ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, May 31, 2015

Naikkan Harga Arak Ganti GST/Cukai Top Up

Saya terkejut bila mendengar jawapan Dr Zakir Naik bila mengatakan orang Islam lebih saya dan patuh pada Jesus as lebih dari orang Kristian sendiri kerana dalam Injil ada mengatakan larangan minum arak.

Begitu juga dengan orang Buddha yang jika kita tonton filem berkaitan Sami itu mereka juga dilarang minum arak.

Islam lebih lagi menjuarai larangan minum arak.

Di Malaysia, arak diminum oleh golongan tegar India dan Cina.

Tetapi, mungkin Shabeery Cheek terlupa, bahawa kadar panggilan dari Malaysia ke Malaysia lebih mahal dari Malaysia ke Bangladesh dll.

Tidak tepat mengatakan bahawa Kerajaan rugi beratus juta jika GST dimansuhkan dari Top Up kerana yang rugi Telco bukan Kerajaan.

Malahan, lebih 80% jualan arak dijual kepada warga asing khususnya Nepal, China, India, Indonesia Bangladesh dan juga Myanmar.

Nepal dan Myanmar juga adalah peminum arak yang amat amat tegar.

Justeru, adalah lebih baik jika Kerajaan menaikkan harga arak sehingga 10000% dan digunakan untuk mengurangkan kadar GST atau memansuhka terus GST.

Arak Carlsberg dalam tin kini berharga sekitar RM 7-10 satu tin dan dijual di 99 SpeedMart, 7 Eleven, KK, dan banyak lagi kedai runcit dan ia dijual dengan mudah serta murah.

Kerajaan perlu naikkan cukai arak dan biarkan harga satu tin atau harga paling murah adalah RM 50.00 dan arak seperti XO dari RM 70 dinaikkan ke RM 400 satu botol dan begitu juga yang lain.

Ia bukan sahaja dapat membuatkan Kerajaan untung dari pekerja asing malahan ia dapat mengawal anak Melayu yang baru mahu "up" kerana mereka tidak mampu beli arak.

Ibrahim Bonjol Tarekat Samaniah di Fitnah

update1: Artikel ini diupdate pada Nov 2016 supaya niat baik penulis dan harapan penulis Islam bersatu dicapai dan salahfaham jahat dan fitnah yang memecahbelah disingkirkan. InsyaAllah.

update2: Update 2 ingin menegaskan kelainan amalan Hj Arifin Tarekat Samaniah yang berkembang di Perak dengan Buya Ibrahim Bonjol. Tidak pernah ada amalan berzikir menari dijalankan di Surau Buya di Jalan Binjai KM 6 1/2, Medan semasa Buya hidup walaupun didakwa Haji Arifin satu guru dengan Buya Ibrahim Bonjol.  Saya tidak katakan sesiapa sesat kerana saya tiada hak malah kurang ilmu untuk berbuat demikian, tapi saya boleh dengan jelas mengatakan kelainan antara keduanya.

Tujuan saya tulis artikel ini adalah untuk membetulkan fitnah JAIS/MAIS terhadap seorang manusia tua bernama Ibrahim bin Abdullah atau dikenali sebagai Buya Ibrahim Bonjol dari tarekat Samaniah, Medan.

Saya tidak berniat mencabar fatwa Jais/Mais keatas tarekat ini berdasarkan siasatan mereka dengan menyamar sebagai anak murid Haji Harun Paya Jaras dan JAIS dan MAIS pasti ada bukti yang cukup(Allah sahaja tahu bukti benar atau tidak) untuk mendakwa beliau.

Jujurnya, baik Arwah Abah, Haji Harun, dan "wakil" Buya lain mereka semua manusia biasa dan manusia buat silap.

Namun, tindakan Jais/Mais menjatuhkan fatwa sesat secara tidak langsung telah memfitnah Buya Ibrahim Bonjol dan amalannya.


Sebenarnya, banyak lagi tarekat yang dikatakan sesat adalah berpunca dari pengikutnya yang membuat onar walaupun amalannya adalah benar dan tidak sesat.

Sebagai contoh, Nabi SAW dan ajaran Nabi SAW dan Al-Quran tidak boleh dijatuhkan hukuman sesat hanya kerana pengikutnya minum arak, berjudi, berzina, berbunuhan, syirik, kafir dan sebagainya.

Dibawah A-P adalah penjelasan saya tentang beliau yang saya berjumpa berkali-kali selama berbulan-bulan tinggal di dalam Bilik di Suraunya di Medan bersama Abah.

Ia berserta penjelasan;

a. Sebelum seseorang murid diterima menjadi ahli, wajib mandi dengan air limau/bidara untuk membersihkan dosa.

Penjelasan:
Perkataan wajib adalah tidak tepat kerana baiah adalah salam seperti akad nikah. Mandi limau hanyalah upacara seperti mandi sunat, mandi hari raya, minum/mandi air bunga tamat pengajian silat, bersanding kahwin dan sebagainya. Kalau tidak dimandi limau juga tidak apa tetapi digalakkan bagi mengugurkan ion negatif dan positif pada badan manusia supaya ia menjadi neutral seperti bayi yang baru lahir sebab itu ia disalah erti sebagai gugur dosa kerana perkataan bayi, konsepnya sama seperti puasa kerana puasa sebelum menerima ilmu kerana puasa akan meneutralkan ion negatif dan positif dalam jiwa manusia agar ia tidak menolak atau bercampur dengan tenaga ilmu baru. Ia berkaitan sains juga yang berpuasa sebelum bedah dsb.

b. Bersedekah dan menghormati guru adalah menjadi satu kewajipan bagi murid-muridnya. Di samping itu murid-murid digalakkan membuat kebajikan dan memberi bantuan kepada guru.

Penjelasan:

Kewajipan adalah satu ayat yang tidak tepat. Ayat yang tepat yang saya dengar dari Buya Ibrahim Bonjol pada Abah adalah “adab itu jambatan ilmu”.

Anak surau Buya ramai bilangannya cecah ratusan orang satu masa. Mereka tidak punya pekerjaan, rumah, atau harta jauh sekali bersedekah pada Buya tetapi tetap diberi makan minum dan tempat berlindung. Mereka ini ada antaranya preman(penjahat), pengemis dll tapi Buya tetap bantu atas nama Allah.

Normal jika mereka membalas jasa Buya dengan berkhidmat, kebajikan dan memberi bantuan.

Buya tidak berkerja dan umurnya yang saya anggarkan lebih 100 tahun, Buya mempunyai Sekolah Agama dimana beratus anak-anak kecil belajar mengaji Al-Quran secara percuma, bukan belajar Tarekat. Madrasah Buya di Medan itu juga jadi tempat lindungan musafir segenap Indonesia mencari rumah, rawatan, makanan percuma.

Buya layak dipanggil fisabilillah, jadi apakah bersedekah pada Buya itu salah?

c. Kitab Thabitul Qulub yang dijadikan kitab asas kepada tarikat berkenaan, didapati banyak yang bertentangan dengan pegangan umat Islam. Setiap orang yang belajar tarikat berkenaan diberikan buku tersebut dengan bayaran RM25.OO.

Penjelasan:
Buku ini tidak ada pada zaman Buya hidup. Yang ada adalah satu kitab lama dengan cap mohor Kerajaan Arab Saudi dan tidak diberi kepada mana-mana anak murid salinan. Selepas Buya seorang anak muridnya(tidak salah saya Wahab Medan) simpan kitab ini tetapi saya dapat rasakan beliau simpan kerana itu pesan Buya kerana Buya mahu umat Muhammad SAW belajar dari Guru yang benar bukan dari kitab.

d. Wirid-wirid dalam tarikat ini dikumpul di dalam buku Baitul lbadah yang mengandungi zikir-zikir yang disusun berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran, selawat, istighfar dan doa.

Penjelasan:
D membuktikan tiada apa yang salah dalam Tarekat ini melainkan angkara anak murid dan pengikutnya.

e. Terdapat 26 adat kesopanan murid kepada guru. Antaranya tidak boleh murid berkahwin dengan isteri guru yang diceraikan atau ditinggalkan mati.

Penjelasan:
Ini adalah fitnah yang berat kerana saya tahu ia merujuk kepada apa dan siapa. Kemudian salah faham ini diertikan pengikut Buya sebagai amalan Buya. Anak murid sering merosak nama dan amalan Guru begitu juga umat Nabi SAW yang berbunuhan, yang berzina, yang berjudi, yang minum arak, apakah kerana mereka Nabi SAW sesat?

Buya mempunyai beberapa isteri(tidak lebih 4). Satu dari isteri mudanya tidak mesra dengan Ibu Buya(isteri pertama). Lalu Buya sering arahkan anak murid beliau menghantar isterinya balik ke Sailang Buah di Prapat tidak salah saya, tidak jauh dari Medan ke Lake Toba.

Biasanya, mereka ditemani oleh saudara perempuan lain, lama kelamaan mereka berdua.

Kemudian, Buya seorang ahli agama dan suami dapat merasakan kecurangan hati isterinya lalu menceraikannya dan firasat Buya tepat bekas isterinya itu terus berkahwin dengan anak murid Buya itu.

Buya rasa dukacita kerena mereka diberi peluang untuk mengaku sebelum bercerai, lalu Buya halau mereka dari Suraunya di Medan selepas edah. Entah kerana kebetulan atau balasan Allah menimpa mereka berdua dan anak murid Buya(dari mulut A ke mulut Z) tokok tambah  bagi tujuan mendewakan Buya oleh anak muridnya yang mahu bermegah kononnya Buya setaraf dengan Nabi SAW(AlQuran ada sebut larangan berkahwin dengan isteri Nabi)

Jadi ia jadi satu kepercayaan murid tidak boleh berkahwin dengan isteri guru yang diceraikan atau ditinggalkan mati kerana dalam kes ini Buya tidak jentik mereka sedikit pun dan tidak pula mendoakan kecelakaan mereka.



26 adab kesopanan lain saya kira termasuk;

1. Menengsot bila berjumpa dan bersalam dengan Buya

Penjelasan:
Ini satu kebiasaan pada Guru silat. Anak murid Buya dari tahun 60-an terbawa konfrontasi Sukarno/Suharto ke zaman ini dan menjadi lazim apabila ia menjadi kebanggaan menunjukkan adab kepada Guru.

Haji Othman bapa kepada Haji Harun adalah antara anak murid terakhir Buya yang diajar dengan cara "zaman konfrontasi".

Pada zaman konfrontasi, Medan tidak selamat. Pada zaman itu Buya mengajar anak muridnya zikir hati dimana beliau ajar hati menyebut nama Allah setiap detik dengan silat. 


Jika lalai, keras hukumannya. Sepak dan terajang kerana zaman itu zaman tidak selamat, zaman lalai sesaat membawa padah. Kekerasan itu melekat lekit pada anak muridnya tapi bukan dengan niat untuk mendewakan Buya bila mengengsot berjumpa Buya melainkan kasih sayang dan hormat padanya.

Tapi ramai pengikutnya yang mempunyai anak murid menggunakan satu ilmu untuk anak murid taksub dan takjub. 

Ilmu ini juga diberi Buya kepada Abah bagi tujuan mengawal anak murid dari melakukan dosa tetapi tidak diamalkan Abah kerana Abah melihat kesukaran membendung amalan syirik mendewakan Guru.

Mungkin Guru lain merasakan mereka mampu kawal anak murid mereka jadi terserah kepada individu, lain orang lain cara kerana lain keadaan.

2. Tidak boleh mula makan dan tidak boleh habis makan sebelum Buya

Penjelasan:
Umur Buya lebih 100 tahun(Umur Mahathir, Hasmah dan Nenek saya 90 tahun, kedut Buya jauh berbeza dari mereka). Buya beri makan kepada mereka(anak surau), beri tempat perlindungan, diajar Ilmu, malah mereka jaja nama Buya pada masyarakat.

Salahkah mereka memboskan Buya? Kita dengan Bos kita dalam satu majlis dibelanja bos juga buat benda yang sama dan itu dinamakan orang berbudi kita berbahasa. Lebih lagi Buya yang mengajar ilmu akhirat.

3. Tidak boleh jalan dihadapan Buya

Penjelasan:  Adab ini tidak ada apa yang pelik dalam masyarakat Melayu. Hormati yang tua!

4. Tidak boleh pijak tapak kaki Buya

Satu murid Buya melakukan dengan niat untuk menghina, kemudian ia mendapat bencana. 


