS: Ya Allah, ampunkan dosa sahabatku Musa, berilah dia ganjaran dan rahmatMU atas dakwahnya yang terbaik pada kami. Semoga dia senantiasa dalam inayahMU serta lingunganMU. Amin.

Thursday, May 12, 2016

Kematian Syria Cecah 400,000 Bakal Jadi Di Malaysia

Make them believe but don't let them make us believe.

Ini adalah pesanan saya kepada semua traveller, penghijrah, pelajar, pekerja di Negara-Negara maju barat.

"AKU perhiaskan dunia supaya nampak cantik untuk mereka", ini pula pesan Allah dalam AlQuran.

Negara yang dikuasai oleh Barat ini memang bijak, mereka sedar Islam tidak terkalah dalam peperangan fizikal dibuktikan dari Perang Salib.

Sukar untuk buat orang Islam percaya bahawa "jahanam" ini adalah jalan yang lurus.

Jadi mereka gunakan cara halus.

Kini ramai orang Islam yang percaya orang bukan Islam adalah terbaik.

Negara mereka terbaik.

Sistem mereka terbaik.

Sikap kemanusiaan mereka terbaik.

Sifat prihatin mereka terbaik.

Saya tidak katakan jangan belajar dari kemajuan mereka kerana Allah suka orang yang perbaiki amalan, tapi saya katakan "don't let them make us believe", percaya mereka(Barat-Bukan Islam) lebih baik dari kita orang Islam.

Samada it's a clean sheet atau tidak, tetapi membuatkan diri sendiri percaya bukan Islam lebih baik dari Islam adalah batu penghalang untuk orang Islam memajukan diri.

Ini physcology mudah!!! Jika anda mahu majukan diri, anda perlu percaya pada diri sendiri, perlu yakin pada kemampuan diri dan agama anda.

Dan jika anda percaya bahawa Barat lebih baik dari anda, maka selama-lamanya anda akan berada di bawah mereka.

Malangnya, majoriti traveller akan rasa takjub pada Negara Bukan Islam hingga "they make us believe". Migran apatah lagi.

Tokyo, Singapura adalah maju dan Bandar paling bersih dan saya, seperti biasa, bila berjalan ke Negara lain, saya pasti akan berusaha mencari kecacatan dan kelemahan mereka. Dan Alhamdulillah, saya pasti jumpa dan bersyukur dengan apa yang saya ada, serta menginsafi kekurangan kita sebagai manusia samada Barat yang maju, atau Negara Islam yang mundur.

Tiada siapa sempurna dan tiada apa kejadian atau perkara yang sempurna.

Dalam kebaikan pasti ada keburukan, begitu juga sebaliknya.

Mungkin anda tidak perasan, dunia ini dikemudi oleh sistem pyramid. Siapa-siapa yang diatas, pasti ada yang dibawah menyokong anda atau dalam bahasa kasarnya pasti ada yang dipijak dibawah.

Tidak kira seberjaya mana anda, tidak kira betapa anda rasa anda berusaha dan tidak sakiti orang lain, sistem ini hanya membolehkan kita berada diatas dengan memijak yang dibawah.

PASTI.

Sebab itu, Nabi SAW berjuang hingga hari ini dimana Islam adalah addin. Islam adalah gaya perintah terbaik, bukan sistem barat.

Perkongsian harta melalui zakat, sedekah, cukai dll dalam Islam.

Saling menghormati dalam Islam walaupun anda kaya dan saya miskin.

Semua ini tidak terdapat dalam sistem Bukan Islam, malahan Negara "Islam" seperti Malaysia pun masih bergelut praktikkan Sistem Kerajaan Islam.

Akibat "they make us believe" adalah Syria.

Syria seperti Negara Arab lain termasuk Arab Saudi(Negara Mekah) telah lama kalah pada peperangan halus bukan Islam.

Arab percaya Bukan Islam Barat lebih baik dari Islam. Mereka tidak katakan dengan lidah, tapi mereka akui dengan perbuatan.


