ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, December 30, 2015

Soalan Terbuka Pada Sultan Johor


Ampun Tuanku Beribu Ampun,

Patik bernama Mustaqim Abdul Rahman keliru dengan kenyataan Tuanku Sultan Johor yang bijaksana.

"Beri Najib Peluang Sebagai Ahli Politik dan Saya Atas Politik" atau dalam Englishnya "Give Najib A Chance and I am Above Politic".

2 dalam 1 Kenyataan kurang 10 perkataan Tuanku diatas adalah amat bertentangan kerana Tuanku mengatakan Tuanku diatas politik tapi dalam masa yang sama meminta rakyat Malaysia menyokong Najib yang juga ketua pada parti politik perdana negara.

Jika Tuanku mengatakan sokongan pada UMNO secara halus dan berkias sepertimana resam Sultan Perlis, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah lakukan iaitu "kita ambil risiko tukar kerajaan@terus sokong dasar kerajaan dll" ia boleh dilihat atas politik.

Tetapi Tuanku Sultan Johor menyebut dan mempertahankan secara terang nama ahli politik malah mengatakan menyebut perkataan kawan jika ahli politik perlukan nasihat maka ia boleh disalah anggar oleh kami yang hina ini sebagai bukan diatas politik.

Justeru patik merayu Tuanku memperjelaskan kenyataan Tuanku kerana patik rasa mustahil Sultan yang begitu berjiwa rakyat seperti Tuanku tidak merasai kesusahan rakyat Malaysia amnya dan Johor khususnya.

Sebagai seorang rakyat yang berkhidmat di seluruh Kontijen Polis di Johor pada tahun 2005, patik dapat lihat ramai rakyat Johor yang daif lagi kedana.

Itu soal rakyat, patik tidak layak membangkitkan hukum Allah berkenaan pemimpin yang zalim kerana Tuanku lebih berilmu berbanding patik.

Di kesempatan ini jua patik berharap Tuanku dapat meningkatkan perjuangan Tuanku demi Rakyat Johor dari selalu muncul di khalayak awam KEPADA penggubalan dasar-dasar Negeri.

Patik mengaku patik masih bergelut menukar diri dari "hanya bercakap" kepada "bertindak"!

Dari kasar, masih banyak dasar kerajaan Negeri yang boleh diperbaiki demi rakyat dan ia semudah Tuanku batuk di tangga sahaja.

Antara yang boleh patik yang bodoh ini cadangkan adalah beberapa langkah pengukuhan Bangsa Johor sepertimana dilakukan di Kelantan dimana orang bukan Kelantan tidak boleh beli tanah di Kelantan.

Johor sebagai Negeri maju boleh menggubal dasar pengukuhan bangsa Johor khususnya di Johor Bahru dimana setiap anak Negeri Johor diberi diskaun khas hingga 30% pembelian hartanah di kawasan strategik Singapura seperti JB, Muar, Batu Pahat dan Tangkak.

Dan akhir sekali, Patik juga tidak faham kenapa Tun Mahathir gemar bermusuh dengan Singapura, tetapi patik Hamba Allah yang hina ini faham bagaimana senario seorang Adik yang dianugerahkan Allah sifat pemimpin perlu agresif untuk memimpin bersama Abang Sulungnya kerana Malaysia dilahirkan bukan untuk dipimpin oleh "Abang-Abang di Asean".

Wallahualam.

Ampun Tuanku. "Sembah" soalan ini harap diampun.

Friday, December 25, 2015

Selamat Hari Natal dan Selamat Hari Jadi Nabi Isa AS

Selamat Hari Natal kepada Penganut Kristian dan Selamat Hari Jadi Nabi Isa AS.

Nabi Isa AS beragama Islam membawa kitab Injil. Sebagai Orang Islam, saya fikir tidak salah saya mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Baginda AS.

Walaupun saya sedikit sedih, kerana di semua Mall di Malaysia, pelbagai hiasan dan sambutan diadakan sempena Hari Jadi Nabi Isa AS tapi tiada satu pun Mall termasuk di Kota Bharu yang menghias Mall mereka sempena Hari Jadi Nabi Muhammad SAW sehari sebelum Hari Natal.