Kebetulan atau tidak, ia cerita yang mungkin ditokok tambah oleh anak murid Buya bagi menunjukkan kiramah atau kehebatan Guru mereka sedangkan Buya tidak pernah melarang mereka memijak bekas tapak kakinya dengan sengaja.

Saya banyak kali terpijak tapak kaki Buya kerana saya nak elak tidak boleh elak(sebab saya kecil) selain saya nakal mahu tahu apa akan jadi jika benar Buya berpegang pada ilmu Allah yang penuh kasih sayang, pasti tiada apa jadi pada saya, dan memang tiada apa pun.

5. Berebut sisa Guru

Penjelasan:  

Ini perkara biasa bagi seorang "anak" mahu dapat keberkatan bapa/datuknya. Tapi anak murid salah ertikan dengan kiramah dan percaya boleh jadi pandai, jadi berilmu, dapat syafaat dan pelbagai lagi dengan tujuan menunjuk-nunjuk dengan anak murid lain. 

Ia salah dan Buya hanya benarkan bagi tujuan mendapat keberkatan Guru bukan dapat hapus dosa, pandai dan sebagainya.

f. Jika seseorang mati ketika berulang-alik ke tempat belajarnya untuk mempelajari tarikat berkenaan maka Tuhan sendiri yang akan mencabutkan nyawanya itu.

Penjelasan: 

Nabi sendiri dicabut nyawa oleh malaikat. 
Ini tidak tepat dan tidak pernah diajar Buya melainkan anak muridnya yang mahu mendapat pengikut sahaja.

g. Sembahyang boleh dilakukan dengan niat sahaja (Sembahyang batin) atau boleh ditinggalkan semasa dalam kesibukan kemudian diqada".

Penjelasan:
Ini juga gara-gara anak murid dan fitnah pada Buya. Beliau berumur lebih 100 tahun, kecik badannya dan jalan selangkah kecil dengan perlahan. Saya tinggal dalam bilik di Suraunya beberapa kali berlama seminggu hingga sebulan.

Setiap kali azan, beliau antara yang pertama berdiri di belakang Imam tanpa gagal, kemudian dimalui anak muridnya yang lambat dan malas. 


Tiada solat niat diajar tetapi dirosakkan anak muridnya yang membuat interprestasi sendiri.

h. Nikah boleh dilakukan tanpa wali dan saksi (Nikah batin).

Penjelasan:
Sama. Buya tidak buat, anak murid buya yang buat. Tapi kalau diizinkan sebenarnya pengertian yang dimaksudkan nikah batin yang betul adalah nikah dengan alam lain.

i. Sembahyang fardhu diabaikan atau ditinggalkan kerana cukup dengan niat di hati.

Penjelasan:  Sama dengan G.

j. Orang-orang yang belum masuk tarikat ini dianggap belum sempurna Islam mereka. Mereka diajak untuk diIslamkan oleh guru atau wakil tarikat ini.

Penjelasan:
Ini juga masalah anak murid yang buat cerita bagi tujuan dapat pengikut. 


Jika benar Buya pasti miliki jutaan anak murid. Tapi Buya yang dikenali ramai tidak lagi menerima anak murid sejak tahun 1970. Setiap orang yang datang mahu berguru dengannya selepas 1970, Buya akan suruh berguru dengan anak murid atau wakilnya antaranya Haji Basir Kuang, Haji Wahab Beranang, Haji Harun Paya Jaras, Lebai Maidin Puchong, Haji Othman, Pak Darvis Jakarta, Pak Buyong Morocco, Lebai Sainan(Janda Baik), Imam Sayuti, dan ramai lain. 

Malahan beliau boleh paksa semua ribuan anak kecil yang belajar mengaji AlQuran di Sekolah percumanya untuk masuk Tarekat ini.

k. Jika sudah masuk tarikat ini tidak perlu lagi pengajian ilmu-ilmu syariat.

Penjelasan:
Saya tidak nafikan ramai pengikut tarekat(semua tarekat) suka ambil kesempatan dengan tidak solat, tidak puasa, tidak campur masyarakat dll.

Tapi Buya ajar bapa saya dan Abah ajar pada saya, Syariat itu baju, dan Hakikat itu badan. 

Keduanya perlu, dan tidak boleh ditinggalkan.

Tapi lain anak murid punya pendapat dan pemahaman berbeza, usah kata orang Tarekat sahaja tidak solat, orang syariat sendiri pun ramai tinggal solat, berjudi, minum arak dsb.

Ini masalah pengikut, bukan masalah ilmu atau ajaran.

l. Ajaran-ajaran dalam tarikat ini dirahsiakan daripada bukan pengikut. Tarikat ini juga disebut sebagai Ilmu Sirr (Rahsia).

Penjelasan:
Kerahsiaan bukan kerana niat mahu sembunyikan kejahatan. 


Sebaliknya ia dirahsiakan kerana Buya tidak mahu anak muridnya mengajar orang lain walaupun dirinya sendiri belum pandai dan belum habis belajar. Masalah ini banyak terjadi pada Tabligh hingga timbul kesulitan pada anak remaja usia 15 tahun lari dari rumah ikut tabligh, umur 20 tahun tidak lulus Ijazah kerana "keluar kawasan" ke India dll.

Kerahsian juga untuk elak anak murid Buya sesat kerana "fokus tertumpu" sebut nama Allah ini terdedah kepada serangan syaitan sebagai contoh, YOGA.

Ada beberapa titik zikir dalam tarekat ini serupa YOGA. Bezanya kami 7 titik sahaja tapi Yoga beratus titik.

Taktiknya YOGA sama iaitu pengosongan jiwa, bezanya Yoga biarkan ia kosong, tapi tarekat ini isi kosong itu dengan sebut nama Allah sebanyak-banyaknya.
Jadi ia perlu kerahsian kerana tanpa bimbingan ia akan jadi seperti YOGA yang mudah dimasuki dan dipandu unsur halus batal yang lain kerana sudah kosong diri selain zikir tidak bertempat.


Sepupu saya seorang anak gadis Cina belajar YOGA, bila kosong dan sudah tentu tidak diisi dengan kalimah Allah beliau sering melihat hantu di rumah malah diganggu.


m. Murid mesti patuh sepenuhnya kepada guru zahir dan batin, jika guru menyatakan jodoh seseorang pengikut itu dengan seorang yang lain maka ia perlu dipatuhi.

Penjelasan:
Murid mesti patuh adalah tidak tepat tetapi TEPATNYA nasihat guru biasa diikuti. Itu sahaja.


Saya sendiri menolak pelawaan Buya tinggal dengannya. Tidak mestipun saya patuh. Tapi saya menyesal kerana kurang 2 tahun selepas itu beliau wafat dan kalau saya tinggal bersamanya, pasti banyak ilmunya akan diajar pada saya.

n. Syeikh Ibrahim Bonjol guru tarikat ini mendakwa mempunyai 'Mukjizat' iaitu dengan mengeluarkan air dari tangannya.

Penjelasan:
Ramai boleh keluarkan air dari tangannya tetapi bukan mukjizat sebaliknya dengan beberapa ayat malah Ahli Silap Mata kafir pun bisa lakukan dengan peralatan.

Benar Buya pernah tunjukkan tetapi tujuan beliau adalah untuk buktikan pada anak muridnya bahawa ia boleh dilakukan dengan ayat dan tidak semestinya mukjizat. Malangnya anak murid kepada anak muridnya berpendapat lain pula.

Sungguhnya, saya pernah dengar anak muridnya di Selangor juga mampu lakukan tapi saya tidak tahu untuk niat beliau untuk ajar atau apa. Insya Allah niatnya sama dengan Buya.

o. Pergaulan bebas antara bukan muhrim dibolehkan antara ahli jika dengan niat yang ikhlas.

Penjelasan:  Tidak benar.

Saya sendiri pernah duduk tawajjuh dan zikir khafi berkumpulan.

Perempuan dan lelaki diasingkan.

Jika ramai kami duduk dalam bulatan agar lutut bertemu lutut.

Jika ada perempuan, ia terpisah, jika ada suami isteri ia disambungkan oleh lutut suami dan isteri tadi dengan jemaah laki dan perempuan.

Perempuan pula akan melabuhkan tudungnya hingga kemulut dari rambut jadi tiada aurat, tiada percampuran.

p. Al-Quran dianggap sebagai sejarah sahaja.

Penjelasan:
Tidak benar. Bagaimana sejarah sahaja pula. Buya punyai sekolah 3 tingkat yang penuh dengan ratusan anak kecil masyarakat sekitar belajar Al-Quran sejak 1970-an. Anak kecil ini tidak belajar lain selain AlQuran.

Jika sirah atau sejarah, kenapa Buya perlu ajar AlQuran pada anak kecil ini.

KESIMPULANNYA, Apa yang terjadi dan dibuat oleh anak muridnya tidak seharusnya terfitnah atas Buya begitu juga tidak harus terhukum atas Nabi saw jika umatNYA sesat, kufur dan salah.

Antara kesalahan anak murid Buya adalah;

1. Terlalu taksub pada Guru

2. Mempunyai Gambar guru dan kucup, bercakap dengan Gambar sebelum berkerja, sebelum solat malah dalam solat.

3. Buya boleh diserupai oleh Syaitan dan Iblis tetapi anak muridnya tidak setuju kerana mereka lebih selesa anggap Buya setaraf Nabi SAW tidak boleh diserupai Syaitan

4. Menyuruh anak murid merangkak berjumpa dan bersalam Guru tetapi Guru tidak beri pemahaman bahawa ia bukan wajib, tetapi ia adalah adab dan adab adalah jambatan ilm.

Memang ada ia dibuat secara berlebihan dan tidak sejajar dengan budaya masyarakat setempat tetapi masalah ini kecil kerana mereka bodek untuk agama dibandingkan orang politik membodek Perdana Menteri dan Menteri hingga melutut sembah cium kaki.

5. Berzikir bertempik, terlolong, terjerit, menyalak macam anjing, dan khayal berzikir hingga menari-nari adalah salah kerana tidak pernah dibuat semasa Buya hidup atau dalam pengetahuan Buya. Saya tidur diSurau selama berminggu-berbulan tapi saya tidur nyenyak kerana tiada siapa zikir jerit-jerit

6. Hakikatnya memang mudah mendapat lazat dan khusyu solat bila kita menjerit-jerit dan membayangkan wajah guru. Anda boleh cuba, tetapi waspada kerana Syaitan senantiasa berusaha menyesatkan anda.

7. Tidak lakukan syariat. 


Ini adalah kesalahan anak murid Buya yang paling besar. Sebenarnya, saya boleh terima dan saya faham kenapa mereka tidak solat tetapi setinggi mana dalil mereka beri sekalipun berpeganglah pada syariat kerana itulah yang Nabi SAW lakukan dan itu juga yang Buya lakukan.

8. Baiah- Baiah adalah perkara paling penting dalam amalan ini. 


Lafaz Baiah Tarekat ini bunyinya agak berat lagi sesat tapi ia tidak sesat jika didalami.

Ia berbunyi “Guru akan ambil semua dosa anak murid dan tebus anak muridnya jika mereka dimasukkan ke Neraka”. 

Benar tiada siapa yang boleh lakukan itu seperti dalam ayat Al-Quran tetapi tetap ada sahabat nabi yang dijamin Syurga oleh Nabi SAW. 

Baiah sebenarnya BUKAN JAMINAN anak murid akan masuk syurga, tetapi BAIAH bertujuan menunjukkan kekuatan IKATAN GURU DAN ANAK MURID hingga Guru akan berusaha menebus neraka anak muridnya. Berusaha bukan JAMINAN ALLAH akan terima kerana ia tertakluk kepada Allah kerana syurga dan neraka adalah hak Allah.

Kesalahfahaman pengertian BAIAH buatkan anak murid yakin pada Guru hingga Guru dibuai perasaan oleh Syaitan agar mereka terlupa untuk bimbing anak murid berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. 

Izinkan saya sebut pesanan Buya kepada kami, “Pastikan anakanda Rahman ada dalam peti Televisyen Buya” tapi untuk berada dalam peti Televisyen Buya itu anak murid mesti ikut Al-Quran, hadis, sunnah, dan menjaga adab dengan guru.


Dan soalan terakhir bagi menangkis fitnah ini mari kita kenali SIAPA BUYA?