Islam tidak boleh diragut secara berhadapan dari seorang muslim, tapi ia boleh dihilangkan dengan mudah dari "dalam".

"Dari dalam" yang dimaksudkan adalah identiti kaum, personaliti, kepercayaan, prinsip serta nilai hidup yang diadun dengan globalisasi dan hak manusia.

Hilangkan identiti kaum orang Islam, hilangkan personaliti mereka, buat mereka percaya Negara bukan Islam Barat lebih baik, jadikan prinsip mereka berkiblatkan barat, jadikan nilai hidup mereka mengejar duniawi atas nama globalisasi dan hak manusia, maka ISLAM AKAN HANCUR.

Justeru, tidak perlulah kita menjerit kesedihan kematian 400,000 Syrian, kerana ia akan terjadi di Malaysia tidak lama lagi.

PS: Jepun dan China sudah lama kalah dalam perang halus barat. Anak muda Jepun lebih senang berkiblat Amerika, dan Kristian sudah bertapak kukuh di Jepun.

China juga mengadu hal yang sama. Jika dahulu mereka dikalahkan "opium" atau ganja, kini mereka dikalahkan hilangnya nilai Cina pada anak muda mereka, sepertimana hilangnya nilai "Jepun" pada anak mudanya.

Tuesday, May 3, 2016

ANAK CACAT, Dosa Atau Ujian?

Selama 15 tahun saya saksikan pelbagai keajaiban Allah dengan mata saya sendiri.

Sebut apa sahaja, semua pernah saya saksikan sendiri waima dengan ayat seringkas AlFatihah!

Kalau anda fikirkan penyakit/masalah anda mustahil diubati/diatasi, tiada yang mustahil dengan DOA!

Paling segar dalam ingatan adalah "pesakit" anak cacat.

Setiap kali anak cacat dibawa sebagai "pesakit", soalan wajib adalah "Apakah ini dosa atau ujian?"

Seperti biasa, hanya jika diminta(jika tidak dia tidak akan cerita hal lepas) Abah akan jawab secara terang dan jelas walaupun kejadian itu berlaku 10,20 mahupun 100 tahun dahulu, walaupun Abah tiada ketika kejadian itu berlaku.

Itu sedikit sebanyak keistimewaan yang Allah kurniakan padanya, dan Allah kuburkan anugerah itu bersamanya 20 tahun dahulu.

Sebagai pemerhati(bukan pewaris), saya hanya mampu berkongsi masa lepas itu sebagai harapan kita semua untuk masa hadapan. Bersama-sama!

Anak Cacat! Dosa Atau Ujian?

Dosa adalah masa lepas yang tidak perlu dikenang lagi(jika ada).

Arwah Abah yang juga Guru saya selalu pesan, lihat kehadapan, renung diri sendiri kerana Allah suka orang yang perbaiki amalan.

KESIMPULANNYA;

Anak cacat adalah satu "peluang" yang Allah bagi khas kepada ibu bapa anak cacat.

Jika lulus, mereka akan berada di barisan hadapan sekali masuk ke Syurga Allah.

Justeru, jika anda ada anak cacat, jangan bersedih! Allah menawarkan anda jalan pintas ke Syurga. Kemasukan secara auto ke Syurga dengan mudah hanya dengan menjaga "anak" Allah itu dengan baik.

Allah tidak akan timpakan manusia dengan dugaan yang tidak mampu dirinya pikul.

Allah juga berjanji akan uji manusia dengan cara yang berbeza.

Ada yang diuji dengan kekayaan wang dan ringgit.
Ada yang diuji dengan kemiskinan.
Ada yang diuji dengan sakit.
Ada yang diuji dengan anak.
Ada yang diuji dengan sifat takbur, riak, wujud, samaah, sombong, ceroboh tanah, munafik, syirik dan pelbagai lagi.

Malahan, sifat mulia juga adalah ujian bukan sahaja pada manusia, waima pada Nabi sendiri.

Senantiasa bersyukur pada Allah, walau anak anda cacat, bukan semua orang diberi peluang sama.