Malahan, hampir semua Tol di Malaysia memberikan diskaun 50% pada Hari Jadi Nabi Isa AS tetapi tidak pada Hari Jadi Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah agama suci lagi Agung, justeru saya tidak percaya mengucapkan Selamat Hari Natal kepada rakan Kristian saya bisa mengugat kesucian dan keagungan Islam.

Apatah lagi dalam AlQuran tiada larangan melainkan Allah menyuruh umat Islam menghormati orang bukan Islam.

Pada saya yang jahil ini, bila mana seorang manusia tanpa mengira agamanya berbuat baik, ia sedang melakukan suruhan Allah SWT.

Dan pada sambutan ini, saya dapat dengar jiran saya yang uzur bergembira dilawat saudara mereka sempena Hari Natal dan sudah pasti kebaikan yang mereka lakukan adalah suruhan Allah SWT.

Wallahualam!

Wednesday, December 23, 2015

Negara Islam: Hari Lahir Nabi Isa AS Lebih Bermakna Dari Hari Lahir Rasulullah SAW

Alhamdullillah! Tahun ini tidak kedengaran langsung suara dari Mufti dan Ulama Perdana yang melarang meraikan Hari Lahir Rasulullah SAW dengan perarakan, selawat dan sebagainya.

Ini kerana tahun ini, jika dilarang, orang Islam tetap akan ucapkan Selamat Hari Lahir Nabi Isa AS kepadad orang Kristian, justeru, nanti tampak kebodohan diri sendiri pula melarang Sambutan Hari Jadi Rasul sendiri.

Pun begitu, sebab Mufti dan Ulama sering mencari salah sesama mereka, mereka terlupa bahawa tiada satu Mall pun yang menghias bangunan mereka dengan ucapan Selamat Hari Lahir Muhammad SAW.

Malahan, beberapa syarikat TOL memberi diskaun 50% pada hari Jumaat ini sempena sambutan perayaan Krismas, Hari Lahir Nabi Isa AS.

Tiada satu pun TOL, mahupun Kedai Makan orang Islam yang memberi diskaun atau tawaran istimewa pada hari Khamis sempena Hari Lahir Nabi Muhammad SAW.

Apa hukumnya? Wallahualam. Mungkin DR MAZA ada jawapannya!

Inilah Negara Islam Malaysia, yang begitu hebat tapi isu sekecil Qunut, Tahlil, Talkin, melawat kuburan pagi raya yang dibesarkan.

Malu tidak malu, pengedar utama daging kambing kampung harian secara kilo kepada umat Islam di kebanyakan pasar adalah orang Hindu, penerbangan Shariah pertama Malaysia milik orang Hindu malahan sudah terang lagi bersuluh banyak Restoran Mamak sebenarnya dimiliki orang Hindu!!!!!

Sebagai orang islam yang tiada punya daya, hanya doa dan gelengan kepala mampu dipanjatkan.

Dan sebagai umat Baginda, Allah Berselawat Ke Atas Baginda Rasulullah SAW!

Amin.

Monday, December 14, 2015

Dato Seri Najib Adalah Pemimpin Sehebat Nabi Muhammad SAW

Kalian sahaja boleh bodek Najib, saya pun boleh bodek!

TAPI, saya tidak semurah kalian yang menggadai maruah dan prinsip demi jawatan dunia yang sementara itu.

Saya terkejut, marah dan geli bila seorang yang waras boleh menyamakan Dato Seri Najib dengan Khalifah Uthman bin Affan. Orang itu bukan calang orang pula, seorang agamawan bergelar Ustaz Fathul Bari.

Selain itu ada yang puji Najib pemimpin yang ditunggu-tunggu - Abdul Rahman Dahalan- boleh buang nama Abdul Rahman tidak senak saya nama sama.

Ada puji Najib pemimpin paling hebat - Salleh Keruak- Tiada komen sebab sudah memang ada kaki bodek!

Apa kata kalian samakan sahaja kehebatan Dato Seri Najib dengan Nabi Muhammad SAW?