Dari popular quote Buya Ibrahim yang masih saya ingat hingga hari ini kita boleh kenali siapa Buya, antaranya;

  1. Jangan dipandang Buya tapi pandanglah ilmu yang ada pada Buya, Buya ini tong taik tidak ada istimewanya sambil tangan memegang perutnya.
  2. Laie ko gadang orang Malaya pujuk Buya pada Abah bila Abah datang berjumpa Buya selepas bergaduh dengan anak murid Buya di Medan kerana Abah dakwa Syaitan boleh menyerupai Buya. Buya sahkan beliau bukan setaraf Nabi SAW dan boleh diserupai Syaitan.
     
  3. Anakanda Rahman pastikan waang ada dalam peti televisyen(wasilah/salasilah) Buya. Buya mengatakan jelas bahawa Buya tidak perlu di dewakan, memadai anak muridnya sering sedekahkan zikir atau AlFatihah untuknya demi menjaga tali itu.

Ia akan diupdate dari masa ke semasa. Insya Allah.

Sunday, May 24, 2015

Utusan Malaysia Kurang Ajar Tuduh Tarekat

Saya berasa amat sedih apabila Utusan Meloya sering mengambil orang bukan Ahli untuk memberi komen termasuk Ulama Syariat untuk bercakap mengenai Tarekat. Ia hanya menimbulkan jelik pada pembaca khususnya orang Tarekat justeru usaha membendung kesesatan dan kekufuran(Tarekat dan Syariat-jika ada) tidak berjaya kerana ini bukan caranya.

Disebut punca orang Majlis Agama sendiri tidak kenal dengan tarekat ini seolah beliau kenal dengan tarekat. 

Hakikat bahawa ramai VIP, termasuk golongan Istana memayungi ajaran Tarekat bukan satu perkara baru, ia terlalu lama malah ada Tarekat kekal tidak diusik hampir atau lebih 40 tahun kerana dipayungi Sultan waima semasa operasi Pencegahan Ajaran Sesat awal 90-an dahulu atau dikenali Zaman Al-Arqam.

Bukan mudah untuk menilai akidah orang dan menjatuhkan hukum sesat justeru Jabatan Agama Islam pada saya tidak ada pilihan selain hanya mengangguk bila menerima arahan sedangkan mereka tahu ia sukar dilaksanakan.

Yang salah adalah pemberi arahan kerana memberi arahan yang salah tanpa merujuk Al-Quran!!!

Disebut, membiarkan Golongan sufi dan Tarekat amalkan ajaran dengan agak bebas tanpa ada kawalan malah beliau berpendapat halang terus lagi mudah?

Saya tidak faham kenapa perlu iri hati dan hasad dengki jika kita tidak mampu melakukan apa yang orang Tarekat lakukan?

Ramai antara mereka melakukan amalan puasa apa yang kita tidak mampu buat, ada yang berzikir beratus ribu satu hari, ada yang berkhalwat dengan Allah berbulan-bulan, ada yang solat dan berjaga malam, ada yang baca AlQuran dan banyak lagi, apa yang salahnya dan kenapa perlu kita halang?

Ini masalah orang Syariat kerana mereka arus perdana dan ghairah mahu kekal kuasa, mereka sibuk menghentam orang Tarekat dan menghalang.

Alangkah bagusnya jika kudrat mereka yang Allah beri digunakan untuk berdakwah kepada orang Bukan Islam?

Disebut, India dan Pakistan hanya orang Alim dibenar ikut tarekat adalah dangkal lagi daif.

Ini kerana banyak ilmu Sufi, Hakikat dan Tarekat yang dipersetujui ramai Masyarakat dan diajar di Sekolah Agama mereka.

Di Malaysia, jangankan sekolah, di Tazkirah Masjid dan Surau juga ia disekat dan dihalang kerana orang Syariat mahu mengekalkan kuasa dan gaji mereka.

Disebut, kumpulan Tarekat juga dakwa ilmu itu diterima daripada dua orang sahaja iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali dan bukan daripada kesemua sahabat dan kenapa Nabi ajar kepada dua orang sahaja?

Sebenarnya, sebagai bapa kita mahu ajar semua yang kita tahu kepada semua anak kita! Benarkan?

Tapi bukan semua anak kita mampu belajarnya kerana pelbagai faktor lain ie karakter, bilangan anak, nombor berapa. Malah secara asasnya kelayakan dipengaruhi oleh sikap dan sifat.

Tapi ini bukan ilmu dunia bapa kepada anak, ini Ilmu Allah pada Manusia. Saya tanya pada penceramah bebas itu, kenapa Allah tidak angkat semua Nabi menjadi Rasul? Tidak layakkah mereka?

Semua orang ada alasannya ikut pengetahuan masing-masing, saya yang bodoh ini hanya tahu bahawa ilmu Allah adalah milik Allah untuk sesiapa sahaja belajar dan hak eklusif Allah untuk angkat siapa yang dia kehendaki termasuk mengangkat manusia diatas malaikat. Mempersoalkan kenapa Manusia lebih tinggi dari Malaikat dan kenapa 2 Sahabat dilebihkan dari sahabat lain hanya mengulangi sejarah Iblis dan Syaitan di murkai Allah.

Sebagai Rasullulah SAW yang sayangkan para sahabat dan Baginda yang maksum lagi adil, saya yakin Baginda mengajar ilmu Allah kepada semua sahabat tetapi ia hak Allah untuk angkat samada Umar lebih dari Abu Bakar, atau Uthman lebih dari Ali atau sebaliknya.

Diejek, semua orang boleh sebar waima pada orang buta huruf tapi Nabi hanya pilih dua sahabat?

Nabi sendiri buta huruf tapi Allah lebihkan Nabi SAW dari Nabi lain termasuk yang tidak buta huruf. Nabi ajar pada semua termasuk yang buta huruf, buta hati, dan penjahat Muslim sekalipun, tapi sekali lagi ia hak Allah kerana ia ilmu Allah bukan hak Nabi untuk pilih dua sahabat berbanding sepuluh jika benar.

Disebut, timbul golongan Ahbash yang mengkafirkan golongan Ulama Islam yang tidak sehaluan dengan mereka?

Ahbas berasal dari Lubnan samada dari Tarekat atau Syariat ia tidak penting kerana semua manusia sama. Ada yang orang baik dalam Sunnah ada yang jahat, ada yang jahat dalam Syiah ada yang baik.

Paling penting adalah kenapa Golongan Syariat yang hebat perlu mengikut kelaku kafir mengkafir, sesat menyesat ini.

Malahan ahli Syariat yang menghalalkan kebersihan politik adalah golongan yang paling dipersalahkan atas sikap menjatuhkan kafir atas orang lain.

UMNO kafir, Nik Aziz sesat, Wali Terompah, dan sebagainya bukan dari mulut orang Tarekat tapi dari mulut busuk orang Syariat sendiri.

Kenapa Tarekat sahaja dipersalahkan sedangkan pengaruh syariat dalam politik dan kuasa Majlis Agama Islam adalah ulung?

Disebut, tidak ada ulama terkemuka, capal dan kubur.

Ulama yang terkemuka adalah yang mampu hidup seperti Nabi dan Sahabat. Justeru semua Ulama yang makan gaji dan menetapkan harga Ilmu Allah bukan sahaja tidak terkemuka malah tidak layak langsung dipanggil Ulama.

Nabi adalah orang kaya, Abu Bakar orang kaya, Umar Khalifah Bani Hasyim, Affan bapa Uthman amat kaya, begitu Abi Thalib ayahanda Ali. Namun mereka semua mati miskin tanpa tinggalkan harta. Ulama, Imam hari ini ramai mati tinggalkan EPF dan pencen.

Sifat mendewakan manusia adalah salah tapi manusia didewakan itu tidak bersalah kerana mereka tidak minta seperti itu. Capal Nabi SAW, kubur dan sebagainya bukan lesen untuk kita jatuhkan hukuman sesat sebaliknya ia masalah manusia yang wajib kita nasihati guna cara yang baik termasuk menunjukkan kepimpinan melalui tauladan.

Disebut Kitab Kuning dan Kitab Jawi hendak dijadikan kemuncak ilmu pada hakikatnya merendahkan umat Islam.

Ulama dan orang Syariat boleh tuduh apa sahaja terhadap Tarekat kerana mereka tidak mampu menjawab kerana semua dikawal. Jadi mereka jawab di Internet yang bebas, jadi bertambah pengikut mereka kerana serangan pada mereka dilakukan tanpa adab dan etika yang betul, hinggakan kain penyerang yang koyak lupa untuk ditutup.

Tiada satupun kitab baik dari Sunnah atau Syiah, baik dari Tarekat, Hakikat dan Sufi atau Syariat, baik dari Kristian dan Yahudi yang merendahkan umat mereka sendiri melainkan umat mereka sendiri yang melakukannya atas nama "mementingkan diri".

Menyalahkan naskah ilmu walaupun ia membawa pengacahan minda, promosi ketakutan dan ajakan fikir luar konteks adalah tidak matang kerana dalam buruk ada baik, dalam baik ada buruk dan semua bergantung kepada nawaitu pembaca, nawaitu umat Islam itu sendiri.

Umat islamlah yang merendahkan Umat Islam dengan berbunuhan, bermusuhan, menuduh tanpa bukti dan dalil dan ilmu, menjatuhkan hukum salah tanpa orang kena tuduh diberi peluang untuk membela diri justeru tunjuk Islam tidak adil.

Kita yang merendahkan diri dan agama kita bukan buku yang tidak bernyawa  itu tapi akal yang tidak berfikir inilah yang merendahkannya. Serang menyerang terbuka ini juga termasuk dalam merendahkan agama Islam sendiri.

Disebut, memperlekeh ulama besar diiktiraf dunia, kitab orang lain tidak sahih kitab sendiri sahaja sahih, panggil dari Indonesia selawat untuk lawan sunnah sedangkan sunnah mahu ajar memahami hadis dengan cara yang betul, ancaman, menuduh orang belainan pendapat sebagai wahabi.

Panjang betul senarai dosa orang Tarekat dituduh tanpa diberi peluang mereka bela diri sebelum dihukum bersalah.

Hakikatnya, ini bukan pertembungan antara Syariat VS Tarekat/Hakikat/Sufi. Ini adalah pertembungan antara Sunnah dan Syiah. Syiah bukan Tarekat, hanya kebetulan mereka mendewakan Ali dan ada Tarekat yang mengatakan ilmu mereka datang dari Ali.

Orang Syiah telah masuk Malaysia sejak dahulu, tetapi tidak mampu bertapak kerana orang Malaysia kuat berpegang pada Sunnah Wal Jamaah hasil dari didikan Tarekat, hakikat, sufi dan Syariat.

Malangnya, kini bila ada masalah orang Syariat melupakan jasa orang Tarekat, Hakikat dan Sufi lalu menuduh Tarekat seolah mengambarkan mereka pelopori Syiah dalam balapan ajaran sesat. Orang Syariat buat begitu kerana mahu kekal kuasa, wang ringgit serta populariti dan periuk nasi dipanggil penceramah bebas.

Syiah tahu kelemahan golongan syariat jadi pada sekitar awal 2000 dibantu internet Syiah menjadi Iguana berselindung disebalik Tarekat, Hakikat, dan Sufi kerana orang Syariat dengan mudah akan menyerang dan menuduh semua yang sesat adalah Tarekat.

Fokus utama sunnah wal jamaah samada syariat atau hakikat, tarekat dan sufi adalah Syiah tapi sebaliknya kita pendokong Sunnah sedang "berbunuhan" satu sama lain.

Disebut tentang sujud di kubur, beryaqzah, baiah, cium kaki Guru, merangkak jumpa Guru, minum air kaki Guru, curi selipar Guru, jadi kambing ejek guru Janggut Kambing, ambil Tanah Kubur Guru, simpan kain Kaabah sebagai pendinding dan banyak lagi adalah amalan sesat(bukan orang/ajaran sesat) setengah pengikut.

Apakah Syiah dijatuhkan sesat kerana perbuatan pengikutnya, jika YA, maka Nabi SAW juga sesat kerana pengikut Sahabat berbunuhun sesama sendiri? Kerana umat Baginda tidak solat, keluar Islam, minum arak, membunuh dsb apakah ajaran Baginda SAW yang sesat?

Apakah tarekat sesat hanya kerana perbuatan salah pengikutnya yang cium kaki guru, merangkak jumpa Guru dan sebagainya, jika YA, maka Syariat juga sesat kerana ambil tanah Kubur Guru, kerana pengikutnya tidak bayar zakat, tidak berpuasa, berjudi dan sebagainya.

Tindakan syariat menyerang menggunakan perbuatan segelintir pengikut ajaran Tarekat untuk jatuhkan hukuman sesat umpama meludah kelangit.

Saya ingin berkongsi pesan Abah kepada saya, Allah jadikan Adam AS tanpa baju dan Baginda adalah penghuni Syurga, disebabkan buah Khaldun, Adam dan Hawa di nampakkan kemaluan mereka dan memakai baju untuk dihantar ke dunia.

Syariat adalah Baju dan Hakikat adalah Badan manusia justeru setiap anak Adam wajib memakai baju dan menghargai badan. Keduanya wajib, dan tidak boleh ditinggalkan.

Malangnya, badan dan baju ini tidak boleh berkerjasama kerana tanpa badan cantik, baju nampak tidak cantik, tetapi baju sering mendapat pujian cantik walaupun badan tidak cantik.

Tidak dinafikan ada segolongan hakikat yang tidak menjalankan syariat, tidak solat, tidak puasa, tidak campur Masyarakat dll tapi tidak adil hukum semua mereka sedangkan orang Syariat sendiri pun ramai tidak solat, tidak puasa dan lain-lain.

Musuh kita jelas dihadapan kita, tapi kita lebih rela bermusuh sesama sendiri hasil mainan Syaitan.

Dan bilamana masalah timbul kita tidak mahu melihat diri melihat kelemahan diri sebaliknya kita tuduh pihak lain kerana ia lebih mudah dilakukan.

Kesesatan dan kekufuran perlu dibendung samada dalam Sunnah samada Syariat, hakikat, sufi dan hakikat dan ia hanya boleh dilakukan dengan berkerjasama dan bersatu dan inilah masanya kerana Syaitan semakin kuat dan berpengaruh.

Sila ke Bahagian 2 bertajuk "Panduan Kenali Tarekat Sesat atau Tidak" pada entry minggu hadapan untuk menjelaskan bahawa saya tidak menyokong mana-mana ajaran yang tidak berpegang pada akidah rukun Islam yang 5 dan rukun Iman yang 6 tanpa ada sebarang tokok tambah dan mengesakan Allah dan menjaga adab pada Rasulullah SAW.

Kerajaan Malaysia Perlu Ugut Myanmar Isu Rohingya

Saya ingin beri cadangan lebih efektif kepada rakyat Malaysia, kalau mahu bantu, bila jumpa rakyat Myanmar Buddha dan boleh jumpa mereka di Pasar Borong KL, marah mereka dan majikan yang menggaji mereka, katakan pada mereka, ajaran Buddha tidak ajar kita menyakiti orang lain.

Ia jelas di TV dimana Sami Budda tidak makan daging malahan membunuh nyamuk dan semut pun tidak dibenarkan. Malahan jika harimau itu menelan dan membunuh adik kita pun, Sami Buddha tidak benarkan Saminya membalas dendam membunuh harimau itu.

Itu binatang, ini manusia?

Tapi kita lihat para Sami Buddha Myanmar bertindak tidak ikut ajaran Buddha dengan membunuh orang Islam serta mengisytihar musuh kepada sesiapa yang bantu Rohingya.

Setakat pergi ke kedutaan bertempik, apa yang kalian dapat?

Perlu diingatkan ini bukan isu agama, ini bukan tentang dia Buddha, saya Islam, mereka Hindu, kami Kristian. Ini isu kemanusiaan dan semua manusia perlu bantu tidak kira samada Buddha, Islam, Hindu atau Kristian atau "FreeThinker". Semua manusia terlibat.

Jika ini isu agama maka orang Islam wajib memerangi setiap orang Buddha Myanmar dan "Kerajaan Islam" Malaysia perlu menghalau semua orang Buddha Myanmar balik atau hukum mereka hingga penyeksaan atas orang Islam Myammar dihentikan. Tapi, ini BUKAN ISU AGAMA!!!

Justeru, atas dasar KEMANUSIAAN saya ingin beri cadangan kepada Kerajaan Malaysia supaya mengatakan "ugutan" dengan jelas kepada Kerajaan Myanmar.

Satu rakyat Rohingya diberi kewarganegaraan oleh Myanmar, satu pekerja Asing Myanmar Buddha akan diluluskan pembaharuan permit atau diluluskan permohonan masuk.

Kegagalan Myanmar akan terus ditekan hingga setiap rakyat Myanmar Buddha dihantar pulang ke Negara mereka.


Rohingya - Hipokrit Melayu Islam dan Cina Buddha Malaysia

Saya perlu mengatakan bahawa saya berasa amat sedih dan kecewa pada Malaysia dan Indoesia kerana tidak membantu Rohingya.

Mereka menerima, merawat dan memberi makan kemudian menolak semula ke tengah laut. Masing-masing tidak mahu ambil.

Ambil, kemudian apa?

Myanmar akan lepas tangan sedangkan masalah ini masalah mereka.

Sebenarnya Kerajaan Langit Allah tiada sempadan. Maka kita melihat langit kita, tiada sempadan.

Saya bukan pemimpin saya tidak tahu bagaimana dan apa yang perlu kita lakukan untuk bantu orang Islam yakni saudara kita yang lebih kita ditanggungjawabkan berbanding pertalian rakyat Malaysia sendiri.

Inilah hidup moden, penuh hiprokrasi diman ramai mengakui Islam, baik dan alim tapi kita mendahulukan dunia(sempadan Negara) dari akhirat(Langit).

999 dari 1000 orang Melayu hipokrit. Islam mereka hipokrit. Apa yang kita buat untuk bantu orang ini? Mereka berada di Pasar Borong KL. Ada sekolah dan ada komuniti. Mereka sembelih lembu dan menjualnya, apa kita mahu bantu mereka jika tiada orang lain tahu?

Kita tidak bantu mereka, sebaliknya kita lapor pada PBT agar ganggu mereka berniaga! Kita bagi alasan kotor, tidak ikut undang-undang tapi kita yang mahu mereka dibantu, tapi tidak mahu bantu sepenuhnya.

Orang Cina yang ambil mereka kerja, kita ada bagi mereka kerja?
Kita sendiri pun tiada kerja!

Saya tidak menolak alasan keselamatan begitu juga kebersihan tetapi saya menolak sifat hipokrit yang berlagak baik suruh bantu Rohingnya tapi bantu beri mereka makan tapi tidak benarkan mereka berak.

Lihat sahaja komen di FB, mengecam Kerajaan tidak bantu Rohingya sedangkan apa yang kita buat untuk bantu mereka? Al-fatihah pun tiada!

Thursday, May 21, 2015

Skandal Muhyiddin Yassin

Semasa saya dibangku Sekolah Rendah saya telah mula mengikuti isu politik dengan dekat.

Pada masa itu saya banyak mendengar tentang Skandal Buku Hijau dan Skandal Tanah Kota Tinggi oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemudian timbul cerita Tun Dr Mahathir menyelamatkan hayat politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberi peluang kepada beliau bertanding di kerusi Parlimen kerana Sultan Johor tidak mahu beliau menjadi Menteri Besar lagi.

Fitnah ini tidak dapat saya jelaskan samada benar atau tidak tetapi kita pasti ingat peranan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendesak Pak Lah berundur dan memberi laluan kepada Dato Sri Najib.

Muhyiddin Yassin yang saya kenal dari mulut orang UMNO dan saya kenal sendiri adalah amat berbeza.

Terus terang saya katakan, saya agak kecewa dengan kelambatan Tan Sri bertindak atas Dato Seri Najib ketika laluan untuk menjadi Perdana Menteri terbuka luas.

Perlu diingatkan, jika Tan Sri tidak menggunakan peluang yang ada sebaiknya Tan Sri mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia seumur hidup ini.

Namun jelas, kebaikan Tan Sri terserlah dengan meletak prinsip dihadapan dan bukan nafsu.

Hari ini viral di laman web dimana Tan Sri dengan jelas mengatakan tentang 1MDB dan saya perlu katakan saya kini berubah pandangan terhadap Tan Sri 100%.

Jika sebelum ini saya katakan Tan Sri tidak mampu menjadi Perdana Menteri saya minta maaf kerana saya silap, rupanya Tan Sri orang yang berprinsip dan orang yang berprinsip boleh diharapkan.

Saya berharap Tan Sri boleh menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan agama di Malaysia dan memacu Negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

PS: Saya sarapan di Park Village Uptown Dsara dan satu meja dikosongkan. Datanglah seorang Makcik bertudung dan rakannya. Mukanya amat jernih dan mesra serta tidak sombong saya fikir dia kerja Kerajaan. Kemudian saya terpandang potret di kedai itu rupanya itu adalah isteri TPM Muhyiddin Yassin. Bila saya keluar saya lihat pemandunya menunggu beliau di hadapan kedai menggunakan kereta Proton Perdana sahaja, tiada bodyguard dan escort. Begitu humble.

 

Keburukan Tabligh Hari Ini

Tabligh Sekarang Tidak Sama Tabligh Dahulu!!!

Dulu orang masuk Tabligh untuk miskin.

Orang kaya masuk Tabligh mahu rasai kemiskinan dan derma semua harta mereka.
Orang miskin masuk Tabligh sebab mahu jadi kaya akhirat dan syurga. Mereka mahu papa kedana bila masuk Tabligh.

Kaya dan miskin ini sanggup keluar 40 hari meninggalkan anak isteri dengan Allah. Tinggi sungguh keyakinan mereka.

Tapi itu dahulu, sehinggalah pada zaman FB dan dunia wang ini bermula sekitar awal 2000.

Kini ramai rakan saya masuk Tabligh sebab Tabligh adalah human network paling besar di Malaysia. Tabligh adalah lubuk Sales dan Marketing umpama sebuah Lubuk berukuran Masjid Sri Petaling didalamnya ada berjuta ikan Patin Liar, berjuta Udang Lobster, berjuta Ikan Haruan, berjuta Cicak Tokek, berjuta Ikan mahal lain.

Tidak perlu lagi kesana-sini, meredah Perlis ke Johor Bharu, merentasi Kelantan ke Terengganu, menyeberang Sabah dan Sarawak untuk buat sales, dan mencari “ikan besar” untuk didekati.

Semuanya ada di Masjid Sri Petaling.

Saya cukup kesal kerana Tabligh kini bukan seperti Tabligh dahulu lagi.

Dahulu setiap orang masuk Tabligh adalah demi mencari keredhaan Allah SWT. Tetapi kini ramai orang masuk Tabligh adalah demi mencari keredhaan Allah SWT jika mereka fikir mereka mampu menipu Allah lah!!!

Sesungguhnya niat utama dan asal adalah terpenting, kerana selepas masuk Tabligh mungkin mereka berubah, tapi Allah tahu niat asal mereka.

Saya terpanggil untuk menulis ini, sebab saya terbaca satu entry di FB mengenai orang Tabligh yang kini memiliki pelbagai kereta mewah, rumah berjuta ringgit, kini buka kilang sendiri dan suami isteri muda berkahwin mampu Berjaya dalam Tabligh walaupun keluar 40 hari.

Mereka menjumpai lubuk, berjual dalam lubuk itu,  dan memperolehi laba besar kerana banyak “ikan besar” disitu.

Tidak salah tapi jika Tabligh sedemikian, maka Tabligh wajar mencium tangan pengikut Al-Arqam kerana 30 tahun dahulu mereka sudah mulakan apa yang Tabligh baru mulakan.

Tujuan saya menulis, agar Tabligh menjadi seperti dahulu kembali dihormati kerana keikhlasan demi Allah dan SyurgaNYA bukan duniaNYA.

Dihadapan Kaabah saya ditemukan Allah oleh seorang Tabligh bernama Abdul. Rupanya beliau adalah beras saya, kecil sungguh dunia.

Saya menggunakan peluang bertanya kenapa ada orang Tabligh meninggalkan pelajaran, ibu bapa, isteri anak, malah kini kenapa mereka masuk Tabligh untuk dapatkan “ikan besar” bukan kerana mahu dapatkan Allah SWT?

Jawapan beliau paling benar dari seorang Muslim walaupun beliau bukan Ulama, katanya, “Fikulubihim maradun fazadahumullah” bermakna dalam hati manusia itu ada penyakit.

Setiap manusia mencari Doktor untuk merawat sakit dalam hati mereka. Ada masuk Tabligh, ada masuk Tarekat, ada masuk Pondok, ada berkelana mencari dan bila mereka berjumpa mereka cuba merawat sakit dalam hati itu.