MEMANG, mudah saya bercakap, kerana anak saya tiada yang cacat. Sukar untuk saya letak kaki saya dalam kasut anda, dan bercakap dengan kesengsaraan dan pengorbanan anda.

Tapi, percayalah, kita semua hanya mampu berserah padaNYA dan berharap rahmatNYA pada kita.

Walau saya tiada anak cacat, tapi dari kecil saya bergaul dengan pesakit Abah yang cacat dan lihat air mata ibu bapa mereka.

Saya mungkin tidak faham, tapi saya benar-benar fahami harapan setiap orang yang datang. HARAPAN seorang ibu, seorang Ayah pada anaknya yang cacat!

HARAPAN itulah menjadi kekuatan mereka untuk terus cekal dan beriman pada Allah dan saya jamin, janji Allah adalah benar bagi orang yang sabar dan beriman.

InsyaAllah.

PS: Kehidupan sebenar bukan didunia ini. Di akhirat kelak, anak cacat dijamin Allah bebas dari dosa dan akan masuk Syurga.

Amin.

Monday, May 2, 2016

Surat Terbuka Pada Lisa Surihani Court Mammoths

Salam Puan Lisa,

Saya berharap Puan berada dalam inayah dan rahmat Allah bersama orang yang disayangi.
'
Mutakhir ini heboh dengan MO Courth Mammoth yang dikatakan menipu ramai pelanggan.

Apa penipuannya, saya tidak mahu buang masa senaraikan, boleh lihat sendiri di laman sosial.

Puan Lisa,

Isteri saya amat meminati Puan sejak dahulu bertanya kepada saya.

Lisa tidak sedarkah dia bersubahat dengan Court Mammoth untuk menipu pelanggan bila dia menjadi Duta Courth?

Jawapan saya pada hari pertama soalan ini ditanya adalah ringkas;

Manusia! Mana dia peduli hal orang lain, asalkan dia dapat duit itu lebih penting!

Hari Kedua isteri saya bertanya lagi. Mungkin disebabkan ada pengviral kedua kes penipuan Courth.

Jawapan saya juga ringkas.

Kalau ditanya pada Lisa sudah pasti dia akan jawab "kalau saya tidak jadi Duta, orang lain akan jadi Duta! Sama sahaja, paling penting kesedaran agar tidak tertipu."

Dan hari ini hari ketiga, isteri saya masih bertanya soalan sama pada saya membuatkan saya percaya beliau amat meminati dan menyayangi Puan Lisa.

Bosan dengan soalan, jawapan saya kali ini adalah saya berjanj padanya akan menulis pada Puan Lisa.

Saya bukanlah orang yang layak untuk menjatuhkan hukuman subahat, halal, haram, kafir dsb pada Puan Lisa dan pada sesiapapun.

Justeru, Puan Lisa boleh merujuk kepada Ustaz/Dr Maza/ Mufti/ Ulama dll yang lebih arif dalam bidang ini untuk menjelaskan hukum menjadi DUTA KEPADA PRODUK YANG MENIPU, itupun jika "terbukti" Courth menipu.

Tapi dalam hukum Islam, jika Courth tidak menipu kerana pelanggan yang setuju tandatangan sekalipun, dalam perniagaan masih ada hukum riba untung!

Wallahualam.

Sekali lagi, saya tidak menjatuhkan apa-apa hukum mahupun menuduh, cukup saya katakan, saya adalah suami kepada peminat Puan yang amat ambil berat tentang Puan, justeru saya hanya sampaikan harapan peminat Puan agar Puan menyelidiki hukum Islam tentang hasil dari menjadi Duta Courth ini.

Untuk rekod, kajian Sains dan juga pengiklanan membuktikan 70% kebolehpercayaan pengguna terhadap produk di dorong oleh faktor testimonial samada oleh Duta produk mahupun pelanggan sedia ada.

PS: Arwah Pak Cik saya Zainal Abidin pernah berkata, beliau gembira menjadi "jaga" Masjid kerana duitnya berkat walaupun sikit.

Duit banyak tapi tidak berkat, Allah akan kenakan "cukai" tinggi seperti sakit, masalah, anak sakit dsb yang akhirnya duit itu alir keluar jua.