Pasti kalian akan dilantik TPM selepas ini.

Saya setuju kehebatan Najib memimpin UMNO setaraf dengan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW mengetuai berjuta orang ketika itu masuk Islam dengan 2 syahadah taat pada Allah dan Rasulnya, selain berpandu dan taat pada AlQuran sebagai rujukan/kitab utama.

Dato Seri Najib mengetuai 3.7 juta ahli UMNO keluar dari Islam dengan 3 syahadah iaitu taat pada Allah, RasulNYA dan Presiden Parti selain menjadikan perlembagaan parti kitab utama mengatasi AlQuran yang hanya sebagai perhiasan diatas meja.

Bukankah sama kehebatan mereka ini? Bezanya, cukup jelas tapi masih ramai sengaja tidak mahu jelas.

UMNO bergema dengan pegangan demi AGAMA, Bangsa dan Negara rupanya hanya mempermainkan Agama demi meraih undi, keuntungan dunia yang sedikit. Kononnya, taat pada Ulil Amri.

Sedangkan ketaatan pada Ulil Amri dalam AlQuran jelas dirujuk kepada pemimpin yang berusaha menegakkan hukum Allah dimana pemimpin yang zalim ditentang oleh Nabi SAW serta para Khalifah sendiri.

3.7 ahli UMNO khususnya yang berada di PWTC kerana takut dicemuh dan hilang jawatan menerima akidah baru, iaitu taat dibelakang Presiden, walaupun Presiden membelakangi suruhan Allah dalam AlQuran!

Firaun juga mendabik dada mendakwa beliau adalah pemimpin terbuka, adil dan telus, tetapi bila Yahudi kritik beliau, maka semuanya "dibunuh", ada yang "dipenjarakan 6 tahun" hanya kerana salah sebut nama Firaun dan ini menjadikan gaya kepimpinan UMNO persis Firaun dan WAJIB diperangi.

Saya menyokong UMNO dahulu, tetapi tidak boleh menerima UMNO hari ini yang MENOLAK ALQURAN secara total.

Mungkin saya khilaf, kerana saya pemimpin berjiwa besar dan genteleman(any Tom Dick and Harry can utter those word) justeru mengikut prinsip Islam iaitu keadilan, saya memberi peluang dan ruang kepada ahli UMNO untuk membuktikan saya salah.

Cuba buktikan ada mana-mana SATU tindak tanduk ahli UMNO dalam Dewan Acara PAU yang ada mengikut Al-Quran?

Paling banyak kedapatan adalah munafik serta sayangkan dunia "demi parti", "demi orang Melayu", tapi tidak dengar demi dan kerana ALLAH dan RasulNYA.

Di harap ahli UMNO boleh tukar 3 syahadah kepada 2 syahadah kembali dan demi AGAMA, Bangsa dan Negara berikrar demi Allah akan menentang kebatilan dan menegakkan kebanaran walau dipecat, waima dipenjarakan.

Wallahualam.

PS: 20 tahun dahulu saya tidak pernah sokong kenyataan Nik Aziz dan Hadi Awang iaitu UMNO kafir dan keluar dari Islam, tetapi hari ini apa yang dikata mereka ada logiknya ketika UMNO dibawah Dato Seri Najib.

G25: Hisap Dadah Dalam Rumah Bukan Jenayah!

Jika mengikut logik apa yang dikatakan oeh Datuk Noor Farida bahawa khalwat tiada dalam Islam.

Di sokong oleh seorang Mufti yang aktif di FB bahawa ada hadis mengatakan kita dilarang menghendap-hendap rumah orang untuk menangkap jenayah yang mereka lakukan.

Maka keduanya boleh diterjemah hisap dadah adalah jenayah tapi bila hisap dadah dalam Rumah maka ia bukan jenayah.

Dan Polis tidak boleh ketuk rumah peribadi orang pukul 3 pagi walaupun ada maklumat aktiviti hisap dadah sedang dijalankan.

Polis tidak lagi boleh menghendap rumah peribadi orang demi memastikan hak dan aib mereka menghisap dadah terpelihara.

Jika inilah logik Mufti dan G25, maka agama Kristian jauh lebih baik dari Islam sedangkan hakikatnya Allah jadikan Islam diatas segalanya.

Wallahualam.

Sunday, December 13, 2015

Rayuan Pada Mufti Perlis, Dr Maza - Laksanakan Hudud Di Perlis

Salam Dr Maza dan Pengikutnya Yang Dihormati,

Saya adalah salah seorang pengikut Dr Maza.

Dr Maza begitu aktif dalam FB dan dunia maya dan sering mengkritik Ulama dan Mufti lain secara halus.

Dr Maza juga amat berani dalam mempersoalkan perjalanan Islam Negeri khususnya berkaitan dengan wang zakat dan juga serbuan khalwat.

Bukan terikat dengan agama sahaja, Dr Maza juga sering mengkritik Ulama lain yang tidak keluarkan kenyataan berkaitan dengan kos sara hidup dan sebagainya.

Malah Dr Maza sering mengviralkan golongan yang mencari rezeki dengan mempergunakan kalimah Allah.

Semua diatas adalah tindakan berani Dr Maza yang membuatkan saya bersama beribu pengikut Dr Maza yang lain amat kagum, dan hormati Dr Maza.

Samada tindakan Dr Maza mengaibkan atau ia adalah tindakan terakhir selepas menasihatkan secara tertutup atau tidak, tidaklah saya tahu. Yang pasti kita perlukan Mufti yang berani dan terbuka menerima teguran seperti beliau.

Saya amat tertarik dengan sejarah Dr Maza yang begitu berani dan hebat. Kejadian Dr Maza menangis memberitahu ibunya bahawa beliau takut dengan amanah Allah dilantik sebagai Mufti Perlis kemas menjadi inspirasi saya.

Saya percaya, amanah Allah itu tidak akan ditangisi jika beliau berjaya laksanakan hudud di Perlis.

Latar belakang beliau jika ada yang berkata beliau wahabi, menentang talkin, tahlil, ziarah di pagi raya, Qunut dan sebagainya tidak saya peduli kerana ia perkara kecil sahaja pada saya.

Yang penting pada seorang Mufti dan besar pengharapan pada orang biasa seperti kita adalah bagaimana kita mahu martabatkan Islam.

Saya begitu yakin dan positif akan darah muda dan iman yang mengalir dalam daging Dr Maza mampu merintis perkembangan Islam di Malaysia dan bukan ditakuk lama seperti sebelum ini.

Keberaniaan mengkritik tanpa sebarang ketakutan tidak dimiliki oleh mana-mana Mufti lain.

Justeru, saya ingin merayu pada Dr Maza agar melaksanan hudud di PERLIS.

YA! Dr Maza sebagai Mufti Perlis mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan HUDUD di Perlis atau sekurang-kurangnya beliau dan Jabatannya sudah boleh mula merangka DRAF HUDUD PERLIS dan dipersembahkan kepada MB dan Sultan Perlis.

Saya yakin beliau akan berjaya laksanakan hudud di Perlis kerana beliau hanya takut pada Allah sekaligus menutup mulut pengkritiknya yang sering mengkritiknya sebagai Mufti yang hanya tahu bercakap sahaja tanpa tindakan.

Pada saya, saya sanggup melutut mencium tangan beliau jika beliau berjaya laksanakan hudud di Perlis kerana pada saya, hukum Allah itu lebih penting dari isu orang baca qunut, talkin, tahlil, Maulidur Rasul, Ziarah Kubur Pagi Raya dan sebagainya yang tidak besar ancaman pada iman dan akidah seorang Muslim.

Wallahualam.

Thursday, December 10, 2015

Jarum Halus Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia

https://www.facebook.com/sofiahidriss

Sepertimana biasa saya selalu percaya dalam sebuah Keluarga, orang yang paling bijak dan pengawal keadaan tidak semestinya Suami, Bapa atau Lelaki.

Bagi yang tahu permainan Catur Chess, semua catur baik Anak, Kuda, Panglima, Apit, Ibu dan Ayah semua bisa menjadi faktor utama kemenangan dengan memainkan peranan penting lagi halus.

Begitulah halnya dalam realiti kehidupan.

Tiada yang salah untuk sesiapun ahli dalam Catur putih itu untuk menjadi "mastermind" asalkan Agenda mereka baik, iaitu menghapuskan semua ancaman yang ada, membimbing ahli lain kejalan yang diredhai, serta melindungi keluarga, dan rakyat.

Hakikatnya, saya berhutang permohonan maaf kepada Sultan Johor dan Keluarga kerana saya begitu percaya akan hujah yang dikemukakan Uncle Seekers dan juga Peguam Kamal Hisham.

Hal perebutan harga adalah masalah Keluarga Tuanku Sultan dan tiada hak saya untuk mencampuri kerana saya orang luar. Tapi, disebabkan terikut dan perasan beriman perjuangkan kebenaran, saya mengaku khilaf.

Saya menjadi agak pelik bagaimana TMJ tidak seburuk yang diperkatakan. Dahulu saya pantas percaya TMJ pukul orang, hina orang, pijak kepada askar JMF, dsb, mungkin usia mendewasakan Baginda apatah lagi mempunyai "mastermind" yang bijak bermain jarum halus.

Kemudian datang pula TLJ, Arwah Tunku Jalil yang begitu ganjil. Seolah, beliau hanya orang biasa sahaja. Apakah mungkin kerana kanser maka beliau menjadi rendah diri, atau memang dilahirkan seperti itu.

Keriangan video keluarga Sultan Johor juga tampak ceria, apakah ia pura-pura untuk kaburi dan menangi hati rakyat?

Begitu juga kes Tunku Aminah, bila beliau dihina tidak pakai tudung. Untuk rekod saya pernah benci dan anti orang bertudung kerana menghina ibu saya yang tidak bertudung ketika itu.

Justeru saya faham akan tindakan Tunku Idris bila beliau mengeluarkan kenyataan pertahankan kakaknya kerana iman memang bukan diukur dari penampilan luaran walaupun Melayu suka nilai orang dari luaran.




Kesedihan seorang ibu yang kematian anak lelakinya akhirnya membuatkan saya faham siapakah gerangan disebalik kejayaan dan kehebatan Sultan Johor dan Keluarganya. Bagaiman Keluarga DiRaja ini agak diluar dari kebiasaan.

Rupanya Permaisuri Raja Zarith Sofia adalah Mastermind disebalik menjinakkan Harimau ganas dalam jiwa TMJ.

Permaisuri Raja Zarith Sofia mastermind yang menjadikan Arwah Tunku Abdul Jalil begitu kuat dan pekerti mulia.

Permaisuri Raja Zarith Sofia mastermind yang menjadikan anak-anaknya begitu "humble".

Permaisuri Raja Zarith Sofia mastermind yang menjadikan Sultan Johor yang berwajah bengis berlapang dada serta senantiasa senyum.

Kuasa seorang ibu dan isteri yang lembut, yang penayabar, yang penyayang, yang berkorban bisa meruntuhkan waima Gunung Himalaya.

Ia berbaloi, walaupun kerja keras itu berpuluh tahun malah tidak pernah rehat, tapi "jarum halus" yang dimainkan seorang Ibu dan Isteri berjaya melahirkan Suami dan anak yang lebih baik dari hari sebelumnya.

Tahniah Permaisuri Raja Zarith Sofia. Anda adalah sumber inspirasi kesepuluh saya selepas ibu Bapa, Nabi SAW, Mahathir, Hasmah, Sukarno, Sun Yat Sen, Late Mrs Lee(wife to LKY), dan Queen Elizabeth 1.

Melawan gergasi dengan kasih sayang bukan sahaja lebih dahsyat dari menarik rantai dalam tepung, tepung tidak selerak, tapi juga teramat bijaksana dan moga Allah tempatkan Raja Zarith Sofia bersatu dan abadi bersama 7 jiwa-jiwa anda dan keturunan mereka di akhirat kelak. Ampun Tuanku Permaisuri.