Masalah mula timbul apabila ada yang berpura-pura masuk untuk merawat sakit dalam hati itu tetapi mereka sebenarnya mereka tidak mahu mengaku mereka sakit dan merasakan mereka tiada sakit tapi orang lain yang sakit.

Ada yang belum sembuh dirawat dan belum mampu merawat sakit itu, tapi sudah mahu ajar orang lain cara untuk sembuh.

Akhirya, Tabligh dicemari dan tidak lagi seperti dahulu.

Justeru nasihat saya pada Tabligh senior, pastikan junior anda betulkan niat mereka masuk Tabligh dan untuk junior, anda tidak akan mampu menipu Allah. Tidak sesekali.

Betulkan niat kita semua, masuklah Tabligh demi Allah dan AkhiratNYA.

Pada bukan Tabligh, betulkan niat, apa sahaja anda lakukan, lakukan kerana Allah. 


Wednesday, May 20, 2015

Rakyat Nak Sokong Najib Dari Mahathir, Tapi....

Saya berpandangan Najib lebih baik dari Pak Lah.

Dibawah Pak Lah kita tidak tahu apa yang digunakan Pak Lah dengan wang royalti minyak beratus billion itu. Tiada MRT, tiada KLCC, tiada Jalan Baru, dan tiada apa.

Yang ada hanyalah Gerbang Koridor Timur Barat Selatan Utara dan Sabah Sarawak bernilai hampir Trillion Ringgit. Namun, hampir 10 tahun pintu gerbang pun kita belum nampak lagi melainkan Iskandar itupun dirangsang dan didesak oleh Sultan Johor.

Kerosakan Pak Lah terlalu teruk. Malah 1MDB juga adalah serpihan dari ECER Terengganu.

Najib cuba perbaiki kerosakan Pak Lah tetapi mengekalkan semua menteri Pak Lah, semua penasihat tingkat 4 Pak Lah termasuk geng-geng Khairy Jamaluddin atau KJ menantu Pak Lah.

Pada saya 5 tahun pertama Najib di pejabat beliau terpaksa memperbaiki kesilapan Pak Lah.

Dan pada tahun ke 6, serangan Mahathir bermula.

Saya menyokong Mahathir kerana apa yang dikatakan beliau adalah berdasarkan fakta bukan auta, bukan mislead, bukan misdirect dan sebagainya.

Setiap soalan penting kerana bukan sahaja Mahathir yang bertanya, rakyat sudah lama bertanya.

Malah saya juga berpendapat BN akan kalah pada PRU 14, kerana jika boleh sila tampilkan sesiapa sahaja yang pengundi yang mengundi PR pada PRU 13 lalu yang akan undi BN pada PRU 14.

Saya pasti tidak ada seorang pun pengundi PR akan undi BN sebaliknya ramai seperti saya yang undi BN pada PRU 13 akan undi PR atau undi rosak pada PRU 14 kelak.

Kenapa?

Sudah tentu GST adalah perkara utama.

Kedua adalah kerana BN mengikut rentak PR. Banyak janji Pilihanraya tidak dilaksanakan. Sabah dan Sarawak terus dilupakan.

Ketiga, sudah pasti isu 1MDB dan berkaitan seperti TH, KWAP, PNB dan lain-lain.

Altantuya tidak masuk senarai kerana pendirian umat Islam perlu tetap iaitu tiada siapa bersalah melainkan didapati bersalah oleh Mahkamah serta umat Islam wajib menyaksikan dengan matanya sendiri(zaman moden merasai dan melihat bukti sendiri) sebelum mengatakan seseorang itu membunuh, meliwat dan sebagainya.

Atas tiga sebab ini BN akan kalah.

Malahan tiada gerak kerja dari UMNO, Pemuda, Negeri dan lain-lain untuk berkempen dan memenangi hati rakyat, Yang ada, bila keluar akhbar seorang Nenek berusia 101 tahun menjaga anak OKU umur 63 tahun barulah MB Kedah dan pengikutnya datang, jika akhbar tidak siarkan, tidak datanglah.

Apa UMNO Bahagian, UMNO Cawangan, AJK, JKKK, Ketua Kampung dan Ahli Majlis Lantikan UMNO, ADUN, MP, JAIK, Zakat, JKM dan Kerajaan Negeri buat?

Di FB, Twitter, dan sosial media lain, tiada langsung gerakan cyber UMNO berkempen menangkis serangan, pertahan UMNO khususnya isu GST. Mereka hanya berkokok dihalaman masing-masing sahaja, disorak dirai pengikut setia mereka sendiri sedangkan mereka hanya bermain bola sepak tanpa pasukan lawan.

Atas fakta apa Najib kata BN akan menang PRU 14?

UMNO kata buat road tour seluruh Negara jelaskan GST tapi senyap mungkin perlu keluar duit pokt sendiri atau takut dibahan seperti Ahmad Maslan.

Pemuda UMNO desak satu audit bebas audit 1MDB tapi PM dalam FAQnya mengatakan kita tunggu laporan Ketua Audit Negara? Mana desakan Pemuda UMNO?

UMNO janji langit dan bumi untuk Sabah dan Sarawak. Tapi tahukah anda bahawa rakyat Sabah masih ada sekolah berbumbung kanopi. Masih ada timba air dari telaga. Begitu juga Sarawak. Mana pergi gerak kerja UMNO.

Tidak perlulah saya hurai UMNO Selangor, Kelantan, Perak, Melaka, N9, Johor, Pahang, Terengganu, ahli UMNO akar umbi lebih tahu dengan quote popular mereka "Tiada peruntukan, duit bagaimana kami mahu bergerak?".

Hakikatnya, ramai orang Melayu nak sokong Najib kerana terikat dengan sentimen budi. Tun Razak banyak berjasa. Malahan Najib juga tampak berkerja keras begitu juga Rosmah. Jadi, ramai mahu sangat sokong Najib.

Ramai termasuk saya kerana sekurangnya kita ada MRT, ada PR1MA, ada BR1M hasil dari GST, ada KR1M, ada Teks1M, ada KK1M, ada KIR1M dan banyak lagi walaupun PR1MA belum nampak tiang lagi.

Semua diatas walaupun ditutup jasa dan keberkesanannya kerana kos sara hidup yang meningkat tinggi sekurangnya kita ada Menteri yang giat memujuk kita percaya harga barang tidak naik, harga Top Up tidak kena GST, harga Ubat bebas GST dan sebagainya. Sekurangnya reda sikit kemarahan ini kerana adalah usaha mereka walaupun sekadar bercakap dari berkerja.

Malahan, ramai mahu menyokong Najib jika perlu pilih antara Mahathir dan Najib.

Tapi.....................

Sebagai pemimpin Najib perlu tunjuk kepimpinan dan jangan ikut kata penasihat dan jangan ikut rentak orang lain.

Rakyat berminat tentang masa sekarang dan masa hadapan.

Apa perancangan kerajaan? Bagaimana Kerajaan mahu meningkatkan lagi kos sara hidup dan pendapatan Negara?

Bagaimana mahu kawal harga Barang yang tidak pernah berjaya dikawal?

Bagaimana mahu memperbaiki hubungan antara kaum dan agama yang semakin mesra dengan pelbagai provokasi dan maki di FB?

Bagaiman Kerajaan mahu kawal kadar jenayah nyata dan cyber yang semakin meningkat? Dan keselamatan Sabah yang mejadi sarang lanun?

Bila PR1MA akan siap atau pemilikan rumah dibantu?

Bagaimana Kerajaan mahu bantu rakyat menjadi lebih kaya kerana tiada orang miskin?

Berapa bonus kakitangan Kerajaan dan kenaikan gaji mereka digandingkan dengan peningkatan mutu kerja mereka?

Apa pelan Kerajaan pada Sistem Pendidikan Negara yang belum berjaya melahirkan pencipta bertaraf dunia?

Bagaimana Kerajaan mahu mempertingkatkan keberkesanan DEB/NEP dan memasyurkan Islam?

Itu semua yang mereka minat untuk tahu dari Kerajaan yang mereka undi.

Mereka tidak berminat masa lalu termasuk 1981, 1987, 1991, 1995, 1998, 2003, 2008, 2013 waima 2014 sekalipun.

Kami nak sangat sokong Najib tetapi tolonglah fokus pada masa hadapan rakyat yang boleh diubah berbanding masa lalu yang tidak boleh diubah.

Monday, May 18, 2015

China Yang Ghaibkan MH 370

There are thousand theories created by many. Most explain America and Russian involvement in this conspiracy of MH 370 disappearance.

Beribu teori di cipta dan masing-masing mengaitkan Amerika dan Rusia sebagai dalang utama Konspirasi kehilangan MH 370.

Namun tiada satupun yang menuduh China sebagai dalang utama. Kenapa tidak?

Pada mula-mula berita kehilangan MH 370 dilaporkan ada satu portal melaporkan bahawa kehilangan MH 370 dari radar selesai selepas MH 370 dilaporkan selamat mendarat di sebuah lapangan terbang di China lengkap berserta gambar penumpang turun dari pesawat MAS.

Berita itu dan portal itu sehingga hari tidak dapat saya kesan walaupun saya pasti 100% saya tidak bermimpi, tidak mabuk, tidak berkhayal dan bukan malam di Malaysia. Tapi berita lain yang sama menyiarkan MH 370 selamat ditemui mendarat di Nanning dan sebagainya masih boleh kedapatan di carian Yahoo dan bagaimana mereka boleh terima maklumat sebegitu saya tidak pasti.

Tetapi yang pasti, tidak ada angin, pokok tidak goyang, tidak mungkin berita itu sengaja direka kerana pada masa itu masih awal kejadian dan bukan sudah berbulan yang memaksa akal kita merewang mereka cerita bagi menjelaskan misteri.

Berita itu hanya timbul sekejap sahaja kemudian ditenggelamkan oleh berita sensasi palsu MH 370 terhempas di Vietnam, tumpahan minyak dijumpai, tenggelam di Laut Andaman, di sorok Vietnam, di tembak Thailand, disembunyikan Indonesia, di iringi Stealth ke Kazakhstan, Rusia, di daratkan di Luis Garcia, terhempas di Lautan Hindi dan banyag lagi.

Sekali lagi, kenapa tidak langsung mengesyaki China?

Apa dalil, dan kebaikan untuk China sedangkan rakyat mereka merupakan korban paling banyak dalam MH 370?

Dalam semua konsprasi kejahatan dan jenayah, yang paling kurang disyaki adalah mangsa sendiri.

Sebagai contoh, Osama bin Laden dituduh sebagai dalang utama "menyerang" America World Trade Centre sedangkan Amerika yang memperoleh laba paling besar dalam Tragedi 9/11 termasuk menyerang dan menguasai minyak dan gas Afghanistan.

Tidak perlu percaya kepada saya atau kepada para pembongkar konspirasi 9/11.

Tapi cuba jelaskan kenapa 20,000 pekerja WTC bercuti pada hari Kejadian?

Kenapa Kapal Boeing yang didakwa melanggar Pentagon hanya mempunyai lubang yang muat-muat kapal itu sahaja tanpa ada cermin lain yang pecah akibat impak?

Kenapa mangsa rampasan kapal terbang itu sempat menelefon ibunya sendiri dan memperkenalkan diri pada ibunya dengan nama penuh?

Kenapa bangunan disekelilingnya tidak retak sedikit pun akibat impak yang begitu kuat yang mampu meruntuhkan dua buah bangunan setinggi WTC?

Malangnya, konspirasi 9/11 itu dirancang oleh manusia dimana kita semua berpegang pada prinsip "No Plan is Perfect" justeru pelbagai bukti kukuh penglibatan Amerika kedapatan oleh orang Amerika sendiri.

Konspirasi itu menjadi alasan utama Amerika menyerang Afghanistan.

Apa kebaikan China menghilangkan MH 370 dan menghaibkan MH 370 yang mangsanya 160 orang rakyat China?

Terusan Karat!!!

Terusan yang akan dibina oleh Thailand ini tidak mampu dibantah oleh Malaysia kerana kes MH 370, dan Thailand memang terkenal dengan sejarah talam dua mukanya.

Perkapalan dan Keretapi telah menjadi pengangkutan Utama menggantikan Kapal Kargo yang kini merudum akibat MH 370.

China sebagai pihak yang begitu gigih mahu menguasai Laut China Selatan demi laluan dan strategis tentera tetapi mendapat tentangan hebat dari Filipina, Malaysia, Indonesia dan Thailand yang kurang membantah.

China pasti mahukan satu laluan yang dikuasai mereka sepenuhnya dan jawapannya adalah Terusan Karat.

Selamat Datang ke dunia konspirasi.

Tiada Paip Air di Jamban KLCC, Mid Valley, OU. Cadangan Saya Sediakan Tandas Berbayar Option Tandas Percuma

Sebelum saya beritahu cadangan saya eloklah kita memahami budaya orang Malaysia serta peralihan teknologi tandas di Malaysia.

Begini! Saya tidak pernah tengok Arwah Bapa saya kencing berdiri walaupun berapa "sesaknya" dia dan terpaksa tunggu giliran lama. Kebanyakan orang dahulu seperti itu pada pengamatan saya.

Kemudian, sekitar tahun 1996, tanda CM berhampiran pintu masuk besar dari arah HSBC mengurangkan bilik kecilnya kepada jajaran mangkuk kencing untuk memudahkan para lelaki kencing berdiri.

Saya kurang pasti soal dosa kencing berdiri ini walaupun masa kecil kita disajikan dengan kisah agama yang entah sahih atau tidak tentang Syaitan suka minum air kencing berdiri.

Tapi yang pasti, kini seorang lelaki tidak lagi boleh kencing duduk kerana semua "jamban" juga adalah jambang duduk bukan cangkung!

Sebagai anak jati KL, saya juga perasan peralihan tandas duduk menggantikan tandas cangkung sekitar awal 2000.

Semua tandas cangkung digantikan dengan tandas duduk atas sebab entah kenapa saya tidak pasti kerana saya berfikiran majoriti Melayu Islam pada masa itu berak cangkung.

Mungkin disebabkan sikap orang Melayu Islam yang ambil enteng soal etika berak lalu mereka "terbuang" sampah, kunci, syiling, dan pelbagai objek lain sehingga akibatkan "jamban" kerap tersumbat.

Bila jamban duduk menguasai, masalah baru pula timbul apabila orang kita gemar memanjat dan cangkung diatasnya. Saya juga begitu, tapi saya tidak pernah tidak angkat penutup jamban jika mahu "melepas".

Malangnya ramai orang tidak angkat penutup, justeru jamban tersebut tidak lagi bersih untuk "diduduki".

Kemudian kita dikejutkan dengan "paksaan" terbaru terhadap kita menggunakan tisu gantikan air.

Sebenarnya samada kita mahu tahu atau tidak, penggunaan air dikalangan orang Melayu dan Islam amat tinggi berbanding orang bukan Islam yang hanya menggunakan tisu untuk membersihkan dubur.

Perbezaan bil air yang perlu ditanggung oleh Mega Mall seperti Mid Valley jika menggunakan tandas cangkung dengan paip air adalah puluhan ribu sebulan.

Bil masih tinggi disebabkan "pemanjat" jamban duduk masih menggunakan air yang banyak.

Justeru, mereka kini tidak lagi menyediakan paip air untuk orang Islam membersihkan dubur bagi tujuan solat kerana mereka menjimatkan ratusan ribu ringgit setahun termasuk bayaran "janitor" yang berkerja lebih keras jika air melimpah-limpah.

Sebagai orang yang boleh dikira mahir dengan kira-kira dan tahu kadar sewaan Mid Valley yang ada mencecah ratusan ribu satu kedai, saya beranggapan kos bil air itu masih memberi untung kepada pengendali. Tetapi siapa yang tidak mahu meningkatkan untung.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan Negara Islam Malaysia tidak sediakan air untuk orang Islam membersihkan dubur untuk solat, namun saya juga tidak bersetuju dengan tindakan orang Islam yang suka membazir, tidak bertanggungjawab serta mengambil ringan soal berak hingga akibatkan orang lain susah seperti tidak flush,mengguna air pada kadar lebih, membiarkan air terbuka, tidak buka seluar semasa cangkung hingga barang terjatuh dan pelbagai lagi.

Berbeza di China rakyatnya melepas dan tidak tutup pintu, malah mereka gunakan tisu dan mereka dan tandas mereka telah berubah banyak sebelum Olimpik dan selepas Olimpik namun masih tiada air.

Tapi itu mereka, kita perlu solat, dan perlu bersih untuk bersolat tapi masih ramai rakyat gemar bandingkan Negara kita dengan Negara luar tanpa memahami latar belakang rakyatnya.

Malah ada yang soalkan Tandas China semuanya percuma berbanding di Malaysia yang masih mengenakan caj seperti di Lowyat, Sogo, dan lain-lain.

Tahukah kita, bahawa orang China dan Cina Malaysia sendiri tidak perlukan air yang banyak kerana mereka tidak makan makanan bergoreng, berminyak, berempah, pedas tapi mereka gemar makan Sup.

Justeru najis mereka lebih lembut dan mudah dilepaskan berbanding orang Melayu yang perlu teran dan sering tersembur lengkap aroma menusuk hati seperti petai, jering dan lain-lain.

Artikel ini bertujuan memberi pemahaman kepada orang ramai khususnya Melayu supaya meruntuhkan ego untuk malu bercakap tentang pengurusan diri termasuk proses kumbahan masing-masing.

Orang Melayu Islam perlu akui keperluan kita dan perbaiki sikap kita supaya satu hari nanti tidaklah hilang terus paip air dari tandas Petronas, Masjid yang bil airnya juga mencecah ribu-ribuan sebulan, dan lain-lain lagi.

Artikel ini juga bertujuan meminta Kerajaan, dan pihak Swasta yang memiliki Gedung dan Bangunan supaya menyediakan paip air semula.

Adalah penting untuk sediakan paip air kerana orang bukan Islam boleh gunakan tisu kerana mereka makan menggunakan sudu dan garpu manakala orang Melayu Islam pula perlu guna air kerana mereka gunakan tangan untuk makan. Lagipun orang Islam perlu suci bersih untuk Solat.

Kita tidak mahu para pelancong yang melihat Tandas Malaysia tidak berpaip geli melihat orang Malaysia makan menggunakan tangan kerana jika ada paip mereka hanya gunakan tangan kiri dan tangan kanan digunakan untuk makan.

Cadangan saya, KLCC, Mid Valley, One Utama boleh kekalkan setengah bilangan tandasnya percuma seperti hari ini, dan setengah lagi ditukar menjadi tandas berpaip air dan cangkung dan kenakan caj RM 0.30-0.50.

Dengan ini ia boleh mendidik rakyat dan beri pilihan kepada mereka yang mahukan kebersihan tandas dengan mereka yang mahukan kebersihan diri untuk solat dengan maksud keduanya boleh diperbaiki.

Sunday, May 17, 2015

Najib Jawab Macam Kaunter Pertanyaan Kerajaan dan Utiliti

Bukan semua tapi kebanyakan kaunter Kerajaan!

Malah KFC juga jawapannya begitu standard. FAQ yang menarik, apakah penasihat Najib belajar dari kaunter ini.

FAQ Popular;

Q. Saya mahu mohon Meter TNB berapa depositnya?
A. Deposit untuk single phase kediaman adalah sekitar RM 200 tetapi anda perlu memohon menggunakan kontraktor TNB yang mana mereka akan kenakan caj antara RM 1500-RM2000.

Q. Tidak bolehkah saya apply sendiri?
A. Tidak boleh itu polisi kami. The End(Tak puas hati boleh balik pakai lilin).

Q. Saya mahu mohon Meter Syabas berapa depositnya?
A. Deposit Meter Syabas tidak mahal tetapi perlu guna kontraktor dan harganya RM 1300 satu meter. Dan tidak tahu bila boleh pasang sebab application terlalu banyak. The end.(Tak puas hati minum air hujan)

Q. Saya mahu apply Unifi untuk kediaman saya?
A. Rumah Encik di Bangunan Rumah Kedai di Pusat Pernigaan Wangsa Maju tidak boleh apply kediaman kerana itu kawasan komersil.The End(Tak puas pergi CC).

Q. Tapi saya tinggal sebagai rumah dan tiada masalah pada PBT?
A. Itu PBT. Itu polisi kami kalau Encik mahu perlu tunggu PBT zoning semula kawasan tersebut.
The End(Tak puas hati report pada MB).

Q. Saya mahu apply pinjaman dan bantuan pertanian untuk tambahkan hasil sayuran saya dari 10 tan kepada 20 tan?
A. Encik perlu pergi kursus pertanian untuk melayakkan mendapat bantuan dan pinjaman.The End(Tak puas hati tak dapat bantuan).

Q. Saya penama dalam Geran mahu serahkan milik saya kepada adik, kakak dan abang saya?
A. Tidak boleh penukaran nama dalam geran hanya boleh satu nama pada satu nama tidak boleh pada 2-3 nama melainkan kematian atau faraid sahaja. The End(Tak puas hati telan sahaja).

Q. Saya mahu jual rumah tapi Bank minta Pelan kelulusan dari PBT?
A. Encik perlu lantik juruukur bahan dengan kos kurang lebih RM 10,000. Kami telus ikut standard dan piawaian yang ditetapkan pihak insurans dan bank. The End(Tak puas roboh rumah).

Q. Kenapa 1MDB hilangkan duit RM 2 billion di Singapura?
A. Mahathir juga hilangkan berbilion ringgit dari skandal BMF, Kami telus dan telah lantik Auditor sila tunggu laporan Audit. The End(Tak puas hati boleh jalan).

Q. Apakah benar Kerajaan gunakan 1Malaysia untuk menyatukan rakyat atau menipu rakyat melalui 1MDB?
A. Itu tidak benar. 1Malaysia adalah untuk rakyat, 1MDB untuk rakyat. Semua untuk rakyat tiada satupun untuk saya, isteri dan para pembesar UMNO. The End(Tak percaya pergilah UNDI Orang lain).

Kesimpulannya semua jawapan pada soalan kritikal adalah skema dengan si penyoal wajib puas hati tanpa pilihan untuk bertanya lagi.

Semua penyoal ada 2 niat begitu juga semua penjawab.

Ada penyoal, menyoal kerana mereka berniat membantu dan ada yang meminta bantuan.

Penjawab pula ada yang menjawab untuk membantu dan ada yang menjawab untuk tidak membantu dan tidak mahu dibantu.

Sebagai contoh, seorang Doktor bertanya kepada kepada pesakit selepas mendapati anak tekaknya merah dan Dr tahu pesakit telah makan yang dilarang. "Apa yang Pak Cik makan semalam?"

Pak Cik makan nasi putih dengan air kosong sahaja. Kemudian Pak Cik pergi bilik tidur dan bila bangun sudah sakit tekak. Para auditor di rumah sudah periksa makanan Pak Cik dan terbukti Pak Cik tidak makan makanan pantang(sebab Pak Cik dah buang). Kalau Dr tak percaya tidak apa, Pak Cik pun tak boleh buat apa, Dr cari pesakit lain sahaja ya.

Tiada solusi diberikan pada soalan melainkan lebih masalah dan lebih soalan terbit di minda.






Bola Sepak Malaysia Matang Orang Malaysia Yang Tidak Matang

Saya amat terkejut dengan kenyatan MB Terengganu seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia mengugut akan menarik diri dari Bola Sepak Malaysia jika FAM gagal beri penjelasan kukuh.

http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/terengganu-akan-tarik-diri-jika-fam-gagal-beri-penjelasan-kukuh-mb-1.92952

Perlu diperingatkan, isu dia bukan gol itu offside atau tidak, tetapi cara kita menangani isu ini. Budaya merajuk, mengugut, mengungkit dengan sikap kebudakan menghentak kaki, provokasi, sindir dan lain-lain jelas menggambarkan orang Malaysia khususnya Melayu tidak matang.

Tidak matang, tidak professional, tidak berjiwa besar dan tiada semangat kesukanan jelas digambarkan oleh mereka-mereka ini.

Bola Sepak adalah sukan penyatuan dengan adat kalah dan menang. Ketidak puashatian perlu dilahirkan dengan cara dan adab yang mengekalkan matlamat penyatuan dan bukan perpecahan.

Yang penting bukan kalah dan menang tapi semangat juang, displin diri yang tinggi, nilai yang positif, ketenangan diri dan kebijaksanaan yang penting untuk ditonjolkan.

Malangnya, kita tidak mempunyai kematangan tapi kita acap kali menyalahkan orang lain tidak matang.

Saya, penyokong fanatik Selangor.


Saya ke Stadium Merdeka sejak 1989 ketika berumur 9 tahun dengan rakan lain berjalan kaki pulang ke Kg Baru.