Dia bukan ulama, tapi saya setuju dengan nasihatnya.

Apa Itu Tarekat?

Jangan risau, saya bukan mahu "hasut" anda masuk tarekat!

Tarekat bermaksud jalan. Apa jua jalan, baik Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Wahabi, 4 Imam, Tabligh dll semua dipanggil tarekat.

Malangnya, stigma terhadap terma tarekat ini begitu pekat dan likat hingga bila sebut tarekat sahaja terus terbayang ajaran sesat, kahwin kanak-kanak, anti kemajuan, kafir, syirik, dan bermacam lagi!

Sebenarnya, stigma buruk dialami terma tarekat ini juga sedang dijalankan keatas terma ISLAM oleh Barat.

Sebut sahaja Islam, terbayang kekejaman, keganasan, perempuan dipaksa, anak diseksa, kemiskinan, kemunduran dan bermacam lagi.

Secara harfiahnya Syurga tidak dimasuki kerana seorang Muslim baik atau jahat, solat atau tidak dll.

Syurga adalah hak ekslusif Allah dan AlQuran jelas sebut kita masuk Syurga kerana rahmat Allah, dan walaupun AlQuran tidak sebut syafaat Nabi menyumbang tetapi kita percaya ya.

Tidak kira dimana anda berdiri, kita semua mahu keRedhaan Allah.

Pada hari keadilan kelak, setiap Nabi dan Rasul akan dipanggil menjadi saksi bagi umatnya.

Para sahabat akan di adili, dan Nabi Muhammad SAW akan dipanggil sebagai saksi.

Almaklumlah ketika itu setiap manusia hanya mahu lepaskan diri dari neraka dan akan buat apa sahaja demi melepaskan diri walaupun terpaksa menuduh ibu, ayah, isteri, anak malah Nabi SAW dan Tuhan mereka sendiri.

Kemudian, akan dipanggil sipolan, umat 500 tahun lepas Nabi SAW.

Ditanya, dan disoal oleh para Malaikat dan Nabi hadir sebagai saksi.

Untuk sahkan jawapan sipolan itu akan dipanggil Gurunya/Bapanya yang mengajarnya sebagai saksi.

Betulkah anda mengajar si polan seperti ini dan seperti itu?

Maka saksi akan sahkan dan akan berkata, Ya Allah, benar aku ajarkan padanya apa yang diajarkan kepadaku oleh Guruku/Bapaku!

Kemudian, Guru kepada Guru atau Bapa kepada Bapa kita akan dipanggil, untuk menjadi saksi yang "risalah Allah" telah sampai kepada mereka oleh Rasulullah SAW(ada dalam Quran juga).

Hingga sampai kepada Nabi SAW, dan Baginda akan menjadi saksi kepada umatnya!

Justeru, tidak kira apa tarekat anda, sunnah wal jamaah atau apa sahaja, pastikan berguru.

TREND menyampaikan ilmu tanpa guru ini amat merisaukan apatah lagi bila ayat-ayat tersebut tidak ada dalam AlQuran.

Bukan kelayakan saya mahu katakan TREND ini salah atau betul, sesat atau tidak kerana saya tidak layak!

TAPI, kecenderungan TREND berguru di FB ini mempunyai risiko yang amat besar kerana di hari bersoal jawab kelak, siapa yang tidak berguru tidak akan berjaya dapatkan Nabinya sebagai saksi yang membantunya!


Atau lebih tepat, umat yang mendapat syafaat Nabinya sendiri justeru layak untuk rahmat Allah.

Sekali lagi saya tekankan, saya bukan mahu anda masuk mana-mana tarekat, tapi saya hanya mampu berharap agar kita semua berguru!

Benar atau tidak, ia jelas lebih berkat dengan berguru dan tidak semestinya Guru Tarekat. Ramai Guru Syariat, Ustaz, Ulama dll yang layak untuk ajar anda. Asalkan berguru dengan pewaris Nabi bukan pewaris Facebook Mark Zuckerberg.

Wallahualam.