ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, August 25, 2015

Helmi Syam

Kita off certia politik hari ini.

Kita cerita tentang Helmi Syam(bukan nama sebenar) tentang seorang manusia yang berubah bersama Ringgit Malaysia.

Helmi adalah seorang anak rantau dengan 12 orang anak. Kehidupan amat susah kerana hanya berkerja sebagai konduktor Bas.

Abah bermurah hati, memberi pelbagai bantuan supaya Helmi berniaga. Mendidik dan membantu yang mana mampu. Akhirnya, Abah putuskan Helmi adalah satu-satunya orang Minang yang tidak tahu berniaga sebagai cabaran untuknya sebelum Abah "pulang".

Sekembali Abah kepada fitrah manusia, hubungan saya dan Helmi menjadi rapat.

Kesusahan dijunjung bersama, apatah lagi saya sudah berkerja.

Tengah-tengah malam, bila anak OKU beliau meninggal, tiada siapa sudi datang ke rumah "berbau" itu. Kamilah orangnya.

Kemudian saya memandu malam ke TIKL Cheras memberitahu dan mengambil anak sulungnya, Arif, pulang walaupun ketika itu sudah lewat esok sudah mahu berkerja.

Mujurlah Helmi orang kuat Surau juga, esok jenazah diuruskan tanpa saya perlu "berbakti".

Kehidupan Helmi memang payah, pinjam duit perkara biasa. Entah berapa dari Emak, dari Abang dan dari saya sendiri, tapi kami memahami, 10 anak bukan mudah dibesarkan.

Pernah beliau menjual "stall" saya sebanyak 5 unit, yang berharga RM 500 seunit dengan harga RM 100 sahaja kerana terdesak. Stall tersebut pada mulanya ada buyer mahu beli seunit RM 400 tapi Helmi meyakinkan saya untuk letak dirumahnya dan dia akan cari pembeli.

Masa dia beritahu saya dia sudah terjual pada besi buruk tanpa kebenaran saya, walaupun dia meminta maaf, saya kekeringan reaksi. Mahu marah, kasihan, mahu menangis, marah!

Anak-anak Helmi kian membesar. Ramai lelaki yang bakal berjaya. Anak Gadis pula lari ikut lelaki sejauh Gemas N9. Siapa yang Helmi minta bantuan memandu kereta jam 11 malam ke Gemas meninggalkan isteri yang sarat mengandung seorang diri di rumah? SAYA!

Anak sulungnya, Arif adalah orang yang terpuji. Menjaga adik dan membawa 10 adik setiap malam raya selepas takbir ke rumah minta bantuan saya memandu kereta ke Jalan TAR. Sehelai Baju Melayu dibeli untuk anak-anak kecil yang susah itu.

Bila Arif sudah boleh menunggang motorsikal, beliau akan datang pinjam motor. Kami akan berikan walaupun tiada lesen. Walaupun untuk urusan peribadi.

Akhirnya hubugan kami tiba ke penghujung atas sebab yang dia tidak mahu tahu.

Pada Helmi, kerana dia menegur isteri saya mengawal saya, pada Helmi kerana dia walaupun belum bergelar warganegara sudah menyokong PR, dan saya sokong UMNO katanya.

Sedih, bila sahabat dan orang yang saya anggap seperti saudara sendiri menganggap saya berada dibawah politik. Tidak sedarkah dia bahawa politik hanya banjingan pada saya.

SEBAB UTAMA SAYA TIDAK MAHU BERKAWAN DENGAN HELMI ADALAH KERANA BELIAU TIDAK TAHU KENANG BUDI DAN ARIF DI salah AJARKAN!!!

Arif seorang Graduan dari IPTA dalam bidang perguruan. Kerana pointer tidak berapa menarik, beliau berkerja sebagai staff IT di sebuah Kolej di KL.

Pada satu hari SIRIM buka peluang pekerjaan.

Arif apply.

Saya kebetulan baru pulang dari Haji dan berjumpa dengan seorang tabligh yang menegur saya di hadapan Kaabah. Kebetulan bersaudara pula. Beliau kerja di SIRIM.

Pada 5/6/2009, hari jadi Emak saya di Kondo saya di KL. Saya tinggalkan Majlis semata-mata untuk membawa Arif berjumpa Wak Dol(bukan nama sebenar) di SIRIM Shah Alam.

Saya menuntun Arif ke pejabat SIRIM dan bertanyakan Wak Dol. Saya ajak beliau minum diluar supaya perbualan tidaklah menjadi kontroversi di Pejabat.

Kebetulan semasa menunggu beliau habis kerja, saya dapat panggilan Harijadi Emak amat perlukan kehadiran saya kerana saya penyewa dan pemilik disitu. Justeru, pengurusan mahukan saya atau mahu tutup "side pool" yang kami sewa.

Saya bergegas dan mengirim sebuah "warkah maut" buat Wak Dol melalui Arif.

Saya katakan pada Wak Dol kami bersaudara dunia akhirat kerana ditemukan depan Kaabah, dan saya memuja Arif dalam surat itu dan meminta Wak Dol membantu permohonan Arif di SIRIM.

Maklumlah, Arif Ijazah Perguruan, pointer kurang menarik serta tiada pengalaman. Tahukah anda berapa kekosongan dan berapa posisi sahaja yang dibuka?