Saya ke Stadium Shah Alam sejak Stadium itu wujud dan berjalan kaki pulang ke Selayang dari CM kerana Bas terakhir adalah jam 11.45 malam.

Saya membeli tiker bernilai RM 200 untuk tiket RM 10 pada semi final tahun 1995.

Saya melompat longkang dan memasuki padang bagi mendapatkan semua tandatangan pemain Selangor ketika mereka menjulang Piala Malaysia pada 1996.

Bila berkerja, saya mengarak bendera Selangor sepanjang Federal Highway dengan rakan membonceng motor dan membunyikan hon.

Dan kini, saya isytiharkan saya berhenti menyokong Bola Sepak tempatan kerana kita tidak boleh bersikap seperti budak-budak.

Friday, May 15, 2015

Orang Malaysia Baik Tapi Jangan Bantu Pelarian Rohingya Seperti Beri Kucing Makan

Dari kecil kita sudah diajar Islam itu tiada sempadan Negara. Justeru, kita menghormati orang Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kemboja, India, Rohingya setaraf kita kerana mereka juga Islam.

Dalam kebanyakan masa, mereka ambil kesempatan dan tidak hargai layanan kita terhadap mereka, tapi kita tetap melayan mereka sebagai saudara seagama dan hamba Allah.

Isu pelarian Rohingya yang lari dari "slave camp" ke Laut dan terdampar di Acheh dan Langkawi cukup menyayat hati kerana mereka ditolak kembali ketengah laut kerana kesemua Negara tidak mahukan mereka.

Jika diterima maka kita memberi isyarat pada pedagang manusia di Thailand untuk hanyutkan lebih ramai atau berjuta Rohingya, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan kerana Malaysia dengan mudah akan terima jika hanyut dilaut.

Jika tidak diterima maka kita akan dikecam sebagai tidak Islamik, tidak hati perut, kejam dan bukan Islam. Sebaiknya jika diterima biarlah bersyarat dan berliku dan bukan mudah kerana ada pihak akan ambil kesempatan dan buat duit jual orang. Wow!! Kata P.Ramlee.

Fakta bahawa kita akan membantu mereka, memberi mereka suaka politik di Malaysia adalah sebab kenapa kita tidak layak menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia.

Orang kita seperti biasa, pantang ada peluang untuk menonjolkan kebaikan diri dalam FB berebut-rebut walaupun termasuk memaki, mengkeji, mengugut, menghina orang lain seperti dalam kes-kes kemalangan dan lain-lain.

Semangat membantu bukan main baiknya, tetapi selepas setahun jadilah seperti 5 beradik yang kehilangan Ayah dan Ibu sekaligus. Malah Nur Firuza Amira dan adiknya juga bakal berhadapan perkara yang sama iaitu;

DILUPAKAN!!!

Sebagaimana kita juga melupakan Nurin Jazlin, Sharlini dan ramai lagi sehingga ada antara kita tergamak mencadangkan penggemar seks kanak-kanak ini diberi peluang kedua.

Kita berharap siapa sahaja bantulah pelarian Rohingya ini, tapi jangan bantu seperti beri kucing makan. Di Flat, ramai orang beri kucing makan, bila kucing berak, cleaner akan bising dan kemudian mereka akan masukkan gambar cleaner dalam FB untuk semua maki berjemaah tiada hati perut, kejam, tidak perikemanusiaan, dan sebagainya.

Cuba contohi orang Cina dalam menjaga anjing, mereka dilihat membawa peralatan membersihkan najis anjing dan mereka bersihkan najis anjing mereka. Sungguh bertanggungjawab sepenuhnya.

Jika mahu bantu, pastikan pelarian Rohingya ini mendapat bantuan persekolahan, rumah, perlindungan keselamatan kerana di Malaysia ada etnik Myanmar beragama Buddha yang bermusuh dengan mereka dan bantulah mereka hingga mereka dapat berdikari.

Bila mereka berdikari, rakyat jangan marah pada Kerajaan Negeri PR/PBT dan Najib kerana biarkan pendatang asing berniaga, jangan marah pada Mahathir kerana beri mereka IC, jangan marah UMNO kerana gagal sediakan peluang pekerjaan yang diisi mereka, jangan marah Kerajaan kerana memberi anak mereka kerja Kerajaan dan jawatan tinggi, KSU mungkin, jangan marah mereka dapat BR1M, jangan marah kerajaan tolak permohonan Universiti anak kita dan permohonan rumah murah kita kerana mereka yang dapat, pokoknya jangan marah orang lain tapi marahlah diri sendiri.

Pada saya yang telah diajar lihat pada agamanya dahulu, maka saya berpendirian tidak marahkan kerajaan kerana saya tahu itu hak mereka sebagai hamba Allah mencari makan di bumiNYA dan jika mahu dipersalahkan, saya mengaku salah.

Tapi jika diperhalusi konteks Negara maka ia tidak adil untuk rakyat yang berfikiran sebaliknya khususnya Cina dan India yang telah lama dianaktirikan.

Definisi Melayu sendiri akan membenarkan pelarian ini mempunyai anak yang lahir di Malaysia dengan MyKad seorang Melayu, beragama Islam dan status Bumiputera?

Bagaimana hak Cina dan India yang bukan Melayu dinafikan hak kepada anak-anak pelarian Rohingya ini?

Saya tidak berkata jangan bantu mereka, tapi saya kata biarlah bantu hingga habis dengan pelan lengkap dengan mengutamakan dan melindungi rakyat sendiri, pendekatan itu perlu kerajaan laksanakan di kala banyak toko-toko dan pemborong perniagaan telah dimonopoli oleh Bangladesh dan Pakistan malah ramai Bangladesh sudah jadi majikan di Malaysia dan ada juga bergelar Datuk.

Apa nasib orang Melayu asal di Malaysia apakah sekadar kucing kurap di Negara sendiri?

PS: Contohi bagaimana Mahathir membantu etnik Bosnia hinga mereka mampu membangunkan Negara/Negeri mereka semula. Pendidikan adalah penumpuan agar bangsa Rohingya mampu bergelar Doktor, Peguam, Engineer, Arkitek dll dan bangunkan semula Rohingya.

Seks Najib & Skmm - Jadilah Pejuang Rakyat

Saya lahir di zaman Baby Rina, IRC Kampung, ICQ mendaki ke Friendster, YM, Youtube dan akhirnya FB. Hari ini dengan smartphone segalanya berada dihadapan manusia.

Saya berpengalaman menjadi SKMM kepada sebuah Kolej Majoriti Cina di TTDI. Pelajar Kolej ini "berperang skill" dengan saya setiap kali saya menapis mereka ada sahaja jalan "trick" dan teknologi yang mereka guna untuk mengalahkan saya. "Peperangan" itu terjadi setiap hari dan saya terpaksa menghabiskan masa berjam membuat data entry pada IPTables proxy saya.

Dalam konteks Negara, rakyat Malaysia akan dapat apa sahaja yang mereka mahu melalui carian internet termasuk SEX.

SKMM telah cuba menapis dengan mengggunakan server DNS TM yang standard ie 202.188.1.5/0.133 dan lain-lain. Tetapi banyak trick termasuk menukar DNS kepada DNS bebas dan Percuma, dan juga menaip terus IP dan bukannya hostname web yang di sekat itu.

Apa yang menyedihkan bagi orang seperti saya yang cuba menjadi "ibubapa" dan "pengawal sex" kepada "kanak-kanak sex" adalah mengapa SKMM memberi layanan istimewa kepada Youtube.

Dengan hanya menggunakan red label atau red warning berkaitan umur yang boleh ditipu, seorang kanak-kanak seawal usia 4 tahun atau boleh membaca dan berinternet sudah boleh "menikmati" seks.

Maka orang seperti Fitri pelajar MARA yang dipenjarakan di Britain kerana seks kanak-kanak boleh menyaman kerajaan Malaysia kerana kerajaan gagal mengawal anasir seks dari merosakkannya.

Sebenarnya isu ini bukan baru, malah Tun Dr Mahathir terpaksa melawakkan dirinya mati pucuk bagi mendapat perhatian orang ramai dan Kerajaan tentang perlunya menapis seks.

Ajaibnya ini Negara Islam kerana semasa saya di Beijing dan Guanghzou, Kerajaan bukan Islam China menapis FB, Youtube dan lama seks lain secara mandatori dari capaian rakyat mereka.

Pada pemahaman dan pengalaman mentah saya sebagai IT Personnel selama 15 tahun dalam industri, adalah teramat mudah jika SKMM atau Kerajaan mahu menapis seks internet.

Amat malang bagi kami rakyat Malaysia mempunyai sebuah Kerajaan yang mempunyai undang-undang penguatkuasaan dan menghukum atas nama "correctional" sedangkan Kerajaan boleh "correct" dan mencegah sebelum kesalahan itu dilakukan.

Selepas kesalahan dilakukan, Kerajaan dengan mudah dan seronok menghukum rakyatnya yang mereka sendiri dedahkan pada seks, IS, anasir subversif agama dan banyak lagi.

Justeru, saya merayu kepada SKMM, Perdana Menteri, Parti UMNO yang mendabik ia parti keramat Melayu, parti PAS yang jaguh orang Islam, dan parti Keadilan yang perjuangkan keadilan rakyat tolonglah bawa usul menapis seks internet ke Parlimen dan sokonglah usul ini.

Saya juga rayu agar semua gadget peralatan video dan rakaman seks dipantau serta diharamkan.

Jadilah ketua pada Rakyat bukan ketua pada 1MDB, atau Ketua kepada kaum tertentu dan isu tertentu dengan agenda "selfish". Buat satu kali ini jaguhilah agenda seks internet ini demi kepentingan rakyat Malaysia yang dirosakkan teruk oleh pendedahan seks pra-matang.

Seks adalah isu sejagat, ia diperlukan bila ia diperlukan dan ia merosakkan bila tiada pengetahuan dan kewarasan terkawal yang dilatih dan terpecaya pada orang ramai.

Tolonglah!

Wednesday, May 13, 2015

Najib@Nazri Aziz Disaran Lawan Proksi Mahathir Dari PAS Di Putrajaya

Bijak betul taktik hebahkan rombakan Kabinet semalam. Saya ingat memang betul sebab Muhyidin desak letak lebih orangnya dalam Barisan Kabinet bagi memudah cara peralihan kuasa.

Rupanya Muhyidin tidak berani!

Desas desus rombakan Kabinet tidak benar dan ia tidak lebih adalah untuk mendesak Barisan Kabinet sedia ada mengatakan sokongan kepada Najib atau akan ditukar dengan Ahli BN yang lebih setia.

Buktinya, hari ini Dato Seri Nazri Aziz mengatakan sokongan kepada Najib dengan mencabar Tun Dr Mahathir bertanding melawan Najib di Pekan selain merendahkan sokongan rakyat pada Mahathir.

Saya tidak fikir rakyat akan menyokong Tun Dr Mahathir kerana beliau sudah tua selain beliau sendiri mengatakan tidak akan kembali ke arena politik

Tapi jika Najib atau Nazri sendiri berani kosongkan kerusi Putrajaya dan adakan PRK Najib Menentang Proksi Mahathir dari PAS. Memandangkan Najib tinggal di Putrajaya dan BOS kepada Putraya ia sepatutnya tidak menjadi masalah kepada Najib untuk menang.

Tapi saya pasti Najib akan kalah dan Najib atau Nazri sendiri tidak berani menentang Tun di Putrajaya. Keyakinan saya bukan sembrono kerana saya pernah menjadi "Engineer Komputer" di Fujitsu menghabiskan masa di KDN, JPM, EPU, IPD, KSM, JPN, dan banyakk lagi agensi Kerajaan mendapati banyak kakitangan Kerajaan menampal mutiara kata, wajah serta artikel berkaitan Tun Dr Mahathir dan tiada wajah Pak Lah atau Najib.

PS: Maaf jika saya pernah berjanji berhenti menulis tentang politik tapi bila lihat Tun diserang saya tidak tahan kerana niat Tun jelas, UMNO PASTI KALAH PRU 14. Bagi mencipta harapan buat UMNO sebab itu Tun bersuara.


Monday, May 11, 2015

TH Beli RM 3000 Nilai Spekulatif Apa Jadi Jika TRX Terbengkalai?

Salam,

Harga tanah TRX yang dibeli 1MDB dari Kerajaan adalah RM 70 sekaki sahaja. Dan TH membeli pada harga RM 2,8000 sekaki.

Sebenarnya harga RM 2,800 walaupun telah dinilai oleh Juru Nilai adalah harga pasaran spekulatif sahaja.

Harga tersebut dinilai bersandarkan projek Kerajaan yang entah bila akan dibina dan dijalankan di atasnya. MRT yang telah di re-route melaluinya dan pelbagai lagi.

Ia amat berbeza dengan cara Tun Dr Mahathir membangunkan Negara dan mengendalikan projek Mega KLCC.

Bila Dr Mahathir umum untuk bina Menara Berkembar Petronas Tertinggi Dunia tiada siapa konglomerat, tiada Syarikat Billion termasuk Tabung Haji dan Petronas sendiri berani beli dan melabur hartanah di KLCC kerana belum ada pembangunan dan ia sekadar cadangan jadi dalam pelaburan hartanah ia dipanggil pelaburan berisiko sederhana tinggi.

Sedang ia dalam pembinaan, tiada Syarikat Felda, atau Khazanah yang membeli tanah disekitarnya pada harga beribu ringgit kerana ia masih berisiko tinggi terbengkalai dan tidak siap akibat pelbagai masalah tidak terjangka seperti krisis ekonomi dunia, gempa bumi, masalah kontraktor, suhu politik dan pelbagai lagi.

Hanya Ananda Krishnan sahaja sanggup beli kawasan sekitar KLCC pada harga RM 100 juta itu pun kerana beliau sudah ada Lapangan Lumba Kuda disitu selain beliau merancang untuk membida membina KLCC.

Pembinaan KLCC ditanggung risiko oleh Ananda Krishnan dan dalam Risk Management beliau menjual semula kedua Tower tersebut pada harga RM 1 billion pada Petronas dibawah harga pasaran bagi bangunan yang sudah siap lengkap dengan perniagaan, infrastruktur serta menjadi tumpuan orang ramai.

Jikalau KLCC terbengkalai, harga tanah KLCC akan bernilai sekitar RM 50 sahaja pada hari ini Bayangkan apa akan jadi jika Tabung Haji membeli tanah di KLCC pada waktu itu pada harga RM 1000?

Bayangkan akibat yang terpaksa ditanggung Tabung Haji jika TRX, tanah kosong itu tidak dapat dibangunkan atau terbengkalai atau tidak siap pada tempoh jangka sepatutnya akibat Kerajaan tiada duit, krisis ekonomi dunia dan ringgit lemah, atau politik Malaysia bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat atau kepada Muhyidin Yassin?

Harga yang TH beli pada harga RM 3000 akan merudum pada harga RM 500 sahaja maksima sahaja itupun jika ia dijual dengan diskaun.

Sebagai pelabur hartanah, TH perlu belajar pantang larang dalam melabur iaitu "Guruh berbunyi dilangit, air tempayan jangan dicurahkan atau dalam kes ini meter air utama sudah ditutup.".

Kerana apa sahaja boleh jadi pada pembangunan TRX termasuk terbengkalai seperti Plaza Rakyat Pudu, Flat Pekeliling, ECER, NCER, SCER dan lain-lain koridor yang belum door nya pun belum nampak lagi.

Friday, May 8, 2015

Kenapa Sultan Campur Urusan Negara?

Saya adalah kacukan Cina Melayu, mencintai Cina dan menyayangi Melayu.

Saya memahami penuh sejarah Maharaja China, Resolusi Sun Yat Sen dan kini Negara Komunis China. Orang Cina dan China tidak boleh dipisahkan tidak seperti Melayu yang bukan sahaja berpecah dengan Negara dan asal-usulnya tetapi berpecah sesama keluarga dan kelompok masyarakat yang kecil.

Di bumi bertuah ini, Raja dan Sultan adalah pemerintah kepada Negeri Tanah Melayu. Disebabkan mereka beradat Melayu disulami hukum Islam, Raja dan Sultan tidak cenderung menyatukan Tanah Melayu ketika itu seperti yang dilakukan Maharaja China yakni melalui peperangan dan kezaliman.

Justeru, Raja dan Sultan yang berpecah-pecah ini mudah dijinakkan sebuah Syarikat Kompeni Inggeris, Belanda dan siapa sahaja yang datang pasti menghidu perpecahan, khianat, iri dan dengki yang terus mekar dalam jati diri masyarakat Melayu hingga hari ini.

Namun, orang Melayu tetap dekat dengan Sultan. Buktinya, Tun Abdul Razak yang berusaha merangka strategi menuntut kemerdekaan sedar bahawa Istana perlu dilibatkan dalam Gerakan menuntut kemerdekaan. Oleh itu, Putera Raja Kedah dibawa masuk mencemar Duli ke arena politik Negara dan menjadi Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Beberapa tahun selepas kemerdekaan kita menubuhkan Persekutuan Malaysia, dibantah Filipina dan Indonesia yang kemudian di sokong Filipina semula.

Bermulalah Negara Demokrasi Raja Berpalimen.

Apa fungsi Sultan dan Raja?

Kehebatan mantan Perdana Menteri membangunkan Negara menenggelamkan kisah hebat Raja sebelum itu. 

Tambah pula, Sultan khususnya Kerabatnya gemar membuat onar dan dosa hingga melibatkan rakyat tidak berdosa, natijahnya, Sultan dipandang sepi oleh masyarakat. Tidak untuk saya.

Kenapa saya begitu menyanjungi Sultan dan Raja adalah kerana saya sedar akan keberadaan Hindu Nesia dan Kerajaan Parameswara-Majapahit ketika itu. Untunglah adanya Sultan pada masa itu yang berani menongkah arus memeluk agama Islam diikuti rakyat jelata. Sultan tersebut kini meninggalkan keturunannya pada kita sebagai penjaga agama Islam. Kerana jasa mereka bawa ke Syurga itulah saya dilahirkan sebagai Islam atau di Negara majoriti Islam.

Jujurnya, tindakan Sultan mencampuri urusan Negara dan politik amat tidak sihat.

Namun, keadaan sudah berubah. Politik Negara dan Nilai Masyarakat mula jatuh selepas PRU 12 pada 2008. Ahli politik yang sejak dahulu memenuhi tembuyung masing-masing tidak lagi malu bertelagah demi kepentingan diri sendiri.

Rakyat diketepikan, dibodohkan dengan pelbagai kempen dan slogan, tiada kebaikan Rakyat yang didahulukan dalam hati melainkan dari mulut manis, janji Pilihanraya bukan lagi satu janji, dan paling membimbangkan keadaan antara kaum amat meruncing.

Apakah Sultan dan Raja mahu berpeluk tubuh sahaja melihat mereka menghancurkan Negara ini?

13 Mei 1969 berlaku pantas dan Sultan hanya mampu melihat Negara yang diasaskan Nenek Moyang mereka dihancurkan. Untung ada Tun Razak yang melancarkan pelbagai program Perpaduan Kaum, jika mengikut Buku Tun Mahathir, kuncinya adalah Durian.

Pilihanraya Umum ke-13 adalah kemuncak kepada kesabaran Sultan. PRU 13 adalah ulang tayang PRU 1969 dimana BN atau Perikatan kalau undi popular. Selepas PRU13, Sultan sudah mula bersuara perlahan-lahan.

Ini bermakna, Kerajaan hari ini berada dalam keadaan amat-amat tenat dan nazak. Tapi tidak seperti 1969, Tun Razak melakukan pelbagai usaha dan "helah" memperbaiki Negara, malangnya anak beliau kini membiarkan sahaja luka ini sembuh kembali.

Dimulai Sultan Ibrahim Raja Johor, Sultan Sharafudin Raja Selangor, Sultan Nazrin Raja Perak dan saya RAYU RAYU RAYU diikuti Sultan Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, dan Terengganu bangkit mencampuri urusan politik dan pentadbiran Negara.

Ini kerana, Kerajaan hari ini tidak lagi mampu memimpin Negara dengan baik dan Pembangkang pula gagal berfungsi membangkang demi kebaikan Rakyat dan Negara.

Saya, Mustaqim Abdul Rahman, keturunan ke 5 di bumi ini, rakyat Sultan Selangor merayu agar Sultan lebih lantang mengkritik pemimpin BN dan PR yang pentingkan diri sahaja.

Mereka-mereka ini akan menghancurkan Negara yang Datuk Nenek Sultan bina dengan darah dan keringat.

Saya juga ambil kesempatan untuk puji Sultan Ibrahim yang lantang persoalkan GST dalam PBT, sistem Satu Sekolah, Sukan dan pelbagai lagi. Begitu juga Sultan Selangor dan Sultan Perak yang menegur pemimpin yang tidak endahkan pertanyaan rakyat seperti 1MDB dan lain-lain.

Daulat Tuanku demi rakyat, bangkitlah.

Sunday, May 3, 2015

Saksi Utama DUKE Accident, Aes Di Bunuh

Ingat AES?

AES adalah saksi utama kemalangan DUKE yang kita nafikan.

Kemalangan itu mengorbankan nyawa Fairuz Nizam bapa kepada Nur Firuza Amira yang sekelas dengan anak saya. Amira kuat mengusik Affan kerana Affan pemalu, dan Amira pula petah berkata-kata. Saya pernah berbual dengan Arwah beberapa kali tentang anak kami. Sedihnya.

Semat dalam hati, tidak sengaja kemalangan adalah sengaja kalau kita sengaja cuai. Jangan ambil mudah dengan berkata "Saya minta maaf, saya tidak sengaja" kerana nyawa tidak boleh dikembalikan.

Saya tidak faham kenapa AES dipolitikkan, dikecam dan dibatalkan. Hanya sebab AES dipolitikkan, dikronikan, dirasuahkan, dimonopolikan tidak bermakna AES tidak bagus. Kerajaan Negeri dan Pusat patut duduk semeja berbincang demi kepentingan rakyat tidak kisahlah kroni siapa yang untung asalkan rakyat terbela.

AES benda baik sama seperti hudud, jika tidak buat salah kenapa perlu takut dengan hudud, dengan AES.

Saya ada berpuluh saman speed trap dan saya masih menyokong AES dilaksanakan hingga hari ini.

Mungkin nasib saya baik, tidak terbunuh, atau tidak buat orang lain terbunuh, tetapi saya tidak mahu jadi seperti 6 Jahanam MYVI FMC yang didakwa terlibat dan lebih dari itu, saya tidak mahu ALLAH melaknati saya dengan neraka kerana kealpaan saya.

Justeru AES adalah wajar dilaksanakan seperti hudud wajar dilaksanakan.

Jom support AES di DUKE kerana DUKE setiap malam menjadi litar lumba. Polis boleh buat roadblock, tapi jelas hanya AES boleh displinkan pemandu bawa perlahan seperti di susur keluar Kajang di PLUS sebelum memecut semula selepas melintasi kamera tunggal tersebut.

Saya terpanggil untuk komen dan meminta pembaca mulakan kempen minta AES di DUKE kerana saya membaca komen netizen FB yang mahukan keadilan untuk kawan 5 minit saya.

Kita boleh bantu Fairuz Nizam, isterinya serta bayi untuk dapatkan keadilan dengan memastikan tiada lagi mangsa kemalangan maut di DUKE.

Kita boleh bantu mereka dengan berjanji pada diri sendiri kita akan mematuhi undang-undang jalanraya dan tidak memandu secara gelojoh (Laju tidak bertempat dan berlumba di Jalan Awam).

Kesempatan ini saya sampaikan nasihat dan ilmu Arwah Abah, ada 3 kriteria utama untuk bawa kereta laju.

Pertama :

Know your car. Kenali dan rasai kereta anda. Fahami apa yang mampu kereta anda lakukan dan apa tidak mampu. Selalu orang menekan minyak dengan keras dan mengerah semua kudrat kereta.

Kedua:

Know the road. Kenali jalan. Jangan bawa laju di Jalan yang pertama kali anda lalui dan yang selalu anda lalui pada waktu malam atau gelap terselindung.

Jalan ada banyak faktor seperti cerun, kondisi, garisan, trafik, penduduk sekitar, cuaca dll.

Ketiga dan paling penting:

Know yourself. Kenali diri sendiri. Cukup tidur, cukup fokus, tidak mengantuk, tidak beremosi, ada tindak refleksi yang tinggi, sighted yang bagus, tidak silau mata, dan banyak lagi.

Ada ketiga faktor ini barulah kita boleh bawa "laju". Defini laju adalah 60-80km/jam laju di Jalan Kampung, 110km/jam laju di lebuh raya yang lenggang.

Akhir kata, sedekahkan Alfatihah untuk keluarga Fairuz Nizam. Alfatihah.