Dengan izin Allah, atas berkat usaha dan doa hambaNYA Arif ditawarkan kerja SIRIM.

Malangnya, dihadapan saya, bila bapanya suruh dia berterima kasih, Tashrif jawab, itu kuasa ALLAH kalau saya tidak tolongpun dia tetap akan dapat kerja itu.

Bapanya tidak membantah!!! Dan saya akur, kerana saya juga setuju tanpa Allah saya juga tidak mampu untuk berdiri pun. Tapi apa salahnya berterima kasih sesama manusia?

SEBAB ITULAH SAYA MULA MERAJUK!!!

Benarlah Merajuk itu buruk. Tahun berganti. Hubungan kami yang akrab tiada lagi kerana Ringgit sudah mengambil alih.

Helmi, Tashrif dan keluarga itu sudah tidak perlukan kami lagi kerana Tashriff Pegawai SIRIM bergaji tinggi.

Allah Maha Besar, pengorbanan ibu mereka yang saya amat amat sanjungi, Tuti(bukan Nama sebenar) berbaloi. Doa Ibu Allah angkat setingginya. Semua anak lelakinya berjaya segala.

Merajuk kini tinggal sedih.

Tashriff anak lelaki yang baik tinggalkan baik di remajanya. Saya tidak harap sesen pun, malah saya tidak layak untuk terima kasihnya, apa salahnya, jika dia SMS saya waima setahun sekali walau sekadar Selamat Hari Raya waima send to many sekalipun. Ilekkkkk!!!

Ketika susah Tahsrif tahu jalan ke rumah saya, malah ke rumah mertua saya untuk pinjam motor. Bila senang, yileeeeekkkkkk, SMS pun yilek!!!!

Anak Gadis Helmi yang saya selamatkan di Gemas, yang saya bantu jerih dan perih Ayah merayu pada Polis, berkahwin tapi tiada jemputan.

Tashrif sebagai orang yang lebih tahu betapa kami membantu keluarga itu, hanya mewakilkan bapanya untuk jemput kami ke perkahwinannya.

Jika jemput saya, saya tidak kisahpun, ialah orang moden. Tapi jemput Mak, dia jemput pakai pesan pada bapa, bapa dia jemput pakai pesan pada saya!

Emak saya, yang membantu beri lauk hampir setiap hari ketika kami berniaga kantin, beri lauk mentah, beri duit raya merah 10 orang, beri itu ini, hanya di jemput begitu oleh Tashrif mahupun Helmi.

Kami bukan mahu karpet merah, cukup sekadar menunjuk budi bahasa Melayu, orang berbudi, kita berbahasa.

29 Ogos 2015 ini, anak kedua beliau kahwin, kahwinlah, lahirkanlah keturunan yang baik-baik yang tahu mengenang budi.

Helmi bebas menuduh saya apa sahaja. Malah menempelak Emak, dakwa saya bermusuh dengannya begitu dahsyat. Emak seperti biasa, lembut tanpa marah. Kalau saya, saya akan jawab, Abang Helmi bayar hutang saya dahulu, sudah bayar hutang baru kita bercerita.

Hutang adalah wajib dibayar bukan wajib dilupakan atau buat-buat lupa. Masih berhutang tapi tuduh saya sakit hati pada dia, siapa dia? Najib Razak? Tun Mahathir hutang janji pada saya pun saya sikit marah pun tiada ini pula Helmi!

Pada Helmi orang yang pernah membakar patung Tunku Abdul Rahman dengan slogan ganyang Malaysia di Indonesia dulu, ingatlah Allah, ingat asal usul, ingat siapa yang bersama anda ketika susah. Lupakan sekejap ringgit Malaysia yang semakin banyak menemani anda kini.

Pada Tashrif, manusia boleh gapai segulung ijazah, bergulung kelayakan, bergunung kepandaian, berlautan duit, tetapi untuk mendapat secebis adab ia hanya perlukan keimanan.

Pada anak Helmi yang lain, tidak perlulah cari kami kerana kami sudah tidak berharap lagi selepas sekian lama berharap, tapi doa kami tetap utuh, jadilah kalian anak yang baik, hidup dan matilah untuk Emak kalian yang saya dan keluarga lihat sebagai seorang isteri yang paling baik dalam dunia. Kalau disini mahu kami ceritakan kesusahan ibu kalian putus asap berpuluh kali, pengorbanan melahirkan dan membesarkan 12 dan 10 anak, betapa ibu kalian hanya ada sehelai baju kurung bertemankan kain sarung yang lusuh, sila sediakan 2 kotak tisu bersama, sekotak tidak cukup!!!

Ingat, kejayaan anak bukan kerana bapa, tapi kerana doa seorang ibu yang terus sampai pada Allah, itu pesan Atuk Rahman pada saya dan saya sampaikan pada kalian.

* Kisah Benar menggunakan bukan nama sebenar. Nama jika sama, adalah kebetulan dan maaf bagi pihak yang tersinggung. Niat hanya sekadar pelajaran dan peringatan buat semua khususnya diri sendiri dan anak-anak saya, yang saya harap jadi orang yang bersyukur dengan berterima kasih dan saling menghargai.

No comments: